Imbasan 2019 Muafakat Nasional Vs Pakatan Harapan


KAMARUZAMAN MOHAMAD

Antara sinar Muafakat Nasional dan Pakatan Harapan yang suram
 

TAHUN 2019 adalah tahun yang penting dan kritikal buat Pakatan Harapan dalam menerajui kepimpinan negara. Selepas dua tahun memerintah, pastinya tidak ada lagi belas ihsan dan simpati oleh rakyat jika Kerajaan PH masih lagi gagal menguruskan negara dengan baik.

Berikut dicoretkan beberapa ragam Kerajaan PH sepanjang tahun 2019:

1.     PH gagal tunaikan manifesto

Kerajaan PH hanya menanam tebu di tepi bibir apabila tidak menunaikan janji manifesto antaranya menghapuskan tol, mansuhkan PTPTN, harga minyak, nasib peneroka FELDA, sejuta peluang pekerjaan, gaji minima dan pelbagai lagi. Bahkan bagi menutup kesalahan mereka, pemimpin PH menyatakan bahawa manifesto bukan kitab suci.

2.     PH ada hubungan dengan kumpulan pengganas

Keterlibatan pemimpin PH yang secara terbuka dan berani mempromosi kumpulan-kumpulan pengganas seperti LTTE dan Komunis. Contohnya perhimpunan memperingati pejuang Komunis yang diadakan di Kajang turut dihadiri pemimpin DAP serta abu mayat Chin Peng ditaburkan di Malaysia.

3.     Kerajaan PH kerajaan ‘u-turn’

Sarkastik yang digelarkan kepada Kerajaan PH sebagai kerajaan ‘u-turn’ saya kira ada benarnya. Lihat sahajalah bagaimana ‘flip-flop’nya kerajaan apabila sering menukar-nukar pendirian berhubung sesuatu isu. Ia seolah tidak wujud satu persefahaman antara parti-parti komponen dalam PH. Contohnya isu gaji minimum, isu had gaji bagi penangguhan pembayaran PTPTN, isu IPCMC, isu subsidi petrol dan isu GST.

4.     PH gagal bendung penghinaan terhadap Bendera Malaysia

Negara dikejutkan dengan siri-siri kebiadaban yang dilakukan terhadap bendera Malaysia. Bermula dengan bendera terbalik kemudian bendera hitam putih, bendera bintang lima bucu diikuti tidak menghormati lagu Negaraku dan nyanyian Negaraku versi Mandarin. Kejadian-kejadian berikut seperti terancang dengan teliti. Perkara ini jelas melanggar Rukun Negara dan pengkhiatnatan kepada negara. Tidak boleh diterima lagi hanya permohonan maaf. Sudah tiba masanya penguatkuasaan undang-undang terhadap salah laku seperti ini dan perlu ditangani segera.

5.      PH polemikkan isu tulisan Jawi

Sejak tahun 70-an lagi tulisan Jawi telah digunapakai dalam urusan pentadbiran, pembelajaran dan urusan seharian. Namun, sekali lagi pertubuhan ekstrem Dong Zong dan SEKAT mempolemikkan isu ini. Mereka menggunakan alasan Islamisasi, sedangkan ia memang tidak berasas dan sengaja ditimbulkan seolah-olah seluruh buku teks dipenuhi tulisan Jawi. Pertembungan antara Kementerian dan pertubuhan seperti inilah yang memberi kesan terhadap silibus pembelajaran. Akhirnya, para pelajar menjadi mangsa. Seharusnya, perkara ini tidak menjadi isu dan sepatutnya Dong Zong dan SEKAT menghormati perlembagaan dan kaum majoriti negara ini

6.     PH gagal pertahankan kerusi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)

Sebanyak 9 kali PRK telah diadakan sejak PRU14 melihatkan 5 kemenangan PH manakala 4 kerusi berpihak pembangkang. Selain daripada kegagalan PH menunaikan janji manifesto, kerjasama Muafakat Nasional menjadi antara faktor utama pengalihan pengundi. Ia dapat dibuktikan kemenangan berturut-turut calon pembangkang dalam PRK. Kerjasama politik ini akan terus menjadi semak dan imbang kepada kerajaan dan  bakal menerajui kerajaan pada PRU ke-15.

7.     Muafakat Nasional, Membina Malaysia Sejahtera

Selama 60 tahun berseteru, dua parti politik Melayu Islam terbesar negara, PAS dan Umno disatukan dengan memeterai Piagam Muafakat Nasional pada 14 November 2019. Kerjasama politik yang dijalinkan mendapat sambutan luar biasa daripada akar umbi dengan kehadiran melimpah ruah di segenap ruang PWTC. Sifat keterbukaan PAS yang ingin melihat kedaulatan Islam, jaminan perlembagaan dan Institusi Diraja terpelihara menatijahkan penyatuan ini. Begitu juga semangat setia kawan dan berpegang pada janji yang ada pada PAS, meyakinkan Umno untuk menjalinkan kerjasama bagi membina negara sejahtera.

Saya juga mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah di atas kejayaan jentera penerangan di semua peringkat dalam membina gelombang terutamanya dalam menghadapi anasir-anasir yang menggugat keharmonian negara. Saya percaya tahun depan lebih mencabar dengan tekanan perebutan jawatan-jawatan dalam Kabinet Kerajaan PH. Seharusnya, semua ahli PAS berganding bahu memainkan peranan sebagai ejen penerangan dan menjadi wartawan rakyat yang membawa suara dan keputusan-keputusan parti.

Saya berharap seluruh rakyat Malaysia ambil peduli isu-isu negara dan berusaha memahami perjuangan Islam serta bersama menyokong Muafakat Nasional.

Selamat Tahun Baharu 2020.

“Islam Memimpin Perpaduan”
“Muafakat Nasional Membina Malaysia Sejahtera”

KAMARUZAMAN MOHAMAD - Ketua Penerangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
– HARAKAHDAILY 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/01/imbasan-2019-muafakat-nasional-vs.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakatan Harapan Hadiahkan Penutup 2019 Yang Paling Indah Dan Bermakna Untuk Rakyat

Pakatan Harapan Hadiahkan Penutup 2019 Yang Paling Indah Dan Bermakna Untuk Rakyat

papar berkaitan - pada 3/1/2020 - jumlah : 394 hits
Foto FacebookAliran tunai yang semakin surut ditambah pula dengan kuasa membeli semakin mengecil pasti akan merencatkan pasaran ekonomi negara Boleh dikatakan setiap hari pasti kedengaran keluhan masyarakat berikutan kos sara hidup yang tin...
Bodohnya Melayu Pakatan Harapan Biarkan Dap Berkuasa

Bodohnya Melayu Pakatan Harapan Biarkan Dap Berkuasa

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 357 hits
Nasib Bangsa Melayu Di Hujung Nyawa Apakah Kita Masih Lagi Leka DAP cuma ada 172 673 ahli tetapi kehebatannya seolah olah tidak terperi lagi Kekuatan DAP telah berada di Pusat dan juga berakar umbi di setiap negeri Cuba kita perhatikan keny...
Lim Guan Eng Whacks Muafakat Nasional In New Year Message

Lim Guan Eng Whacks Muafakat Nasional In New Year Message

papar berkaitan - pada 31/12/2019 - jumlah : 321 hits
DAP 2020 New Year Message By DAP Secretary General And MP For Bagan Lim Guan Eng Dec 31 2020 is pivotal to determine whether Malaysia Baru belongs to all Malaysians whether in the urban or rural areas young or old male or female and ensure ...
Pakatan Harapan Caught In The Jawi Trap

Pakatan Harapan Caught In The Jawi Trap

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 335 hits
Singapore Institute of International Affairs senior fellow Oh Ei Sun said it would be difficult for Pakatan Harapan to win over more Malay votes as it cannot outdo Umno and PAS in racial and religious rhetoricIDA LIM AND SOO WERN JUN MALAY ...
Pakatan Harapan Does Not Understand What New Malaysia Means

Pakatan Harapan Does Not Understand What New Malaysia Means

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 307 hits
Yes Pakatan Harapan does not understand what a secular New Malaysia entails DAP leaders keep screaming that Malaysia is a secular state not an Islamic state But then Islam very much controls the lives of Malaysians Muslims and non Muslims a...
How Much Do Pakatan Harapan Ministers And Mps Actually Earn

How Much Do Pakatan Harapan Ministers And Mps Actually Earn

papar berkaitan - pada 28/12/2019 - jumlah : 290 hits
In the interest of transparency Domestic Trade and Consumer Affairs Minister Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail has reportedly revealed the allowance of Pakatan Harapan lawmakers and ministers Detailing the allowance list to Malaysiakini ...
Read Pakatan S Buku Harapan Before Running Your Mouth Kit Siang Tells Haniff Khatri

Read Pakatan S Buku Harapan Before Running Your Mouth Kit Siang Tells Haniff Khatri

papar berkaitan - pada 22/12/2019 - jumlah : 395 hits
DAP s Lim Kit Siang has hit back at prominent lawyer Mohamed Haniff Khatri Abdulla and rubbished his claim that leaders of the political party were meddling with police investigations Lim said Haniff could not be more wrong following the la...
Pakatan Harapan Terdesak Nak Kenakan Najib

Pakatan Harapan Terdesak Nak Kenakan Najib

papar berkaitan - pada 25/12/2019 - jumlah : 364 hits
Nampaknya kes SRC International dan 1MDB tidak ke mana Pakatan Harapan telah berjanji yang Najib Tun Razak akan dimasukkan ke dalam penjara apabila mereka berkuasa Sekarang dah nak masuk dua tahun tetapi ianya belum berlaku lagi Disebabkan ...
Pakatan Harapan Putuskan Tiada Tarikh Peralihan Kuasa Pm Kepada Anwar

Pakatan Harapan Putuskan Tiada Tarikh Peralihan Kuasa Pm Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 4/1/2020 - jumlah : 657 hits
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan YB Dato Saifuddin Abdullah telah mengeluarkan satu kenyataan media berkenaan tarikh peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri kepada Dato Seri Anwar Ibrahim Kenyataan ini dikeluarkan berikutan desakan oleh beb...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Yaph Jiwa Gundah

E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri