Ikut Tertib Formula Kestabilan Sebenar Ialah Pm Mesti Jadi Presiden Umno


 
Melihat kepada kemelut yang sedang berlaku dalam UMNO sekarang ini, tidak dapat dinafikan bahawa punca utamanya tidak lain adalah kerana Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob tidak memegang jawatan Presiden UMNO.
Lebih buruk lagi kerana Presiden UMNO sedia ada, Ahmad Zahid Hamidi turut berdepan kes mahkamah dan dilihat mahu menggunakan kedudukannya itu bagi manfaat dirinya.
Jika Presiden UMNO bukan seorang yang terbeban dengan sebarang masalah, beliau sepatutnya boleh dengan senang hati melepaskan jawatan itu atau memberi laluan bagi pemilihan parti didahulukan apabila pemimpin UMNO lain telah dilantik sebagai Perdana Menteri.
Dengan demikian, laluan akan terbuka dengan sendirinya untuk Perdana Menteri menjadi Presiden UMNO.
Maka, barulah wujud kestabilan serta keharmonian dan membolehkan parti dan kerajaan bergerak seiring.
Begitu seharusnya jika pemimpin itu benar-benarkan sayangkan parti.
Selama ini, tiada masalah yang timbul adalah disebabkan semua Perdana Menteri merupakan Presiden UMNO atau diberi laluan untuk memegang jawatan Presiden UMNO.
Selagi dua jawatan berkenaan dipegang oleh pemimpin yang berbeza, kemelut ini akan terus berpanjangan, malah akan bertambah buruk jika PRU15 diadakan terlebih dahulu sebelum pemilihan UMNO.
Pasti akan wujud pergeseran, perbalahan, malah mungkin “perang” yang lebih dahsyat lagi.
Masalah atau kemelut hanya boleh diatasi jika jawatan Presiden UMNO dipegang oleh pemimpin yang sama yang memegang jawatan Perdana Menteri.
Harus ahli-ahli UMNO fahami bahawa selain desakan kumpulan pro Zahid Hamidi dan Najib Razak untuk mendesak PRU15 diawalkan dan mesti diadakan sebelum pemilihan parti adalah bermotifkan kepentingan peribadi mereka, desakan mereka itu juga langsung tidak merenjiskan sebarang bentuk kestabilan serta keharmonian kepada UMNO.
Selepas PRU15 selesai dengan calon-calon pilihan raya dipilih daripada kalangan yang pro Zahid Hamidi dan Najib, malah mungkin Ismail Sabri akan diketepikan untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri, katalah BN berjaya membentuk kerajaan, apa jadi kepada UMNO selepas itu?
Apakah pemimpin kluster mahkamah yang masih dalam perbicaraan akan diletakkan untuk menjadi Perdana Menteri?
Tidak malukah kita kepada dunia jika itu yang berlaku?
Apakah juga ahli-ahli UMNO mahu pemimpin kluster mahkamah terus memimpin parti?
Sebab itu, sekali lagi ditekankan, tiada formula lain sebenarnya untuk mewujudlan kestabilan kepada UMNO dan negara, melainkan dengan membenarkan pemilihan UMNO diadakan terlebih dahulu sebelum PRU15 dilangsungkan.
Dalam konteks sekarang, ia bukanlah untuk kepentingan diri Ismail Sabri, sebaliknya demi kestabilan UMNO dan negara semata-mata.
Memang benar sebagaimana disebut Zahid Hamidi dalam ucapannya semalam bahawa sebelum ini PRU diadakan terlebih dahulu berbanding pemilihan UMNO untuk mengelakkan adanya perpecahan dalam parti, tetapi harus diingat dalam semua keadaan tersebut itu, pemimpin yang menjadi Perdana Menteri ketika itu adalah juga memegang jawatan Presiden UMNO.
Namun ketika ini, Presiden UMNO bukan saja tiada jawatan Perdana Menteri, malah ada kes mahkamah pula.
Jadi, sedar-sedarlah diri dan pandanglah cermin selalu.
Hanya dengan pemilihan UMNO didahulukan dan Ismail Sabri dijadikan Presiden UMNO, barulah penyelesaian optimum kepada masalah parti dan negara lebih mungkin ada keberhasilannya.
Lagi pun, tempoh akhir pemilihan UMNO ialah Disember 2022, manakala tempoh akhir penggal Parlimen sekarang adalah Mei 2023.
Dalam hidup ini, malah dalam ibadah pun, banyak perkara menekankan untuk kita bersikap tertib iaitu yang dahulu didahulukan, yang kemudian dikemudiankan.
Kenapa dalam hal ini, UMNO susah sangat nak ikut tertib? – ShahbudinHusin 19/03/2022.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/03/ikut-tertib-formula-kestabilan-sebenar.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pembangkang Tidak Minat Kestabilan Bn Umno Perlu Keluar Dari Kerjasama Presiden Umno

Pembangkang Tidak Minat Kestabilan Bn Umno Perlu Keluar Dari Kerjasama Presiden Umno

papar berkaitan - pada 24/3/2022 - jumlah : 142 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menganggap kegagalan usul kerajaan mahu melanjutkan pelaksanaan tempoh tahanan 28 hari di bawah Akta Kesalahan Keselamatan 2012 atau Sosma sebagai mengaibkan kerajaan Katanya ia menjadi bukti mengapa kerajaa...
Singapura Maju Sebab Tak Ada Umno Bn Mudah Nak Bangunkan Negara Naib Presiden Pas

Singapura Maju Sebab Tak Ada Umno Bn Mudah Nak Bangunkan Negara Naib Presiden Pas

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 160 hits
Singapura maju sebab tak ada UMNO BN mudah nak bangunkan negara Naib Presiden PASNaib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin semalam mendakwa rakyat Johor menolak PAS kerana pemimpin parti itu hanya menunggang agama untuk mencari ke...
Bn Menang Di Johor Najib Layak Kembali Jadi Presiden Umno

Bn Menang Di Johor Najib Layak Kembali Jadi Presiden Umno

papar berkaitan - pada 10/3/2022 - jumlah : 198 hits
satuberita myBy March 9 2022Bila boss kau disambut meriahTebuan Tanah tau Najib Razak rasa beliau paling popular walaupun sudah didapati bersalah oleh dua mahkamah dan empat hakim dalam kes SRC International ke mana saja beliau pergi diliha...
Perdana Menteri Lawan Presiden Umno

Perdana Menteri Lawan Presiden Umno

papar berkaitan - pada 19/3/2022 - jumlah : 160 hits
Pertentangan antara Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dengan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi adalah krisis terbesar sekarang ini Jika Ismail Sabri tegas dan tidak tunduk desakan Zahid Hamidi supaya Parlimen Malaysia dibubarkan segera mak...
Prn Johor Adalah Pertandingan Untuk Jawatan Presiden Umno

Prn Johor Adalah Pertandingan Untuk Jawatan Presiden Umno

papar berkaitan - pada 9/3/2022 - jumlah : 188 hits
PRN Johor yang akan berlangsung minggu ini sebenarnya adalah pertandingan untuk jawatan presiden Umno Najib Razak dan Zahid Hamidi terdesak dan sekiranya Ismail Sabri Yaakob tidak digulingkan secepat mungkin maka sudah tentu mereka tidak te...
Pengeluaran Khas Kwsp Presiden Umno Ucap Terima Kasih Kepada Pm

Pengeluaran Khas Kwsp Presiden Umno Ucap Terima Kasih Kepada Pm

papar berkaitan - pada 18/3/2022 - jumlah : 147 hits
KUALA LUMPUR Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan perwakilan parti itu menzahirkan tahniah dan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana meluluskan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerj...
Politik Islam Pas Hanya Untuk Mencari Kemewahan Dunia Atas Nama Agama Naib Presiden Umno

Politik Islam Pas Hanya Untuk Mencari Kemewahan Dunia Atas Nama Agama Naib Presiden Umno

papar berkaitan - pada 8/3/2022 - jumlah : 185 hits
Presiden PAS berhujah bahawa kurang kesedaran politik Islam di Johor adalah punca PAS tidak mampu menawan hati penduduk negeri itu Yang di tolak oleh rakyat Johor ialah kejumudan PAS dan bukan politik Islam Politik Islam pada rakyat Johor i...
Gpn Sebenar Nya Telah Di Rancang Lama Cuma Tunggu Umno Di Tawan Oleh Probunga Tapi Gagal

Gpn Sebenar Nya Telah Di Rancang Lama Cuma Tunggu Umno Di Tawan Oleh Probunga Tapi Gagal

papar berkaitan - pada 23/3/2022 - jumlah : 263 hits
Oleh Sirajuddin AhmadJangan terkejut jika kami maklumkan sebenar nya apa yang di nama kan Gabungan Pejuang Nasional anjuran Mahathir telah pun di rancang lebih awal Cuma nama gabungan sahaja yang belum ujud Ploy nya ada lah Mahathir keluar ...
Farhash Sindir Raja Formula Selepas Rafizi Umum Tanding Timbalan Presiden

Farhash Sindir Raja Formula Selepas Rafizi Umum Tanding Timbalan Presiden

papar berkaitan - pada 16/3/2022 - jumlah : 190 hits
PETALING JAYA Bekas Ketua PKR Perak Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menyindir Rafizi Ramli berkaitan formula yang dimiliki berikutan keputusannya untuk merebut jawatan timbalan presiden pada pemilihan parti itu bulan depan Farhash berka...
Resepi Bbq Kambing

Games Outlets Damansara Aliff

Sarapan Pagi Di Warong Onie Corner Ayer Keroh Melaka

Happy 10th Birthday Ilham Syamil 27 Jan 2025

Buasir Otak Tv Kenapa Ayam Masa Hidup Satu Nama Bila Mati Banyak Nama Be Like

Halal Certification Is A Non Muslim Issue

Sebatan Syariah Daripada Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia

Pelbagai Kaum Makan Budu Dalam Pinggan Sama


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


A Short Interior Painters Guide To Color Psychology And Perceived Size

Ptptn Encourages Savings Plans To Reduce Reliance On Education Loans

Wet Cny For Sabah Sarawak With Continuous Rains Expected Says Metmalaysia

Eleven Masked Men Break Into Puchong Home Two Seriously Injured

Cukup Mudah Masak Ayam Kari Jepun Cepat Dan Sedap Di Makan

Lewat Malam Di Bahagian Kecemasan Hospital