Larangan Merokok 1 453 Surat Amaran 3 879 Diberi Nasihat


MALAYSIAKINI

   
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 1,453 surat amaran bertulis dikeluarkan dan 3,879 individu diberi nasihat untuk hari pertama penguatkuasaan larangan merokok di premis makan yang berkuatkuasa sejak semalam.

Menterinya, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, 611 anggota penguatkuasa KKM semalam telah melawat 2,786 premis makan termasuk yang beroperasi 24 jam.

Dzulkefly juga menambah bahawa, sehingga jam 12 tengah hari tadi, pihaknya menerima 28 panggilan telefon berkaitan isu larangan merokok berkenaan.

"Pihak KKM pastinya akan meneruskan penguatkuasaan ini khususnya untuk tempoh enam bulan pertama, yang diistilahkan sebagai penguatkuasaan pendidikan secara menyeluruh bagi memastikan masyarakat benar-benar maklum dan memahami larangan ini," katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Dzulkefly juga menegaskan bahawa tiada kompaun atau denda dikeluarkan semalam selaras dengan pendekatan mendidik bagi tempoh enam bulan

Mengulas berhubung sambutan yang diterima pula, Dzulkefly berkata ia sangat baik dan mengujakan.

"Dari sudut sokongan, saya ucapkan terima kasih kepada masyarakat seluruhnya dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang tampil memberikan kerjasama.

"Begitu juga di media sosial. Sambutan sangat baik dan mengujakan. Kita harapkan ia berterusan dan tidak hangat-hangat tahi ayam," katanya.

Pada sidang media itu, Dzulkefly turut menjelaskan bahawa, selain talian telefon, pihaknya akan melancarkan penggunaan aplikasi Whatsapp bagi membolehkan orang ramai menghantar gambar dan membuat aduan berhubung larangan berkenaan.

"Cuma kita mahu perkara ini berlaku kerana kebertanggungjawaban," katanya.

Semalam, Dzulkefly menjelaskan bahawa pihaknya akan menggunakan pendekatan mendidik bagi tempoh enam bulan pertama penguatkuasaan larangan merokok itu

Larangan merokok dimumkan KKM Oktober lalu dan berkuatkuasa sejak semalam di semua premis makanan di seluruh negara.

Pihak yang didapati melanggar larangan itu boleh didenda RM10,000 atau penjara dua tahun.

Pemilik premis makanan yang didapati membenarkan pelanggan merokok akan didenda maksimum RM2,500.

Perokok bagaimanapun dibenarkan merokok 3 meter (kira-kira 10 kaki) dari premis makanan.

 LIHAT VIDEO DI SINI




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/01/larangan-merokok-1453-surat-amaran-3879.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Larangan Merokok Berkuatkuasa 1hb Jan 2019 Cara Mereka Mengira Jarak Selamat Rokok Mencuit Hati Netizen

Larangan Merokok Berkuatkuasa 1hb Jan 2019 Cara Mereka Mengira Jarak Selamat Rokok Mencuit Hati Netizen

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 498 hits
Larangan Merokok Berkuatkuasa 1hb Jan 2019 Cara Mereka Mengira Jarak Selamat Rokok Mencuit Hati NetizenLarangan Merokok Berkuatkuasa 1hb Jan 2019 Cara Mereka Mengira Jarak Selamat Rokok Mencuit Hati Netizen
Infografik Fahami Lebih Jelas Kawasan Larangan Merokok Yang Diwartakan Bermula 2019

Infografik Fahami Lebih Jelas Kawasan Larangan Merokok Yang Diwartakan Bermula 2019

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 661 hits
Infografik Fahami Lebih Jelas Kawasan Larangan Merokok Yang Diwartakan Bermula 2019
Larangan Merokok Di Tempat Awam

Larangan Merokok Di Tempat Awam

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 2469 hits
Berkuatkuasa tengah malam ini tempat tempat makan ini diwartakan sebagai Kawasan Larangan Merokok Tolong RT atau apa saja untuk bantu kami sebarkan maklumat ini supaya tiada lagi alasan tidak tahu tidak jelas atau keliru
Masih Ramai Individu Yang Ingkar Arahan Larangan Merokok

Masih Ramai Individu Yang Ingkar Arahan Larangan Merokok

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 373 hits
KUALA LUMPUR Semua premis makanan telah diwartakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai tempat larangan merokok berkuat kuasa pukul 12 tengah malam tadi Bagaimanapun tinjauan Bernama di ibu kota sekitar Kampung Baru Datuk Keramat dan...
Dobi Akan Dikuatkuasakan Tempat Larangan Merokok

Dobi Akan Dikuatkuasakan Tempat Larangan Merokok

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 382 hits
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengedarkan papan tanda larangan merokok kepada seorang pekerja kedai makan pada Walkabout Tempat Larangan Merokok di Bandar Sri Permaisuri Cheras Selangor foto SYAFIQ AMBAK KUALA LUMPUR Pengu...
4754 Tangguh Luaskan Kawasan Larangan Merokok Sinar Harian 2 1 19

4754 Tangguh Luaskan Kawasan Larangan Merokok Sinar Harian 2 1 19

papar berkaitan - pada 2/1/2019 - jumlah : 424 hits
SHAH ALAM Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan berpendapat tiada keperluan buat masa ini untuk memperluaskan lagi kawasan larangan merokok di Malaysia Menurutnya kementerian perlu mengikut perancangan sedia ada...
Sarawak Tangguh Larangan Merokok Di Tempat Awam

Sarawak Tangguh Larangan Merokok Di Tempat Awam

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 311 hits
Sarawak tangguh larangan merokok di tempat awam Dikemas kini 25 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 1 Jan 2019 4 43PM mi
Ngo Fail Semakan Kehakiman Cabar Larangan Merokok

Ngo Fail Semakan Kehakiman Cabar Larangan Merokok

papar berkaitan - pada 1/1/2019 - jumlah : 392 hits
Sebuah NGO yang baru didaftarkan yang dinamakan Pertahankan Hak Perokok memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar larangan merokok di premis makanan seluruh negara yang berkuatkuasa esok Tujuh anggota pro tem Pertahankan Hak Per...
Larangan Merokok Di Restoran Tapi Terus Membunuh Rakyat

Larangan Merokok Di Restoran Tapi Terus Membunuh Rakyat

papar berkaitan - pada 27/12/2018 - jumlah : 626 hits
DR LEE BOON CHYE memasukkan punjut Temephos 500E bagi mengawal pembiakan aedes di dalam tangki septik semasa program goyong royong di Kampung Rapat Jaya Tambahan Ipoh Perak semalam BERNAMAIPOH 26 Dis Kementerian Kesihatan tidak berkompromi ...
Insurance With No Medical Exam Simplified Coverage For Peace Of Mind

Pasaran Saham As Dalam Zon Merah Dow Jones 0 4 Nasdaq 0 1 Laporan Korporat Yang Memberangsangkan Tidak Menyelamatkan

The Benefits And Considerations Of Whole Life Insurance

Sin Chew Daily Apologises For Jalur Gemilang Error

Bagaimana Usahawan Wanita Di Malaysia Mencapai Kejayaan

Pro Madani Cytro Gets Ticked Off For Over Eagerly Portraying Pmx As A Forgiving Compassionate Soul

Ron95 Subsidy Khalid Tells Anwar To Take A Page From Najib S Slogan

Thai Woman Nabbed At Klia With Rm1 05m Cocaine Stash Hidden In Handicraft Bag


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Keluarga Dah Sayang Sophia Albarakbah Bakal Kahwin Jejaka Dikenali Sejak Usia 14 Tahun

The Mystery Of The Missing Moon Another Newspaper S Error With The Malaysian Flag

Jalur Gemilang Silap Polis Tahan Ketua Editor Timbalan Ketua Penyunting Sin Chew

Ibu Syed Saddiq Sebak Lihat Perjuangan Anak Harap Golongan Muda Tak Takut Bersuara Demi Kebenaran