Impian Menghasilkan Blog Dan Imbasan Ringkas 7 Tahun


Impian menghasilkan blog dan imbasan ringkas 7 tahun| Siapa sangka saya sudah masuk 8 tahun dalam dunia blogging. Walaupun pada arkib blog saya hanya mempunyai artikel sejak tahun 2012, sebenarnya ia telah bermula lama sebelum itu. Artikel dari 2010 hingga 2012 sudah dipadam. Mengapa saya padam entri tersebut? Jawapannya saya catat di bawah. Melalui beberapa peralihan dalam fasa membuat blog, kini ianya sudah semakin stabil dan konsisten walaupun kadang kala ada waktunya idea untuk menulis menyusut dan terkusut, Alhamdulillah ianya masih mampu bertahan sehingga kini selagi hayat dikandung badan.


Semasa pada permulaan membuat blog, saya masih mencari identiti, kelainan dan arah tujuan saya membuat blog. Begitu banyak perubahan. Alhamdulillah saya banyak menemui contoh blog dan pemilik blog yang mampu saya cemburui dan teladani. Antara blog awal yang saya ikuti secara kerap adalah blog saudara BinMuhammad. Saya banyak memerhati blog beliau. Pada waktu itu, saya hanya bergerak bersendirian. Sama juga pada masa kini. Mengapa? Sebab saya sukar untuk memberi komitmen jika saya menyertai mana-mana komuniti. Namun saya tetap menghormati setiap komuniti yang ada dan kagum dengan komitmen mereka. Antara komuniti yang ada pada masa ini adalah Kelab Blogger Ben Ashaari. Sempat juga saya membeli baju kelab Abang Ben pada awal tahun 2010. Selain itu komuniti AFB Feeds, Blogger Pantai Timur, JDT Blogger (memandangkan saya berasal dari Johor), Komuniti Sabahan Blogger, Blogger Utara dan sebagainya

Setiap perjalanan seorang blogger nampak mudah. Orang tidak nampak blogger bersengkang mata, mencari idea, menyiapkan tugasan dan mencari dana untuk blog. Apa yang mereka nampak adalah artikel sahaja dan mereka tidak perlu tahu kepayahan seorang blogger. Ditipu dan menipu. Banyak ragam. Berebut itu dan ini. Cantas mencantas. Namun hakikatnya ramai blogger sanggup meringankan tangan membantu blogger lain seperti entri saya sebelum ini di SINI. Terdapat juga blogger yang berkongsi tips hebat untuk menjadi blogger terbaik dan antara yang saya teladani seperti Abang Hasrul Hassan. Melalui perkongsian ilmu yang disampaikan dalam apa juga bentuk dan kaedahnya, ia banyak membantu blogger kecil seperti saya




Sebelum ini, banyak entri mengarut yang telah saya hasilkan. Copy dan paste artikel, sumber diragui, tidak betul-betul mencari fakta dan mula bermain api kebencian dengan membicarakan topik berkaitan politik. Pada akhirnya saya memahami sesuatu, sesuaikah dengan diri saya? Cukupkah kepuasan yang saya nikmati melalui entri yang saya hasilkan? Semuanya bermain dalam fikiran. Maka saya padam semua entri mengarut dan membahayakan diri sendiri. Saya tidak mahu mengambil risiko dalam dunia blogging. Hidup sebagai blogger sangat mudah mencari musuh jika tidak berhati-hati dengan setiap kata yang kita cuba sampaikan

Hingga kini saya dikelilingi ramai blogger hebat, sangat komited dan sangat berpengaruh. Hubungan hanya sebagai rakan seperjuangan dan bukan rakan persaingan. Namun ianya berbaloi kerana banyak blogger sangat ikhlas untuk membantu menyelesaikan masalah berkaitan blog. Minta sahaja mereka bantu. InsyaAllah kebanyakan mereka tidak sombong. Untuk menghasilkan blog yang mampu menjadi inspirasi kebanyakan orang bukan mudah. Saya mahu mencapai itu sebagai sasaran diri sendiri walau terdapat banyak kelemahan diri ini. Namun jika dapat memberi sesuatu yang bermanfaat dan berfaedah kepada orang lain adalah kekuatan sebuah blog. Ia akan diingati selalu ibarat sebuah buku ilmu

Manfaat dan faedah buat blog juga telah mula saya tuai pada masa ini. Lulus Google Adsense, You Tube Blog, Review, Paid Job walaupun tidak banyak seperti blogger hebat lain namun ianya lebih daripada itu. Ianya mampu melatih seorang blogger untuk menjadi lebih bertanggungjawab dan amanah dan bersikap profesional. Ianya sangat baik. Jika anda seorang blogger yang belum mempunyai peluang seperti blogger lain, jangan risau. Tingkatkan kualiti blog terlebih dahulu seperti penghasilan artikel, paparan blog lebih profesional dan munculkan diri kehadapan. Promosi blog, join aktiviti blogging dan InsyaAllah anda akan berjaya. Semua itu bergantung kepada kemahuan anda dalam dunia blogging. 
Entri ini adalah imbasan ringkas selama saya berkecimpung dalam dunia blogging. Ambil mana yang bermanfaat sahaja jika ada. Selain itu anggap ini entri meluah rasa dan perasaan sahaja. Tidak lebih daripada itu. Adalah harapan saya pada masa akan datang, blog ini mampu bertahan begitu juga dengan blog lagi satu, Blog NA agar ianya terus berkembang. Anda mungkin ada sasaran ingin dicapai dalam dunia blogging bukan? Atau sekadar suka-suka sahaja? Semoga rakan-rakan blogger semakin maju dalam dunia blog. InsyaAllah. Wallahualam


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://bilalelakiberbicara.blogspot.com/2017/12/impian-menghasilkan-blog-dan-imbasan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pn Bakal Telan Asap Kerjasama Ph Bn Jika Dijaga Baik Mampu Berkuasa 100 Tahun Tadbir Malaysia

Pn Bakal Telan Asap Kerjasama Ph Bn Jika Dijaga Baik Mampu Berkuasa 100 Tahun Tadbir Malaysia

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 133 hits
Sedar tak sedar selain di peringkat pusat di mana Anwar Ibrahim daripada PH yang mengetuai kerajaan perpaduan sekarang disokong oleh BN yang dipimpin Ahmad Zahid Hamidi kerjasama PH dengan BN juga turut wujud di dua negeri yang lain Negeri ...
Jonathan Si Kura Kura Hewan Darat Tertua Di Dunia Rayakan Ulang Tahun Ke 190

Jonathan Si Kura Kura Hewan Darat Tertua Di Dunia Rayakan Ulang Tahun Ke 190

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 161 hits
Pulau St Helena di Atlantik Selatan merayakan ulang tahun ke 190 hewan darat tertua di dunia kura kura darat raksasa Seychelles bernama Jonathan
Penemuan Mural Kuno Berusia 1 000 Tahun Di Peru

Penemuan Mural Kuno Berusia 1 000 Tahun Di Peru

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 140 hits
Penemuan Mural Kuno Berusia 1 000 Tahun di Peru Mural pra Hispanik berusia 1 000 tahun yang dikenal sebagai Huaca Pintada ditemukan setelah beberapa dekade dianggap hilang Mural tersebut ditemukan tim arkeolog yang dipimpin oleh peneliti Sw...
Mantan Mb Pahang Tok Nan Menerima Ijazah Undang Undang Di Usia 72 Tahun

Mantan Mb Pahang Tok Nan Menerima Ijazah Undang Undang Di Usia 72 Tahun

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 110 hits
GOMBAK Minat pada ilmu pengetahuan menjadi pendorong utama kepada bekas Menteri Besar Pahang Tan Sri Adnan Yaakob sehingga berjaya menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Undang Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Bekas Ahli...
Bantulah Kakitangan Awam Yang Dah Hampir 15 Tahun Tak Dinaikkan Gaji

Bantulah Kakitangan Awam Yang Dah Hampir 15 Tahun Tak Dinaikkan Gaji

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 142 hits
Belanjawan baharu sedang dirumus kata Rafizi December 6 2022 Menteri Hal Ehwal Ekonomi Rafizi Ramli berkata beliau sedang sibuk merumuskan belanjawan baharu PUTRAJAYA Pentadbiran Anwar Ibrahim sedang merumuskan suatu belanjawan mampan untuk...
Genap 23 Tahun Intip Potret Transformasi Amanda Manopo Yang Makin Memesona

Genap 23 Tahun Intip Potret Transformasi Amanda Manopo Yang Makin Memesona

papar berkaitan - pada 6/12/2022 - jumlah : 119 hits
Tepat pada 6 Desember ini Amanda Manopo genap berusia 23 tahun Di usianya yang masih terbilang muda ini Amanda Manopo sudah memiliki karier yang sukses Selain itu Amanda juga dikenal dengan paras cantiknya Genap 23 tahun intip potret transf...
Tahun Depan Masuk Darjah 1 Pastikan Anak Dah Lepas Ready List Ni Lagi Bersedia

Tahun Depan Masuk Darjah 1 Pastikan Anak Dah Lepas Ready List Ni Lagi Bersedia

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 242 hits
Anak bakal melangkah ke alam baru Darjah Satu tahun depan pastinya buat mak mak semakin berdebar Mana tidaknya terlalu banyak yang dirisaukan ibu untuk melepaskan anak ke sekolah yang lebih besar cabarannya Jika sebelum ini hanya di tadika ...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri