Imam Rebut Kuasa Dan Persoalan Agama Yang Tak Berkesudahan


 

Menonton filem Imam arahan Mior Hashim Manap minggu lepas membuatkan saya terfikir bahawa kemelut dalam masyarakat kita khususnya orang Melayu-Islam masih begitu-begitu juga, di takuk yang sama meskipun zaman telah laju memintas. Diadaptasi daripada novel sasterawan negara Abdullah Hussain dengan judul yang sama, ternyata situasi sejak tahun lapan puluhan masih membelenggui kita. Mungkin lebih lama daripada itu lagi agaknya.
Persoalan perebutan kuasa dan nama, mencari kemasyhuran, mengukuhkan kedudukan politik serta persoalan remeh-temeh agama yang diberat-beratkan tidak pernah selesai. Meskipun filem ini memaparkan dilema di peringkat kampung nun di ceruk pedalaman, ia sebenarnya berlaku di mana-mana dan masih terus berlaku.
Kepulangan Haji Mihad (lakonan M Nasir) ke kampung asalnya dan mengambil tugas menjadi imam masjid yang baru membuatkan Haji Syamsuri selaku pewaris juga penjaga perbendaharaan masjid berasa tergugat meskipun mereka berdua sepupu. Pendekatan Haji Mihad yang mesra bersederhana kepada masyarakat seperti mengajak anak-anak muda mengadakan aktiviti sukan dan bermain muzik berhampiran dengan kawasan masjid ditentang oleh Haji Syamsuri.
Begitulah sehingga hari ini persoalan halal atau haram muzik masih berlegar dan berbalik-balik di peringkat nasional. Rancangan hiburan, konsert, dan persembahan sering dijadikan sasaran kononnya punca maksiat yang mengundang kemurkaan Tuhan berbanding kerugian hasil mahsul negara akibat rasuah serta penyelewengan kuasa. Segala yang berbentuk hiburan semestinya ada unsur syaitan. Dek kerana itu timbullah dialog di dalam filem ini, “kalau semuanya setan, apa lagi yang ada untuk manusia atas dunia ini?”
Babak solat Jumaat dengan dua imam mengingatkan kita akan peristiwa tersebut suatu masa dahulu akibat perbezaan parti politik bahkan berlarutan sehingga tuduhan kafir-mengkafir sama seagama. Haji Mihad dan Haji Syamsuri gambaran ikon agama seperti juga di era media sosial hari ini. Masing-masing ada penyokong dan bertelagah menegakkan apa yang mereka rasakan benar menurut fahaman mereka.
Kita sebagai penonton juga terperangkap dengan rasa kagum apabila Haji Mihad dan Haji Syamsuri berbahas di hadapan penyokong mereka menggunakan bahasa Arab. Biar orang sekeliling tidak faham, yang penting penyokong-penyokong ini nampak pemimpin mereka hebat apabila mahir dan fasih menggunakan bahasa al-Quran. Sayugia ditekankan, imam bermaksud ‘pemimpin’ dan pemimpin tidak tertakluk memimpin saf solat sahaja tetapi juga gambaran sebagai pemimpin negara. Pertelagahan dua imam adalah pertelagahan dua pemimpin yang berbeza ideologi.
Berbalik kepada dua pemimpin yang berdebat dalam bahasa Arab itu tadi, maka itu kayu ukur tingginya ilmu seseorang agamawan pada mata kebanyakan kita selain dari kostum dan pakaian. Jubah, serban, celak, dan bahasa Arab pakej untuk bergelar ‘ulama’. Tanpa pakej ini, bukan!
Filem Imam juga menyentuh sedikit sentimen masyarakat kita di Semenanjung yang melihat kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak masih kolot. Anggapan ini masih ada kerana sikap masyarakat kita sendiri yang sedap dalam zon selesa, malas mengembara, dan culas menimba ilmu. Inilah intipati naskah Imam karya Abdullah Hussain yang kemudiannya diangkat ke layar lebar oleh teraju utama Mior Hashim Manap.
Apabila Haji Syamsuri gagal menandingi pengaruh Haji Mihad, dia bersama juaknya mengatur sebuah komplot keji. Pada waktu malam mereka memasukkan emas di tanah sekitar kawasan masjid. Apabila kawasan tersebut heboh ada emas di bawah tanahnya, kawasan di situ ditutup menjadi kawasan larangan dan tidak dibenarkan sesiapa pun masuk. Namun begitu kegiatan melombong emas kecil-kecilan secara haram pun berlaku. Emas lambang kekayaan dan simbol kemewahan harta. Ini gambaran halus tentang sikap manusia berlumba-lumba mencari kekayaan dengan tidak menghiraukan agama lagi. Situasi melombong di luar masjid adalah simbolik kepada kenyataan ini.
Manusia tetap degil mencari emas (baca: harta dunia) meskipun secara haram dan curi-curi tanpa menghiraukan akibatnya nanti akan berlaku kemusnahan. Kematian Haji Mihad kerana dibunuh oleh orang Haji Syamsuri dan robohnya masjid akibat tanah runtuh dek kerja melombong kesan daripada kezaliman yang dilakukan oleh manusia-manusia tamak. Itulah gambarannya.
Filem Imam mula ditayangkan pada 2 Mac yang lalu. Ketepikan teknik CGI yang mungkin membuat anda berasa tidak sedap kerana sudah terbiasa dengan filem-filem luar yang jauh hebatnya tetapi lihatlah ceritanya. Jangan kerana anda sudah ada dulang di tangan untuk melombong emas, gayung kolah masjid yang berhampiran tidak digunakan. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/03/imam-rebut-kuasa-dan-persoalan-agama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Salah Faham Terhadap Kepercayaan Dalam Agama Islam

Salah Faham Terhadap Kepercayaan Dalam Agama Islam

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 225 hits
Saya memulakan tanda pagar bagi membetulkan beberapa salah faham dalam isu agama yang masih bertebaran 1 MasyarakatPerluTahu bahawa seorang suami tidak menanggung dosa isteri Demikian juga seorang bapa tidak menanggung dosa anak gadisnya 2 ...
Menteri Agama Filem Mentega Terbang Bercanggah Akidah Islam

Menteri Agama Filem Mentega Terbang Bercanggah Akidah Islam

papar berkaitan - pada 2/3/2023 - jumlah : 280 hits
Zeanaaima Mohd YusofSedutan babak dalam Mentega Terbang mengundang amarah di platform media sosial dengan warganet mempersoalkan bagaimana filem itu dibenarkan untuk tontonan umum PETALING JAYA Kandungan filem Mentega Terbang jelas bertenta...
Exco Kerajaan Terengganu Dulu Kata Umno Teruk Dapat Ke Parti Agama Makanan Pun Dia Hina

Exco Kerajaan Terengganu Dulu Kata Umno Teruk Dapat Ke Parti Agama Makanan Pun Dia Hina

papar berkaitan - pada 3/3/2023 - jumlah : 192 hits
Hah parti islam isshhh dak kot perangai macam gini dulu kecik kecik lupa kot susah Ajarlah anak anak kita supaya hargailah makanan orang susah hargai walau makanan itu tak sedap macam kayangan makan tapi hargailah walau pun tak sesedap mak ...
Selagi Boleh Ugut Guna Agama Selagi Tu Tak Berubah Pemuda Kecewa Lihat Orang Cakap Kelantan Tak Mahu Maju

Selagi Boleh Ugut Guna Agama Selagi Tu Tak Berubah Pemuda Kecewa Lihat Orang Cakap Kelantan Tak Mahu Maju

papar berkaitan - pada 4/3/2023 - jumlah : 315 hits
SHAFIQAH MUKHSINTular di media sosial mengenai kenyataan seorang pengguna Facebook yang berkongsi bagaimana tidak semua rakyat Kelantan mahukan kemajuan Ujarnya kemajuan satu negeri akan menyebabkan harga semakin mahal dan rakyat di negeri ...
Ikut Arahan Sultan Sebagai Ketua Agama

Ikut Arahan Sultan Sebagai Ketua Agama

papar berkaitan - pada 5/3/2023 - jumlah : 193 hits
malaysiakini comHadi Tak salah malah wajib cakap politik Islam di masjid surau Nabi SAW pun cakap politik dalam khutbah kata presiden PAS jelaskan dalam Islam politik dan agama tak boleh dipisahkan MOHD SHAH RIM Arahan Sultan dari nasihat M...
Scammer Agama

Scammer Agama

papar berkaitan - pada 1/3/2023 - jumlah : 290 hits
Ibrahim Mat Isa Dia pernah khianat pernah jadi kepala puak pengkhianat menjatuhkan kerajaan yang sah mandat rakyat bila dah kalah PRU tak boleh jadi kerajaan dia kurang ajar bercakap bagi orang geram Ulama jenis apa tak tahu Dah macam scamm...
Metamask Security Warning

Remaja Perempuan Dibunuh Bekas Kekasih Anak Ahli Politik Berpengaruh

Follow Up Dengan 2 Doktor Pakar Di Kpj Seremban

Mengapa Digital Nomads Memilih Malaysia

Pbakl 2025 Peta Lokasi Acara Pesta Buku Antarabangsa Kl

Trump S Tariffs Market Jitters But Impact Likely Limited

Adakah Sabah Senyap Senyap Maju Bawah Pimpinan Hajiji

Govt Urges More Corporate Aid For Putra Heights Gas Explosion Victims


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


100 Creative Easter Wreath Ideas That Are Trending For 2025

Narrowing Data Gaps To Ensure No Woman Or Girl Left Behind

Penang Cop Suffers Serious Head Injuries After Accidental Shooting

When Begging Turns Into Bullying What Should We Do

Pantai Lagenda

Arenaa Batik Boutique Hotel