Infineon Labur 5 Bilion Euro Bincang Dengan Pm Bukan Mb Kedah


 


Perbincangan di antara syarikat semikonduktor Jerman, Infineon Technologies AG (Infineon) untuk melabur sejumlah 5 bilion Euro di Kulim Hi Tech Park dilakukan antara wakil syarikat itu dan Perdana Menteri Malaysia, bukannya pihak lain.





Oleh itu Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan kenyataan Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor kononnya keputusan pelaburan berkenaan telah dibuat bertahun dahulu hasil usaha pentadbiran beliau.





"Saya mahu cerita terus terang, MB Kedah banyak pusing (spin). Dia tipu senang sahaja, orang pun kata... ya, Allahuakhbar.





"Saya beri fakta. Bulan sudah wakil Infineon datang jumpa saya. Saya panggil Tengku Zafrul MITI (Menteri Perdagangan Antarabangsa).





"Dia (wakil Infineon) kata ada RM5 bilion Euro, (bersamaan) RM15 bilion nak labur. Sekarang kita tengok, Malaysia, Amerika Syarikat, Eropah dan beberapa negara lain. Dia tanya saya, kita bincang. Saya kata mesti (labur di) Malaysia sebab saya berikan alasannya.





"Dia beritahu saya point (yang dipertimbangkan) Malaysia ini, pertama politik stabil, kuat. Kedua, polisi ekonomi baik. Ketiga, tak ada menteri cari komisen.





"Tetapi dia kata belum ada keputusan. Tunggu menyuarat Lembaga Pengarah di Bonn, Jerman. Apa Sanusi kata, sudah ada keputusan 3 tahun lalu.





"Dan dia (Infineon) buat pengumuman hanya 4 hari yang lalu. Lembaga memutuskan labur 5 bilion Euro, dan saya kata di Kulim Hi Tech.





"Sebab (mereka mahu labur) kerajaan stabil. Dia bukan kata kerajaan Kedah, kerajaan Malaysia, PM Anwar dan dasar ekonomi Madani," katanya dalam ceramah di Pulau Pinang, malam tadi.





Dalam ceramah itu juga, PM mendedahkan perbincangannya bersama Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdoğan yang menyentuh pelaburan negara itu untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat pembuatan drone Turkiye bagi rantau Asia dan akan menambah peluang pekerjaan di Malaysia.





"Presiden Turkiye, Tayyip Erdoğan telefon. Dia kata Anwar macam mana election, dia doa. Dia pun sokong kita. Bukan dia sokong itu lebai





"Dia mahu melabur. Sekarang drone Turkiye nombor satu. Dia kata, boleh kita buat kilang di sini, boleh kita eksport drone dari Malaysia ke pasaran Asia," katanya.





Begitu juga dengan syarikat Jepun, kata Anwar. Menurut beliau syarikat Jepun yang melabur di Malaysia telah menangguhkan keputusan untuk mengembangkan pelaburan sejak beberapa tahun lalu kerana ketidakstabilan politik.





Anwar berkata, beliau telah mengambil inisiatif bertemu dengan semua syarikat berkenaan dan hasilnya pelaburan Jepun akan meningkat dalam tahun tahun akan datang.





"Saya jumpa semua syarikat Jepun yang ada di sini, panggil dia bincang. Yang ada di sini dia tangguh (kembangkan pelaburan) sampai pilihanraya. Dia tangguh tengok ada kerajaan stabil atau tidak, tangguh sampai polisi ekonomi betul atau tidak. Sekarang dia setuju tambah RM28 bilion untuk semua syarikat.





"Untuk apa saya susah payah pujuk (Jepun), sebab anak kita mahu kerja. Anak kerja gaji lebih tinggi. Bukan 'hidup Melayu', 'hidup Melayu' Melayu tak ada kerja," katanya lagi.

 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/infineon-labur-5-bilion-euro-bincang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pelaburan Rm25 Bilion Infineon Bukti Anwar Tak Pinggirkan Kedah

Pelaburan Rm25 Bilion Infineon Bukti Anwar Tak Pinggirkan Kedah

papar berkaitan - pada 4/8/2023 - jumlah : 242 hits
SUNGAI PETANI Kejayaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik pelaburan tambahan berjumlah lima bilion euro oleh Infineon Technologies AG di Kulim Kedah membuktikan keyakinan pelabur asing terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan K...
Infineon S Rm25bil Investment In Kedah A Sign Of Confidence In Govt

Infineon S Rm25bil Investment In Kedah A Sign Of Confidence In Govt

papar berkaitan - pada 3/8/2023 - jumlah : 172 hits
Infineon is planning an expansion of its Kulim facility to build the world s largest 200mm silicon carbide power fabrication plant PETALING JAYA Global semiconductor company Infineon Technologies AG has announced the expansion of its Kulim ...
Ekonomi Masa Hadapan Kerajaan Labur Rm1 Bilion Sokong Syarikat Pemula

Ekonomi Masa Hadapan Kerajaan Labur Rm1 Bilion Sokong Syarikat Pemula

papar berkaitan - pada 27/7/2023 - jumlah : 201 hits
Ekonomi masa hadapan yang berkaitan teknologi maklumat dan diterajui syarikat pemula atau start up company akan mendapat sokongan padu daripada Kerajaan Hal itu dinyatakan oleh Perdana Menteri dalam ucapan Majlis Peluncuran Ekonomi Madani M...
Oooooo Orang Kedah Kalau Sebut Pala Bapak Hang Tu Puji Sanusi Kata

Oooooo Orang Kedah Kalau Sebut Pala Bapak Hang Tu Puji Sanusi Kata

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 352 hits
Ibrahim Mat Isa Kepala bapak hang itu kata kata pujian katanya sikit hari lagi anak anak yang makin membesar di Kedah akan sebut butopakhang untuk memuji bapa mereka
Lapangan Terbang Kxp Atau Pengairan Padi Diperlukan Rakyat Kedah Mahfuz

Lapangan Terbang Kxp Atau Pengairan Padi Diperlukan Rakyat Kedah Mahfuz

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 179 hits
Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim yang dianggap penting oleh Kerajaan PN Kedah belum tentu dianggap keperluan utama rakyat di negeri itu Pengerusi Pakatan Harapan Kedah Datuk Mahfuz Omar sebaliknya berkata langkah Perdana Menteri D...
Hiburan Politik Hebat Calon Pn Kedah Darjah 1 Pada Usia 12 Tahun

Hiburan Politik Hebat Calon Pn Kedah Darjah 1 Pada Usia 12 Tahun

papar berkaitan - pada 1/8/2023 - jumlah : 287 hits
Entahlah Korang yang buat biodata ni main hentam kromo jer ker Sian member jadi bahan Summary 1979 Lahir1991 Masuk sekolah rendah Darjah 1 pada usia 12 thn1997 Masuk sekolah menengah tingkatan 1 dan dilantik jadi ketua pemuda parti politik ...
4 Calon Pn Kedah Dari University Sama University Private Untuk Kristian Ini Jawapan Chatgpt

4 Calon Pn Kedah Dari University Sama University Private Untuk Kristian Ini Jawapan Chatgpt

papar berkaitan - pada 31/7/2023 - jumlah : 353 hits
University Huntington Amerika Syarikat Bukan calang calang tu Daripada US Maliii beramai ramai Dan kami sertakan bersama screenshot daripada chatgpt Kalau korang nak tanya chatGPT pun tiada masalah Dan jawapan chatGPT ia adalah private univ...
Pak Lah To Be Laid To Rest In Warriors Mausoleum

Perbelanjaan Menggunakan Kereta Proton E Mas 7

Biografi Tun Abdullah Ahmad Badawi

Back To The Future Why Y2k Fashion Is Making A Major Comeback

Unleash Your Inner Artist Learn How To Paint

Mastering The Road Learn Driving Theory For A Solid Foundation

Raub Mp Arrested Over Obstruction Claims

Spontan Perempuan Itu Menghulurkan Salam


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dapat Juga Derma Darah Kali Kedua

Resipi Rendang Rempah Cili Padi Daging Pedas Padu Rahsia Sedap Rempah Buat Sendiri

Koleksi Bahasa Org Utara Yang Kita Dok Guna

Isyarat Dagangan Emas Untuk 14 17 April 2024 Jual Di Bawah 3 224

Kes Kebun Haram Musang King Ahli Parlimen Raub Ditahan Polis Atas Dakwaan Menghalang Penjawat Awam

Ceroboh Tanah Di Raub Psap Minta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Siasat Pejabat Tanah Jabatan Hutan