Ikut Perasaan Kena Penjara 16 Tahun
Seorang bekas pekerja teknologi maklumat dijatuhi hukuman penjara 16 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, kerana menyebabkan kematian pengurus bank Syed Muhammad Danial Syed Shakir dalam insiden amuk di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah Kuala Lumpur-Seremban, empat tahun lepas.
Hakim Julia Ibrahim memerintahkan Yew Wei Liang, 45, menjalani hukuman penjara itu bermula dari tarikh tangkap pada 10 Ogos 2019.
Kejadian ini sebenarnya hanya hal kecil sahaja tetapi menjadi isu kejar mengejar di lebuhraya hingga menyebabkan kematian.
Ini disebabkan kedua-dua pihak mengikut perasaan amarah dan akhirnya satu pihak lain mengambil keputusan yang salah hingga berlaku kematian.
Pengajaran dalam hal ini ialah berfikir sebelum bertindak dan akibat mengikut perasaan, terruduh menghabiskan masa 4 tahun keluar masuk mahkamah dan akhirnya dipenjara 16 tahun.
Malah dari sumber dipercayai, isteri tertuduh keguguran mengandung semasa perruduhan dikenakan ke atas Yew Wei Liang.
Sudah jatuh ditimpa tangga pada nasib tertuduh dan dijangka keluar dari penjara pada umur 55 tahun dan kehilangan segalanya.
Manakala mangsa pula Syed Muhammad Danial Syed Shakir pula meninggalkan balu serta bayi yang berumur 3 bulan pada masa kejadian tersebut.
Dan kemanisan rumah tangga hanya bertahan hanya sementara sahaja akibat kematian beliau.
Dalam hal ni Yew sememangnya bersalah kerana menyebabkan kematian mengikut undang-undang. Jangan pula ada pihak menyalah guna fakta ni mengatakan saya bersifat rasis.
Ini adalah keputusan mahkamah semalam dan bukannya keputusan saya.
Pengajaran ialah jangan ikut perasaan amarah anda. Memang sukar untuk tenangkan diri bila marah.
Apatah lagi jika anda seorang anak muda yang tengah membara semangat muda. Dalam kes ini Danial berumur 29 tahun dan sebagai orang yang lebih tua,tertuduh 41 tahun harus bersabar.
Buat apa bergaduh, tak puas hati pergi balai polis dan selesaikan masalah ni.
Jika perkara ni dilakukan lebih awal, saya jangkakan keputusan ini adalah sebaliknya dan kemenangan memihak pada Yew kerana Danial yang melanggar kecil keretanya.
Jika mangsa lari, ambil no plat keretanya dan report pada polis.
Negara ini mempunyai undang-undang dan biar pihak berkuasa yang uruskannya mengikut ukuran undang-undang Malaysia.
Nasi telah menjadi bubur dan tiada penyelesalan. Kedua-dua pihak mengalami kerugian dan anda tidak dapat menarik balik apa yang telah berlaku.
Saya berharap semua pihak menjadikan perkara ni sebagai teladan.
Saya amat ketahui, apabila marah kita akan melakukan perkara yang bodoh.
Tapi sentiasa waras dan tak salah jika anda kalah pada pihak lain ketika itu. Salah seorang kena beralah dan anda kena beralah.
Jangan fikirkan anda sentiasa betul dan jika situasi menjadi tidak terkawal. Anda harus beralah.
Kalau tak inilah yang berlaku. Kedua-dua akan rugi.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://hanifidrus.blogspot.com/2023/12/ikut-perasaan-kena-penjara-16-tahun.html