Lapangan Terbang Kxp Atau Pengairan Padi Diperlukan Rakyat Kedah Mahfuz









 Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang dianggap penting oleh Kerajaan PN Kedah belum tentu dianggap keperluan utama rakyat di negeri itu.



Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, Datuk Mahfuz Omar sebaliknya berkata, langkah Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan projek pengairan moden bagi membolehkan petani menanam padi 5 kali dalam 2 tahun lebih praktikal buat majoriti penduduk.





Malah, katanya, projek KXP yang dicanang Menteri Besar Datuk Seri Sanusi Md Nor tidak mempunyai pembiaya atau pihak swasta yang sanggup menyediakan dana buat masa ini.





"Ini menunjukkan mereka tidak mempunyai perancangan yang rapi. Mereka hanya membina (KXP) atas sentimen nak bina naratif kononnya Kerajaan Persekutuan tidak memberi kerjasama kepada usaha dilakukan mereka.





"Saya tak nampak bagaimana kita boleh mendukung sebuah Kerajaan Negeri yang tidak memunyai idea cukup lengkap nak memacu (ekonomi) negeri. Adakah KXP diperlukan atau pun sistem pengairan padi yang perlu dibaiki?





"Sebab itu Datuk Seri Anwar lebih melihat kepada persoalan realiti. Realiti di Kedah ialah pengairan untuk padi. Sebab negeri ini jelapang makanan negara," katanya kepada Suara Keadilan.







Mahfuz melawat penduduk kurang sihat dalam kempen





Tegas Mahfuz, dua idea tersebut perlu dibezakan oleh pengundi menjelang 12 Ogos ini. Mana satukah akan memberi lebih keuntungan kepada mereka, sama ada meningkatkan hasil padi atau projek lapangan terbang yang belum tentu mereka boleh bekerja dalam sektor terbabit.





"45% padi untuk dijadikan beras dalam negara kita datang dari negeri Kedah. Jadi kalau tak dijaga yang ini, dia akan merosot.





"Oleh itu kita nak upgradekan hasil padi Kedah untuk memastikan keterjaminan makanan. Ini kita nampak perbezaan antara Datuk Seri Anwar dengan Sanusi yang dok tekan soal KXP.





"Orang sini (kampung) pun tak fikir (lapangan terbang). Orang sini fikir saliran, di sesetengah tempat dah berapa musim tak boleh buat padi (akibat masalah pengairan).





"Yang ini Datuk Seri Anwar berpijak di bumi nyata," katanya.





Menurut Calon DUN Alor Mengkudu itu lagi, dengan peruntukan RM3 bilion daripada Kerajaan Persekutuan maka sistem pengairan sawah di Kedah akan sama moden dengan di Sekinchan, Selangor yang mempelopori penanaman padi 5 musim dua tahun.





Malah kawasan bendang yang bermasalah di Alor Mengkudu sejak sekian lama, katanya, boleh diusahakan semula asalkan Kerajaan Negeri dan Persekutuan diperintah oleh parti yang sama bagi memudahkan urusan mendapat peruntukan.





"Di Alor Mengkudu ada dua tempat (bendang bermasalah), di Titi Liverpool dan Titi Gerigih. Di Titi Liverpool (jambatan) perlu diangkat jadi lebih tinggi untuk saliran air. Jambatan rendah menyebabkan keadaan sawah tenggelam dengan laluan air, tersangkut dengan pokok pokok yang tumbuh terapung.





"Isu itu saya jumpa MADA, melawat dengan bot dan MADA dulu luluskan peruntukan RM500,000 tetapi tak cukup dan projek tidak diteruskan, jadi hal ini kita perlu angkat semula.





"(Sekarang) tidak ada masalah, Menteri Pertanian Datuk Seri Mohamad Sabu (satu parti), jadi saya rasa lebih mudah untuk mengatasi masalah dihadapi oleh petani di sini," katanya lagi.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/08/lapangan-terbang-kxp-atau-pengairan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ribuan Rakyat Kedah Sambut Sanusi Di Lapangan Terbang

Ribuan Rakyat Kedah Sambut Sanusi Di Lapangan Terbang

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 245 hits
agendaily com18 07 2023Antara penyokong yang menyambut ketibaannya di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Kedah sebentar tadi Gambar Facebook Selepas ditahan awal pagi tadi dan didakwa dengan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Selayang Mente...
Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman Jejaskan Ekosistem Taman Laut

Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Tioman Jejaskan Ekosistem Taman Laut

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 151 hits
Pulau Tioman yang diwartakan sebagai taman laut mempunyai hutan hujan masih asli sekali gus habitat pelbagai spesies hidupan liar dengan sekurang kurangnya 61 peratus daripada pulau itu ditetapkan sebagai rizab hidupan liar Bagaimanapun cad...
Kajian Pemindahan Lapangan Terbang Ke Kimanis Selesai Akan Dibentangkan Pada Khamis

Kajian Pemindahan Lapangan Terbang Ke Kimanis Selesai Akan Dibentangkan Pada Khamis

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 214 hits
KKIA mungkin dipindah dari Petagas Kota Kinabalu ke Kimanis Kajian pemindahan lapangan terbang KK selesai akan dibentangkan pada Khamis KOTA KINABALU Kajian kemungkinan penempatan semula Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu telah sel...
Sanusi Reveals Anwar S Link To Bid By Indonesian Tycoon For Kedah Rare Earth Rights

Sanusi Reveals Anwar S Link To Bid By Indonesian Tycoon For Kedah Rare Earth Rights

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 347 hits
The Kedah menteri besar says the prime minister had accompanied Riza Chalid to Kedah where the tycoon had applied for REE rights Kedah Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor said the series of accusations against him over the theft of rare ea...
Tercabar Sanusi Khizri Panglima Jeneri Sejati Prn Kedah

Tercabar Sanusi Khizri Panglima Jeneri Sejati Prn Kedah

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 212 hits
inilah dia calon PHBN yang akan berhadapan dengan MB Sanusi di DUN Jeneri nanti Saksikan kehebatan Muhamad Khizri Abu Kassim berada diatas pentas dan latar belakang pendidikan dan politik beliau Yang pasti Mat Sanusi semakin gementar dan ke...
Ptg Kedah Mahu Lindungi Siapa

Ptg Kedah Mahu Lindungi Siapa

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 153 hits
Jadi siapa yang mereka hendak lindungi Kertas siasatan langsung tak dibuka sampai sekarang sedangkan barang kes mereput di dalam stor Jabatan Hutan Kes ini tidak menggamit minat PTG dan nampak macam ada sesuatu yang tak kena Apakah membuka ...
Impian J Partiban Wakili Kedah Tercapai

Impian J Partiban Wakili Kedah Tercapai

papar berkaitan - pada 2/8/2023 - jumlah : 291 hits
Aksi J Partiban ketika bersama KL City RASMI J Partiban Sertai Kedah Secara Pinjaman Pemain sayap KL CIty J Partiban dipinjamkan bagi memperkuat skuad Sang Kenari 2 Ogos Kelab itu mengesahkan membawa masuk pemain sayap KL CIty J Partiban se...
Family Staycation Indonesia Menikmati Nasi Liwet Menu Istimewa Makan Tengah Hari Di Resto Bukit Senyum Ciwidey

Flower Bouquet Delivery Send Fresh Blooms With Style And Ease

Buasir Otak Tv Tengok Monyet Tapi Bukan Kat Zoo Be Like

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Bekas Presiden Peru Humala Isteri Dipenjara 15 Tahun Kerana Pengubahan Wang Haram

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain

Sambal Ikan Bilis Lembut

Touring Bali Dengan Motosikal Serius Memang Best


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lagu Kenangan Semasa Di Lpmp Riau

Filem Balas Balik

Kisah Hari Raya Pertama Di Kuala Pilah

Resipi Laksa Kuah Lemak Utara Padu Bak Hang

Sin Chew Daily Minta Maaf Macam Tu Jer Tiada Tangkapan Tindakan Perundangan

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan