Indeks Rasuah Malaysia Kembali Ke Krisis 1mdb




Indeks rasuah Malaysia kembali ke krisis 1MDBPosted By: Redzuan RF8 Mediaon: July 23, 2022
ShareIndeks Persepsi Rasuah (CPI) negara yang merudum seharusnya menyedarkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki betapa lemahnya beliau mengendalikan suruhanjaya itu dalam memerangi rasuah, bukannya mempertikaikan ketepatan indeks berkenaan.
Oleh itu, Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli harian melihat sikap Azam yang menganggap peningkatan rasuah di Malaysia hanyalah ‘persepsi’ sedangkan CPI merupakan indeks yang diyakini dan diambil kira oleh pelabur asing sebelum menanam modal.
Kata beliau, berubahnya kedudukan Malaysia dari tangga 62 (2017), 61 (2018), 51 (2019), 57 (2020) dan kembali ke tangga 62 pada 2021 membayangkan rakyat negara ini merasakan amalan rasuah sudah sampai ke tahap semasa skandal 1MDB memuncak pada 2017 lalu.
“Jika saya menjadi Azam Baki, saya akan meletakkan jawatan kerana di bawah kepimpinan saya segala usaha rakyat menolak rasuah seolah-olah sia-sia apabila mereka merasakan keadaan tidak banyak berbeza dengan semasa skandal 1MDB memuncak.
“Kita tidak boleh salahkan rakyat jika mereka merasakan amalan rasuah semakin berleluasa sehingga telah mencapai tahap 2017
“Tanggapan rakyat ini dibentuk dengan mengamati tindakan dan gerak-geri SPRM dalam menangani skandal-skandal besar yang melibatkan berbilion wang negara. Walaupun ada saja ikan-ikan bilis yang ditangkap setiap hari, tanggapan rakyat mengenai amalan rasuah tidak akan berubah jika tidak ada tindakan terhadap jerung-jerung besar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mantan Ahli Parlimen Pandan itu mengetengahkan satu contoh bagaimana Bank Pembangunan Malaysia Berhad (BPMB) berhempas pulas mendapatkan kembali sekitar RM1.5 bilion dana awam yang telah diselewengkan oleh peminjam-peminjam terutama syarikat-syarikat yang mempunyai “kabel” besar, dan diluluskan oleh pengurusan BPMB semasa Najib Razak menjadi Perdana Menteri.
Katanya, kesemua kes tersebut adalah kes awam yang sepatutnya disiasat oleh SPRM sejak 2014 tanpa pun perlu ada aduan sekali pun.
“Malangnya, saya bersimpati dengan pengurusan BPMB yang terpaksa mengambil jalan saman sivil untuk mendapatkan kembali dana rakyat ini kerana nampaknya tiada tindakan dari SPRM.
“Pengurusan baru BPMB nampaknya proaktif dengan mengambil jalan saman sivil dengan menyaman dan membekukan aset bekas CEO BPMB (pada ketika itu) dan 26 individu dan syarikat lain yang dituduh menyelewengkan RM400 juta pinjaman kepada Aries Telecom.
“Yang saya pelik, setelah membaca bukti-bukti yang difailkan oleh BPMB melalui saman sivilnya, saya yakin bukti-bukti itu lebih dari cukup untuk SPRM mengambil tindakan jenayah terhadap pelaku-pelaku di bawah Akta SPRM.
“Lebih penting lagi, untuk memastikan tokoh-tokoh yang belum lagi dihadapkan ke muka pengadilan, terutama yang rapat dengan Najib seperti Kenneth Eswaran dan Peter Sondakh (perlu) juga disiasat sepenuhnya setelah syarikat mereka menyebabkan dana rakyat hangus,” katanya.
Manakala soalan paling penting dalam lingkaran skandal pinjaman itu, kata Rafizi, mengapakah sehingga sekarang Najib sebagai Menteri Kewangan yang menjadi bos kepada BPMB waktu itu belum disiasat oleh SPRM, terutama apabila didapati pinjaman-pinjaman itu adalah kenalan-kenalan rapat beliau?
Tentunya, kata Rafizi, kecuaian SPRM dalam menyiasat kes kes yang jelas mempunyai unsur rasuah itu dinilai oleh rakyat dan hal itu telah merosotkan CPI negara.
“Apabila kes-kes yang sudah jelas bukti-buktinya ini pun tidak diambil tindakan sehingga BPMB terpaksa mengambil tindakan saman sivil untuk mendapatkan kembali dana awam, sudah tentulah rakyat merasakan amalan rasuah semakin berleluasa di negara ini.
“Sebab itu kalau saya Azam Baki, saya akan letak jawatan,” sinisnya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/07/indeks-rasuah-malaysia-kembali-ke.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kita Tak Nak Malaysia Bankrap Macam Sri Lanka Warganet Mahu Pemimpin Rasuah Dijatuhkan Segera

Kita Tak Nak Malaysia Bankrap Macam Sri Lanka Warganet Mahu Pemimpin Rasuah Dijatuhkan Segera

papar berkaitan - pada 14/7/2022 - jumlah : 299 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONSri Lanka bankrap masih lagi menjadi perbualan hangat wargamaya sehingga hari ini Mana tidaknya negara yang berpenduduk sekitar 22 juta orang itu dilapor muflis disebabkan rasuah berleluasa di negara tersebut Negara ki...
Tommy Thomas Mother Of A Fook Up Malaysia Going To Suffer Rm67 Billion Loss Bigger Than 1mdb

Tommy Thomas Mother Of A Fook Up Malaysia Going To Suffer Rm67 Billion Loss Bigger Than 1mdb

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 327 hits
And that is going to be Tommy Thomas real legacy how he ignored a case against Malaysia and caused Malaysia to suffer a loss of RM67 billion all due to his arrogant and pompous attitude NO HOLDS BARRED Raja Petra Kamarudin The descendants o...
Where Can You Bet On Sic Bo Casino Game Online In Malaysia

Where Can You Bet On Sic Bo Casino Game Online In Malaysia

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 229 hits
Where Can You Bet On Sic Bo Casino Game Online In Malaysia There has been a significant boom in the number of games a bettor can play when betting online It translates to bettors who love dice games are never short of options when they want...
Fincrew Laman Web Perbandingan Insurans Terbaik Untuk Para Pemandu Malaysia

Fincrew Laman Web Perbandingan Insurans Terbaik Untuk Para Pemandu Malaysia

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 472 hits
Fincrew Laman Web Perbandingan Insurans Terbaik Untuk Para Pemandu MalaysiaMemiliki insurans kenderaan merupakan satu kewajipan yang perlu dipenuhi oleh setiap pemandu di Malaysia Insurans kenderaan ini pula perlu diperbaharui setiap tahun ...
Peluang Kerjaya Pengambilan Besar Besaran Jawatan Kerani Seluruh Malaysia Ambilan Julai 2022 L Minima Spm Layak Memohon

Peluang Kerjaya Pengambilan Besar Besaran Jawatan Kerani Seluruh Malaysia Ambilan Julai 2022 L Minima Spm Layak Memohon

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 310 hits
Peluang Kerjaya Pengambilan Besar Besaran Jawatan Kerani Seluruh Malaysia Ambilan Julai 2022 l Minima SPM Layak Memohon Makluman terbaru pengambilan jawatan kerani secara besar besaran oleh syarikat syarikat dan agensi di Malaysia Peluang m...
Mgnews Daripada Terbiar Lebih Baik Manfaat Tanah Di Tengah Kota Untuk Kebun Komuniti Kkb Malaysia Gazette Tv 12 07 2022

Mgnews Daripada Terbiar Lebih Baik Manfaat Tanah Di Tengah Kota Untuk Kebun Komuniti Kkb Malaysia Gazette Tv 12 07 2022

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 238 hits
Di sebalik arahan yang diterima daripada Pentadbir Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur supaya mengosongkan tanah terbiar yang diusahakan sebagai kebun komuniti dan rekreasi Pengasas The Kebun Kebun Bangsar Ng Sek San masih berharap ada p...
Kenapa Ptg Mahu Hapuskan Kebun Kebun Bangsar Malaysia Gazette 12 07 2022

Kenapa Ptg Mahu Hapuskan Kebun Kebun Bangsar Malaysia Gazette 12 07 2022

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 206 hits
KUALA LUMPUR Tatkala kerajaan mengesyorkan meningkatkan keluasan penggunaan tanah bagi tujuan aktiviti pertanian kehadiran Notis Perobohan Kebun Kebun Bangsar oleh Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan dilihat tidak senada Menurut Pe...
5 Pengajaran Penting Untuk Pelabur Hartanah Malaysia Semasa Covid 19

5 Pengajaran Penting Untuk Pelabur Hartanah Malaysia Semasa Covid 19

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 309 hits
5 pengajaran penting untuk pelabur hartanah Malaysia semasa COVID 19 Apakah peluang pelaburan hartanah yang boleh kita jangkakan semasa dan selepas wabak ini Adakah ini masa yang sesuai untuk membeli atau menjual hartanah Semua soalan harta...
Viral Di Instagram Setengah Juta View Pakcik Ini Jual Mee Goreng Termurah Di Malaysia

Viral Di Instagram Setengah Juta View Pakcik Ini Jual Mee Goreng Termurah Di Malaysia

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 199 hits
Lokasi Taman Chepor Jaya 31200 Chemor Perak Untuk tempahan 011 5759 9712 MalaysianStreetfood RacunAzfarBadrul PasukanAsik Lanjut
Merdeka 118 Agih Bubur Lambuk Buat Julung Kalinya Di Stadium Merdeka

Intellectual Property Protecting Ideas

Marriott Bonvoy Hotels Resorts Perkenal The Malaysian Kitchen Sajian Warisan Turun Temurun

Make Us One Mixue Promotes Diversity Amid Racist Job Ad Controversy

Ringgit Opens Flat As Market Awaits Direction

No More Guesswork How To Pick A Vape That Won T Let You Down

Allbet 21 2568 918kiss 918 918kiss Apk 918kiss Allbet Top 3 By Tiffiny Allbet24hr Win

Activist 48 Hours Action Against Zamri Vinoth Or Hindus Will Launch Massive Yellow Wav Protest


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


10 Kelayakan Berpoligami Mungkin Suami Anda Termasuk Dalam Senarai

Hukum Syarat Wajib Zakat Fitrah Jika Makan Beras Basmathi

Celebrate Hari Raya With The Latest Huawei Tech From Top To Bottom

Maximise Your Product Quality With Pcb Fabrication Malaysia

Mentally Exhausted

Lirik Lagu Teman Raya Oleh Alieff Irfan Ft Bellestrelle