Imam Muda Syed Faris Mahu Ambil Anak






Kisah Imam Muda Syed Faris, 34, menceraikan isterinya, Nur Hidayu Rosly, 33, selepas berkahwin dua menjadi bualan hangat.

Bukan sekadar meninggalkan isteri bersama lima cahaya mata, malah bekas finalis program realiti dakwah, Imam Muda musim kedua itu didakwa memberi nafkah tidak mencukupi.

Guru sekolah tadika di Puchong itu mendakwa, bekas suami mahu mengambil lima cahaya mata sekiranya dia berhasrat mahu berkahwin lain.

Dakwanya, bekas suami menggunakan aplikasi pengesan untuk mengetahui gerak gerinya. Malah, Imam Muda Syed Faris atau nama sebenarnya, Syed Mohd Faris Syed Roslan memberitahu teman rapatnya, tiada siapa sanggup mengahwini 'janda' anak lima sepertinya.

Nur Hidayu membuat pendedahan selepas Syed Faris menceraikannya dan berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 18 Mac lalu. Mereka bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya pada 28 Mei lalu iaitu dua hari selepas menyambut ulang tahun ke-13 perkahwinan.


Rumah tangga Nur Hidayu Rosly dan Imam Muda Syed Faris roboh selepas 13 tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan lima cahaya mata.

Katanya, bekas suami mula menunjukkan perubahan sikap selepas menyertai program Imam Muda pada 2014.

"Bekas suami membuat pengakuan mahu berkahwin lain selepas saya pulang menunaikan umrah, tiga tahun lalu. Saya reda sekiranya hidup bermadu, tetapi saya tahu sejauh mana kemampuannya menanggung dua keluarga.

"Saya juga merahsiakan kepincangan rumah tangga walaupun daripada pengetahuan ibu sendiri. Masalah rumah tangga, buat apa hendak cerita kepada orang," katanya ketika ditemui.

Ibu kepada lima cahaya mata berusia 8 bulan hingga 12 tahun itu berkata, apa yang membuatkan dirinya membulatkan tekad untuk berpisah dengan bekas suami kerana enggan kehilangan keluarga.

Tidak tahan sikap bekas suami, Nur Hidayu berkata, dia akhirnya menceritakan segala-galanya kepada ibu.

"Syed Faris ada berjumpa ibu dan membuat pengetahuan sudah berkahwin lain. Mendengarnya, ibu tidak bersetuju hasrat saya untuk mempertahankan rumah tangga.

"Ibu tidak mahu saya terus menderita, jadi tiada gunanya terus mempertahankannya. Ia menimbulkan konflik antara saya dan ibu.

"Hingga ibu mengeluarkan kata sanggup keluar ikut pintu belakang sekiranya saya datang ke rumahnya. Apabila fikir kembali, daripada hilang ibu, saya lebih rela hilang suami. Ibu tiada pengganti dalam dunia ini," dakwa Nur Hidayu.

Nur Hidayu mendakwa, untuk menutup pergolakan rumah tangganya, bekas suami memintanya menandatangani perjanjian hitam putih yang tidak mendedahkan apa yang berlaku.

Bagaimanapun, Nur Hidayu berkata, dia tidak sanggup menyembunyikan sikap bekas suami.

"Bekas suami mendakwa mampu berkahwin lebih satu, sedangkan nafkah saya dan anak-anak pun diabaikan.

Syed Faris pernah tidak memberikan nafkah hingga saya dan anak-anak hampir terputus bekalan makanan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Mulanya kami membuat surat perjanjian supaya perkara ini tidak dibawa ke mahkamah kerana bekas suami baru mendapat pentauliahan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Lagipun, ramai orang mengenalinya sekitar Puchong. Jadi, dia malu sekiranya kisahnya tersebar.

"Sebagai isterinya ketika itu, saya setuju mahu menutup aibnya. Tetapi, tiada guna saya mempertahankannya apabila dia menghalau saya daripada rumah ketika tempoh PKP," dakwanya.

Katanya, dia tak mampu mempertahankan rumah tangga apabila bekas suami bertindak sedemikian.

"Saya hidup susah senang dengannya selama 13 tahun. Tiada apa yang boleh dikenang lagi.

"Saya setia dengannya selama ini. Jika ikutkan, kami memiliki sembilan cahaya mata, bagaimanapun empat kali mengalami keguguran. Jadi, saya terlalu kecewa," dedah Nur Hidayu.

Nur Hidayu mendakwa, dia mengetahui perkahwinan kedua bekas suami pada Januari lalu, selepas hampir setahun disorokkan daripada pengetahuannya.

"Saya kenal isteri baharunya itu. Dia pernah datang menumpang tidur di rumah kami.

"Saya mengenali wanita berkenaan ketika menyertai misi dakwah di Sibu, Sarawak pada November 2018 yang turut disertai bekas suami selama seminggu.

"Dalam penerbangan pulang, saya pelik wanita berkenaan menaiki pesawat sama dengan suami, sedangkan saya penerbangan lain. Dari situ, saya rasa seperti ada yang tidak kena," dakwanya.

Dakwanya, bekas suami jarang pulang ke rumah, malah langsung tidak pulang menjenguk anak sepanjang tempoh PKP

sejak membuat pengakuan berkahwin.

"Paling menyedihkan, bekas suami pernah menghantar makanan, tetapi diletakkan dalam kotak atas tempat letak kasut.

Air mata saya menitis melihat anak-anak menjamah makanan pemberian bapanya," dakwanya.



Nur Hidayu Rosly mendakwa bekas suami, Imam Muda Syed Faris pernah tidak memberikan nafkah hingga dia dan anak hampir terputus bekalan makanan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, biarpun bekas suami memberikan nafkah, tetapi ia tidak mencukupi dengan tanggungan lima anak yang masih kecil.

"Anak keempat dan kelima masih menyusu. Kos membeli susu sahaja sudah berapa? Dengan wang nafkah sebanyak RM300 tentunya tidak mencukupi. Bekas suami ada menambah dengan memberikan RM500, bermaksud setiap anak mendapat RM100.

"Mungkin bekas suami ingat jumlah RM500 banyak hingga minta saya menyenaraikan keperluan dibeli dengan wang yang diberikan.

"Bagi mengelak membayar nafkah dengan jumlah banyak, bekas suami mahu mengambil dua anak yang masih kecil," dakwanya.

Nur Hidayu berkata, dia tampil mendedahkan kepincangan rumah tangganya bukan mahu mengaibkan sesiapa, sebaliknya mahu masyarakat tahu dirinya tidak bersalah.

"Ini kerana ramai memandang serong terhadap saya selepas kami bercerai. Selain itu, saya mahu bangkit memperjuangkan ibu tunggal yang senasib," katanya.

Sementara itu, Syed Faris ketika dihubungi enggan mengulas lanjut atas alasan sedang bekerja.

Hasil perkahwinan Syed Faris dan Nur Hidayu, mereka dikurniakan lima cahaya maya, Sharifah Aisyah, 12; Syed Husayn, 10; Sharifah Fatimah, 5; Syed Muawiyyah, 3; dan Sharifah Safiyyah, lapan bulan.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://artismeletop.blogspot.com/2020/08/imam-muda-syed-faris-mahu-ambil-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Bekas Isteri Dedah Imam Muda Faris Suruh Tandatangan Perjanjian Sorok Hal Rumah Tangga Ugut Mahu Ambil Anak

Hiburan Bekas Isteri Dedah Imam Muda Faris Suruh Tandatangan Perjanjian Sorok Hal Rumah Tangga Ugut Mahu Ambil Anak

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 948 hits
Baru baru ini kecoh apabila Imam Muda Syed Faris dikhabarkan telah menceraikan isterinya iaitu Nur Hidayu selepas menikah dengan isteri kedua Yang menjadi perbualan hangat netizen ialah apabila lelaki itu bukan sahaja meninggalkan Nur Hiday...
Hiburan Dakwa Isteri Kedua Beri Layanan Lebih Hebat Imam Muda Faris Cerai Isteri Pertama Selepas 13 Tahun Berkahwin

Hiburan Dakwa Isteri Kedua Beri Layanan Lebih Hebat Imam Muda Faris Cerai Isteri Pertama Selepas 13 Tahun Berkahwin

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 592 hits
Semakin hari semakin banyak pula kes penceraian yang melibatkan pendakwah tempatan Terbaru seorang peserta program Imam Muda pada tahun 2014 iaitu Syed Mohd Faris Syed Roslan bertindak menceraikan isteri pertamanya selepas melangsungkan per...
Iman Muda Syed Faris Dedah Kenapa Dia Berkahwin Satu Lagi Cetus Perbualan Ramai

Iman Muda Syed Faris Dedah Kenapa Dia Berkahwin Satu Lagi Cetus Perbualan Ramai

papar berkaitan - pada 2/8/2020 - jumlah : 890 hits
Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai finalis Imam Muda Syed Mohd Faris yang dihmpit kontroversi rumah tangga apabila berpisah dengan isterinya Nur Hidayu Rosli selepas berkahwin dengan wanita lain
Finalis Imam Muda Ceraikan Isteri Selepas Nikah Wanita Lain

Finalis Imam Muda Ceraikan Isteri Selepas Nikah Wanita Lain

papar berkaitan - pada 30/7/2020 - jumlah : 425 hits
IMAM Muda Syed Mohd Faris Syed Roslan 34 menceraikan isteri pertamanya Nur Hidayu Rosly 33 selepas berkahwin kali kedua secara rahsia di Songkhla Thailand pada 18 Mac lalu Syed Faris yang juga finalis program Imam Muda musim kedua pada 2014...
Mca Ketengahkan Calon Anak Muda

Mca Ketengahkan Calon Anak Muda

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 305 hits
KOTA KINABALU Parti MCA akan mencalonkan anak muda tempatan pada Pilihan Raya Negeri Sabah yang bakal diadakan nanti Setiausaha Agungnya Datuk Chong Sin Woon berkata MCA mempunyai calon yang mempunyai latar belakang pendidikan dan berpengal...
Anak Kita Masih Kecil Kehilangan Ibu Bapa Di Usia Muda Beri Kesan Pada Emosi Beringatlah

Anak Kita Masih Kecil Kehilangan Ibu Bapa Di Usia Muda Beri Kesan Pada Emosi Beringatlah

papar berkaitan - pada 24/7/2020 - jumlah : 349 hits
Hari ini banyak kes kematian mengejut melibatkan ibu bapa muda yang masih mempunyai anak anak kecil Kebanyakan kes kematian berlaku secara mengejut dan tanpa sebarang sejarah penyakit yang berbahaya Ya memang benar ajal maut Tuhan yang mene...
Rahayu Saraswati Mengaku Bawa Kekuatan Nasional Dan Anak Muda Di Tangsel

Rahayu Saraswati Mengaku Bawa Kekuatan Nasional Dan Anak Muda Di Tangsel

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 503 hits
Sara tidak mau membahas adanya dinasti politik Sebab menurutnya di Tangsel yang ada adalah kompetisi yang sehat
Dia Pen1puu Imam Muda Asyraf

Dia Pen1puu Imam Muda Asyraf

papar berkaitan - pada 31/7/2020 - jumlah : 782 hits
Pend kwah Imam Muda Asyraf mended hkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan foto dirinya untuk tujuan penipuan Memohon agar semua pihak berhati hati Asyraf berkongsi modus operandi individu terbabit menerusi kemas kini terbaru ...
Neo Reformis Gelombang Baru Anak Muda Sarawak

Neo Reformis Gelombang Baru Anak Muda Sarawak

papar berkaitan - pada 5/8/2020 - jumlah : 348 hits
Neo Reformis ialah sebuah entiti Gerakan Anak Muda Pakatan Harapan Sarawak yang terdiri daripada komponen Parti Keadilan Rakyat Parti Tindakan Demokratik dan Parti Amanah Negara Pada asalnya gerakan ini hanya tertumpu kepada pemuda dan pemu...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator