Indahnya Sebuah Keikhlasan


DALAM satu hadis yang masyhur diriwayatkan oleh Umar Ibn Khattab RA, Nabi SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap perbuatan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut apa yang dia niat. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada ALLAH dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada ALLAH dan Rasul-Nya, dan siapa yang hijrahnya kerana dunia untuk dia dapatinya atau perempuan untuk dikahwininya, maka hijrahnya mengikut apa yang dia hijrah kepadanya.”
Hadis ini jelas menunjukkan bahawa sesuatu perbuatan itu diukur berdasarkan niat. Jika itu yang diniatkan maka itulah yang bakal diusahakan untuk diperoleh. Meskipun begitu amat sukar untuk mengukur sebuah keikhlasan. Apa yang diucap di bibir kadangkala jauh sekali bahkan amat dangkal ketulusannya. Itulah sikap manusia yang sentiasa kaya dengan tipu helah, munafik dan berpura-pura serta berprasangka.
Walau bagaimanapun, sebagai manusia kita boleh saja menjelaskan keikhlasan itu dengan menyatakan apa yang benar-benar diniatkan dengan perbuatan. Perbuatan adalah bukti agung sebuah keikhlasan jika niatnya untuk perpaduan, penyatuan, kekuatan dan ketahanan. Jika tidak, mengambil semangat daripada hadis tadi, hijrah dan perubahan yang ingin dicapai adalah bergantung kepada apa yang nak dicapai dan diinginkan.
Jika yang hendak dicapai adalah untuk kepentingan peribadi dan satu puak sahaja, maka matlamat besar untuk mencapai kekuatan, ketahanan, penyatuan dan perpaduan pastinya tidak akan tercapai. Malah pasti akan terburai dan berderai kehancuran. Dokongan semua pihak amat diperlukan bagi menjayakan segala cita-cita murni ini. Halangan besar untuk menjelaskan keikhlasan pastinya keegoan, kebencian dan dendam lalu yang membara.
Tiada sudah menyimpan segala sikap dan prasangka sedemikian. Yang berlalu biarkanlah berlaku. Sedangkan biduk yang berlalu pun, kiambang pasti bertaut. Lapangkan dada ringankan akal dan nyamankan pemikiran. Ucaplah puji-pujian pada ALLAH dan Rasul, nescaya kelak keikhlasan akan berkunjung jua.
Kesatuan, penyatuan, perpaduan dan kekuatan adalah prasyarat asas bagi mencapai kestabilan. Kestabilan tidak akan menjelma semudah yang diucapkan tetapi perlu dibuktikan.
Sejarah yang lalu sudah membuktikan bahawa perpecahan yang bercabang hanya membawa kepada kelemahan yang akan mudah dikaut oleh musuh yang sedang menunggu untuk menyerang. Perpecahan hanya akan mempertahankan ego masing-masing dan menafikan kelebihan orang lain.
Musuh sebenarnya tidak kuat. Musuh jauh lebih lemah tetapi musuh senantiasa pintar mengambil kesempatan atas kelemahan dan perpecahan kita yang nyata. Jangan sekali lagi kita menggadaikan masa, tenaga, harta dan maruah serta masa depan generasi akan datang pada tangan musuh yang sebenarnya tidak mampu berbuat apa-apa selain berebut kuasa dan terus-menerus meruntuhkan institusi warisan nusa.
Hulurkanlah keikhlasan itu, atas runtuhan masa lalu ayuh kita bina kembali sebuah kota perpaduan dan penyatuan yang baharu. Masa masih tersisa untuk bersatu pada tali yang satu.
Pada tali yang padu dan pada kalimah yang jitu. Masa yang tersisa ini tidak akan datang kembali. Manfaatkanlah segala yang ada ini untuk kita terus menyusun segala gerak dan membina keikhlasan bersama atas satu tujuan, satu cita, satu bendera dan satu lambang.
* Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ialah Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia
The post Indahnya sebuah keikhlasan.. appeared first on My KMU NeT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/08/20/indahnya-sebuah-keikhlasan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kuasa Sebuah Inkuiri

Kuasa Sebuah Inkuiri

papar berkaitan - pada 14/8/2020 - jumlah : 240 hits
Berbekalkan semangat inkuiri yang tinggi maka semalam kami cuba lagi beberapa ujikaji Hari pertama diameter silinder dimalarkan Hasil tak dapat Jadi ramai yang cadang ubahsuai eksperimen dan malarkan jisim pulak OK kami cuba Seriously bila ...
Hiburan Belum Sampai Sebulan Berkahwin Miera Leyana Dikatakan Bermadu Melalui Sebuah Pendedahan Di Youtube

Hiburan Belum Sampai Sebulan Berkahwin Miera Leyana Dikatakan Bermadu Melalui Sebuah Pendedahan Di Youtube

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 828 hits
Miera Leyana yang baru sahaja mendirikan rumah tangga tidak sampai sebulan dengan lelaki pilihan Rosland Othman 47 yang merupakan seorang usahawan berjaya pada 26 Julai yang lalu Namun baru baru ada pula berita yang tidak sedap didengar men...
Hiburan Dilabel Artis Bermasalah Kerana Tarik Diri Daripada Sebuah Program Ketika Saat Akhir Ini Respon Ara Johari

Hiburan Dilabel Artis Bermasalah Kerana Tarik Diri Daripada Sebuah Program Ketika Saat Akhir Ini Respon Ara Johari

papar berkaitan - pada 11/8/2020 - jumlah : 978 hits
Penyanyi lagu Bunga Ara Johari menafikan dirinya artis yang sering buat hal gara gara terpaksa menarik diri di saat akhir daripada sebuah program rancangan terbitan sebuah stesen TV hingga didakwa telah menyusahkan pasukan produksi untuk me...
Sajat Hadiahkan Sebuah Kereta Bmw Bagi Menghargai Pengorbanan Ibu

Sajat Hadiahkan Sebuah Kereta Bmw Bagi Menghargai Pengorbanan Ibu

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 360 hits
Kehidupan usahawan kosmetik Nur Sajat tetap berjalan seperti biasa walaupun banyak kontrovesi yang melanda dirinya Perkongsian di Instagram Sajat baru baru ni buatkan ada diantara netizen yang memuji kerana tidak pernah lupakan kedua ibubap...
Amaran Kepada Bersatu Buktikan Keikhlasan Dan Kejujuran

Amaran Kepada Bersatu Buktikan Keikhlasan Dan Kejujuran

papar berkaitan - pada 16/8/2020 - jumlah : 258 hits
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada Bersatu agar parti itu membuktikan kesetiaan dan kejujuran pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim pada 29 Ogos ini Presiden UMNO itu menegaskan in...
Apa Sebab Sebuah Lagu Sulit Diterima Orang Ramai

Apa Sebab Sebuah Lagu Sulit Diterima Orang Ramai

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 176 hits
Ilustrasi artikel Setiap penyanyi tentu mendambakan karya lagu yang dirilisnya dapat diterima oleh orang ramai agar pesan pada lagu tersebut sampai pada masyarakat luas Sebelum karya lagu dirilis oleh para penyanyi dengan tim produksinya ak...
Dji Melancarkan Sebuah Lagi Robot Untuk Tujuan Pendidikan

Dji Melancarkan Sebuah Lagi Robot Untuk Tujuan Pendidikan

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 184 hits
DJI ialah syarikat yang mendemokrasikan teknologi dron kepada umum Dron keluaran mereka dijual pada harga yang lebih rendah berbanding sebelumnya dan sekaligus mencipta pasaran untuk dron fotografi serta videografi Pasaran seterusnya yang i...
Wanita Ditahan Dua Tahun Pasang Jalur Gemilang Terbalik Di Sebuah Premis Di Kluang Johor

Wanita Ditahan Dua Tahun Pasang Jalur Gemilang Terbalik Di Sebuah Premis Di Kluang Johor

papar berkaitan - pada 18/8/2020 - jumlah : 442 hits
144 total views 144 views today Sebuah premis perniagaan di Jalan Lee Ah Leng Taman Nasib Kluang di sini dilaporkan memasang bendera Malaysia secara terbalik sejak dua tahun lalu Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata serbu...
Legoland Malaysia S Summer Carnival Is Back With A Splash For A Third Year

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Sejarah Perang Mu Tah Sebab Terjadi Jalannya Pertempuran Dan Kemenangan Kaum Muslimin

Tuan Ibrahim Perikatan Nasional Akan Tubuhkan Jawatankuasa Khas Bantu Rakyat Hadapi Tekanan Ekonomi

Unboxing Hadiah Daripada Blogger Kak Amie Terima Kasih Sudi Menghargai

The Graduate A Slick Bmw Boxer Bobber Built From R65 And R100 Parts


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Fikry Ibrahim Cari Side Income Main Saham Pula Jangan Risau Saya Tak Main Forex

Penceramah Bebas Terkenal Usia 39 Tahun Ditahan Polis Didakwa Sebar Video S Ks Bersama 4 Isteri

Perbalahan Rumah Tangga Isteri Tikam Suami Setelah Ditendang

Lelaki Bongkar Kecurangan Seorang Wanita Sarat Mengandung Semasa Menonton Perlawanan Di Stadium

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin

Artis Paling Muda Di Dunia Yang Menjalani Pembedahan Penukaran Jantina