Imamconnect Platform Dalam Talian Pertama Yang Menyediakan Perkhidmatan Kepada Umat Islam Sedunia


Hi Korang,
ImamConnect merupakan komuniti global penyedia perkhidmatan bertauliah berkaitan keagamaan dan bukan keagamaan untuk umat Islam yang meliputi majlis perkahwinan, kaunseling pra perkahwinan, wasiat & harta pusaka, pengembumian, kajian Islam dan pelbagai khidmat lain


Situasi pandemik memaksa masyarakat sedunia untuk melakukan penjarakan sosial justeru, tahun 2020 menyaksikan peralihan yang pantas secara dalam talian membabitkan semua aspek kehidupan daripada bidang pekerjaan, pendidikan dan komunikasi dengan orang tersayang sehinggalah kepada pergantungan untuk membeli-belah hampir apa saja secara dalam talian. Lantaran situasi inilah lahirnya www.imamconnect.com, platform dalam talian pertama yang menyediakan perkhidmatan untuk umat Islam sedunia

Platform inovatif ImamConnect memaparkan komuniti global membabitkan penyedia perkhidmatan untuk umat Islam yang meliputi rangkaian menyeluruh perkhidmatan berkaitan keagamaan dan bukan keagamaan daripada kajian al-Quran, perkahwinan, pengebumian dan wasiat, juga merangkumi bimbingan kehidupan, kaunseling keluarga dan pendidikan di rumah yang sejajar dengan nilai-nilai Islam



Para pengguna boleh mendapatkan nasihat secara selamat daripada jurulatih tempatan atau antarabangsa, ustaz dan ustazah, ilmuwan Islam, ahli terapi dan ramai lagi, yang perlu melalui prosedur pemeriksaan dan semakan latarbelakang yang ketat oleh pasukan ImamConnect bagi memastikan keselamatan pengguna serta capaian kepada perkhidmatan profesional yang berkualiti tinggi sama ada secara dalam talian atau bersemuka

Menerusi ImamConnect, para pengguna boleh mencari pakar berdasarkan kawasan geografi dan bidang kepakaran. Selepas pemilihan, para pengguna boleh mendapatkan biografi penyedia khidmat, kadar bayaran perkhidmatan dan ulasan pengguna terhadap penyedia perkhidmatan berkenaan, serta mengetahui kelayakan dan pensijilan berkaitan. Akhirnya, para pengguna boleh menghantar pesanan kepada penyedia perkhidmatan tersebut secara terus untuk menempah perkhidmatan dan membuat bayaran menerusi portal yang selamat dan terjamin seperti PayPal

Sementara itu, platform berkenaan membolehkan penyedia perkhidmatan meningkatkan pendapatan mereka ketika pandemik ini memandangkan ramai yang terkesan dari segi kewangan dengan kesukaran untuk bekerja dan kekurangan peluang mengajar di khalayak ramai disebabkan kekangan dari segi kehadiran di masjid dan khidmat keagamaan secara tradisional

Menerusi ImamConnect, penyedia perkhidmatan di seluruh dunia boleh mendaftar di platform berkenaan dan meluaskan pasaran pengguna mereka melangkaui sempadan geografi

Dibangunkan oleh sepasukan pakar komunikasi, pemimpin perniagaan dan pakar teknologi Islam berpangkalan di Brussels, London, Kuala Lumpur dan New York, ImamConnect dilancarkan Ogos tahun lalu dengan senarai awal lebih daripada 70 penyedia perkhidmatan yang memiliki latarbelakang sahih yang menawarkan kepakaran mereka dari seluruh dunia termasuk United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia, Singapura dan Malaysia

ImamConnect founder Muddassar Ahmed speaking at The Concordia Forum

“ImamConnect merupakan pasaran dalam talian sedunia yang pertama seumpamanya, menyediakan perkhidmatan buat umat Islam yang memenuhi keperluan di kedua-dua pihak pengguna dan penyedia perkhidmatan,” kata Pengasas dan CEO ImamConnect yang juga ahli perniagaan Islam Britain, Muddassar Ahmed

“Ia menawarkan satu kaedah baru sepenuhnya kepada perkhidmatan berlandaskan Islam dan sokongan kepada penyedia perkhidmatan yang mengamalkan nilai-nilai Islam ini untuk berhubung dengan jutaaan masyarakat di seluruh dunia menerusi kaedah yang memastikan kualiti dan kebolehpercayaan. Platform berkenaan mewakili perubahan langkah dalam memanfaatkan kuasa teknologi maklumat bagi menawarkan ketelusan, ketekunan, kebertanggungjawaban dan kecekapan digital komuniti dalam menyediakan perkhidmatan berasaskan Islam, hanya menerusi butang carian,” katanya

Fasa pelancaran menyaksikan fokus utama kepada perkembangan penyedia perkhidmatan dan pengguna di UK dan AS di mana masyarakat Islam terutamanya yang kurang menerima kemudahan perkhidmatan tersebut akibat kekangan pandemik. Sehubungan itu ia menyediakan capaian tepat pada masanya untuk mendapatkan perkhidmatan berkaitan hal keagamaan kepada sesiapa sahaja yang mempunyai capaian kepada Internet

Di Malaysia, menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang menyasarkan kira-kira 80% daripada penduduk menjelang suku pertama 2022 dalam tempoh tiga fasa, ia akan mengambil masa sebelum masyarakat dijangka kembali menjalani kehidupan seperti keadaan sebelum pandemik, terutama apabila membabitkan perhimpunan yang besar seperti upacara keagamaan dan sosial. Secara realitinya,pengguna dan penyedia perkhidmatan Islam di negara ini dialu-alukan untuk bergerak ke arah pendigitalan dan memperoleh manfaat daripada penyedia perkhidmatan berlandaskan Islam di rangkaian ImamConnect yang melengkapi sokongan dan perkhidmatan disediakan oleh pihak masjid dan institusi tradisional

Muddassar menambah, “Kita sentiasa memerlukan institusi tradisional seperti masjid dan sekolah, itulah tunjangnya. Namun ImamConnect boleh membantu umat Islam di seluruh dunia untuk terus mengendalikan hal keagamaan meskipun hubungan secara fizikal tidak dapat diperoleh. Dengan menyelaraskan model kami dengan nilai-nilai Islam, kami akan meningkatkan kedua-dua piawaian dan pendapatan penyedia perkhidmatan ini dengan menghubungkan masyarakat di seluruh dunia untuk mereka berhubung. ImamConnect mampu merubah penyediaan perkhidmatan berkaitan keagamaan selama-lamanya.”
Mantan penasihat kerajaan UK yang juga pengasas sebuah agensi PR berpangkalan di London, yang berdedikasi untuk menghubungkan jurang antara dunia Islam dan Barat, Muddassar pada awalnya mendapat idea tersebut selepas melihat amalan tidak beretika dan kurangnya urusan tadbir selia dalam kalangan pengamal yang mempunyai kedudukan dalam kepimpinan agama di sesetengah tempat. Satu daripada cabaran utama dalam industri ini adalah kekurangan penyaringan yang sewajarnya dan semakan ke atas para pengamal. Sementara itu, terdapat ramai pengamal yang menyediakan perkhidmatan seumpamanya yang mampu memenuhi peranan ini

Hari ini, ImamConnect terus berkembang dengan penyedia perkhidmatan dan pengguna baru yang berdaftar di lebih banyak negara dan merancang untuk membuka pejabat serantau di Malaysia. Sejak penubuhannya, pasukan pelbagai negara di sebalik ImamConnect terdiri daripada kira-kira 20 peratus rakyat Malaysia termasuk Syed Azmin bin Syed Nor – pengasas Commerce Dot Com – yang berada dalam Lembaga Penasihat ImamConnect

“Sebuah negara yang mempunyai majoriti penduduk beragama Islam, Malaysia dipandang tinggi oleh negara Islam sedunia kerana keupayaannya antara lain mampu mengekalkan keamanan dan pertumbuhan ekonomi yang kukuh, malah turut diperhatikan di luar negara ramai rakyat Malaysia yang memiliki rasa rendah diri dan hormat. Ini digabungkan dengan lokasi geografi di ASEAN, capaian Internet isirumah yang tinggi, membina budaya e-dagang dan penduduk yang menguasai bidang digital menjadikan Malaysia sebagai pilihan bagi ImamConnect untu berkembang dan membawakan perkhidmatan kami kepada jutaan umat Islam dari rantau ini,” kata Muddassar, yang tidak asing dengan Malaysia

Laman sesawang: www.imamconnect.com
Facebook / Instagram/ YouTube: ImamConnect
Twitter: @ImamConnect



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2021/03/imamconnect-platform-dalam-talian.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hak Umat Islam Nak Sebut Allah Boleh Tapi Jangan Seleweng

Hak Umat Islam Nak Sebut Allah Boleh Tapi Jangan Seleweng

papar berkaitan - pada 15/3/2021 - jumlah : 262 hits
BANGI 1 Syaaban 1442H Ahad Umat Islam diajak untuk bersama sama membina gelombang kebangkitan ummah bagi menolak golongan bukan muslim mengunakan kalimah kalimah suci agama Islam Gesaan itu disuarakan Presiden Persatuan Kebajikan Darul Isla...
Isu Kalimah Allah Perpecahan Umat Islam Negara Jadi Punca

Isu Kalimah Allah Perpecahan Umat Islam Negara Jadi Punca

papar berkaitan - pada 11/3/2021 - jumlah : 184 hits
PERPECAHAN dan tidak sehaluan yang berlaku dalam kalangan umat Islam di negara ini dikatakan menjadi punca kepada isu kalimah Allah Sebaliknya penganut agama Kristian pula dilihat bersatu dalam memperjuangkan penggunaan kalimah Allah dalam ...
Bersatulah Umat Melayu Islam Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Shah

Bersatulah Umat Melayu Islam Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Shah

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 258 hits
PEMIMPIN UMNO PAS DAN PBBM DUDUK BETUL BETUL KITA KIRA BETUL BETUL Profesor Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah Berikut disiarkan transkripsi wawancara penuh antara moderator Prof Dr Mohd Roslan Mohd Noor dari UM dan Dr Kamarul Zaman Haji ...
Mui Umat Islam Wajib Berpartisipasi Dalam Program Vaksinasi Covid 19

Mui Umat Islam Wajib Berpartisipasi Dalam Program Vaksinasi Covid 19

papar berkaitan - pada 19/3/2021 - jumlah : 164 hits
Ni am meminta umat Islam di Indonesia tidak ragu untuk mengikuti program vaksinasi Covid 19
Pas Akan Terus Komited Pertahan Penyatuan Ummah Dan Umat Islam Di Dalam Negara Ini

Pas Akan Terus Komited Pertahan Penyatuan Ummah Dan Umat Islam Di Dalam Negara Ini

papar berkaitan - pada 29/3/2021 - jumlah : 286 hits
KUALA LUMPUR PAS akan terus komited mempertahankan penyatuan ummah dan umat Islam di negara ini kata Timbalan Presidennya Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man Beliau berkata ini dibuktikan dengan kehadiran PAS pada Perhimpunan Agung UMNO 2020 seb...
Pembela Giat Bina Kekuatan Ummah Berpaksi Ngo Persatuan Islam

Pembela Giat Bina Kekuatan Ummah Berpaksi Ngo Persatuan Islam

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 198 hits
Sebagai persediaan menghadapi cabaran libat akidah pada masa hadapan BANGI Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam kini sedang membina kekuatan ummah berpaksikan rangkaian pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan Islam di seluruh negara Inisiati...
Jenis Contoh Niat Puasa Sunat Dalam Islam

Jenis Contoh Niat Puasa Sunat Dalam Islam

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 485 hits
Jenis Contoh Niat Puasa Sunat Dalam Islam Ibadah puasa adalah amalan fardu ke atas umat Islam pada bulan Ramadan Kita diwajibkan berpuasa selama sebulan Selain dari puasa wajib itu ada juga puasa sunat Puasa sunat merupakan salah satu ibada...
Kalimah Allah 18 Ngo Islam Melaka Serah Memorandum Bantahan Esok

Kalimah Allah 18 Ngo Islam Melaka Serah Memorandum Bantahan Esok

papar berkaitan - pada 28/3/2021 - jumlah : 271 hits
Syor MAIM mohon kebenaran mencelah dalam prosiding rayuan BANGI Satu memorandum bantahan akan diserahkan gabungan NGO NGO Islam negeri Melaka esok berhubung isu penggunaan kalimah Allah di dalam bahan terbitan orang bukan Islam Memorandum y...
Hiburan Gagal Bayar Tunggakan Rm4 96 Juta Untuk Pesanan Pelitup Muka Jovian Apparel Disaman Pembekal

T18c24 Bayi Aina Muntah Susu Beku Macam Keju

Gulai Udang Nenas

Govt To Continue Using E Jamin Bail System

Harris Alif Dari Idola Kecil Ke Selebriti Serba Boleh

Road And Track A Lithe Bmw R80 Restomod By 46works

Kerajaan Pahang Sumbang Rm8 000 Kepada Keluarga Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq

Article 153 Of The Federal Constitution Does Not Bar Opening Uitm To Non Bumiputera



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Anggun Mikayla Viu Malaysia

Keputusan Markah Mingguan Senarai Lagu Tugasan The Hardest Singing Show Astro Malaysia

Biodata Syad Mutalib Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Bunga Salju Astro Ria

Info Dan Sinopsis Filem Vina Sebelum 7 Hari 2024 Adaptasi Kisah Benar Kini Di Pawagam Malaysia

Biodata Founder Leeyanarahman Nur Liyana Abdul Rahman Yaana Yana Lee Usahawan Tudung Yang Terkenal Bersama Suaminya


Diet Suku Suku Separuh Jom Amalkan

Majlis Perkahwinan Anak Saudara

From Smoke To Pet Dander Bnx Filter Traps Microscopic Airborne Contaminants

Pas Dikecam Balun Polis Bukan Fahaman Ekstremis

Kelahi Selepas Kemalangan Lelaki Bawa Kereta Lawan Arus

Lirik Luqman Faiz Bahagiamu Tujuanku