Individu Memiliki Dwikerakyatan Di Sabah Dalam Radar Jpn


Ekhwan Haque Fazlul Haque
Kota Kinabalu: Individu yang memiliki dwikerakyatan di Sabah dan dikatakan akan mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Sabtu ini kini dalam 'radar' Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pihaknya kini giat menjalankan risikan dan siasatan mengenai dakwaan wujudnya kumpulan yang memiliki dwikerakyatan akan keluar mengundi dalam PRN Sabah.
Beliau berkata, setakat ini tiada individu ditahan atas kesalahan itu, namun pengesanan lanjut terus dijalankan.
"JPN menegaskan mereka yang memiliki dwikerakyatan tidak layak untuk mengundi dalam mana-mana pilihan raya.
"Malaysia tidak mengiktiraf mereka yang memiliki dwikerakyatan sama ada masih bermastautin di negara ini atau luar negara.
"Mereka perlu memilih sama ada terus kekal sebagai warganegara dengan melepaskan kewarganegaraan lain atau kekalkan kewarganegaraan yang dipilihnya," katanya dalam sidang media di JPN Sabah, di sini, hari ini.
Beliau berkata, bagi memastikan tiada pihak yang mencuba nasib untuk mengundi dalam PRN Sabah walaupun memiliki dwikerakyatan, JPN sudah membuka enam bilik gerakan di seluruh Sabah.
Menurutnya, bilik gerakan yang dibuka di Kota Kinabalu, Papar, Tawau, Keningau dan Sandakan akan berfungsi untuk menyemak kad pengenalan yang mencurigakan ketika hari mengundi Sabtu ini.
"Sistem JPN hanya mengambil masa seminit untuk menyemak ketulenan kad pengenalan seseorang berdasarkan pangkalan data di Putrajaya.
"Selain itu, pelbagai ciri khas yang boleh diperiksa pegawai JPN bagi menentukan ketulenan Mykad," katanya.
Ruslin berkata, JPN kini sudah menjalankan perbincangan lanjut antara agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk memastikan tiada individu yang cuba menggugat kedaulatan negara.
Katanya, orang ramai diminta untuk menyalurkan maklumat mengenai mana-mana individu yang memiliki dwikerakyatan agar tindakan lanjut dapat diambil segera.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/09/individu-memiliki-dwikerakyatan-di.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Individu Balik Dari Sabah Kena Kuarantin

Individu Balik Dari Sabah Kena Kuarantin

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 231 hits
Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM NOOR HISHAM ABDULLAH PUTRAJAYA Individu baru tiba dari Sabah diwajibkan menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah serta dipakai gelang kuarantin mulai hari ini sehingga 10 Oktober depan Ketua Pengarah...
Individu Pulang Dari Sabah Tak Dikuarantin Kata Ismail

Individu Pulang Dari Sabah Tak Dikuarantin Kata Ismail

papar berkaitan - pada 14/9/2020 - jumlah : 437 hits
Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob menafikan laporan palsu mendakwa individu pulang dari Sabah akan dikuarantin 14 hari Beliau berkata kluster Benteng Lahad Datu hanya membabitkan pendatang asing tanpa izin dan banduan di penjara Tawau Merek...
Prn Sabah Individu Positif Covid 19 Tidak Dibenarkan Mengundi

Prn Sabah Individu Positif Covid 19 Tidak Dibenarkan Mengundi

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 332 hits
M Update 22 9 2020 Pesakit Covid 19 yang menerima rawatan di hospital tidak dibenarkan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri Sabah Sabtu ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata namun tiga kategori lain pengundi dibenarka...
Hiburan Risau Ada Yang Degil Mila Jirin Cadang Individu Pulang Dari Sabah Kuarantin Di Pusat

Hiburan Risau Ada Yang Degil Mila Jirin Cadang Individu Pulang Dari Sabah Kuarantin Di Pusat

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 353 hits
Menyuarakan pendapatnya agar individu yang baru pulang dari Sabah menjalani perintah kuarantin selama 14 hari di pusat kuarantin yang disediakan penyanyi dan usahawan popular Mila Jirin dedah kenyataan itu di laman Instagramnya Ujar Mila be...
Kkm Teliti Kuarantin Wajib Terhadap Individu Pulang Dari Prn Sabah

Kkm Teliti Kuarantin Wajib Terhadap Individu Pulang Dari Prn Sabah

papar berkaitan - pada 12/9/2020 - jumlah : 325 hits
Dr Adham Baba PORT DICKSON Kementerian Kesihatan akan meneliti keperluan mengenakan kuarantin wajib terhadap mereka yang pulang ke Semenanjung dari Sabah selepas urusan pilihan raya negeri Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata perkara...
Pn Menang Di Sabah Pru Akan Diadakan

Pn Menang Di Sabah Pru Akan Diadakan

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 404 hits
KOTA BELUD 18 SEP Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata sekiranya gabungan PN BN PBS menang dalam pilihan raya Sabah kali ini pilihan raya umum akan diadakan dalam masa terdekat Ini adalah pertama kali Muhyiddin menunjukkan kecenderungan...
Lebih Bantuan Jika K Jaan Sabah Sehaluan Persekutuan Muhyiddin

Lebih Bantuan Jika K Jaan Sabah Sehaluan Persekutuan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 18/9/2020 - jumlah : 401 hits
MALAYSIAKINI Lebih banyak bantuan dan peruntukan dapat disalurkan kepada Sabah untuk dinikmati rakyat di negeri itu sekiranya kepimpinan kerajaan Negeri di Bawah Bayu sebaris dengan Kerajaan Persekutuan kata Tan Sri Muhyiddin Yassin Perdana...
More Cases Reported In Sabah Death Toll Climbs To 129

More Cases Reported In Sabah Death Toll Climbs To 129

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 326 hits
COVID 19 Malaysia has reported 95 new cases of Covid 19 today of which 91 cases were locally transmitted while the other four were imported Sabah accounted for 90 of the local cases which includes one case where a patient died before underg...
Filem Martabat Misi Berdarah

Nasihat Perihal Solat Dan Kematian

Hari Lautan Sedunia Jangan Bawa Balik Kulit Siput Jika Ke Pantai

Bas Bawa Pelajar Upsi Dipercayai Hilang Kawalan Dan Terlanggar Belakang Alza Jadi Punca Kemalangan

Fleeting Yet Functional The Rise Of Transient Electronics

Fancy Owning A Private Island Or Uninhabited Land

Chronology Of Tragic Gerik Bus Crash That Claimed 15 Lives

Saya Hargai Dikritik Muat Naik Spoiler Squid Game 3 Ini Respon Park Gyuyoung


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


7 Kerja Sampingan Guna Alat Ai Paling Menguntungkan Di Tahun 2025

Raya Aidiladha Di Bukit Tinggi

Raya Kedua Tapi Masih On Duty

Understanding Insurance Estimates For Car Repairs A Comprehensive Guide

Maiwp Mohon Maaf Atas Kesilapan Pemberian Pampers Tape Ppim Mohon Hentikan Kecaman

Pelajar Umpsa Berdepan Detik Cemas Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Lpt