Impian Dan Realiti Alam Persaraan



Banyak catatan hidup yang saya nukilkan adalah hasil pemerhatian dan pengalaman peribadi saya. Ia bertujuan untuk berkongsi pandangan dan pelajaran yang mungkin bermanfaat buat generasi muda. 
Anda sendiri pasti akan tiba ke fasa yang sama suatu hari nanti, justeru eloklah kita belajar daripada pengalaman orang lain agar perjalanan hidup dapat direncanakan dengan lebih bijak dan bermakna.
Kadangkala, tulisan saya ini mungkin sedikit sarkastik dan mengusik minda anda untuk berfikir, kerana tiada yang lebih baik daripada menimba ilmu dari pengalaman, kesilapan dan kekhilafan orang lain.
Sepanjang pemerhatian saya, ada beberapa corak pemikiran dan tindakan dalam kalangan masyarakat Melayu, khususnya mereka yang sedang menghampiri alam persaraan, yang boleh disemak dan diperbaiki.
Berikut adalah enam "perangkap" yang perlu kita beringat:
1. Memburu Rumah Impian 10 Bilik
Menurut beberapa rakan ejen hartanah, tren terkini menunjukkan pasangan di usia emas semakin cenderung menjual banglo besar mereka dan berpindah ke rumah teres atau kondominium yang lebih kecil.
Sewaktu muda, ramai yang gigih berhempas-pulas mengumpul duit dan berhutang untuk membeli rumah besar dengan harapan anak-anak akan selesa apabila pulang beraya. 
Namun, hakikatnya, 350 hari setahun rumah itu kosong dan sepi. Ayah dan ibu hanya menghuni satu bilik, manakala sembilan bilik lain sunyi sahaja. 
Bukan itu sahaja, penyelenggaraan rumah besar juga adalah suatu bebanan di usia tua. Anak-anak yang pulang beraya kini lebih selesa menginap di homestay atau hotel. 
Paling menyedihkan, hutang rumah itu masih belum langsai, dan jika ditakdirkan tiba masa, rumah impian ini berisiko menjadi "gajah putih" dan akhirnya dijual semula oleh anak-anak. Lebih parah, ia boleh menjadi punca fitnah dan rebutan harta pusaka dalam kalangan waris.
2. Berangan Ladang Durian 10 Ekar
Impian untuk mengusahakan ladang durian setelah bersara sering kali saya dengar. Walaupun ia adalah cita-cita yang mulia, penanaman durian memerlukan komitmen dan modal yang besar. 
Saya sering menasihati rakan-rakan untuk memulakan impian ini secara kecil-kecilan sejak usia muda, bukan ketika badan sudah kerepot.
Kecuali jika anda sanggup mengupah pekerja asing, segala urusan kebun seperti membaja, meracun, memangkas, dan memungut buah memerlukan tenaga fizikal yang kuat.
Apabila rakan-rakan bertanya tentang hobi ini, saya sering menjawab, "Lebih mudah, jimat dan praktikal beli sahaja buah durian dari pekebun. 
Jangan susahkan diri nak tanam pokok durian sendiri. "Don't buy a cow just to get the milk" Rakan-rakan saya faham maksudnya.
3. Majlis Kahwin 'Gah' untuk Anak
Ada rakan saya yang menghabiskan ratusan ribu ringgit wang simpanan untuk majlis perkahwinan anak di hotel bertaraf empat bintang. 
Walaupun hanya untuk sehari, majlis ini perlu dibuat paling gah dan meriah. Saya tidak mahu mengulas lanjut, namun saya berpendapat, adalah lebih baik jika kos perbelanjaan ini disalurkan kepada pasangan muda untuk membina kehidupan baru mereka. 
Lebih menyayat hati, setelah berbelanja ratusan ribu ringgit untuk majlis yang gah, pasangan itu bercerai sebelum ulang tahun perkahwinan pertama. 
Cukuplah sekadar majlis yang sederhana, ringkas dan diberkati seperti yang dituntut agama.
4. Impian "duduk" di Masjid
"Aku nak duduk di masjid selepas pencen," begitulah kata-kata yang kerap saya dengar. 
Impian untuk beribadat dan berbakti kepada masjid lima waktu adalah sangat baik dan murni, tetapi ia perlu dibina dan dipupuk sebagai tabiat sejak usia muda. 
Hakikatnya, jika tiada kebiasaan sejak muda, hati akan terasa sangat liat untuk dibiasakan di usia emas.
5. Merantau Mengelilingi Dunia
Ramai yang menyimpan impian untuk mengembara ke seluruh dunia selepas bersara. Namun, hobi ini memerlukan poket yang tebal dan kesihatan yang baik. 
Nasihat saya, mulalah mengembara sedikit demi sedikit di usia muda agar badan dan poket anda tidak terkejut apabila bersara nanti.
Seorang rakan pernah terlalu asyik mengembara sehingga menghabiskan semua wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam masa setahun. Akibatnya, beliau murung dan mengalami kemurungan selepas itu.
6. Terus Bekerja Sehingga Akhir Hayat
Ramai rakan saya yang gelisah selepas bersara dan sibuk mencari pekerjaan lain kerana tiada persediaan dari segi moral dan kewangan. 
Jika pekerjaan itu dianggap sebagai hobi, itu tidak mengapa asalkan ia tidak memberikan tekanan yang tinggi. 
Untuk bersara, anda memerlukan perancangan yang rapi, mentaliti yang betul, dan pendapatan pasif yang mencukupi.
Amma ba'du. 
Hakikatnya, persaraan adalah anugerah yang membolehkan kita berehat, menikmati kehidupan dan meluangkan masa untuk keluarga serta beribadat. 
Rancangkanlan persaraan kita agar ia menjadi fasa terbaik dalam hidup, bukan fasa yang penuh kekecewaan.
Wallahua’lam.
FB: Zainuddin Omar
Credit to Ir.Hj.Zainuddin.Bin.Hj.Omar 
www.zukidin.com {Estd 2012}

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2025/11/impian-dan-realiti-alam-persaraan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sarapan Pagi Best Di Shah Alam Restoran Azira Pilihan Ramai

Sarapan Pagi Best Di Shah Alam Restoran Azira Pilihan Ramai

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 274 hits
Kalau korang tengah mencari tempat sarapan pagi yang best di Shah Alam Restoran Azira memang wajib singgah Restoran ini menawarkan pelbagai pilihan makanan Melayu yang menyelerakan suasana mesra keluarga dan harga yang masih berpatutan wala...
Alam Dan Manusia Subjek Baharu Tahap I Mulai 2027

Alam Dan Manusia Subjek Baharu Tahap I Mulai 2027

papar berkaitan - pada 6/11/2025 - jumlah : 713 hits
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengumumkan pengenalan subjek baharu pembelajaran Tahap I di sekolah mulai 2027 iaitu Alam dan Manusia Pembelajaran Bersepadu Berikut adalah maklumat dan info mengenai subjek ini Apa Itu Subjek Alam dan...
Panorama Alam Sekitar Yang Menakjubkan Bukit Zakir Sebuah Lukisan Lembah Yang Damai

Panorama Alam Sekitar Yang Menakjubkan Bukit Zakir Sebuah Lukisan Lembah Yang Damai

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 212 hits
Lihat di lembah itu desa yang cantik di bawah bukit Zakir indahnya pemandangan Bicara Hati Kala Berada Di Puncak Bukit ZakirKemarin yang berlalu meninggalkan kesan yang berbagai keadaan dalam jiwaraga kita Ada yang merasa bahagia gembira te...
Alam Dan Manusia Another Confusing Experiment At The Expense Of Malaysian Students

Alam Dan Manusia Another Confusing Experiment At The Expense Of Malaysian Students

papar berkaitan - pada 8/11/2025 - jumlah : 264 hits
AN MCA leader has criticised the Education Ministry s decision to introduce a new subject Alam dan Manusia Pembelajaran Bersepadu for Year One students beginning in the 2027 school curriculum Calling the proposal another rushed experiment w...
Keajaiban Alam Pokok Yew Berusia 400 Tahun Di Muckross Abbey Ireland

Keajaiban Alam Pokok Yew Berusia 400 Tahun Di Muckross Abbey Ireland

papar berkaitan - pada 4/11/2025 - jumlah : 160 hits
Pokok Yew Berusia 400 Tahun di Muckross Abbey Ireland Muckross Abbey yang terletak di tengah tengah keindahan alam Killarney Ireland merupakan sebuah lokasi yang kaya dengan sejarah dan keunikan Salah satu tarikan utama di sini adalah pokok...
Paklong Kopitiam Shah Alam Menu Halal Sedap Suasana Cozy

Paklong Kopitiam Shah Alam Menu Halal Sedap Suasana Cozy

papar berkaitan - pada 3/11/2025 - jumlah : 203 hits
Hai semua Sis nak share satu port makan feveret sis tiap kali datang ke Plaza Shah Alam Nama dia Paklong Kopitiam tempat makan halal sedap dan cozy yang dah lebih 10 tahun jadi kegemaran sis dan keluarga Port Makan Sedap Halal di Shah AlamK...
Beli Hadiah Persaraan Rakan Sekerja

Beli Hadiah Persaraan Rakan Sekerja

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 215 hits
Beli Hadiah Persaraan Rakan Sekerja Penghujung Oktober kami kehilangan dua orang rakan sekerja yang mengambil keputusan untuk bersara awal Kedua duanya merupakan antara rakan sekerja yang boleh dikatakan terbaik dikalangan yang baik baik di...
Padang On Wheels Shah Alam Masakan Padang Asli Gurame Fresh Padu

Padang On Wheels Shah Alam Masakan Padang Asli Gurame Fresh Padu

papar berkaitan - pada 30/10/2025 - jumlah : 326 hits
Kalau sis peminat masakan Padang yang penuh rempah pedas padu dan hidangan hidang style penuh satu meja Padang On Wheels di Seksyen 13 Shah Alam memang kena masuk dalam list tempat makan wajib cuba Restoran ini bermula sebagai food truck da...
Suria Park Suria Hill Taman Rekreasi Baru Di Bandar Puncak Alam

Suria Park Suria Hill Taman Rekreasi Baru Di Bandar Puncak Alam

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 373 hits
Suria Park Suria Hill Taman Rekreasi Baru Di Bandar Puncak Alam Taman rekreasi kini menjadi antara keperluan asas dalam kehidupan ruang di mana masyarakat dapat meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sambil menjaga kesejahteraan diri D...
Erra Fazira Sah Bergelar Isteri Ezwan Zain Majlis Penuh Syahdu Di Rinjani Majestic

Confirm Tak Lemau Ini Cara Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis Goreng

Writing Love Letters That Feel Honest Not Overwritten Or Fake

Hujan Lebat Pusat Beli Belah Trx Bocor Lagi

Lazada S Christmas Promotion

Reinstate Ptptn Loan Waiver For Top Scorers From Private Varsities Govt Urged

How Virtual Tours Shape The Future Of Architecture In The Metaverse

Thailand Kemboja Setuju Hentikan Semua Tembakan Berkuat Kuasa Petang Jumaat Trump


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sabrina Carpenter S Legs And Feet In Tights 40

Resepi Puding Roti Karamel Confirm Jadi Untuk Pemula

Ruqyah 3 Surah Perlindungan

Menanti Kebijaksanaan Anwar Kemaskinikan Kabinet

Bagaimana Huawei Melindungi Anda Di Jaringan Wi Fi Publik

Cepat Habis Jika Begini