Sudah Tiga Kali Cetus Kontroversi Apakah Dap Mahu Sabotaj Anwar




Hanya dalam tempoh yang cukup singkat sebelum berakhirnya tahun 2023 ini, sudah tiga kontroversi dicetuskan oleh DAP berkaitan Melayu dan Islam di negara ini.


Pertama, tentang bukan Melayu sebagai Perdana Menteri yang ditimbulkan oleh veteran DAP, Lim Kit Siang.


Kedua, gesaan Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai agar pilihanraya PBT dimulakan perlaksanaannya di Kuala Lumpur bagi merakyatkan lagi sistem pentadbiran di ibu kota berasaskan semangat demokrasi.


Ketiga dan yang terbaru, permintaan Ahli Parlimen Beruas, Ngeh Koo Ham agar pakar perundangan bukan Islam turut sama dibawa menganggotai jawatankuasa mengkaji bidang kuasa Mahkamah Syariah.


Bermula awal tahun 2024 nanti, agaknya entah apa-apa lagi akan dibangkitkan oleh pemimpin DAP yang lain pula berkaitan Melayu dan Islam.


Kenapa DAP tak habis-habis cuba mencetuskan kontroversi?


Bagi isu terbaru yang dicadangkan oleh Ngeh, ia memang sesuatu yang tidak masuk akal sama sekali, bahkan perlu ditentang keras oleh semua umat Islam.


Untuk apa urusan orang Islam dalam Mahkamah Syariah mahu dicampuri oleh bukan Islam sebagaimana diminta DAP itu?


Selain pakar perundangan Islam sendiri diyakini mampu menguruskan hal-hal berkaitan kepentingan umat Islam, bukan Islam khususnya DAP tiada hak untuk campurtangan dalam hal ini.


Takkan hal pertikaian nikah kahwin, cerai berai, pembahagian harta dan penjagaan anak yang melibatkan orang Islam dalam Mahkamah Syariah mahu diambil tahu oleh DAP juga?


Hal orang Islam, biar orang Islam sendiri menguruskannya.


Apakah DAP sejak berada dalam kerajaan sudah mahu tunjuk belang ingin campurtangan dalam semua perkara di negara ini, termasuk yang eksklusif untuk orang Islam?


Sebagaimana dua saranan DAP sebelum ini mendapat bantahan keras daripada rakan-rakan dalam kerajaan, khususnya UMNO, kali ini juga ia dibantah keras oleh parti Melayu itu.


Parti lain dalam kerajaan nampaknya masih senyap dan tersembunyi lagi suara mereka.


Oleh kerana sudah dikira relatif kerap DAP mencetuskan kontroversi melibatkan orang Melayu dan Islam di negara ini, sebagaimana saya telah sarankan sebelum ini dalam isu Perdana Menteri bukan Melayu dan pilihanraya PBT, sekali lagi saya ingin menggesa Anwar Ibrahim agar segera memberi nasihat dan menegur parti tersebut.


Sikap DAP ini tidak boleh dibiarkan kerana ia menjejaskan keharmonian dalam negara dan menjadikan kedudukan kerajaan tidak elok dipandang rakyat.


Sepatutnya setelah berada dalam kerajaan, lebih-lebih lagi kerana terbinanya kerajaan perpaduan ini atas sokongan UMNO, DAP lebih sedar diri dan tahu membawa diri.


Jika begini berterusan sikap mereka, tidak mungkin orang Melayu boleh gembira dalam tempoh yang lebih lama dengan keberadaan DAP dalam kerajaan perpaduan ini.


Di waktu yang sama, jika berterusan begini juga, tidak mungkin UMNO pun boleh bertahan lama dalam kerajaan perpaduan pimpinan yang ada DAP ini.


Pokoknya, kalau begini karenah DAP, bagaimana Anwar mampu bertahan lebih lama lagi sebagai Perdana Menteri?


Melepasi setahun pun tercungap-cungap, kenapa mahu ditambah lagi dengan isu yang tidak perlu?


Dan memandang jauh ke hadapan sikit, dengan karenah yang sama oleh DAP ini, bagaimana boleh diyakini Anwar mampu meraih sokongan pengundi Melayu dalam PRU16 akan datang, seterusnya tidak sekadar mampu bertahan sepenggal saja sebagai Perdana Menteri?


Kadang-kadang terdetik di hati, apakah DAP mahu sabotaj Anwar? – ShahbudinHusin 29/12/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/12/29/sudah-tiga-kali-cetus-kontroversi-apakah-dap-mahu-sabotaj-anwar.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/12/sudah-tiga-kali-cetus-kontroversi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Suami Aku Dah Curang Tiga Kali Tapi Aku Tetap Bertahan Sebab Anak Anak

Suami Aku Dah Curang Tiga Kali Tapi Aku Tetap Bertahan Sebab Anak Anak

papar berkaitan - pada 17/12/2023 - jumlah : 205 hits
Walaupun sudah berkahwin dan mempunyai anak anak tetap ada individu yang curang dan mencari pasangan lain utnuk memuaskan nafsu mereka Seorang lelaki berstatus suami dan bapa kepada empat orang anak meluahkan rasa kecewa terhadap isteri yan...
Anwar Sabotaj Ekonomi Pulau Pinang

Anwar Sabotaj Ekonomi Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 254 hits
Anwar sabotaj ekonomi Pulau Pinang ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be UjSJ 7bJojo src in org https www youtube com embed UjSJ 7bJojo wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com embed UjSJ...
Anwar Perjelas Guna Istilah Kontroversi Dalam Kupasan Hang Tuah

Anwar Perjelas Guna Istilah Kontroversi Dalam Kupasan Hang Tuah

papar berkaitan - pada 23/12/2023 - jumlah : 199 hits
Perdana Menteri Anwar Ibrahim maklum istilah k g tidak disenangi banyak pihak dan meminta maaf kalau ada salah faham PUTRAJAYA Penggunaan frasa k g pada program Temu Anwar Dialog Mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjung Ma...
M Sia Dikuasai Dap Langkah Dubai Anwar Pas

M Sia Dikuasai Dap Langkah Dubai Anwar Pas

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 171 hits
Terang lagi bersuluh Kerajaan Pusat dikuasai DAPYA memang Kerajaan Pusat dikuasai DAP Itu hakikat Sudah terang lagi bersuluh DAP dominan dalam Kerajaan Pusat Buktinya DAP bebas memainkan sentimen agama dan tidak ada tindakan dikenakan ke at...
Imbasan Mahkamah Dnaa Zahid Cetus Kontroversi Hukuman Sebat Menanti Syed Saddiq

Imbasan Mahkamah Dnaa Zahid Cetus Kontroversi Hukuman Sebat Menanti Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 285 hits
Permohonan pendakwaan melepas tanpa membebaskan Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah mencetuskan perdebatan hangat PETALING JAYA Tahun 2023 menyaksikan beberapa nama besar terdiri daripada ahli politik dan selebriti mewarnai kamar mah...
Kedatangan 2024 Cetus Harapan Baharu Kata Anwar

Kedatangan 2024 Cetus Harapan Baharu Kata Anwar

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 284 hits
PERDANA Menteri Anwar Ibrahim mengharapkan kedatangan Tahun Baharu 2024 akan memberi suatu suasana lebih cerah dan positif kepada rakyat dengan kerajaan perpaduan akan menumpukan usaha terhadap pembangunan ekonomi demi kesejahteraan mereka ...
Tiga Kali Sumedang Diguncang Gempa

Tiga Kali Sumedang Diguncang Gempa

papar berkaitan - pada 1/1/2024 - jumlah : 151 hits
Dalam sehari Kabupaten Sumedang diguncang tiga kali gempa
Dap Belum Sesuai Berada Dalam Kerajaan Anwar Patut Beri Teguran

Dap Belum Sesuai Berada Dalam Kerajaan Anwar Patut Beri Teguran

papar berkaitan - pada 19/12/2023 - jumlah : 232 hits
Walaupun DAP boleh dikata agak baru berada di dalam kerajaan tetapi parti itu memiliki sejarah yang panjang daripada segi perjuangannya Dengan berada dalam tempoh yang lama dalam politik Malaysia yang berbilang kaum ini tetapi hakikatnya di...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Merry Christmas 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Wan Rosdy Insentif Kecemerlangan Pendidikan Kerajaan Pahang Sedia Peruntukkan Sebanyak Rm1 Juta

Keropok Ikan Tamban Trengganu Nipis Dan Sedap

Tapau Mfc Fried Chicken

Yuzu Cha

Usah Terikut Ikut Provokasi Pihak Tertentu Pertikai Pelantikan Tun Musa

Bendung Elemen Politik Perkauman Elak Permusuhan Keganasan