Indobowl Kafe Kelazatan Indomie Dengan Gabungan Bahan Masakan Menarik Dan Terbaik
INDOBOWL KAFE : KELAZATAN INDOMIE DENGAN GABUNGAN BAHAN MASAKAN MENARIK DAN TERBAIK.
Bila sebut pasal IndoMie pasti semua terbayang kelazatan Mie Segera yang amat digemari oleh hampir kebanyak masyarakat Malaysia. Harga Sepeket IndoMie yang murah, mudah dibawa ke mana-mana dan penuh rasa yang sedap sering menjadi pilihan tanpa mengira peringkat usia. Tidak ketinggalan juga AlongMurni (AM) yang sebulan sekali mesti membeli 2 paket IndoMie untuk dimakan sekali sekala sambil menaip blog..
IndoMie ini berasal dari Indonesia dan dikeluarkan oleh Biz-Allianz (M) Sdn Bhd yang berpangkalan di Malaysia. Produk IndoMie ini mempunyai kandungan khasiat seperti tenaga, protein, niasin, asam folat, galian zat besi, natrium, dan pelbagai macam vitamin seperti vitamin A, vitamin B1, vitamin B6, dan vitamin B12. Walaupun sedemikian, penggunaan Indomie yang terlalu kerap tidak digalakkan lantaran Indomie mengandungi pewarna kuning buatan tartrazin yang tidak baik untuk kesihatan apabila digunakan dalam masa yang lama
AM berkesempatan untuk datang singgah makan di IndoBowl Kafe yang telah setahun beroperasi di Sungai Besi, Kuala Lumpur. Dekorasi di dalam IndoBowl Kafe ini memang unik, klasik dan menarik.
Terdapat pelbagai jenis sajian yang berasaskan IndoMie. Antara menu menarik yang sempat AM dan rakan-rakan cuba adalah:
PELBAGAI MENU BERASASKAN INDOMIE YANG AM DAN RAKAN-RAKAN CUBA
CHICKEN CHOP CHEEZY: Dengan limpahan cheezy dgn ayam yang digrill dan telur mata memang membuatkan AM berselera untuk makan. Paduan bersama cili balado memang terbaik!!
CHICKEN CHOP CHEEZY : RM 14.90
INDOMIE AYAM BALADO: Rasa keenakan ayam yang penuh rasa rempah dan masih berjus serta indomie yang kenyal dan sedap memang terbaik untuk dicuba..
INDOMIE AYAM BALADO : RM 10
INDOMIE DAGING BALADO: Bila paduan cili istimewa dimakan bersama daging empung dan telur mata memang nampak menyelerakan untuk dicuba.
INDOMIE DAGING BALADO : RM 12
INDOMIE SALTED EGG CHICKEN: AM paling suka paduan indomie salted egg chicken nie.. serius memang sedap dan dalam banyak-banyak menu, menu ini yang paling AM suka.
INDOMIE SALTED EGG CHICKEN : RM 11.90
MUMBO JUMBO SEAFOOD SOTO: haaa.. kalu nak cuba menu ini boleh dimakan untuk 3-4 orang.. Memang sedap dan penuh bahan.. yang paling menarik adalah telur goyang dengan kuah soto seafood dan samabl balado memang bertambah gak AM makan dan hirup kuahnya!! ada sotong, crab stick, fish kek, udang dan ayam.. memang puas hati dan berbaloi untuk makan nie..
MUMBO JUMBO SEAFOOD SOTO: RM 39.90
AYAM MADURA: dengan ayam yang masih berjus dan lembut membuatkan setiap gigitan rasa ayam madura ini memang puas dan enak untuk dimakan.. terutamanya untuk anak-anak kerana ia tidak terlalu pedas.
AYAM MADURA : RM 12
DARI KIRI : AIR SIRAP SODA SELASIH , CENDOL
Memang best bila menu-menu yang sedap dan menyelerakan ini dimakan bersama keluarga dan rakan-rakan.. Tambah meriah dengan ragam dan gelagat mereka. IndoBowl Kafe ini boleh menampung antara 50-70 orang untuk satu-satu masa.
Apalagii nak tunggukan kan?? Jom bawa ahli keluarga dan sahabat handai datang ke IndoBowl Kafe yang terletak di
INDOBOWL KAFE SG BESI72, Jalan Tasik Utama 7, Lake Fields Sungai Besi 57000 Kuala Lumpur
INDOBOWL SUBANG 66, Jalan SS 15/4C, SS15, 47500 Subang Jaya, Selangor
Dibuka pada setiap hari Jam 11pagi - 10.30 MalamHubungi 019-5426869 Untuk sebarang tempahan secara berkumpulan
KATA ALONGMURNI:
AM RASA SANTAI DAN TENANG BILA BERADA DI INDOBOWL KAFE. MENU-MENU YANG TERDAPAT DI SINI DAN BERASASKAN INDOMIE MEMANG WAJIB DICUBA TERUTAMANYA INDOMIE SALTED EGG CHICKEN DAN MUMBO JUMBO SEAFOOD SOTO.. MEMANG SEDAP DAN HARGA BERPATUTAN!! JOMM RAMAI-RAMAI TERJAH KE INDOBOWL KAFE..
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://alongmurni.blogspot.com/2018/10/indobowl-kafe-kelazatan-indomie-dengan-gabungan-bahan-masakan-menarik-dan-terbaik.html