India Taj Mahal The Unesco World Heritage Site


India | Taj Mahal - UNESCO World Heritage Site | 10.45 pagi Jumaat kami bertolak ke Agra. Dalam perjalanan kami singgah di Motel Gangaur, Mahwa Raj, untuk kencing. Di sini ada restoran dan kedai cenderahati tapi harganya mak aii tak agak agak. Disebabkan masih kenyang takdelah bernafsu sangat nak membeli. Nasib baik. Perjalanan sejauh 242km mengambil masa lima setengah jam termasuk rehat.
Sesampai sahaja di Agra kami dibawa membeli-belah dahulu di kedai barangan kulit. Biasalah pelancongan berpandu kan...haruslah dibawa ke kedai gini tapi aku rasa munasabah harga dompet kulit yang aku beli untuk suami dan anak-anak. Aku teringat wallet dia yang dah bersepai padahal kulit asli, apa benda entah boh kertas tetebal. 
Kemudian kami check-in di Hotel Taj Villa.
Malam tu kami berlima keluar  sendiri naik auto rickshaw. Janjinya 100 rupees pergi baik satu auto, aku kata tak payah tunggu. eh...dia nak tunggu juga tapi bila sampai hotel dia pusing pula cakap, nak bayaran 300 rupees sebab tunggu kami. Dasar... 
Ni nak bagitau, di simpang berdekatan KFC (rasanya yang di Basai Mustquil Fatehabad Road Tohana sebab dekat dengan hotel) ada satu kedai briyani muslim, nampak macam sedap. Kedai Haji Sabu Chicken Biryani bertentangan dengan Salt Cafe. 
Berpagian di Taj Mahal
Kami sepatutnya bertolak seawal jam lima pagi ke Taj Mahal untuk melihat matahari terbit tapi terlewat. Nak tengok matahari terbit di sana kena ambil kira masa membeli tiket sekali, kalau tak melepaslah

Bagusnya dalam trip ini, ada buggy/golf cart service untuk pelancong asing terus turun berhampiran kaunter tiket east gate. Dari tempat drop off buggy tak jauh dah berjalan tapi dalam suhu lembap tu kau kena hidu bau taik monyet hahahha....kawan dari Indonesia kata bau macam di kebun binatang (zoo). Eh eh betullah, teringat masa ke Kebun Binatang Bandung 14 tahun dulu. 
Dari tempat turun bas/stesen metro Taj Mahal ke kaunter tiket boleh tahan jauh ya...500 meter, boleh kurus peha kau kena berjalan hahahah.. Kita beli tiket dapat non-woven shoes sekali untuk dipakai dalam bangunan makam nanti.  Metro Taj Mahal betul betul depan pintu masuk, train station terdekat Agra Fort, 3km away tapi public transport tak jadi masalah lansung, auto banyak. 
Di sini ada laluan khas untuk pelawat asing. Selepas je imbas tiket ada tentera/polis yang akan periksa badan kita. Bagusnya di India ni, ada ruang bertutup untuk periksa badan pelawat wanita oleh staf wanita. Cuma yang aku risaukan handbag kat sebelah sana, ada passport duit dan handphone dalam tu. Hati tak tenang okeh. Sila tinggalkan dron (diharamkan) bedak gincu gula-gula getah monopod makanan bendera dalam kenderaan anda

Dah siang ha..
Pintu masuk. Tiket dah diperiksa di pintu sebelumnya.
Pemandangan pintu masuk dari dalam kompleks Taj Mahal.
Lambang Cinta Shah Jahan Kepada Mumtaz MahalAgra dahulunya menjadi pusat pemerintahan Dinasti Mughal antara kurun ke 16-18. Sewaktu zaman pemerintahan inilah banyak bangunan indah dibina yang masih utuh hingga kini dan menerima jutaan pelancong setiap tahun. Agra antara tempat yang kaya dengan tapak warisan bersejarah di India dimana monumen Mughal banyak ditemui

Taj Mahal yang terletak di tebing Sungai Jumna, merupakan makam yang dibina atas perintah Maharaja Shah Jahan (1614-1666) sebagai monumen peringatan untuk permaisuri Parsinya Mumtaz Mahal, isteri ketiga yang meninggal dunia selepas melahirkan anak ke-13 mereka. Bangunan berhias marmar berwarna putih gading dengan batu berharga dan separa berharga ini mula dibina pada tahun 1631 dan bangunan utamanya siap tahun 1648 manakala bangunan di sekeliling dan tamannya siap lima tahun kemudian. Taj Mahal yang bermakna "Crown Palace" merupakan antara bangunan yang paling dipelihara dan makam yang sangat cantik senibinanya. Kompleks ini seluas 17 hektar

Rekaan Taj Mahal mengambil inspirasi senibina Mughal yang menggabungkan seni bina Parsi, Turki, India dan gaya seni bina Islam. Taj Mahal merupakan sebuah kompleks bersepadu iaitu merangkumi bahagian makam, dewan, taman rekreasi, masjid, menara tinjau dan lain-lain. Pada tahun 1983, UNESCO telah mengisytiharkan Taj Mahal sebagai Tapak Warisan Dunia yang perlu dilindungi. Bangunan ini dikatakan 'permata seni bina Islam'

Bahan binaan dibawa dari seluruh Asia dengan menggunakan 1000 ekor gajah. Marmar putih dari Rajasthan, permata dari Punjab, jed dan hablur dari China, firus dari Tibet, Lazuardi dari Afghanistan, nilam dari Sri Lanka dan kamelian dari Arab. 28 jenis batu berharga telah digunakan bagi membina Taj Mahal dengan kos pembinaan dianggarkan melebihi 32 juta rupee. Dalam abad ke-19, banyak bahagian dan lapisan telah jatuh dan tidak diperbaiki. Ketika pemberontakan India 1857, tentera British telah menguasai Taj Mahal dan mencuri batu permata di dindingnya. Kena cari di British Museum lah kot mana tau ada. 
Menghadap ke Taj Mahal bermenara empat, di sebelah kirinya adalah masjid, kanan pula rumah tamu. Untuk masuk ke bangunan makam, ada lagi pemeriksaan tiket. Selepas itu beraturlah kita untuk melihat makam berpagar. Berjalan satu pusingan je lepas tu keluar. Makam sebenar adalah dua aras di bawah lantai tetapi tempat tu sempit maka dibina replika makam untuk tujuan pelancongan. Tak ada gambar sebab dilarang, ada askar jaga situ kang tak memasal handphone aku kena rampas. Pergi tempat orang kenalah ikut arahan tuan rumah

Mengikut ceritanya semasa hidup Mumtaz Mahal telah meminta empat janji berikut ditunaikan:1. Membina The Taj2. Shah Jahan berkahwin lain3. Shah Jahan berbuat baik dengan anak-anak mereka4. Melawat makam pada setiap ulangtahun kematiannya
Hanya janji keempat tidak berjaya ditunaikan kerana Shah Jahan sakit dan dikurung oleh anaknya sendiri, Aurangzeb, sehingga akhir hayatnya

Seni Khat Hiasan BangunanAyat daripada al Quran menjadi hiasan utama Taj Mahal. Jurukhat bernama Amanat Khan dibawa dari Parsi untuk merealisasikan penggunaan seni khat sebagai hiasan dinding. Huruf khat thuluth menjadi seni huruf utama. 
Antara surah yang menjadi hiasan ialah Surah 36 (Surah Yassin), Surah 39 (surah Az-Zumar), Surah 48 (Surah Al-Fath), Surah 67 (Surah Al-Mulk), Surah 77 (Surah Al-Mursalat), Surah 81 (Surah At-Takwir), Surah 82 (Surah Al-Infitar), Surah 84 (Surah Al-Insyiqaaq), Surah 89 (Al-Fajr), Surah ke-91 (Surat Asy-Syams), Surah 93 (Surah Adh-Dhuha), Surah 94 (Surah Al-Inshirah), Surah 95 (Surah At-Tin), Surah 98 (Surah Al-Baiyinah) dan Surah 112 (Surah Al-Ikhlas). Mesti ada sebab surah-surah ini dipilih kan


Sampai juga akhirnya. Berimpianlah kawan-kawan dan kumpul duit. Kalau tetiba ada orang ajak, kita jalan terus!




Rumah tamu


Pemandangan dari rumah tamu

Kasut RM5 beli di Amber Fort, Jaipur.
Beratur ni nak tengok makam satu pusingan je 😊.



Seni kaligrafi thuluth.

Dah cakap dengan husband, dah tua nanti aku tak nak jaga cucu. Setakat tolong bila perlu okaylah. Kita nak jalan-jalan macam pasangan ni.
Suka tengok orang sana bertutup habis dengan saree warna-warni. Ini acik-acik dan uwan-uwan, yang muda pakai sari berbenang emas atau perak. Cantik!
Disebalik gahnya monumen ini dikatakan ramai yang cacat dan terkorban dalam kepayahan pembinaan makam ini untuk permaisuri yang paling dicintai Maharaja Shah Jahan.

Harga Tiket Taj MahalUntuk warga asing, harga tiket masuk ke kompleks Taj Mahal INR1100, tambah INR200 lagi untuk masuk ke bangunan yang menempatkan makam. Kanak-kanak warga tempatan atau asing berusia kurang dari 15 tahun PERCUMA

Kaunter tiket dibuka sejam sebelum matahari terbit dan tutup 45 minit sebelum matahari terbenam. Tiket juga boleh dibeli www.asiagracircle.in & www.tajmahal.gov.in dan akan diberi diskaun INR50 untuk bukan warganegara

Dalam sebulan lima hari dibuka untuk lawatan malam iaitu antara 8 malam hingga 11.59 malam ketika bulan mengambang penuh, serta dua hari sebelum dan selepasnya. Hanya lapan kumpulan dibenarkan masuk dengan setiap kumpulan maksima 50 orang. Tiket dijual dalam talian

TUTUP pada hari Jumaat


Bersambung ke New Delhi





© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2024/10/india-taj-mahal-unesco-world-heritage.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Netizen Kecam Rakyat Malaysia Kibar Jalur Gemilang Di Taj Mahal

Netizen Kecam Rakyat Malaysia Kibar Jalur Gemilang Di Taj Mahal

papar berkaitan - pada 2/11/2024 - jumlah : 105 hits
Baru baru ini kecoh di Menara Condong Teluk Intan yang meyaksikan sekumpulan warga China mengibarkan bendera negara mereka di kawasan tempat bersejarah itu Susulan itu orang ramai yang menyaksikan kejadian itu bertindak menularkan video di ...
Where In The World Is There 23hr Stay Hotel Association Asks Tiong

Where In The World Is There 23hr Stay Hotel Association Asks Tiong

papar berkaitan - pada 23/10/2024 - jumlah : 168 hits
The Malaysian Hotel Owners Association is curious to learn more about the common practice of hotels abroad allowing guests to stay for 23 hours Describing it as a suggestion which fails to make sense Maho executive director Saharuddin M Saa...
India Hawa Mahal Indahnya Istana Di Tengah Kota

India Hawa Mahal Indahnya Istana Di Tengah Kota

papar berkaitan - pada 22/10/2024 - jumlah : 176 hits
Hawa Mahal Indahnya Istana di Tengah Kota Sebenarnya sebelum ke Hawa Mahal kami ke Patrika Gate dan singgah ambil gambar Albert Hall Museum dari jauh Nak masuk AHM masa suntuk sangat tak enjoy Hawa Mahal yang terletak di Badi Chaupar di ten...
Budget 2025 Looking Beyond The Material World

Budget 2025 Looking Beyond The Material World

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 383 hits
BUDGET 2025 Looking beyond the material world ps This is the draft for 17 Oct At the Budget 2025 briefing for local editors in Putrajaya onTuesday the Prime Minister was punctual as usual shook hands with everyone jovial And why not Since r...
Level Up Today S Top Innovations In The Gaming World

Level Up Today S Top Innovations In The Gaming World

papar berkaitan - pada 30/10/2024 - jumlah : 271 hits
The gaming industry is constantly evolving from cutting edge graphics and virtual reality to AI driven gameplay and immersive storytelling This topic highlights the latest innovations showing how technology pushes the boundaries of what s p...
Najib S Apology The Confession Of A Third World Boss

Najib S Apology The Confession Of A Third World Boss

papar berkaitan - pada 29/10/2024 - jumlah : 185 hits
That many of his supporters want him to be released despite knowing that Najib treated his personal wealth the wealth of the nation and the wealth of the people like they were all one and the same is also an indication that they likely see ...
Songket Limar The Textiles That Link The Malay World

Songket Limar The Textiles That Link The Malay World

papar berkaitan - pada 26/10/2024 - jumlah : 178 hits
We are thrilled to announce that as part of the kreatifkl Festival samyama by johnang presents an ALL NEW exhibition Songket Limar The Textiles That Link the Malay World A follow up to the 2022 exhibition this showcase features over 250 Son...
17 Time Mt Everest Summiteer Tendi Sherpa Is On Top Of The World

17 Time Mt Everest Summiteer Tendi Sherpa Is On Top Of The World

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 168 hits
Tendi Sherpa seen here at Everest Base Camp in 2022 has scaled the world s tallest mountain some 17 times to reach that peak While the job has its highs Tendi stressed that mountaineering can also be very challenging as the smallest mistake...
How To Plan A Stress Free Family Vacation

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Tutup Pintu Belakang Buang Pintu Depan

Resepi Ayam Cili Padi Bersantan Pedas Lemak Padu Gila

Djakarta Warehouse Project Festival Musik Elektronik Terbesar Di Asia Tenggara

Silent Night All Is Calm But A Genocide Is Taking Place Now


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Retreat Hujung Tahun Di Kampung Cheq Homestay

Cara Tukar Ringtone Iphone Menggunakan Itunes

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Hiking Gunung Bubu Gerik