Infleunza Bukan Penyakit Biasa Ancaman Besar Buat Kanak Kanak


Semakin banyak kes-kes penularan virus Influenza yang dilaporkan di negara kita baru-baru ini dan keadaan tersebut semakin membimbangkan. Bukan sahaja orang dewasa yang dijangkiti malah kanak-kanak yang masih kecil juga turut terjejas dengan keadaan ini.
Kanak-kanak lazimnya senang terdedah kepada pelbagai ancaman yang boleh menjejaskan kesihatan mereka. Salah satunya adalah ancaman virus Influenza yang mana penyakit ini telah menyebabkan antara 290,000 hingga 650,000 kematian yang berkaitan dengan masalah pernafasaan setiap tahun di seluruh dunia. Dan kebanyakkan kes-kes yang dilaporkan tersebut melibatkan kanak-kanak yang masih kecil.
Sekiranya kita dalam golongan yang tidak menitik  beratkan amalan mudah seperti membasuh tangan dengan  bersih, masih tetap keluar rumah meskipun badan  kurang sihat dan tidak menutup mulut ketika bersin atau batuk, potensi terkena penyakit berkenaan sebenarnya sangat tinggi.

Si kecil yang mudah terkena ancaman ini biasanya bermula hanya dengan demam biasa yang berlanjutan dengan suhu badan yang tinggi. Dr Balkees Abdul Majeed, Paediatrician Consultant, Pantai Hospital Pulau Pinang mengulas lanjut mengenai virus Influenza di kalangan kanak-kanak.
Apakah itu influenza?
 Menurut Dr. Balkees Influenza dan selesema agak sukar dibezakan secara klinikal. Ini kerana
Flu (influenza) adalah jangkitan hidung, tekak dan paru-paru disebabkan oleh virus influenza. Influenza atau flu sering disalahertikan sebagai selesema biasa, bahkan ramai yang masih keliru antara kedua-duanya. Hakikatnya flu adalah jauh lebih buruk dan berbahaya malah dapat menimbulkan pelbagai komplikasi berbanding selesema biasa serta boleh menyebabkan kematian.Virus influenza mudah berjangkit. Kanak-kanak, wanita hamil, warga emas dan mereka yang mengalami penyakit kronik boleh mendapat jangkitan teruk dan ada kalanya membawa maut.
Jenis-jenis influenza
Influenza terbahagi kepada banyak jenis dan dikategorikan sebagai influenza A, B dan C. Virus jenis A adalah penyebab utama flu terhadap manusia dan haiwan. Jenis B pula kurang biasa tetapi boleh menyebab­kan penyakit yang menyerupai jenis A manakala influenza jenis C pula mengakibatkan selesema sederhana dan jarang dijangkiti.
Tidak seperti di negara beriklim sederhana, di negara tropika seperti Malaysia, musim puncak bagi influenza berlaku dari Oktober hingga Januari dan April hingga Jun.
Jenis A: Boleh menjangkiti manusia dan haiwan, epidemik sangat teruk dan amat berbahaya Jenis A (H1N1): Boleh menjangkiti manusia dan haiwan. Kadangkala pandemik (seperti pada 2009 dan 2013) dan amat berbahaya Jenis B: Boleh menjangkiti manusia. Sering berlaku, kurang teruk, ada kalanya berbahaya, tidak pandemik Jenis C: Boleh menjangkiti manusia. Ringan, jarang berlaku, bukan epidemik Endemik ialah penyakit yang sentiasa wujud dalam sesuatu komuniti atau populasi.
Epidemik ialah penyakit yang menyerang ramai orang dalam komuniti sekali gus dan merebak ke satu atau beberapa komuniti.
Pandemik apabila wabak merebak ke seluruh dunia.
Simptom influenza
Kebanyakan mereka yang menghidapi influenza berasa letih dan mengalami demam, sakit kepala, batuk tidak berkahak, berhingus atau hidung tersumbat, cirit-birit atau muntah-muntah dan sakit otot. Batuk boleh berlarutan sehingga dua minggu atau lebih.
Selesema biasa lazimnya menyebabkan hidung berhingus, bersin dan hidung tersumbat. Ia adalah jangkitan virus pada saluran pernafasan atas yang lazimnya tidak berbahaya dan berlaku pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Influenza juga mempunyai simptom yang sama dan menjejaskan saluran pernafasan atas, tetapi ia terjadi dengan cepat dan lebih teruk. Virus yang menyebabkan influenza berbeza daripada virus yang menyebabkan selesema, influenza juga berlaku mengikut musim.
 Kanak-kanak yang dijangkiti boleh memindahkan virus influenza apabila batuk atau bersin, dan melalui hidung berhingus yang mengandungi titisan virus influenza. Orang lain boleh dijangkiti influenza apabila menyedut titisan terbabit atau titisan termasuk ke dalam hidung atau mulut mereka selepas tersentuh permukaan yang tercemar.
Lepas 24 jam dan lima hari kanak-kanak boleh jangkiti orang lain
Selepas 24 jam dijangkiti virus influenza dan lima hari selepas bermulanya simptom. Kanak-kanak yang lemah sistem imun boleh menjangkiti orang lain selama hampir dua minggu. Kanak-kanak yang dijangkiti boleh menyebar penyakit sebelum mereka sendiri berasa sebarang simptom.
Cara terbaik untuk melindungi anak anda terhadap influenza adalah dengan memberi mereka vaksinasi apabila mencapai umur yang sepatutnya (enam bulan dan ke atas). Kanak-kanak berusia enam hingga lapan bulan memerlukan dua dos dalam tahun pertama mereka diberi vaksinasi. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
Selain daripada pengambilan vaksin, jelas Dr Balkees, ubat antiviral juga boleh merawat influenza dalam kalangan kanak-kanak terutama mereka yang sakit teruk atau masuk hospital. Ia boleh memberi mereka kelegaan, mempercepatkan proses sembuh dan mencegah komplikasi influenza yang serius. Namun begitu, ubat antiviral memerlukan preskripsi doktor.
Namun perlu diingatkan, jangan sekali-kali memberi aspirin atau ubat yang mengandungi aspirin kepada kanak-kanak atau remaja yang menghidapi influenza. Antibiotik juga tidak membantu kerana ia hanya berkesan untuk merawat jangkitan bakteria!
Jadikan amalan cuci tangan sebagai rutin
Cara terbaik untuk anak anda ialah vaksinasi. Bagaimanapun, beberapa tabiat dan amalan kebersihan juga boleh membantu :
Jauhkan anak anda daripada kanak-kanak lain yang sakit Mencuci tangan menggunakan sabun dengan kerap Jauhkan tangan dari muka Tutup mulut dan hidung apabila batuk dan bersin untuk melindungi orang lain Makan secara sihat dan galakkan anak anda untuk lebih aktif secara fizikal.
 Jika si kecil anda sakit, Dr Balkees menasihatkan ibu bapa untuk mendapatkan nasihat doktor dan mendapatkan rehat yang cukup serta banyak minum air kosong. Menurutnya juga kanak-kanak yang yang menghidapi influenza biasanya akan sakit selama sekitar satu minggu, sejurus itu mereka akan sembuh.
Bilakah ibu bapa patut bimbang mengenai situasi influenza?
Demam panas yang berlarutan Sukar bernafas atau nafas pendek Kulit bertukar menjadi biru Sukar minum air Kelihatan keliru atau mengalami sawan Mengalami simptom yang berulang Mempunyai masalah perubatan (asma, talasemia, penyakit yang dirawat menggunakan steroid dan lain-lain) Kuarantin anak yang terkena jangkitan virus Influenza
Bagi kanak-kanak yang sudah besar dan sudah ke sekolah, sebaiknya ibu bapa tidak menghantar anak-anak ke tadika atau pusat jagaan kerana untuk mengelak daripada menyebarkan virus, lebih baik mereka duduk di rumah dan berehat. Biarkan anak anda duduk di rumah sehingga suhu badannya normal melebihi 24 jam. Suhu badan sihat bagi kanak-kanak ialah 37 hingga 37.2°C. Demam ditakrifkan sebagai suhu badan 37.8 darjah Celsius atau lebih.
Oleh kerana virus ini sentiasa menjalani mutasi, kandungan vaksin juga akan berubah setiap tahun. Oleh itu, kita disyorkan untuk mengambil vaksin ini setiap tahun untuk perlindungan yang optimum. Dapatkan rujukan dan nasihat daripada doktor klinik kerajaan atau swasta.

Selain itu, kebersihan persekitaran yang baik dapat membantu mencegah demam dan menghalang penyebaran virus influenza. Ia termasuklah mengelak bersentuhan dengan orang yang dijangkiti demam atau selesema.
Orang ramai juga perlu sentiasa mengamalkan amalan mencuci tangan dengan sabun dan mengelakkan memegang bahagian muka dan makan tanpa membasuh tangan.
 
The post Infleunza Bukan Penyakit Biasa, Ancaman Besar Buat Kanak-kanak appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/influenza-bukan-penyakit-biasa-ancaman-besar-buat-kanak-kanak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Influenza A Bukan Penyakit Selesema Biasa

Influenza A Bukan Penyakit Selesema Biasa

papar berkaitan - pada 14/1/2020 - jumlah : 1272 hits
Sumber gambar dari GoogleSeperti mana kita tahu sekarang wabak Influenza sedang melanda negara kita sekarang sehingga mampu membawa maut Tapi korang tahu ke Influenza itu apa Menurut portal rasmi ia adalah jangkitan virus yang kerap menyeba...
Bpk Umumkan Hasil Investigasi Jiwasraya Besok Ini Kasus Luar Biasa Besar

Bpk Umumkan Hasil Investigasi Jiwasraya Besok Ini Kasus Luar Biasa Besar

papar berkaitan - pada 7/1/2020 - jumlah : 218 hits
Agung menyebut kasus pelanggaran di Jiwasraya memang cukup kompleks bahkan luar biasa besar Oleh karenanya kasus ini telah ditangani pihak berwenang yang lain
Pemda Dukung Tni Terjunkan Kekuatan Besar Di Natuna

Pemda Dukung Tni Terjunkan Kekuatan Besar Di Natuna

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 155 hits
Abdul kemudian mengusulkan kepada pemerintah pusat agar memperkuat kedudukan pemerintahan di wilayah Kabupaten Natuna dan Anambas menjadi Provinsi Khusus
Usai Banjir Bandang Warga Tangkap Ribuan Ikan Besar Di Sungai Ciujung Lebak

Usai Banjir Bandang Warga Tangkap Ribuan Ikan Besar Di Sungai Ciujung Lebak

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 241 hits
Banjir bandang yang terjadi di Kabupaten Lebak Banten menyebabkan ribuan ikan mabuk di hilir sungai di Kecamatan Rangkasbitung Sontak warga Rangkasbitung ramai ramai turun ke sungai dan menangkap ikan baik dengan tangan kosong maupun alat t...
Pengunduran Maszlee Belum Selesaikan Masalah Besar Ph

Pengunduran Maszlee Belum Selesaikan Masalah Besar Ph

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 242 hits
Pengunduran Dr Maszlee Malik sebagai menteri pendidikan sebagai menteri pendidikan bukanlah penyelesaian besar kepada kelemahan kerajaan Pakatan Harapan Penganalisis politik berpendapat keyakinan yang rendah terhadap PH melibatkan lebih dar...
Dap Menang Besar Dr Kamarul Zaman Mengulas 6 Isu

Dap Menang Besar Dr Kamarul Zaman Mengulas 6 Isu

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 288 hits
BERDASARKAN pemerhatian saya dalam ramai ramai Menteri Dr Maszlee Malik adalah Menteri yang paling kerap mendapat serangan daripada pemimpin DAP Dalam enam isu besar ini beliau telah diserang beramai ramai oleh pemimpin DAP Isu 1 Tiada peru...
Jokowi Salahkan Rakyat Suka Buang Sampah Merata Rata Punca Banjir Besar Di Jakarta

Jokowi Salahkan Rakyat Suka Buang Sampah Merata Rata Punca Banjir Besar Di Jakarta

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 262 hits
Nampaknya tahun 2020 menjadi satu permulaan yang buruk buat negara jiran kita Indonesia apabila kini sedang dilanda banjir besar di Jakarta Walaupun keadaan di sana semakin pulih namun punca sebenar banjir besar ini berlaku masih dalam sias...
Pemergian Muhammad Ata Kehilangan Besar Buat Negara

Pemergian Muhammad Ata Kehilangan Besar Buat Negara

papar berkaitan - pada 5/1/2020 - jumlah : 541 hits
JOHOR BAHRU 8 Jamadilawal 1441H Sabtu Pemergian atlet powerlifting Orang Kurang Upaya Muhamad Ata Maarof akibat kebakaran di rumah keluarganya di Taman Pagoh Jaya dekat Muar hari ini disifatkan sebagai kehilangan besar buat arena sukan para...
Anwar Slams Hypocritical Criticism Over His Response To Najib S Apology

A Sucker Punch For Rm1 000 What S The Value Of Dignity In Malaysia

Sabah Air Belum Mohon Lesen Perkhidmatan Udara Kata Menteri Pengangkutan

Tan Sri Vincent Tan Dan U Mobile

Mistakes To Avoid When Installing Glass Block In Your Next Project

Malaysia Singapore To Jointly Nominate Chingay For Unesco List

Empat Sekawan Dipenjara Tiga Tahun Culik Budak Perempuan

Pengalaman Anak Kena Prolonged Jaundice


echo '';
Biodata Terkini Penyanyi Illa Sabry Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Senyawa iQIYI Malaysia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Project Projek Exit Astro Originals

Pelajari Asal Usul Nama Makhluk Seram Kisah Fiksyen Barat Yang Terkenal

10 Fakta Filem Kahar Kapla High Council Yang Ramai Tak Tahu Prekuel Drama Project Projek High Council


Top Up Biskut Timbang

Tresna Jangan Paksa Aku Chord

Jalen Menyatukan Rasa Dan Hati Melalui Program Komuniti

Jangan Pernah Berhenti Berdoa Ya

Kemaskini Str 2025 Maklumat Yang Perlu Dikemaskini Caranya

Dream Bike Another Knockout Sportster 1200 Street Tracker By Mule