Kaunter Pendaftaran Vaksin Di Masjid Mudahkan Urusan


 azrulhakimie
Ada penduduk hadapi kekangan daftar menerusi aplikasi MySejahtera KOTA BHARU – Inisiatif pendaftaran suntikan vaksin COVID-19 di Masjid Saadatul Ikhwan, Kampung Penambang di sini memberi kemudahan kepada penduduk setempat yang menghadapi kekangan untuk mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera.
Seorang penduduk Sakinah Mat, 49, dari Kampung Penambang berkata inisiatif itu membantunya mendaftar secara manual kerana tidak begitu berpengetahuan tentang cara pendaftaran melalui MySejahtera.
“Anak sulung saya Mohd Firdaus Che Mohd, 28, ada menawarkan untuk membantu saya mendaftar namun saya tidak mahu menyusahkannya kerana dia bekerja di Singapura.
“Namun dengan adanya inisiatif program pendaftaran suntikan vaksin secara manual ini dalam komuniti sekali gus dapat memudahkan serta menyelesaikan urusan pendaftaran saya serta suami Mohd Din Che Mohd (62 tahun),” katanya ketika ditemui Bernama di Masjid Saadatul Ikhwan, Kampung Penambang.
Seorang warga emas Wan Soh Wan Ahmad, 64, dari Kampung Siti Manis, berkata dia tidak mempunyai telefon bimbit untuk mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera.
Katanya dia mengetahui tentang program pendaftaran secara manual yang diadakan di Masjid Saadatul Ikhwan itu menerusi siaran radio Kelantan FM semalam.
“Saya turut mendaftarkan suntikan vaksin untuk anak kedua saya Suhaini Abdul Rashid, 43, yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) intelektual. Malah, saya berharap dengan adanya inisiatif mendaftar dalam komuniti ini akan memudahkan saya untuk menerima vaksin di kawasan sekitar ini juga nanti,” katanya.
Sementara itu, Penghulu Mukim Penambang Zainuddin Zakaria, 54, berkata Program Outreach Pendaftaran Vaksin COVID-19 dalam komuniti tersebut dilaksanakan bagi membantu meningkatkan pendaftaran dalam kalangan masyarakat di mukim berkenaan yang membabitkan penduduk sembilan kampung yang masih lagi belum mendaftar sebagai penerima vaksin.
“Setakat semalam, kita sudah membantu mendaftarkan lebih 1,300 penduduk dan hingga petang iaitu hari terakhir ini kita menyasarkan hampir 1,500 penduduk lagi akan mendaftar secara manual untuk menerima vaksin,” katanya.
Penyelaras Program Outreach Pendaftaran Vaksin COVID-19 dalam komuniti negeri Kelantan Mohd Nasir Mohd Noor berkata program di Masjid Saadatul Ikhwan, Kampung Penambang itu merupakan program kedua yang diselaraskan oleh pihaknya di negeri berkenaa.
“Program ini akan dilaksanakan sekiranya mendapat permintaan daripada penduduk atau penghulu, namun kita akan membuat penilaian terlebih dahulu. Sebelum ini kita telah laksanakan di Pondok Terusan Pasir Tumboh yang melibatkan seramai 540 penduduk pada 15 dan 16 Jun lalu.
“Setakat ini, menerusi penilaian kami melalui program outreach yang diadakan ini, hampir 60 peratus penduduk di lokaliti terlibat tidak mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera kerana menghadapi pelbagai kekangan termasuk tidak memiliki telefon bimbit dan sebagainya.
“Pihak kami berharap dengan adanya inisiatif ini dapat meningkatkan peratusan pendaftaran penerima vaksin di negeri ini, sekali gus membantu masyarakat untuk mendapatkan suntikan vaksin dengan lebih cepat,” katanya. – Bernama


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/kaunter-pendaftaran-vaksin-di-masjid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ruang Solat Masjid Tak Boleh Jadi Tempat Suntik Vaksin

Ruang Solat Masjid Tak Boleh Jadi Tempat Suntik Vaksin

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 281 hits
MALAYSIAKINI Ruang solat di dalam masjid tidak boleh dijadikan sebagai tempat suntikan vaksin Covid 19 kata Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Ahmad Amzad Hashim Beliau berkata pembukaan pusat pemberian vaksin di mana mana m...
Jangan Tetapkan Tarikh Tutup Pendaftaran Vaksin Covid 19

Jangan Tetapkan Tarikh Tutup Pendaftaran Vaksin Covid 19

papar berkaitan - pada 15/6/2021 - jumlah : 228 hits
Cadangan tarikh tutup pendaftaran vaksin Covid 19 sebagaimana diutarakan oleh Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan kelmarin disifatkan sebagai mengarut oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEAIDILAN Dr Zaliha Mustafa Menurut Dr Zaliha dar...
Awani Borneo 22 06 2021 Pendaftaran Vaksin Rendah Di Sabah Vaksin Bergerak Di Pedalaman

Awani Borneo 22 06 2021 Pendaftaran Vaksin Rendah Di Sabah Vaksin Bergerak Di Pedalaman

papar berkaitan - pada 22/6/2021 - jumlah : 359 hits
Laporan berita padat dan ringkas dari Kepulauan Borneo bersama Syaff Shukri membawakan tumpuan berikut Tumpuan AWANIBorneo malam ini Gerakkan NGO beli tempatan dan latih ketua adat cadangan DAP Sabah Naik bot ambil vaksin di PPV bergerak S
Hiburan Zul Yahya Kecewa Masjid Jadi Pusat Pemberian Vaksin

Hiburan Zul Yahya Kecewa Masjid Jadi Pusat Pemberian Vaksin

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 290 hits
Baru baru ini bekas pelakon dan juga telah bergelar penceramah bebas Zul Yahya ungkap rasa kecewa serta terkilan apabila tempat beribadah dijadikan sebagai tempat Pusat Pemberian Vaksin AdvertisementPerkara tersebut dimuatnaik oleh Zul pada...
Cerita Sebalik Berita Pendekatan Ppv Mudahkan Oku Warga Emas Terima Vaksin

Cerita Sebalik Berita Pendekatan Ppv Mudahkan Oku Warga Emas Terima Vaksin

papar berkaitan - pada 16/6/2021 - jumlah : 264 hits
Fadilah Sulaiman Wakil Awani Sarawak SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini Social Media FACEBOOK https www facebook com astroawani TWITTER htt...
Kelantan Cadang Masjid Dibuka Untuk Jemaah Sudah Vaksin

Kelantan Cadang Masjid Dibuka Untuk Jemaah Sudah Vaksin

papar berkaitan - pada 10/6/2021 - jumlah : 298 hits
Kerajaan negeri Kelantan berharap agar Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dapat memberi kelonggaran kepada jemaah yang sudah melengkapkan suntikan penuh vaksin Covid 19 untuk menunaikan solat di masjid Pengerusi Jawatankua...
Lengkap Suntikan Vaksin Baru Dibenar Solat Berjemaah Di Masjid

Lengkap Suntikan Vaksin Baru Dibenar Solat Berjemaah Di Masjid

papar berkaitan - pada 14/6/2021 - jumlah : 274 hits
inforakyat netKerajaan negeri bercadang memberi kelonggaran kepada lebih ramai individu terutama mereka yang sudah melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid 19 menunaikan solat berjemaah di masjid Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Keraj...
Myvac 2021 Pendaftaran Sukarelawan Vaksin Covid 19 Online

Myvac 2021 Pendaftaran Sukarelawan Vaksin Covid 19 Online

papar berkaitan - pada 24/6/2021 - jumlah : 383 hits
MyVac 2021 Anda boleh daftar sebagai sukarelawan vaksin Covid 19 secara atas talian online dengan mudah dan cepat Dari proses pendaftaran sehinggalah ke proses menjalani kuiz kelulusan hanya di atas talian Sukarelawan juga akan diberikan el...
Suntikan Di Masjid Tepis Dakyah Negatif Mengenai Vaksin

Suntikan Di Masjid Tepis Dakyah Negatif Mengenai Vaksin

papar berkaitan - pada 20/6/2021 - jumlah : 220 hits
Ada pihak mengaitkan vaksin sebagai agenda musuh Islam KUALA TERENGGANU Pemberian suntikan vaksin COVID 19 di masjid serta menjadikan institusi itu sebagai pusat pemberian vaksin berupaya menepis dakyah negatif yang mengaitkan vaksin sebaga...
Metamask Security Warning

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Sometimes Medicine Needed Trump On Market Reaction To Tariffs

House Of The Yellow Ip Leo Romano A Contemporary Tribute To Nature In Brazil

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Trump Threatens Additional 50pct Tariffs If China Doesn T Retreat

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Growth Mindset In Startups

Kuih Raya Homemade By Nieyl

Bukan Mahram Yang Tak Boleh Bersalam

Harimau Merah Konflik Bermula

Cara Buat Mi Hailam Padu Sukatan Masak Sekuali Terus

Titik Tanpa Kembali Pasaran Merosot Ketika As Memasuki Fasa Menurun