Individu Islam Bantah Larangan Merokok Boleh Kena Tindakan


Siti hafidah Umat Islam bukan sahaja terikat kepada undang-undang sivil tetapi juga jenayah syariah


BANGI – Pihak berkuasa digesa mengambil tindakan terhadap tujuh individu yang memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai larangan merokok

Ini kerana, Seksyen 9 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, memperuntukkan bahawa mana-mana orang yang bertindak, menghina pihak berkuasa agama atau mengingkari, melanggar atau mempertikaikan perintah atau arahan majlis atau mufti, yang dinyatakan atau diberikan melalui fatwa, adalah melakukan suatu kesalahan

Jika disabitkan kesalahan mereka boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya

Sebelum ini, tujuh individu memfailkan permohonan secara ex-parte (sebelah pihak) di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur, membantah larangan merokok yang dikuatkuasakan Kementerian Kesihatan

Mereka menyatakan asas bagi permohonan itu antaranya ialah larangan berkenaan bertentangan dengan Perlembagaan Negara kerana merokok bukan jenayah, dan mempunyai hak sama rata dengan golongan yang tidak merokok

Aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ), Aidil Khalid dalam satu kenyataan hari ini, menyifatkan tindakan itu sesuatu yang menyedihkan

Katanya, amat menyedihkan apabila melihat semua yang memfailkan cabaran ke atas keputusan kerajaan melarang merokok di premis makanan itu, terdiri daripada orang Melayu, bahkan mereka berani mendakwa kononnya merokok bukan jenayah

Beliau berkata, umat Islam di Malaysia bukan sahaja terikat kepada undang-undang jenayah umum, tetapi juga kepada jenayah syariah yang menyentuh tata etika keperibadian seseorang

“Sejak tahun 1995 lagi, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam telah memutuskan bahawa tabiat merokok itu adalah haram. Mufti Wilayah Persekutuan turut mengulang tegas pandangan yang sama tahun lalu

“Demikian juga Selangor dan Pulau Pinang, telah mewartakan fatwa haramnya merokok, masing-masingnya pada tahun 1995 dan 2004. Justeru, macam mana pula pro-tem Pertahankan Hak Perokok mendakwa merokok bukan jenayah, walhal kesemua mereka adalah beragama Islam

“Maka saya minta, penguat kuasa dan pendakwa syariah, sila bangun, jangan tidur,” katanya




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/individu-islam-bantah-larangan-merokok.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masih Ramai Individu Yang Ingkar Arahan Larangan Merokok

Masih Ramai Individu Yang Ingkar Arahan Larangan Merokok

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 383 hits
KUALA LUMPUR Semua premis makanan telah diwartakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai tempat larangan merokok berkuat kuasa pukul 12 tengah malam tadi Bagaimanapun tinjauan Bernama di ibu kota sekitar Kampung Baru Datuk Keramat dan...
Larangan Merokok Kaji Semula Denda Terhadap Peniaga Kecil

Larangan Merokok Kaji Semula Denda Terhadap Peniaga Kecil

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 381 hits
Oleh Saadah Latib KUALA LUMPUR Kerajaan disaran mengkaji semula denda yang dikenakan terhadap peniaga yang gagal memastikan tiada pelanggan merokok di premis perniagaan Presiden Dewan Perdagangan ASEAN Dato Moehamad Izat Emir berkata peniag...
Larangan Merokok Wajarkah Pelanggan Tampar Pelayan

Larangan Merokok Wajarkah Pelanggan Tampar Pelayan

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 276 hits
Pelbagai reaksi positif dan negatif apabila larangan merokok di kedai makan atau restoran mula dikuatkuasakan Baru baru ini seorang pelayan ditampar oleh seorang pelanggan kerana melarang merokok Pelayan hanya menjalankan tugasnya kenapa di...
Perokok Di M Sia Larangan Merokok Baru Yang Dikuatkuasakan

Perokok Di M Sia Larangan Merokok Baru Yang Dikuatkuasakan

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 618 hits
PETALING JAYA Perokok terkejut terkejut dan terancam dengan larangan merokok di restoran restoran yang berkuatkuasa pada hari Selasa tetapi berkata mereka akan mematuhi kesihatan awam Cek oleh Malay Mail di beberapa restoran di Kota Damansa...
Dobi Akan Dikuatkuasakan Tempat Larangan Merokok

Dobi Akan Dikuatkuasakan Tempat Larangan Merokok

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 403 hits
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengedarkan papan tanda larangan merokok kepada seorang pekerja kedai makan pada Walkabout Tempat Larangan Merokok di Bandar Sri Permaisuri Cheras Selangor foto SYAFIQ AMBAK KUALA LUMPUR Pengu...
Larangan Merokok 1 453 Surat Amaran 3 879 Diberi Nasihat

Larangan Merokok 1 453 Surat Amaran 3 879 Diberi Nasihat

papar berkaitan - pada 3/1/2019 - jumlah : 295 hits
MALAYSIAKINI Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan sebanyak 1 453 surat amaran bertulis dikeluarkan dan 3 879 individu diberi nasihat untuk hari pertama penguatkuasaan larangan merokok di premis makan yang berkuatkuasa sejak semalam Me...
Larangan Merokok Bukan Sahaja Untuk Rokok Tapi Termasuk Vape Nano Stick Dan Shisha

Larangan Merokok Bukan Sahaja Untuk Rokok Tapi Termasuk Vape Nano Stick Dan Shisha

papar berkaitan - pada 4/1/2019 - jumlah : 1761 hits
Hi Ramai yang tarik nafas lega selepas Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan larangan merokok di semua restoran dan premis yang menjual makanan bermula 1 1 2019 Kalau diikutkan banyak juga tempat tempat yang dah di tetapkan untuk ...
Kkm Lancarkan Talian Whatsapp Untuk Melaporkan Kesalahan Larangan Merokok Di Restoran

Kkm Lancarkan Talian Whatsapp Untuk Melaporkan Kesalahan Larangan Merokok Di Restoran

papar berkaitan - pada 5/1/2019 - jumlah : 848 hits
yang lalu dan setakat ini keputusan yang dibuat oleh pihak kerajaan ini sedikit sebanyak mengurangkan tabiat merokok ketika orang ramai menjamu selera Sekaligus memberikan keselesaan kepada pengguna lain Namun sejak dari hari pertama ia dil...
Eh Mai Aku Jadi Menteri Lah Bila Sharnaaz Ahmad Bersuara Pasal Larangan Merokok

Eh Mai Aku Jadi Menteri Lah Bila Sharnaaz Ahmad Bersuara Pasal Larangan Merokok

papar berkaitan - pada 11/1/2019 - jumlah : 541 hits
Sharnaaz Ahmad menawarkan dirinya untuk menjadi menteri sekali gus menyelesaikan isu larangan merok0k yang mula dikuatkuasakan pada 1 Jan lalu Pelakon yang memang selalu lantang bersuara di media sosial itu juga mengulas berhubung penguatku...
Ironic That Home Minister Saifuddin Is Unable To Protect His Own Phone From Hackers

Comment On Pengalaman Diet Intermittent Fasting 61kg Ke 50kg By Ainul

Family Staycation Indonesia Menikmati Pemandangan Indah Di Kawah Putih Tempat Cantik Untuk Ootd

Truck Vs Car What Makes Big Rig Accidents More Legally Complex

Ai Powered Prosthetics Revolutionizing Mobility And Accessibility

Ringgit Edges Down On Improving Us Consumer Confidence

Comment On Yuran Pasti 2023 Untuk Anak 4 5 6 Tahun By Sumayyah

Tahniah Dan Terima Kasih


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Penstrukturan Semula Kwsp 2024

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Masalah Tayar Kereta Second Hand Tanda Tanda Cara Atasi

Ebook Kuasa Cinta Oleh Linda Ilias

Cara Tukang Rumah Profesional Boleh Bantu Di Rumah Anda

10 Pesanan Buat Sahabat