Kalimah Allah 18 Ngo Islam Melaka Serah Memorandum Bantahan Esok


Siti FatimahSyor MAIM mohon kebenaran mencelah dalam prosiding rayuan BANGI – Satu memorandum bantahan akan diserahkan gabungan NGO-NGO Islam negeri Melaka esok, berhubung isu penggunaan kalimah Allah di dalam bahan terbitan orang bukan Islam.
Memorandum yang diwakili 18 NGO Islam itu akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) jam 12 tengah hari.
Penyerahan itu akan diwakili Yang di-Pertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Melaka Tengah, Dr Khair Razlan Othman.
Memorandum yang mengemukakan tujuh cadangan itu antaranya mengesyorkan MAIM memohon kepada Mahkamah Rayuan untuk kebenaran mencelah dalam prosiding rayuan kes kalimah Allah serta melantik peguam berkaliber mewakili majlis itu.
“Menubuhkan satu jawatankuasa teknikal bagi mengkaji semua undang-undang sama ada Perlembagaan Persekutuan atau pun undang-undang Syariah dalam negeri Melaka supaya dipinda dan tidak memberi ruang kepada sebarang cabaran pada masa akan datang seterusnya menjamin keabsahan Islam.
“Bekerjasama rapat dan berganding bahu dengan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, mufti-mufti dan entiti agama di negeri lain bagi tujuan mempertahankan perundangan Syariah dan mahkamah Syariah,” menurut memorandum.
Selain itu, gabungan NGO berkenaan turut mencadangkan Komiti Permuafakatan NGO Islam (KPNI) diwujudkan sebagai medium perbincangan serta pemerkasaan umat Islam di negeri Melaka.
MAIM juga disaran menubuhkan jawatankuasa bertindak segera yang memberi fokus kepada sebarang bentuk ancaman, perancangan dan tindakan agresif pihak tertentu untuk melemahkan kedudukan Islam.
“Memohon pihak MAIM menjalankan tugas proaktif membuat penjelasan atau kenyataan umum tentang isu kalimah Allah serta menghebahkan fatwa-fatwa kerajaan negeri sedia ada berkenaan isu tersebut.
“Bekerjasama erat dengan NGO Islam serta membuka ruang dialog pada kekerapan tertentu agar mendapat maklum balas lebih tepat dan pantas daripada penggerak-penggerak di lapangan,” katanya.
Selain ISMA, memorandum itu turut disertai Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) dan Persatuan India Muslim Melaka (PIMM).
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dan tiga perkataan lain, dalam penerbitan agama itu, untuk pendidikan dalam komuniti mereka.
Selain kalimah Allah, penggunaan perkataan iaitu solat, Kaabah dan Baitullah juga dibenarkan kepada orang Kristian.
Bagaimanapun, Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia telah memfailkan rayuan terhadap keputusan itu kepada Mahkamah Rayuan pada 15 Mac lalu.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/03/kalimah-allah-18-ngo-islam-melaka-serah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalimah Allah Pertubuhan Islam Serah Memorandum Sokong Sultan Johor

Kalimah Allah Pertubuhan Islam Serah Memorandum Sokong Sultan Johor

papar berkaitan - pada 30/3/2021 - jumlah : 206 hits
unable to retrieve full text content 160 JOHOR BAHRU Gabungan Pertubuhan Pertubuhan Islam Negeri Johor pada Isnin telah menyerahkan memorandum sokongan kepada Majlis Agama Islam Johor berhubung isu kalimah Allah 2 0 Memorandum itu merupakan
Cadangan Dialog Islam Kristian Berkait Kalimah Allah Tepat Kata Zaid

Cadangan Dialog Islam Kristian Berkait Kalimah Allah Tepat Kata Zaid

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 332 hits
Zaid Ibrahim berkata isu penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam memerlukan penyelesaian secara muhibah dan konsensus PETALING JAYA Bekas menteri undang undang Zaid Ibrahim menyifatkan cadangan dialog antara sarjana Islam dan Kristi...
Resolusi Isu Kalimah Allah Dimuktamadkan Esok

Resolusi Isu Kalimah Allah Dimuktamadkan Esok

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 211 hits
KUALA LUMPUR 1 Syaaban 1442H Isnin Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata satu pertemuan dengan mufti di seluruh negara dan pakar undang undang bagi memuktamadkan resolusi berkaitan isu kalima
Penggunaan Kalimah Allah Oleh Penganut Agama Bukan Islam

Penggunaan Kalimah Allah Oleh Penganut Agama Bukan Islam

papar berkaitan - pada 20/3/2021 - jumlah : 248 hits
SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR AL HAJ KALIMAH merupakan nama yang khusus kepada Tuhan yang disembah oleh umat Islam Nama Allah ini diberi oleh diri Nya bukan berasal daripada mana mana akar kata tetapi kata nama khas yang meru...
Persingan Ngo Islam Pertahankan Kalimah Allab

Persingan Ngo Islam Pertahankan Kalimah Allab

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 383 hits
PERSIDANGAN TERGEMPAR NGO2 ISLAM PERTAHANKAN KALIMAH ALLAH 3 Orang Pendakwah Asatizah kita kini berada dibarisan HADAPAN dalam mempertahankan Kalimah Allah Mengapa PERLU DIPERTAHANKAN KALIMAH ALLAH Pengisian ini akan diisi oleh Para Asatiza...
Mufti Sokong Sultan Selangor Larang Guna Kalimah Allah Dalam Bible

Mufti Sokong Sultan Selangor Larang Guna Kalimah Allah Dalam Bible

papar berkaitan - pada 26/3/2021 - jumlah : 232 hits
Sebarang unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah Allah perlu disekat mengikut peruntukan undang undang dalam Perlembagaan Persekutuan kata Mohd Tamyes Abd Wahid SHAH ALAM Wajib bagi umat Islam untuk menjaga penggunaan kalimah ...
Awani Ringkas Muktamad Isu Kalimah Allah Hari Ini Malaysia Tetap Beli Astrazeneca

Awani Ringkas Muktamad Isu Kalimah Allah Hari Ini Malaysia Tetap Beli Astrazeneca

papar berkaitan - pada 16/3/2021 - jumlah : 504 hits
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas SUBSCRIBE now Astro Awani https www youtube com c astroawani sub confirmation 1 Astro AWANI LIVE https www astroawani com video terkini S...
Pembela Bertemu Pengerusi Dbp Bincang Isu Kalimah Allah

Pembela Bertemu Pengerusi Dbp Bincang Isu Kalimah Allah

papar berkaitan - pada 31/3/2021 - jumlah : 153 hits
Turut rancang perjumpaan dengan Jabatan Peguam Negara BANGI Pertubuhan Pertubuhan Pembela Islam hari ini mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan bagi berbincang menge...
Kalimah Allah Pas Beri Sokongan Kepada Kdn Failkan Rayuan Keputusan Mahkamah Tinggi

Kalimah Allah Pas Beri Sokongan Kepada Kdn Failkan Rayuan Keputusan Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 17/3/2021 - jumlah : 189 hits
KUALA LUMPUR Keputusan Mahkamah Tinggi berhubung isu penggunaan kalimah Allah bersama tiga perkataan Arab dalam bahan penerbitan Kristian wajar diperhalusi semula Menurut Ketua Penerangan PAS Kamaruzaman Mohamad tindakan Kementerian Dalam N...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Patut Tak Boleh Daftar

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


Data Analytics In Business Decisions

Lirik Lagu Berdamai Ghea Inderawani

Drama Sebiru Hujung Borneo

Iddah Bercerai Panduan Pengiraan Tempoh Iddah Untuk Wanita Bercerai

Tvet Tahfiz Mara Bidang Pengajian Syarat Kemasukan

Den Manjo Feat Eda Ezrin Adik Jando Abe Dudo Raya Chord