Dap Menang Besar Dr Kamarul Zaman Mengulas 6 Isu



BERDASARKAN pemerhatian saya, dalam ramai-ramai Menteri, Dr Maszlee Malik adalah Menteri yang paling kerap mendapat serangan daripada pemimpin DAP.

Dalam enam isu besar ini, beliau telah diserang beramai-ramai oleh pemimpin DAP.

Isu 1: Tiada peruntukan sekolah Menengah Persendirian Cina

Seawal Julai 2018 lagi bila Dr Maszlee memaklumkan di Parlimen mengenai tiadanya peruntukan bagi SMPC kerana SMPC tidak termasuk dalam sistem pendidikan nasional, beliau terus diserang oleh pemimpin DAP, khususnya Ketua Pemuda DAP merangkap Ahli Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh, dan ADUN Bercham, Ong Boon Piow.

Paling keras adalah kenyataan Ong Boon Piow pada 26 Julai 2018 berbunyi: “Perdana Menteri perlu menilai semula kedudukan Dr Maszlee sebagai Menteri Pendidikan”.

Isu 2: Guru agama Semenanjung jadikan Sarawak medan dakwah

Datang bulan Disember 2018 bila Dr Maszlee menasihatkan di Parlimen supaya guru-guru agama dari Semenanjung menjadikan Sarawak sebagai medan dakwah, beliau diserang oleh pemimpin DAP, khususnya ADUN Bukit Assek, Irene Mary Chang, dan Setiausaha Publisiti DAPSY Sarawak merangkap Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa.

Paling keras adalah kenyataan Abdul Aziz Isa pada 21 Disember 2018 berbunyi: “Dr Maszlee should pack up his things and send a resignation letter to Prime Minister”.

Isu 3: Kuota Pelajar Matrikulasi Universiti Awam

Serangan yang lebih keras datang bila Dr Maszlee mempertahankan keputusan Jemaah Menteri pada 24 April 2019 yang mengekalkan kuota 90 peratus Bumiputera dan 10 peratus bukan Bumiputera untuk kemasukan pelajar Matrikulasi Universiti Awam yang menyebabkan 20 pemimpin DAP meluahkan rasa tidak puas hati mereka dalam satu kenyataan bersama.

Empat serangan paling keras datang daripada:

(1) Ahli CCC DAP merangkap Ahli Exco Kerajaan Selangor, Datuk Teng Chang Khim, yang menyebut pada 17 Mei 2019: “Dr Maszlee is stupid, big idiot”.(2) Ahli CCC DAP merangkap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, yang bertanya pada 17 Mei 2019: “What is the difference between Dr Maszlee and Umno politicians?(3) Ahli Jawatankuasa DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau, yang menyebut pada 21 Mei 2019: “Stupid! Mastery of any language is a skill and no longer a racial trait”.(4) Ahli CCC DAP merangkap Setiausaha DAP Selangor, Ronnie Liu Tian Khim, yang menyebut pada 21 Mei 2019: “We need a better education minister”.

Isu 4: Pengajaran tulisan Jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan

Bila pengenalan tulisan Jawi di Sekolah Jenis Kebangsaan menjadi isu pada Julai 2019, sekali lagi Dr Maszlee menjadi mangsa serangan beramai-ramai pemimpin DAP, kali ini oleh 138 pemimpin akar umbi DAP, termasuk 13 ADUN, yang menentangnya dengan menyebut pada 31 Julai 2019: “Jika Jawi diinstitusikan, ia akan merosakkan fabrik sosial di Malaysia.”

Antara yang paling lantang menyerang adalah:

(1) ADUN Kota Kemuning dan Ahli Exco Kerajaan Selangor, V Ganabatirau, yang menyebut pada 5 Ogos 2019: “The minister seems to be having a lot more focus on the shoe and stocking colors and introducing khat which carries no significant values to the students.”(2) Ahli CCC DAP merangkap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, yang bertanya pada 17 Mei 2019: “Having lost credibility Maszlee Malik has the temerity to say that khat has nothing to do so with Islam.”(3) Setiausaha Publisiti DAPSY Sarawak merangkap Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa, yang menyebut pada 13 Ogos 2019: “If you can’t take the heat, leave the chair! We need a more progressive and moderate Education Minister.”
Isu 5: Komik ‘Inisiatif Jalur Dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’

Seterusnya, bila Dr Maszlee mengumumkan pada 17 Oktober 2019 bahawa beliau telah mengarahkan JPN dan PPD untuk memastikan semua sekolah tidak menerima dan membuat edaran komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’ tulisan Hew Kuan Yau yang didakwa menyebarkan fahaman Komunis, beliau sekali lagi diserang beramai-ramai.

Kali ini beliau diserang oleh 43 pemimpin muda DAP yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pemuda DAP merangkap ADUN Tanah Rata, Chiong Yoke Kong, yang beramai-ramai bertanya: “Kita nak tanya Maszlee, adakah beliau Menteri dilantik PH atau Umno? Jikalau dilantik oleh PH, mengapa perbuatan beliau semakin cenderung kepada Umno yang rasis?”

Isu 6: Soalan peperiksaan hubungan etnik UNIMAP

Paling mutakhir, Dr Maszlee diserang lagi oleh pemimpin DAP susulan tularnya soalan peperiksaan bagi matapelajaran Hubungan Etnik di UNIMAP yang menyifatkan Dr Zakir Naik sebagai ikon umat Islam dan susulan kenyataan Jabatan Pendidikan Tinggi bahawa ia tidak akan campur tangan dalam urusan pelaksanaan program akademik universiti.

Antara yang paling lantang menyerang adalah:

(1) Ahli CCC DAP merangkap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, yang menyebut pada 30 Disember 2019: “Maszlee Malik failed to take the initiative to reform the public universities. These universities are merely exaggerated versions of secondary schools.”(2) Ahli Parlimen Klang merangkap Pengerusi SPAN, Charles Santiago, yang menyebut pada 1 Januari 2020: “Maszlee has not only failed to revamp the education system but has also not been successful in ensuring public educational institutions don’t further fan elements of racism.”(3) Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang, yang menyebut pada 2 Januari 2020: “The Ministry of Education cannot wash its hands of responsibility if ethnic relations courses in universities and institutions exacerbate and incite inter-racial and inter-religious misunderstanding, distrust and hate.”

Oleh itu, bila Dr Maszlee secara rasmi meletakkan jawatan sebagai Menteri Pendidikan dalam keadaan beliau telah dan sedang diserang secara beramai-ramai oleh pemimpin DAP dalam pelbagai isu, maka pastilah persepsi yang timbul meluas di kalangan orang ramai ialah peletakan jawatan ini merupakan satu kemenangan yang amat besar untuk DAP.

Malah tidak sedikit yang menyebut pemimpin DAP, khususnya yang begitu lantang mendesak Dr Maszlee supaya meletakkan jawatan sedang beraya besar waktu ini.

Soalnya ialah benarkah DAP sudah menang besar?
DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF 
–HARAKAHDAILY 2/1/2020

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2020/01/dap-menang-besar-dr-kamarul-zaman.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dap Menang Bagaimana Melayu Islam Dalam Ph Apa Komen Dr Kamarul Zaman

Dap Menang Bagaimana Melayu Islam Dalam Ph Apa Komen Dr Kamarul Zaman

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 296 hits
LGE dabik dada DAP menang dalam Kabinet BANGGA sekali nampaknya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menobatkan diri dan partinya sebagai pejuang Cina Padahal yang dia lawan dan dia menang itu adalah rakan rakan dalam kerajaan dan pakatan yang...
Peguam Negara Tarik Dirii Daripada Kes Anwar Dr Kamarul Zaman

Peguam Negara Tarik Dirii Daripada Kes Anwar Dr Kamarul Zaman

papar berkaitan - pada 9/1/2020 - jumlah : 336 hits
PADA 14 Disember 2019 dalam komen bertajuk Kes cabul Datuk Seri Anwar tak akan ke mana saya menyebut betapa banyak pihak merasa yakin bahawa dakwaan salah laku seks yang dibuat oleh Yusoff Rawther ke atas Datuk Seri Anwar tidak akan berakhi...
Lim Guan Eng Mendabik Dada Dap Menang Dalam Kabinet

Lim Guan Eng Mendabik Dada Dap Menang Dalam Kabinet

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 391 hits
Bangga sekali nampaknya Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menobatkan diri dan partinya sebagai pejuang Cina Padahal yang dia lawan dan dia menang itu adalah rakan rakan dalam kerajaan dan pakatan yang dianggotai olehnya sendiri Padahal tind...
Perletakan Jawatan Dr Maszlee Kemenangan Besar Untuk Dap

Perletakan Jawatan Dr Maszlee Kemenangan Besar Untuk Dap

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 304 hits
Just wanna share this https www facebook com 100001022016761 posts 2927936617250377 Berdasarkan pemerhatian saya dalam ramai ramai Menteri Dr Maszlee Malik adalah Menteri yang paling kerap mendapat serangan daripada pemimpin DAP Dalam enam ...
Dap Mca Perguna Dong Zong Ambil Kesempatan Isu Jawi Pemuda Pas

Dap Mca Perguna Dong Zong Ambil Kesempatan Isu Jawi Pemuda Pas

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 402 hits
Kira kira 300 peserta menyertai Himpunan Bangkit Pertahan Jawi Haramkan Dong Zong yang berlangsung di hadapan Sogo Kuala Lumpur
Setelah Viral Isu Pulau Jawa Akan Gempa Besar Kini Beredar Bengkulu Akan Diterjang Tsunami 12 Meter

Setelah Viral Isu Pulau Jawa Akan Gempa Besar Kini Beredar Bengkulu Akan Diterjang Tsunami 12 Meter

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 339 hits
Setelah viral isu Pulau Jawa akan diguncang gempa besar kini beredar kabar kalau 6 desa di Mukomuko Bengkulu akan dilanda tsunami setinggi 12 meter Bahkan isu tsunami tersebut mengatasnamakan Badan Nasional Penanggulangan Bencana Barusan mi...
Anwar Pula Asak Tun M Menurut Dr Kamarul Zaman

Anwar Pula Asak Tun M Menurut Dr Kamarul Zaman

papar berkaitan - pada 6/1/2020 - jumlah : 368 hits
SEMALAM Lim Guan Eng sudah kena bidas bila mencadangkan supaya pengganti Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan dibincang dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH terlebih dahulu Jawapan diberi ialah mengikut Perkara 43 Perlembagaan Persekut...
Rakyat Dah Tak Ada Isu Besar Isu Baru

Rakyat Dah Tak Ada Isu Besar Isu Baru

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 302 hits
Yang Ada isu lama lapuk ISU basi ISU diperbesarkan Lokman Adam nak saman AGISU dunia intanasionalKahkahkah Salute Tun Panji belum kibarMusuh sudah muflis Kikikiki
Apa Maksud Pendekatan Menang Menang Di Dalam Isu Tanah Haram Cameron Highland

Apa Maksud Pendekatan Menang Menang Di Dalam Isu Tanah Haram Cameron Highland

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 474 hits
Ramai yang tidak faham atau sengaja tidak mahu faham apa yang dimaksudkan dengan pendekatan rundingan yang disuarakan oleh YB Fuziah Salleh di dalam isu pekebun tanah haram di CH Mereka berfikiran MP Kuantan itu menyokong tindakan mencerobo...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Sixth Sense Kembali Dengan Spin Off Yoo Jaesuk Disertai Ahli Baru Seperti Go Kyungpyo Mimi

Tak Cerdik Jangan Sokong La Parti Ni

Cerdik Pusing

Rakyat Cerdik Harus Berfikir

Anak Anak Tak Izin Rita Rudaini Kahwin Lagi Mommy Seorang Pun Dah Cukup

Coretan Penuh Makna Syasya Rizal Setelah Bergelar Ibu