Ikuti 5 Langkah Ini Bila Kereta Rosak Atas Jalan Raya




Bayangkan korang tengah seronok memandu atas jalan raya nak jumpa kawan atau yang tersayang di kampung, tiba-tiba kereta yang korang pandu mengalami kerosakan. Tekan minyak tak boleh, tiba-tiba keluar asap dari bonet, kereta hilang kawalan takpun tiba-tiba je kereta slow… Aduh, apa nak buat ni

Rileks, tenang dan jangan panik. Ikut langkah yang Abam Kie kongsikan di bawah ini menurut SafetyServe.com, sebuah laman web yang menyediakan program latihan keselamatan berasaskan internet oleh The National Safety Council Official Online Training Site. Paling penting, jangan buat yang nombor 4 tu tau

1. Berhenti di bahu jalan


Perkara paling pertama korang kena buat adalah jangan terus tekan pedal minyak dan brek mengejut. Secara perlahan, cuba ketepikan kenderaan korang ke bahu jalan atau laluan kecemasan

Sama ada menolak kenderaan atau apa cara sekalipun, jangan tinggalkan kenderaan korang atas jalan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas

2. Hidupkan lampu kecemasan

Bila dah selamat alihkan kenderaan ke bahu jalan atau laluan kecemasan, hidupkan lampu kecemasan supaya kereta lain nampak ada kenderaan berhenti dan memerlukan bantuan. Kalau dalam keadaan gelap, hidupkan sekali lampu dalam kabin

Sekiranya lampu kecemasan tidak berfungsi, cuba gantungkan sesuatu yang mudah dilihat seperti kain putih misalnya pada antena kereta atau mana-mana bahagian yang senang dikesan. Barulah pemandu lain nampak ada kereta rosak di tepi jalan

3. Letak segi tiga amaran kecemasan

Satu lagi langkah perlu korang buat supaya pemandu lain perasan ada kereta rosak di bahu jalan, letakkan segi tiga amaran kira-kira 45 meter (147 kaki) dari belakang kenderaan yang rosak atau mengalami kemalangan

Di Malaysia, kebanyakan kereta baru sudah disertakan dengan segi tiga amaran sebagai kit kecemasan. Tapi, kalau kereta korang jenis lama atau memang tiada segi tiga amaran, korang boleh beli di mana-mana kedai aksesori kereta atau di pusat servis pengeluar kenderaan

Ia penting sekiranya korang memerlukannya ketika waktu kecemasan seperti ini

4. Hubungi bantuan tetapi jangan sesekali tahan kereta lain untuk pertolongan

Ambil handphone dan mula hubungi suami, abang, ayah atau rakan terdekat tentang situasi yang berlaku. Kalau korang ada kenal mana-mana mekanik yang biasa servis kereta korang, cuba tanya mereka apa yang perlu dilakukan

Jika masalah kereta korang boleh diselesaikan sendiri, legalah. Sekiranya memerlukan bantuan kereta tunda untuk tindakan selanjutnya, hubungi penyedia insurans. Kebiasaannya, insurans kenderaan akan disertakan sekali khidmat kereta tunda 24 jam


Kalau korang berada di lebuh raya, ketahuilah bahawa korang layak mendapat khidmat kereta tunda secara percuma daripada syarikat konsesi lebuh raya seperti PLUSRONDA dan penyedia insurans seperti Chubb. Mereka akan menunda kereta korang dari lokasi kejadian sehingga ke hentian Rehat dan Rawat, rumah, bengkel pilihan, plaza tol atau bengkel berhampiran

Awas, jangan terpedaya dengan kereta tunda ‘tidak diundang’ dibimbangi korang akan membayar macam-macam bil kelak. Selain itu, jangan sesekali menahan kereta lain untuk pertolongan. Tak semua orang ada niat baik tau

5. Tunggu bantuan dengan tenang di luar kenderaan

Selesai menghubungi bantuan, korang tunggu je bantuan sampai di luar kenderaan. Jangan tunggu di dalam kenderaan pula takut ada pemandu tak perasan ada kereta berhenti di bahu jalan lalu kereta korang dilanggar dari belakang. Bahaya tu

Sebaiknya, tunggu di luar kenderaan dengan tenang. Kalau korang ada bawa anak kecil, tenangkan mereka dan jangan keruhkan keadaan dengan panik berterusan. Paling penting, jangan tinggal anak dalam kenderaan sambil mencari bantuan tau, lagi bahaya

Sumber: www.ohbulan.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.zukidin.com/2020/05/ikuti-5-langkah-ini-bila-kereta-rosak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Tentera Mahu Ziarah Rumah Banyak Kereta Semasa Raya

Polis Tentera Mahu Ziarah Rumah Banyak Kereta Semasa Raya

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 598 hits
Polis dan tentera akan menziarahi rumah rumah yang didapati banyak kenderaan diletakkan di luar kediaman semasa Aidilfitri Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata pihak berkuasa akan membuat rondaan dan memantau setiap rumah sepanjang tem...
5 Langkah Untuk Memastikan Cat Tahan Lama Ketika Membasuh Kereta

5 Langkah Untuk Memastikan Cat Tahan Lama Ketika Membasuh Kereta

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 765 hits
Musim PKPB ini mungkin ramai yang duduk di rumah dan menggunakan masa ada yang ada untuk melakukan pelbagai perkara antaranya membasuh kereta Bagi yang rajin membasuh kereta di rumah pasti mudah sahaja bagi mereka berbanding yang lebih gema...
Islamictunesnews Konsortium Irama Anjurkan Takbir Hari Raya Atas Talian Demi Sinambungan Aktiviti Walaupun Lockdown

Islamictunesnews Konsortium Irama Anjurkan Takbir Hari Raya Atas Talian Demi Sinambungan Aktiviti Walaupun Lockdown

papar berkaitan - pada 25/5/2020 - jumlah : 393 hits
1 Syawal 1441H Ahad 24 Mei 2020 ini pastinya melakar sejarah kepada ramai umat Islam di Malaysia dan dunia ini apabila kita terpaksa menyambut hari raya ini dalam keadaan kita dikenakan arahan perintah kawalan pergerakan yang dikuatkuasakan...
Maharashtra 16 Pekerja Tidur Atas Landasan Maut Digilis Kereta Api

Maharashtra 16 Pekerja Tidur Atas Landasan Maut Digilis Kereta Api

papar berkaitan - pada 9/5/2020 - jumlah : 788 hits
PIHAK berkuasa di India mengarahkan siasatan segera ke atas kejadian di mana 16 orang maut digilis sebuah kereta api barang di wilayah Maharashtra Mangsa adalah terdiri daripada pekerja asing yang tertidur atas landasan setelah letih berjal...
Pemeriksaan Rumah Ke Rumah Semasa Hari Raya Akan Buat Oleh Pdrm Dan Atm

Pemeriksaan Rumah Ke Rumah Semasa Hari Raya Akan Buat Oleh Pdrm Dan Atm

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 422 hits
Menerusi sidang media yang berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarakt yang disampaikan oleh Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri mengenai pihak polis dan angkatan tentera akan menjalankan rondaan setiap kawasan perumahan ...
Biskut Makmur Susu Untuk Hari Raya

Biskut Makmur Susu Untuk Hari Raya

papar berkaitan - pada 19/5/2020 - jumlah : 1312 hits
Ada sesetengah biskut yang kita jumpa hanya pada hari raya Jarang benar kalau nak jumpa biskut tersebut pada hari keramaian seperti di kenduri kahwin majlis thalil dan majlis hari jadi Biskut yang saya maksudkan adalah biskut makmur Hihi bi...
Lirik Hari Inikan Oh Hari Raya Seakan Bintang Feat Kawan Kawan

Lirik Hari Inikan Oh Hari Raya Seakan Bintang Feat Kawan Kawan

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 498 hits
Hari raya sudah pun tiba Tua muda miskin dan kaya 1 syawal sudah bermula Kunjung mengunjung sanak saudara Mohon ampun amalan kita Salah silap harap diterima Halalkan makan dan minum saya Sebelum
Khutbah Raya Aidilfitri 2020 Ringkas

Khutbah Raya Aidilfitri 2020 Ringkas

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 927 hits
Ini adalah teks khutbah Raya Aidilfitri ringkas Khutbah ini boleh dibaca oleh ketua keluarga setelah selesai solat sunat Aidilfitri Apa yang menarik Masa yang dijangkakan untuk menyelesaikan bacaan khutbah ringkas ini adalah 10 minit sahaja...
2 500 Paket Sembako Disiapkan Buat Warga Tangerang Raya Yang Tak Terdata

2 500 Paket Sembako Disiapkan Buat Warga Tangerang Raya Yang Tak Terdata

papar berkaitan - pada 20/5/2020 - jumlah : 279 hits
Bantuan difokuskan kepada anak indekos janda miskin buruh serta pengemudi ojek online
Lirik Lagu Tanya Tuhan Yonnyboii Malique

Sarapan Mi Sedaap Goreng Mudah Dan Cepat Siap

Kakitangan Kerajaan Dapat Cuti Kahwin 10 Hari Gaji Penuh

So What Will You Be Calling For Next A Ban On Cigarettes Alcohol And Kapcais

Importance Of Mobile Phones In Our Life

Akhir Sebuah Penipuan Cinta Kisah Benar Seorang Love Scammer Yang Terbongkar

True To The Craft A Bmw R80 Caf Racer By 46works

Cara Memasak Telur Separuh Masak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Dropship Tudung Malaysia Cara Mudah Buat Duit Tanpa Modal

Penat Tapi Berbaloi

Saat Berita Duka Menyentuh Jiwa

Perfume Dah Tinggal Botol Kosong

Usik Bawa Lari Bola Pm Anwar Sempat Bergurau Dengan Kanak Kanak Di Surau

Rasa Tidak Puas Hati Ke Atas Windows Antara Sebab Populariti Linux Meningkat