Ikut Jejak Ebit Lew Bagi Makan Percuma


Oleh Omar Ahmad Siti Nazirah dan Mohammad Atif menunjukkan nasi lemak dan ayam goreng percuma diberikan kepada orang yang susah.- Foto Omar Ahmad JOHOR BAHRU: Menjadikan pendakwah, Ebit Lew sebagai idola mencetuskan minat Siti Nazirah Norzri untuk membuat kerja amal dengan memberi makanan percuma kepada insan yang memerlukan.
Berbeza individu lain memberi sumbangan menerusi wang ringgit, pemilik Ateyh Fried Chicken, Siti Nazirah, 24 lebih selesa memberi makanan kepada golongan susah yang datang ke kedainya.
Katanya, menjalankan perniagaan makanan berasaskan ayam goreng dan nasi lemak bersama suami, Mohammad Atif Wan Kamal, 27, beliau bertekad terus memberi bantuan kepada individu yang susah di premisnya.
"Selagi kedai ini beroperasi, saya akan memberi makanan secara percuma kepada orang susah.
"Saya tidak mampu beri wang bagi bantu mereka, tetapi Insya-Allah saya boleh mengenyangkan perut mereka yang kelaparan," katanya yang sudah menjalankan perniagaan itu sejak dua tahun lalu bermula dari sebuah gerai di Larkin.
Siti Nazirah berkata, semuanya bermula selepas kejadian baru-baru ini, iaitu dua hari selepas kedai baru di Taman Nong Chik di sini, dibuka.
Katanya, ketika itu, beliau sedang mencuci pinggan di belakang kedai sebelum menutup operasi, didatangi lelaki warga asing berusia 30an meminta nasi.
"Pada jam 11 malam kedai kami baru beroperasi dua hari, ada lelaki warga Indonesia datang meminta nasi dua bungkus untuk dirinya dan anak kerana kelaparan. Lelaki itu memberitahu dia berjalan kaki dari Skudai.
"Ketika itu yang tinggal hanya sedikit nasi lemak dan beberapa ketul ayam. Saya terus bungkuskan dan beri kepada lelaki berkenaan.
"Lelaki itu kehilangan kerja di pasar kerana had operasi dipendekkan dan tidak mempunyai pekerjaan untuk mendapatkan wang serta memberi makanan.

Membuat persediaan membungkus makanan untuk golongan memerlukan. Foto Omar Ahmad "Dari situ, saya dan suami terus mengambil inisiatif memberi makanan percuma orang susah. Mereka tidak perlu malu, datang sahaja dan minta nasi di kaunter," katanya ketika ditemui di Taman Nong Chik, di sini.
Dalam tempoh sehari akan ada beberapa orang yang datang meminta nasi percuma.
Katanya, tanpa melihat pakaian jenis apa atau kenderaan dinaiki mereka, nasi akan diberikan tanpa banyak soalan.
"Ada mereka malu masuk ke kedai. Kami memang tidak menyediakan makanan percuma yang siap dibungkus kerana bimbang nasi akan basi dan sejuk.
"Kami melayan mereka sama seperti pelanggan lain, beri makanan panas dan berkualiti. Mereka boleh makan di kedai ini atau bawa pulang.
"Sejak enam hari beroperasi di sini, dalam sehari terdapat lima atau enam individu mengambil makanan percuma. Biasanya mereka memilih datang pada waktu tengahari atau malam sebelum kedai ditutup pada jam 11 malam," katanya yang turut menjual ayam goreng RM1.
Siti Nazirah berkata, pihaknya juga memberi makanan kepada gelandangan setiap Jumaat sejak Oktober tahun lalu.
Katanya, beri lima ketul ayam percuma kepada wanita mengandung dan 10 ketul ayam percuma kepada pelanggan pada hari lahir mereka.
"Ada ibu mengandung beli makanan di sini, mereka tidak perasan iklan ayam percuma. Jadi saya akan tambahkan dalam pesanan dan beritahu mereka.
"Kesemua usaha ini sebenarnya bukan untuk mencari popular tetapi mencari keredaan. Kami pernah susah dahulu, pernah rasa susahnya nak cari makanan.
"Hati saya rasa tenang bila dapat membantu orang, dapat beri mereka makan. Saya nak beri duit pun tidak mampu, tetapi kalau makanan saya boleh beri," katanya menjual 100 kilogram ayam sehari.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/02/ikut-jejak-ebit-lew-bagi-makan-percuma.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berkongsi Rezeki Ebit Lew Ziarah Tokong Beri Angpau Buat Para Sami

Berkongsi Rezeki Ebit Lew Ziarah Tokong Beri Angpau Buat Para Sami

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 222 hits
Masih setia mengedar bantuan pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew hari ini telah tiba di Alor Setar untuk memberi senyuman kepada masyarakat disana pula Dalam perkongsiannya di media sosial Ebit Lew telah datang ke Tokong Wat Nikrodharam Alor ...
Sempena Tahun Baru Cina Ebit Lew Hadiah Myvi Kepada Ibu Tunggal Cina

Sempena Tahun Baru Cina Ebit Lew Hadiah Myvi Kepada Ibu Tunggal Cina

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 244 hits
Sempena Tahun Baru Cina kali ini pendakwah Ebit Lew telah menghadiahkan sebuah kereta Myvi kepada seorang ibu tunggal Koh Kim Keok di Kota Bharu Selain Myvi beliau juga menghadiahkan Tab serta sedikit duit belanja dan akan bayarkan sewa rum...
Ebit Lew Taja Rm40 000 Bantu Pelajar Cemerlang Sambung Pengajian

Ebit Lew Taja Rm40 000 Bantu Pelajar Cemerlang Sambung Pengajian

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 196 hits
BernamaTajaan itu membabitkan tempoh pengajian selama dua tahun setengah termasuk penginapan Nurul Asma Alya yang juga bekas pelajar Kolej Profesional Mara dengan kelulusan 3 95 CGPA KOTA BHARU Pendakwah terkenal Ebit Lew menaja sepenuhnya ...
Rakyat Bayar Gaji Menteri 3 Kali Ganda Ebit Lew Yang Bantu Rakyat

Rakyat Bayar Gaji Menteri 3 Kali Ganda Ebit Lew Yang Bantu Rakyat

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 204 hits
Pendapatan bulanan Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah yang juga Ahli Parlimen Lenggong dikatakan mencecah RM58 070 48 Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dari Pas pula memperoleh gaji bul...
Video Ebit Lew Diberi Suntikan Semangat Oleh Sheikh Habib Ali

Video Ebit Lew Diberi Suntikan Semangat Oleh Sheikh Habib Ali

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 270 hits
78 total views 78 views today Baru baru ini pendakwah dermawan Ustaz Ebit Lew berpeluang bersua wajah dengan agamawan yang disegani ramai Sheikh Habib Ali Zainal Abidin dalam satu pertemuan Jelasnya pertemuan ini adalah saat yang dinanti na...
7 Keperibadian Ustaz Ebit Lew Yang Boleh Kita Contohi

7 Keperibadian Ustaz Ebit Lew Yang Boleh Kita Contohi

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 283 hits
Umum mengetahui pendakwah dermawan Ustaz Ebit Lew sering membuat kejutan demi kejutan dalam membantu orang orang yang kesusahan Di mana sahaja ada musibah pasti di situ jasadnya berada Dari keluarga miskin mangsa banjir petugas barisan hada...
Baca Surah Ibrahim Ayat 40 Supaya Anak Rajin Solat Pandai Soleh Ustaz Ebit Lew Kongsi Tip Keluarga Bahagia

Baca Surah Ibrahim Ayat 40 Supaya Anak Rajin Solat Pandai Soleh Ustaz Ebit Lew Kongsi Tip Keluarga Bahagia

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 487 hits
Kebahagiaan rumah tangga yang dibina terletak pada diri kita dan pasangan dalam membentuk rasa bahagia Saling menghormati saling belajar memperbaiki kelemahan diri menghormati antara satu sama lain dan menjalankan tugas sebagai pasangan dan...
Ebit Lew Mahu Buka Restoran Free Rumah Gelandangan Di Ibu Negara

Ebit Lew Mahu Buka Restoran Free Rumah Gelandangan Di Ibu Negara

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 225 hits
Pendakwah dan dermawan terkenal Ebit Lew sedang merancang untuk meluaskan lagi kerja kerja kemanusiaan dan kebajikan dengan membuka sebuah restoran yang menawarkan juadah percuma kepada pengunjungnya Dengan menyasarkan lokasi di Kuala Lumpu...
Sering Hulur Bantuan Ini 7 Perniagaan Ustaz Ebit Lew Yang Mungkin Orang Tak Tahu Remaja

Sering Hulur Bantuan Ini 7 Perniagaan Ustaz Ebit Lew Yang Mungkin Orang Tak Tahu Remaja

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 204 hits
Sering Hulur Bantuan Ini 7 Perniagaan Ustaz Ebit Lew Yang Mungkin Orang Tak Tahu REMAJA Tindakan pantas Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan sering mendapat perhatian dan pujian masyarakat Mana tidaknya jika har...
Flexibility In Business Operations

Umno Youth To Protest Extra Hours For Civil Servants Working Shifts

The Difference In The Concept Of Illicit Relationship Between Muslims And Non Muslims

Pensyarah Didakwa Hina Nabi Jawi Turut Buka Siasatan

Biodata Hael Husaini 2 Kali Juara Ajl Dan Perjalanan Dalam Industri Seni

Pas Langkaui Retorik Dap Isytihar Pas Muuh Utama

Murid Buktikan Pada Guru Lembu Makan Martabak

Abang Adik Wins Best Film Award In Los Angeles


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Football Online Sports Gambling 1xbet 1xbet Globa

Mesyuarat Mpsm Kulai Bil 3 2024

7 Keistimewaan Hari Arafah Hari Yang Dinantikan Jutaan Umat Islam

Generasi Milenial Dan Gen Z Dukung Nkri Nomor Urut 2 Simbol Harapan Baru Kalimantan Barat

Kempen Hartanah Bumiputera Matrix Miliki Rumah Selesa Cipta Kenangan Indah Bersama Keluarga

Bukan Semua Cendawan Boleh Makan Ada Yang Beracun