Bersatulah Umat Melayu Islam Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Shah



PEMIMPIN UMNO, PAS, DAN PBBM: DUDUK BETUL-BETUL, KITA KIRA BETUL-BETUL Profesor Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Abu Shah
Berikut disiarkan transkripsi wawancara penuh antara moderator, Prof Dr Mohd Roslan Mohd Noor dari UM dan Dr Kamarul Zaman Haji Yusoff dari UUM, dengan Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Shah dari UiTM dalam Bicara Khas Politik PINTAR bersempena setahun pemerintahan PN pada 1 Mac 2021.
Prof Dr Mohd Roslan: Untuk yang pertama ini mungkin Tan Sri boleh berikan ulasan sedikit, selepas setahun Kerajaan PN ini memerintah apakah perkara utama yang Tan Sri paling berpuas hati yang telah dilakukan oleh kerajaan ini dan apakah perkara yang Tan Sri rasa yang belum lagi dilakukan oleh Kerajaan PN. Silakan, Tan Sri.
Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Shah: Jawapan ini sebenarnya terpulang kepada siapa yang menjawab. Ada yang kata mungkin berbentuk positif, ada negatif, tetapi yang saya nak perkatakan ini sebagai seorang akademik lebih berbentuk pada pandangan saya satu pandangan yang neutral yang berasaskan kepada fakta.
Perkara yang betul-betul saya rasa yang amat saya berpuas hati yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan, pada mulanya setelah Tan Sri Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, sebenarnya saya cukup risau dan bimbang kerana apa, pada masa itu Covid-19 telah bermula dengan begitu agak drastik.
DARI MANA DATANGNYA DUIT?
Dan sebelum Prime Minister sekarang ambil-alih, kita di bawah PH, di mana secara jelas semasa Kerajaan PH mereka mengatakan tak ada duit. Saya masih ingat seorang Menteri, “tak ada duit”, kata dia, dan saya masih ingat hinggakan Kerajaan PH terpaksa mintak bantuan, mintak sedekah, bahkan budak-budak kecil pun bagi duit, dia nak mintak pinjaman daripada luar, hinggakan kita diminta supaya mengikat perutlah, maksudnya memang tak ada duit.
Tetapi tiba-tiba apabila Tan Sri Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri, melalui pintu hadapan istana ya, bukan pintu belakang istana ya, bukan pintu belakang, pintu hadapan, tiba-tiba ada duit, di mana saya rasa saya pun cukup terperanjat kerana sebelum itu saya memang terpengaruh mengatakan negara tak ada duit, tiba-tiba kita melihat Tan Sri Muhyiddin dengan kebijaksanaan beliau telah dapat menyelesaikan banyak masalah.
Pertama, apabila rakyat menghadapi masalah dari segi sara hidup dia, makan minum, kalau kita bandingkan dengan kebanyakan negara membangun, kita yang paling bertuah. Apa bentuk bantuan yang kerajaan pada hari ini tidak beri kepada rakyat walaupun dikatakan dahulu tidak ada duit? Dan saya rasa cukup kagum kerana apabila saya melihat betapa seriusnya prihatinnya kerajaan terhadap rakyat yang membelanjakan berbilion-bilion ringgit tanpa henti dan sentiasa meneliti apakah masalah-masalah lain dan cuba menyelesaikan masalah itu dengan begitu pantas, ini amat mengkagumkan saya dan saya cukup berpuas hati.
KITA DIPIJAK, KITA DITELANJANGKAN, ZAMAN PH
Dan juga saya amat berpuas hati kerana sebelum ini Kerajaan PH merupakan kerajaan, saya pun dalam Dewan Negara, 22 bulan, hati saya memang cukup susah, secara peribadi, cukup susah hati di bawah PH pada masa itu, kita lihat di mana parti dominan yang mengawal negara adalah parti yang bukan Melayu dan kita kena faham, saya bukanlah bersifat rasis, tidak, tapi negara ini berpaksikan kepada peribuminya, Melayu, kita majority, apabila pada masa itu mereka memerintah kita lihat betapa banyak perkara-perkara polisi dan tindakan yang menyusahkan kita dan yang merendahkan martabat kita, yang amat merendahkan, pernah saya kata, kita dipijak, kita ditelanjangkan, berbagai-bagai, tetapi tiba-tiba, apabila kuasa Allah, tak semena-mena mereka telah menjatuhkan diri sendiri dan Tan Sri Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri.
Dan saya begitu cukup gembira, cukup puas hati, melihat tiba-tiba parti dominan orang Melayu Islam memerintah kembali di mana Tan Sri Muhyiddin, walaupun sebelum itu kita ada Muafakat Nasional, telah dengan besar hati menghulurkan tangan kepada Muafakat Nasional, iaitu parti UMNO dan PAS, menubuhkan kerajaan di bawah PN. Ini saya rasa satu tindakan yang baik. Kalau sekiranya pada masa itu Tan Sri Muhyiddin tidak berjaya menyatukan antara orang-orang Melayu Islam untuk menubuhkan kerajaan sudah pasti saya rasa kerajaan yang dominannya bukan Islam masih memerintah negara dan kita akan menghadapi masalah yang cukup rumit, yang cukup mengerikan, untuk negara kita, itu yang pertama.
PASTIKAN KITA TERUS PEGANG TERAJU KEPIMPINAN
Yang kedua, saya rasa apakah perkara yang patut kita lakukan, yang saya berpuas hati ataupun tidak berpuas hati, yang patut kita lakukan atau tidak dilakukan oleh kerajaan, saya mengambil sedikit contohlah, sekarang kita telah menjadi kerajaan di mana, Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, dominant party Melayu Islam, tetapi saya melihat sekiranya di dalam pilihan raya akan datang jika sekiranya kita tidak mengatur strategi mengukuhkan perpaduan kita saya bimbang kita akan kalah. Jadi saya mintak sangatlah, mestilah langkah-langkah yang drastik mestilah diambil oleh pemimpin-pemimpin Melayu Islam pada hari ini, tidak kira apa parti, kerana kerajaan sekarang ditubuhkan bukan sahaja melalui parti PPBM, tetapi jugak dengan sokongan parti UMNO dan jugak parti PAS dan Barisan Nasional, maka kerajaan pada hari ini mesti mencari jalan memastikan bahawa pilihan raya akan datang kita terus memegang teraju kepimpinan dengan bantuan daripada kaum-kaum lain, termasuk sahabat-sahabat kita orang Cina, orang India dan jugak sahabat-sahabat kita di Sabah dan Sarawak.
Cuma beberapa isu yang saya masih tidak berpuas hati saya rasa yang perlu dilakukan sebelum pilihan raya, ini pandangan saya, mungkin saya salah, sebelum pilihan raya diadakan di masa hadapan, isu seperti penjualan kad pengenalan palsu, yang kita tahu mungkin dikatakan sampai 2 juta, yang ini kalau tidak dibetulkan kita bermasalah. Walaupun kita ada pilihan raya, jangan kita over confident, kalau ini tidak dapat diselesaikan, kita akan bermasalah.
Dan yang kedua tentang isu hubungan antara kaum, sepatutnya dalam masa ini sebelum PRU ini, kerajaan yang dominan Melayu pada hari ini kena mencari jalan, menyusun strategi, menyelesaikan masalah hubungan antara kaum ini, kerana kalau kaum lain pun tidak bersama-sama dengan kita saya pun merasakan ada sedikit kesukaran, tetapi lebih penting hubungan antara Melayu Islam menjadi tonggak, iaitu segala parti yang berteraskan Melayu dan Islam mestilah berlapang dada, pemimpin-pemimpin Melayu dan Islam mesti berlapang dada, memikirkan sekiranya kita berpecah sudah pasti kita akan hancur dan yang rugi adalah negara kita.
Dan jugak isu seperti rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, kita dengar masalah-masalah isu tanah di Raub, Pahang, rasuah dalam kalangan pemimpin dan penjawat awam, ini jugak mesti diselesaikan. Begitu jugak baru-baru ini kita dengar subjek sejarah dan fakta yang menyeleweng sejarah negara ini jugak perlu dibetulkan, kalau tidak ianya akan menyelewengkan anak-anak kita. Pengukuhan perlembagaan negara. Dan saya tekankan lagi jugak penyatuan parti-parti politik Melayu Islam mesti dipastikan berlaku dalam masa yang terdekat ini. Itu jawapan saya, terima kasih.
Dr Kamarul Zaman: Terima kasih, Tan Sri. Jadi ada sesetengah pihak yang berpandangan bahawa walau apa sekalipun yang berlaku, ketiadaan DAP di dalam kerajaan sekarang ini sebenarnya merupakan satu kejayaan besar kepada kita sekarang. Cuma jika boleh diberikan markah, berapa peratuskah agaknya markah yang Tan Sri boleh berikan kepada Kerajaan PN atas pencapaiannya sepanjang setahun ia memerintah
BERI MARKAH 85% KEPADA KERAJAAN PN
Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Shah: Yalah, saya melihat dari segi kesukaran yang dihadapi oleh Perdana Menteri yang sebenarnya cukup teruk, cukup susah, dihentam kiri dan kanan, dihentam bukan sahaja musuh tetapi sahabat, banyak masalah kena diselesaikan di kalangan parti kita sendiri, di antara PPBM dengan UMNO dengan PAS, berbagai-bagai, tetapi Perdana Menteri berjaya membawa negara kita ke hadapan dan masih berjaya mengekalkan perpaduan dominan di kalangan Melayu Islam, maka dengan itu, dengan background macam itu, saya rasalah saya akan memberikan markah 85% daripada 100%.
Prof Dr Mohd Roslan: 85% ini markah lulus, kalau di universiti dapat A ini.
Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Shah: Dapat A, tapi belum sampai 100%.
Dr Kamarul Zaman: Itu di dalam konteks pelbagai masalah yang Tan Sri nyatakan tadi ya, jika permasalahan seperti Covid-19 tidak mengganggu kemungkinan markah yang boleh diberikan adalah jauh lebih tinggi ya, Tan Sri?
Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Shah: Memang, memang betul. Saya memikirkan kalau kita bandingkan dengan negara-negara membangun yang lain, saya tidak mahu beri contohlah, adakala rakyatnya mati kerana terpaksa berjalan ribuan kilometer balik ke kampung kerana tak ada makan, tak ada kerja, tetapi negara kita tidak ada masalah. Bukan saja banyak NGO-NGO yang membantu kerajaan, turun ke padang dan bagi makan kepada rakyat, dan kerajaan sendiri tidak pernah menyerah kalah tidak pernah berputus asa untuk meneruskan membantu rakyat dari semasa ke semasa, ini yang saya rasa markahnya memang patut diberi tinggi.
Prof Dr Mohd Roslan: Secara peribadi, macam mana Tan Sri menilai dari sudut keperibadian Perdana Menteri itu sendiri? Sebab ada jugak yang menyatakan bahawa masa baru ni bila Perdana Menteri pergi buat lawatan ke Indonesia atas jemputan daripada Presiden Indonesia ada yang memberikan komen-komen yang nakal dalam Facebook, nak menunjukkan macam nak merendah-rendahkan peribadi Perdana Menteri itu sendiri, apa komen Tan Sri?
KURANG AJAR MALUKAN PERDANA MENTERI DI LUAR NEGARA
Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Shah: Saya rasa, yang pertama, ianya tidak patut dilakukan. Kita bolehlah terima di kalangan kita, dalam rumah kita tak apa, tetapi kita Perdana Menteri kita melawat ke Indonesia, di luar negara, kita memberi komen yang begitu negatif, dan saya cukup malu, bahkan saya baca dalam komen-komen daripada rakyat di Indonesia, mereka mengatakan, “Apalah kamu orang Malaysia macam ini punya perangai tak senonoh”, kerana orang Indonesia walaupun mereka macam mana pun mereka tidak akan buat demikian. Bahkan pengalaman saya di oversea, rakan-rakan saya, contohnya rakan saya orang India dari India, kita tahu masalah banyak di India, tapi mereka tidak pernah mengutuk pemimpin mereka ataupun negara mereka, ini apatah lagi di peringkat international, Prime Minister kita melawat negara jiran, sewajarnya mereka simpanlah perkataan-perkataan yang negatif terhadap Perdana Menteri. Jangan tunjukkan kita punya ketidakwarasan kita kepada masyarakat di luar. Apatah lagi orang di Indonesia pun mengatakan kita tidak patut berbuat demikian. Ini satu perkara yang saya rasa terlampau. Pada saya memang kurang ajarlah mereka yang melakukannya.
Dr Kamarul Zaman: Tan Sri, ada sesetengah pihak berpendapat bahawa perkara tersebut merupakan satu cubaan terancang dari pihak tertentu yang menghantar cybertrooper khusus untuk memalukan dan menjatuhkan imej perdana menteri di kalangan rakyat Indonesia, apa pandangan Tan Sri mengenai perkara ini?
Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Shah: Itu saya kata tadi, ini yang kita telah tersasar. Pada saya macam inilah, rakyat Malaysia ini banyak yang terlampau politik, terlampau emotional, tidak memikirkan tentang kedaulatan dan martabat pandangan dunia terhadap kita, ini saya tidak faham. Tidak ada satu bangsa pun dalam dunia ini yang mencaci negara dan pemimpin mereka di luar, terus terang saya kata, jarang saya jumpa, terutama negara jiran kita Indonesia ini serumpun, sewajarnya kita jangan menunjukkan kelemahan kita secara berdepan seperti itu. Kerana saya fikir kita terlampau terbawak-bawak seperti saya katakan dari segi politik tadi, politik yang bercorak cukup negatif yang tidak berlandaskan kepada kewarasan dan fakta. Mereka sanggup menghantar cybertrooper, mereka sanggup berbuat apa sahaja untuk menjatuhkan Perdana Menteri at the expense of negara, nama baik negara, ini tidak betul. Kita nak mengutuk menghina pemimpin sekalipun kita kena memikirkan kita ini orang Malaysia, kita mempunyai kedaulatan, kita kena menghormati nama baik negara, sewajarnya kita tidak berbuat demikian. Maka saya mengharapkan perkara ini kepada rakyat Malaysia keseluruhannya, janganlah lakukan perkara-perkara yang menunjukkan betapa tidak cerdiknya kita sebagai rakyat Malaysia pada hari ini, tidak patut kita lakukan sama sekali.
Prof Dr Mohd Roslan: Tan Sri, kalau kita lihat dalam keadaan politik semasa dalam negara kita ini, macam ada berlaku macam pergolakan sedikitlah kan, penarikan sokongan, ada yang mengatakan Ahli Parlimen melompat sana sini kan. Jadi Tan Sri melihat sejauh manakah kerajaan yang sekarang ini boleh bertahan dalam keadaan sekarang ini, Tan Sri?
JANGAN KITA JATUHKAN KERAJAAN DALAM KEADAAN SEKARANG
Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Shah: Saya rasa lompat-melompat ini dah jadi satu normal baru nampaknya. Kita mengatakan Covid-19 akan menimbulkan banyak normal baru kepada masyarakat, tapi lompat-melompatnya ianya berlaku. Tapi saya tidak memandang negatif perkara ini, kerana apa, kerana dengan lompat-melompat ini sekurang-kurangnya kita memberi peluang. Walaupun pada dasarnya saya tidak setuju, tapi dah jadi keadaan macam ini. Saya mengharapkan ultimately lompat-melompat ini mestilah berdasarkan kepada kepentingan negara. Contoh, pada hari ini sampai bila kita nak lompat-melompat tanpa menekankan kepentingan negara tetapi menekankan kepada kepentingan politik, sampai bila? Kalau kita melompat pada hari ini, Kumpulan A mendapat kurang kerusi maka kita bagi Kumpulan B, besok Kumpulan C pulak mengatakan mereka lebih tinggi, maka terpaksa mengadap Agong tiap-tiap bulan, kita jadi kena wujudkan kerajaan yang baru, ini tidak boleh berlaku sama sekali.
Maka pada sayalah, walaupun pada dasar saya mengatakan tidak bersetuju, tapi pada hari ini saya nampak yang melompat kebelakangan ini lebih bersandarkan kepada memberi sokongan kepada kerajaan yang ada supaya terus mempertahankan pentadbiran kerajaan hinggalah PRU yang akan datang, iaitu kita boleh kalau nak menolak kerajaan pada hari ini, boleh, bukan tidak boleh, tapi gunakan kewarasan sedikitlah. Jangan kita jatuhkan kerajaan dalam keadaan kita Covid-19, dengan masalah ekonomi, masalah unemployment, ini kita tidak fikirkan walhal sepatutnya pemimpin-pemimpin negara pada hari ini lebih menjurus kepada membantu rakyat di bawah, turun ke bawah.
Nak main politik kita tunggu pilihan raya akan datang dan kita jatuhkan kerajaan yang kita rasa tak betul, tapi pada hari ini saya terus mengatakan kita hendak melihat kerajaan yang kukuh. Kenapa kita nak melihat kerajaan kukuh? Kita masih mempunyai cukup banyak masalah, termasuk masalah-masalah yang saya katakan tadi, di samping masalah Covid-19 dan masalah ekonomi, masalah perpaduan. Banyak benda yang perlu kita betulkan. Sewajarnya semua parti tidak kira parti yang parti pembangkang sekalipun mesti berlapang dada dan bersama-sama dengan pihak kerajaan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini dan tunggu sampai PRU 15.
Dr Kamarul Zaman: Terima kasih, Tan Sri. Seterusnya, pagi tadi saya ada baca satu portal berita yang menyebut bahawa masa depan politik Tan Sri Muhyiddin bergantung kepada UMNO, nyawa politik beliau bergantung kepada UMNO, sejauh manakah Tan Sri bersetuju dengan kenyataan ini dan jika benar ini wujud apakah nasihat Tan Sri kepada pemimpin UMNO?
KETIGA-TIGA UMNO, PAS DAN PPBM MESTI DUDUK BERSAMA
Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Shah: Pada saya, pertama, bukan saja bergantung kepada UMNO, kita parti politik yang memerintah pada hari ini pergantungan antara satu sama lain: UMNO bergantung kepada PAS, UMNO bergantung kepada PPBM; sama jugak PPBM bergantung kepada UMNO, PBBM bergantung kepada PAS; sama jugak PAS bergantung kepada UMNO dan PAS bergantung kepada PPBM. Iaitu kita tidak boleh solo, kita tidak boleh berseorangan. Tegas saya mengatakan, terus-terang saya mengatakan, UMNO tidak boleh bertanding berseorangan. UMNO pada hari ini kalau betul-betul ikhlas, PPBM kalau betul-betul ikhlas, kalau PAS sebuah parti Islam betu-betul ikhlas, untuk kepentingan agama, bangsa dan negara, mesti ketiga-tiga ini mesti bersatu, bersatu-padu, duduk bersama dan memikirkan konsensus win-win dan ketepikan kepentingan hanya kepentingan parti sendiri ataupun kepentingan diri sendiri. Kita letakkan kepentingan negara, bangsa dan agama kita.
Yang saya katakan saya bersetuju, dari segi kekuatan, memang UMNO mempunyai kerusi yang lebih banyak, itu saya setuju. Memang daripada dulu saya cukup menghormati UMNO dan kekuatan UMNO memang terserlah, kita mempunyai kedudukan grassroot yang cukup kukuh. Yang kebimbangan saya ialah kalau sekiranya kita tidak berwaspada, yang menyebabkan kita menunjukkan ciri-ciri pergaduhan, perselisihan faham antara kita, antara kita dengan PPBM, antara kita dengan PAS, yang saya paling bimbang ini akan memberikan satu signal yang salah, terutamanya kepada anak muda, anak muda tidak suka lagi.
Anak muda yang sebenarnya apabila kita mendapat kuasa kembali daripada PH, anak muda rata-rata cukup gembira, orang Melayu khasnya cukup gembira dan rakyat Malaysia pun majoritinya menerima dan mereka agak memang bersyukur, tetapi apabila kita melihat secara dalaman politik kita sendiri, di kalangan kita, kita bergaduh, minta maaf cakap, anak muda tidak suka, atas pagar pun tidak suka. Dan jangan kita rasa sebab kita punyai kerusi yang banyak kita boleh maintain kerusi yang sama di election yang akan datang jika sekiranya kita tidak berubah, jika sekiranya kita menunjukkan ciri-ciri yang orang tidak suka, minta maaf saya cakap, saya bercakap sebagai seorang akademik.
Saya ingin melihat ketiga-tiga parti ini duduk bersama, cari jalan untuk memastikan kita menang pilihan raya akan datang kerana kalau kita kalah, jelas saya mengatakan kalau kita kalah, parti DAP akan memerintah, buat sementara akan memerintah secara dominan, dari segi long-term mereka akan betul memerintah. Bahkan saya tidak akan hairan mereka akan menjadi Perdana Menteri satu hari kerana ia tidak bercanggah dengan constitution. Itu yang saya paling bimbang.
NASIHAT KEPADA PEMIMPIN MELAYU: CUKUPLAH
Itu saya punya nasihat kepada pemimpin Melayu: Cukuplah. Saya pun tidak tahu bagaimana nasihat nak saya bagi, ini terpulang kepada pemimpin-pemimpin, bukan saja kepada UMNO, bukan saja kepada PAS, tetapi jugak kepada pemimpin PBBM, duduk betul-betul, kita kira betul-betul. Memang saya faham banyak masalah, tetapi kalau masalah tetap jadi masalah sampai bila kita hendak bersatu. Saya berterus-terang, saya mengatakan banyak saya bagi contoh, bahkan di luar negara, mengapa di negara Arab yang begitu besar dibuli seteruk-teruknya oleh negara kecil seperti Israel? Kerana kita berpecah-belah. Apabila berlaku pecah-belah siapa yang rugi? Anak cucu cicit kita mati, isteri kita anak perempuan kita dirogol, apakah ini yang kita nak lihat?
Saya katakan ini satu pengajaran kepada bangsa kita. Allah dah bagi peluang, setelah 22 bulan, Allah bagi peluang kepada orang Islam, orang Melayu, supaya kamu jaga Malaysia dengan betul dengan syarat kamu mesti bersatu, jangan berpecah belah, jangan bercerai berai. Carilah jalan, saya pun tidak ada formula kerana sudah pasti mereka lebih bijak daripada kita, tapi cari sekurang-kurangnya pastikan bertolak ansurlah, jangan kita terlampau berkeras kepala antara satu dengan lain. Tiap-tiap parti mesti bertolak ansur, cari satu solution win-win, pastikan kita menang the coming PRU. Kalau tidak, kita kalah, saya rasa saya pun tidak tahu nak cakap apa lagi kalau kita kalah, that is the end of it, dan parti DAP akan memerintah negara ini, dan saya akan tegas Singapore akan join balik, mereka akan buat persempadanan semula and you are gone, dominant party Melayu Islam gone forever.
Dr Kamarul Zaman: Tan Sri, sesetengah pemimpin UMNO merasa tidak berpuas hati kerana berpendapat bahawa mereka dianaktirikan oleh pihak kerajaan dan sebahagian lagi berpendapat bahawa mereka boleh menang walaupun jika mereka bertanding secara bersendirian di atas tiket Barisan Nasional sekalipun. Apa pandangan Tan Sri?
KALAU TAK HENDAK ITU HARI TOLAKLAH
Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Shah: Mereka tidak boleh menang. Macam saya katakan tadi, saya boleh fahamlah kalau kita tengok trend PRK itu hari, satu per satu kerana kita muafakat antara UMNO dan PAS. Tetapi apabila kita menerima pelawaan daripada PM, daripada Perdana Menteri, mereka pelawa kita, UMNO dan PAS, supaya join sekali. Kalau tak hendak itu hari tolaklah, kalau tak hendak, tetapi mereka telah pun setuju. Tidak boleh kita menuduh Tan Sri Muhyiddin sebagai menganak tiri kerana Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri beliau melihat dalam aspek yang lebih meluas. Sekurang-kurangnya saya bersyukur, Alhamdulillah, setelah 22 bulan PH memerintah kita dapat jadi kerajaan balik dan pada hari ini kita mempunyai ramai Menteri daripada UMNO sekalipun yang dapat menjalankan tugas untuk memperbaiki kedudukan bangsa. Alhamdulillah, kita maintain.
Jadi bermaksud saya, jangan kita ingat kita telah buat calculation, “insya Allah, kalau sekiranya PAS dan UMNO bercantum, kita akan dapat extra 30 seat”, itu mungkin tidak jadi. Saya katakan tadi, tidak jadi sekiranya orang-orang muda mula menyampah dengan perangai kita, tidak jadi sekiranya yang atas pagar mula menyampah dengan perangai kita, 30 kerusi itu mungkin tidak jadi. Ianya boleh jadi sekiranya UMNO, PAS, PPBM bersatu, berpakat, insya Allah, kita akan dapat lebih kerusi. Itu yang saya katakan tadi ketiga-tiga parti ini kena duduk betul-betul.
Dr Kamarul Zaman: Tan Sri, ada banyak pihak yang bercakap mengenai kemungkinan jajaran politik baru akan terbentuk dalam PRU ataupun selepas PRU 15 ini, jadi bagaimana Tan Sri melihat perkara ini?
PASTIKAN MENANG PRU 15 DULU, BARU BUAT JAJARAN BARU
Prof Emeritus Tan Sri Dr Ibrahim Shah: Yalah, jajaran memanglah, ada orang mengatakan boleh mungkin selepas PRU. Pada saya, kalau selepas PRU pun, strategi mesti dibuat sekarang. Kalau strategi dah tak betul, kita dah berpecah-belah, kita kalah coming PRU, macam mana kita nak betulkan selepas PRU? Itu yang saya katakan tadi, daripada sekarang kena duduk ketiga-tiga main party ini disokong oleh parti-parti lain, duduk betul-betul, susun elok-elok, pastikan kita menang terlebih dahulu. Dah menang besok, tanpa pergaduhan antara kita, kita susun balik berdasarkan kepada political reality pada masa itu.
Sekiranya selepas PRU 15, UMNO kerusi yang paling banyak, sudah pasti UMNO boleh berjumpa dengan Tan Sri Muhyiddin, “Tan Sri, kami lepas PRU kami dapat cukup banyak”, maka saya pasti Tan Sri Muhyiddin sebagai seorang yang cukup rasional sudah pasti akan menerima cadangan UMNO saya rasa, sebab kita kerusi yang paling banyak. Tetapi dengan syarat susun daripada sekarang, pastikan jangan kita bergaduh, jangan ada domestic problem, pergaduhan antara kita. Ini PRU 15 pun kita akan kalah, macam mana kita nak buat jajaran selepas PRU 15?
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2021/03/10/bersatulah-umat-melayu-islam-prof-emeritus-tan-sri-dr-ibrahim-shah/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Tan Sri Datuk Seri Dalang Kartel Dadah

Tiga Tan Sri Datuk Seri Dalang Kartel Dadah

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 376 hits
Bukit Aman semalam menjelaskan tiga individu bergelar Tan Sri dan Datuk Seri yang disyaki mendalangi kartel dadah antarabangsa yang berpangkalan di negara ini bukan ahli politik atau terlibat dengan mana mana parti politik sebaliknya merupa...
Lebih Lima Kartel Dadah Didalangi Tan Sri Datuk Dikenal Pasti

Lebih Lima Kartel Dadah Didalangi Tan Sri Datuk Dikenal Pasti

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 191 hits
Oleh Imran Mohamad Nor dan ASLIZA MUSA ABDUL Hamid Bador dalam sidang akhbar selepas Penutupan Kursus Asas Konstabel Orang Asli di Briged Utara Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta Ipoh Perak hari ini FOTO ZULFACHRI ZULKIFLIIPOH Polis Diraja Malays...
Video Gerak98 Beri Amaran Kepada Tan Sri Hamid Bador

Video Gerak98 Beri Amaran Kepada Tan Sri Hamid Bador

papar berkaitan - pada 7/3/2021 - jumlah : 208 hits
Ezam Mohd Nor meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Hamid Bador menyelesaikan kes berkaitan Jho Low dan Azmin Ali yang berlarutan sudah sejak sekian lama
Selam 90 Kaki Dasar Laut Usia 74 Tahun Bakat Tan Sri Rafidah Buat Ramai Terpegun

Selam 90 Kaki Dasar Laut Usia 74 Tahun Bakat Tan Sri Rafidah Buat Ramai Terpegun

papar berkaitan - pada 10/3/2021 - jumlah : 201 hits
TAN SRI RAFIDAH AZIZ Kalau yang pergi menyelam dasar laut berusia 20an 30an atau 40an memang tiada apa yang menghairankan pun Tapi apabila sudah mencecah umur 74 tahun dan aktifdengan aktiviti menyelam itu memang luar biasa Terkedu dibuatny...
Hiburan Manusia Yang Paling B Doh Adalah Yang Buang Agama Islam Roslan Shah

Hiburan Manusia Yang Paling B Doh Adalah Yang Buang Agama Islam Roslan Shah

papar berkaitan - pada 4/3/2021 - jumlah : 290 hits
Pengacara Roslan Shah menerusi akaun Instagram miliknya ada menitipkan sedikit nasihat serta peringatan buat seluruh masyarakat khususnya yang beragama islam untuk sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam meskipun sering diuji dengan pe...
Tamak Khayal Sokongan Besar Rosakkan Politik Melayu Islam

Tamak Khayal Sokongan Besar Rosakkan Politik Melayu Islam

papar berkaitan - pada 3/3/2021 - jumlah : 262 hits
Struktur parti politik Melayu dalam sistem politik Malaysia sejak akhir ini mengalami perubahan besar Paling ketara selepas terbentuk kerajaan baharu Perikatan Nasional dan berakhir pentadbiran Pakatan Harapan Sebelum Pilihan Raya Umum Ke 1...
Setahun Perikatan Nasional Kesatuan Islam Melayu Perlu Terus Kekal Berkuasa

Setahun Perikatan Nasional Kesatuan Islam Melayu Perlu Terus Kekal Berkuasa

papar berkaitan - pada 2/3/2021 - jumlah : 232 hits
Segera urus perbezaan BERSATU Umno PASSELEPAS Perikatan Nasional mengambil pemerintahan negara daripada PH pada 2 Mac 2020 saya menulis dalam Ismaweb bertajuk Beri peluang kepada PM baharu untuk buktikan Siapa pun yang menerajui kerajaan se...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Abu Hudzaifah Bin Utbah Berhadapan Dengan Ayah Demi Aqidah

Kural Vista A Luxurious Waterfront Villa By Saota On Palm Jumeirah Dubai

Police Arrest Two Over Fight Between Football Fans At Lrt Station

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Merry Christmas 2024

Tarikh Bayaran Pencen Pesara Kerajaan 2025