Imbasan Mahkamah Dnaa Zahid Cetus Kontroversi Hukuman Sebat Menanti Syed Saddiq


 
Permohonan pendakwaan melepas tanpa membebaskan Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah mencetuskan perdebatan hangat.PETALING JAYA: Tahun 2023 menyaksikan beberapa nama besar terdiri daripada ahli politik dan selebriti mewarnai kamar mahkamah yang prosidingnya mendapat perhatian ramai.
Lensa kamera turut dihala kepada pegawai penguat kuasa termasuk membabitkan seorang pegawai kanan polis yang didakwa membunuh pelajar berusia 17 tahun dalam satu kejadian langgar dengan kereta di Ipoh, Perak.
Berikut beberapa rangkuman prosiding mahkamah yang mendapat perhatian ramai.
Zahid Hamidi dilepas tanpa dibebaskan daripada 47 tuduhan
Pada 4 Sept lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi atas kesemua 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram berkaitan dengan dana Yayasan Akalbudi.
Pasukan pendakwaan memohon perkara itu yang dibenarkan mahkamah atas beberapa alasan termasuk perlu kaji keterangan saksi perbicaraan serta membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan lanjut terhadap bukti baharu dikemukakan Zahid.
Bagaimanapun, presiden Umno itu boleh berdepan semula pertuduhan jika pendakwaan meneruskan kes ini, atau mengemukakan kes pada bila-bila masa nanti berdasarkan fakta dan keterangan yang serupa dalam kes ini.
Permohonan itu dikritik pelbagai pihak termasuk Majlis Peguam yang memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Peguam Negara memohon DNAA terhadap Zahid.
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dihukum penjara 7 tahun, sebat
Bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dijatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi selepas didapati bersalah atas empat tuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Armada bernilai lebih RM1 juta.
Ahli Parlimen Muar itu turut dikenakan hukuman dua sebatan dalam keputusan yang dibacakan Hakim Azhar Abdul Hamid pada 9 Nov.
Susulan keputusan itu, Syed Saddiq meletak jawatan presiden Muda sehingga proses undang-undang membabitkannya selesai.
Mahkamah bebaskan Muhyiddin tuduhan salah guna kuasa
Pada 14 Ogos, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya semasa menjadi perdana menteri bagi mendapatkan suapan berjumlah RM232.5 juta untuk Bersatu.
Muhyiddin didakwa menggunakan kedudukan beliau untuk suapan berjumlah RM232.5 juta daripada tiga syarikat iaitu Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd dan Mamfor Sdn Bhd serta Azman Yusoff bagi Bersatu di antara 1 Mac 2020 dan 20 Ogos 2021.
Sanusi didakwa menghasut
Menteri Besar Kedah Sanusi Nor didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang pada 18 Jul atas tuduhan menghasut berhubung isu pelantikan menteri besar Selangor dan penubuhan kerajaan perpaduan menerusi ceramah politik.
Perbicaraan membabitkan Adun Jeneri itu akan berlangsung selama 12 hari di antara Januari dan Februari tahun depan.
Yasin bebas, diarah ke Hospital Bahagia
Pada 29 Nov, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya melepas dan membebaskan penyanyi dan komposer Muhammad Yasin Sulaiman atas tiga pertuduhan berkaitan dadah.
Hakim Faiz Dziyauddin bagaimanapun memerintahkan Yasin ditempatkan di Hospital Bahagia, Ulu Kinta, Perak, untuk menjalani rawatan selama tempoh diperkenan Sultan Selangor.
Pelajar maut didakwa dilanggar, pegawai kanan polis didakwa
Kematian tragis pelajar berusia 17 tahun Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie yang didakwa dilanggar sebuah kereta pada 15 Dis mengheret seorang pegawai kanan berpangkat Deputi Superintendan ke mahkamah.
Tiga hari kemudiannya, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, didakwa secara tentatif di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh Muhammad Zaharif di Jalan Taman Jati 1, dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, Meru. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/12/imbasan-mahkamah-dnaa-zahid-cetus.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid To Oppose Bar S Challenge To His Dnaa In Yayasan Akalbudi Case

Zahid To Oppose Bar S Challenge To His Dnaa In Yayasan Akalbudi Case

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 143 hits
Deputy prime minister Ahmad Zahid Hamidi s lawyer said papers opposing the Bar s filing will be with the court before the Jan 11 hearing KUALA LUMPUR Deputy prime minister Ahmad Zahid Hamidi is to oppose the Malaysian Bar s filing for a jud...
Sudah Tiga Kali Cetus Kontroversi Apakah Dap Mahu Sabotaj Anwar

Sudah Tiga Kali Cetus Kontroversi Apakah Dap Mahu Sabotaj Anwar

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 188 hits
Hanya dalam tempoh yang cukup singkat sebelum berakhirnya tahun 2023 ini sudah tiga kontroversi dicetuskan oleh DAP berkaitan Melayu dan Islam di negara ini Pertama tentang bukan Melayu sebagai Perdana Menteri yang ditimbulkan oleh veteran ...
Terpalit Kontroversi Sambal Nyet Ciplak Minta Beri Tempoh Bertenang Selesaikan Masalah

Terpalit Kontroversi Sambal Nyet Ciplak Minta Beri Tempoh Bertenang Selesaikan Masalah

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 352 hits
Produk Sambal Nyet yang didakwa ciplak hampir mirip dengan Sambal Nyet Berapi keluaran pempengaruh Khairul Aming tampil memberi kenyataan berhubung isu panas yang menjadi bualan warganet sejak kebelakangan ini Menerusi hantaran dimuat naik ...
Anwar Perjelas Guna Istilah Kontroversi Dalam Kupasan Hang Tuah

Anwar Perjelas Guna Istilah Kontroversi Dalam Kupasan Hang Tuah

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 199 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim maklum istilah k g tidak disenangi banyak pihak dan meminta maaf kalau ada salah faham PUTRAJAYA Penggunaan frasa k g pada program Temu Anwar Dialog Mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Ma...
Mayat Tergantung Dekat Stesen Lrt Cetus Kegusaran Penduduk

Mayat Tergantung Dekat Stesen Lrt Cetus Kegusaran Penduduk

papar berkaitan - pada 22/12/2023 - jumlah : 294 hits
MOHAMAD ATHIR BIN ISMAILKLANG Penduduk di Taman Sri Andalas di sini hari ini gempar apabila terdapat mayat ditemukan dalam keadaan tergantung pada struktur binaan dipecayai sebuah stesen aliran transit ringan yang masih belum beroperasi awa...
Isham Likens Zahid To Captain Leading Ship To Its Doom

Isham Likens Zahid To Captain Leading Ship To Its Doom

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 109 hits
Sacked Umno supreme council member Isham Jalil has likened party president Ahmad Zahid Hamidi to a ship captain leading the vessel to its doom We are going on the wrong path It s like the captain of a ship steering the vessel toward an iceb...
Kedatangan 2024 Cetus Harapan Baharu Kata Anwar

Kedatangan 2024 Cetus Harapan Baharu Kata Anwar

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 284 hits
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim mengharapkan kedatangan Tahun Baharu 2024 akan memberi suatu suasana lebih cerah dan positif kepada rakyat dengan kerajaan perpaduan akan menumpukan usaha terhadap pembangunan ekonomi demi kesejahteraan mereka ...
Kisah Sukses Brand Zara Berawal Dari Perubahan Nama Hingga Cerita Kontroversi

Kisah Sukses Brand Zara Berawal Dari Perubahan Nama Hingga Cerita Kontroversi

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 170 hits
Zara adalah sebuah merek fashion global yang berasal dari Spanyol Merek ini merupakan bagian dari Inditex salah satu perusahaan retail terbesar di dunia yang memiliki beberapa merek fashion lainnya Zara didirikan oleh Amancio Ortega Gaona s...
Kes Banjir Ditanggani Dengan Baik Dibawah Zahid Hamidi

Kes Banjir Ditanggani Dengan Baik Dibawah Zahid Hamidi

papar berkaitan - pada 15/12/2023 - jumlah : 135 hits
Mohammad JamaleePagi tadi ambil masa sekejap baca akhbar untuk update keadaan semasa Dah beberapa bulan dok busy kerja dengan eventnya lagi isu isu semasa semua cedok dari apa yang lalu di newsfeed saja Apa yang menarik perhatian saya ialah...
Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Presiden Pas Kupas Isu Syria Balah Mazhab Gangguan Seksual Um

Do Our Infamous Bali Bombers Deserve A Second Chance At Life


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Penat Dengan Rumah Bersepah Dan Tak Wangi Ini Solusinya

Kenali Jenis Jenis Sakit Kepala Dan Rawatannya

What To Expect From A Consultation With A Premier Data Analytics Company

Isteri Nekad Bakar Suami Kaki Judi

Kelantan Pengedar Dadah Menyamar Jadi Pegawai Risik Tentera

Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri