7 Keperibadian Ustaz Ebit Lew Yang Boleh Kita Contohi


Umum mengetahui, pendakwah dermawan, Ustaz Ebit Lew sering membuat kejutan demi kejutan dalam membantu orang-orang yang kesusahan. Di mana sahaja ada musibah, pasti di situ jasadnya berada.
Dari keluarga miskin, mangsa banjir, petugas barisan hadapan, golongan istimewa, penghantar makanan sampailah ke balai polis, semua beliau ‘tapaw’.
Terlalu banyak sisi kebaikan yang terserlah daripada keperibadiannya. Walaupun kini sibuk dengan misi bantuan, Ustaz Ebit Lew sebenarnya sedang mengajar kita sesuatu.
Mari kita lihat tujuh ciri keperibadian Ustaz Ebit Lew yang boleh kita contohi di bawah ini:-
#1- Tak Pernah Mengeluh
Perasan tak, setiap kali tular sesuatu isu asnaf, kesusahan, musibah dan sebagainya, Ustaz Ebit tak pernah mengeluh, apatah lagi nak salahkan siapa-siapa.
Gangguan bekalan air misalnya. Orang lain ‘kecoh’ menyalahkan pihak tertentu, beliau pula tak cakap banyak. Tahu-tahu dua lori tangki air sampai.
Sama juga jika ada kes asnaf. Rasanya tak pernah lagi beliau mendedahkan cerita buruk. Malah apa yang ditulis di Facebook, hanyalah perasaan sayu dan sebak, selain turut bersikap positif untuk membantu.
#2- Laju Buat Kerja
‘Pantang’ ada orang susah, InsyaAllah takkan lari daripada ‘senarai menunggunya’. Hari ini tular, esok lusa bantuan sampai.
Tidak kira di mana, ceruk kampung, rumah ‘flat’ tengah bandar, dalam hospital sampailah kampung air di Sabah, pasti kakinya akan jejak tempat tersebut.
Kecekapan pasukan NGO nya, Persatuan Kasih Umat Malaysia tak perlu diceritakan lagi. Malah siap berpeluang bekerjasama dengan agensi-agensi berautoriti untuk menjalankan misi.
Mungkin NGO-NGO lain di negara ini boleh ‘berguru’ dengan Ustaz Ebit sendiri, macam mana boleh beli berpuluh tangki air besar untuk dihantar ke pedalaman Sabah dalam masa singkat, mana nak cari lori tangki air untuk dihantar ke kawasan terjejas bekalan air ‘on the spot’ dan lain-lain.
Mungkin juga satu masa nanti, pihak media boleh buat satu dokumentari khas seperti ‘Ebit Lew, Di Sebalik Tabir’.
#3- Tidak Pilih Kasih
Ustaz Ebit tak pernah pilih kasih. Selagi mana insan itu bernama manusia yang memerlukan, beliau akan bantu.
Jadi tak hairanlah kalau bukan setakat asnaf saja, tapi petugas barisan hadapan, balai polis, pusat kuarantin dan penjara pun beliau ‘sapu’.
Terbaharu, Ustaz Ebit berbesar hati menziarahi Gereja St. Dominit Katholik di Lahad Datu. Siap berjumpa dengan Father Simon lagi nak sumbang kerusi roda, set makanan & pelitup muka.
Jelas, beliau ialah sebenar-benar ‘ustaz’ yang menunjukkan Islam itu sangat bertoleransi tanpa perlu kira warna kulit, bangsa dan apatah lagi jurang agama.
Bukankah dakwah itu lebih telus disampaikan melalui akhlak berbanding kata-kata?
#4- Mampu Letakkan Diri Dalam Kasut Orang Lain
Jenis bantuan yang diberi memang tepat mengikut keadaan penerima. Ustaz Ebit seolah-olah sudah begitu ‘masak’ dengan masalah-masalah yang dialami mereka.
Walaupun berkerjaya sebagai usahawan, tapi beliau cepat faham apa bantuan yang orang susah perlukan.
Beliau sedar, anak-anak kampung di Sabah tiada liputan internet untuk kelas online. Jadi beliau sumbang tab, siap pasangkan wifi lagi.
Antara yang terharu, di saat pihak tertentu menghantar bantuan untuk mangsa banjir dengan masih berpakaian kemas di atas bot, beliau pula sanggup bermandi lumpur meredah banjir semata-mata nak hulurkan sekampit beras terus ke tangan penerima.
Ketika saat itu, belia membantu bukan lagi kerana NGO, tetapi kerana menyedari bahawa beliau sendiri hanyalah seorang manusia yang tiada apa-apa.
#5- Jujur, Telus Dan Dipercayai
Hampir semua bantuan dipercayai menggunakan duit sumbangan awam ke akaun Persatuan Kasih Umat Malaysia.
Belia tahu, duit itu amanah orang. Jadi setiap kes berlaku, beliau berasa bertanggungjawab untuk tampil.
Tambah pula bergerak sebagai NGO, kepercayaan orang terhadap wang sumbangan pasti datang daripada hebahan media dan publisiti. Orang tahu ke mana duit mereka pergi.
Hipotesisnya, semakin banyak bantuan, semakin kerap hebahan publisiti, maka semakin ramailah orang nak menyumbang. Semuanya atas dasar ‘percaya dan yakin’.
#6- Merendah Hati
Walaupun aktif menjalankan seminar Keluarga Sunnah, ceramah agama, buka butik Elews Design, buka restoran Paramount Coffee House, buka kedai runcit Elews Mart, beliau tak pernah ‘show off’.
Apa yang dikongsi, hanyalah semata-mata perkongsian sebagai inspirasi dari hati. Malah apa yang ‘disulamkan’ dalam setiap bait kata-kata hanyalah tentang pedoman dan nasihat.
Kalau perhati cara beliau bercakap, gaya bahasa tubuhnya, nada suaranya, semuanya diekspresikan dengan penuh rendah hati.
#7- Lelaki Acuan Syurga
Walaupun sibuk menghantar bantuan di sana-sini, Ustaz Ebit tak pernah lupa isteri di rumah.
Bertahun-tahun menyulam cinta, masih lagi kekal memanggil isteri sebagai bidadari. Anak-anak pula dididik dengan acuan agama.
Tidak kurang juga, beliau menyantuni ayah dan ibunya dengan penuh hormat dan kasih. Malah hubungan dengan adik-beradiknya masih utuh walau berbeza agama.
Beliaulah anak, beliaulah suami, beliaulah ayah, turut sama sebagai pendakwah, usahawan dan aktivis, beliaulah bayangan lelaki acuan syurga.
Sebagai Muslim, ada baiknya jika kita mampu mencontohi ketujuh-tujuh ciri keperibadian Ustaz Ebit Lew ini sebagai usaha memperbaiki diri menjadi lebih baik.
Betul, kita manusia. Makhluk tak sempurna. Tapi Allah juga suka dengan hamba-hambaNya yang berusaha menjadi baik dan berbuat kebaikan, kan?
Semoga Ustaz Ebit Lew dirahmati Allah SWT selalu. Semoga kita semua terus tabah menghadapi fasa getir pandemik COVID-19 ini.
Mudah-mudahan, segalanya akan berakhir pada waktu yang tepat dan kita mampu merapatkan saf kembali.
Biarpun sudah dua tahun, percayalah, mungkin ada sesuatu hikmah yang Allah nak tunjuk. Ustaz Ebit selalu mengingatkan,
“Saudaraku, di sebalik ujian ada rahmat.”
 
Sumber: tzkrh.com 
The post 7 Keperibadian Ustaz Ebit Lew Yang Boleh Kita Contohi appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/7-keperibadian-ustaz-ebit-lew-yang-boleh-kita-contohi/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Baca Surah Ibrahim Ayat 40 Supaya Anak Rajin Solat Pandai Soleh Ustaz Ebit Lew Kongsi Tip Keluarga Bahagia

Baca Surah Ibrahim Ayat 40 Supaya Anak Rajin Solat Pandai Soleh Ustaz Ebit Lew Kongsi Tip Keluarga Bahagia

papar berkaitan - pada 23/2/2021 - jumlah : 494 hits
Kebahagiaan rumah tangga yang dibina terletak pada diri kita dan pasangan dalam membentuk rasa bahagia Saling menghormati saling belajar memperbaiki kelemahan diri menghormati antara satu sama lain dan menjalankan tugas sebagai pasangan dan...
21 Pesanan Bermakna Dari Ustaz Haji Ebit Lew

21 Pesanan Bermakna Dari Ustaz Haji Ebit Lew

papar berkaitan - pada 9/2/2021 - jumlah : 229 hits
1 Walaupun kita miskin tapi bila kita ada agama kita bahagia 2 Kita solat bukan sebab kita baik tapi sebab kita hamba Allah 3 Sesiapa betulkan solat Allah betulkan hidup dia 4 Ketika kita ingat Allah Allah ingat kita Ketika kita lupa Allah ...
Ydp Agong Belanja Ustaz Ebit Lew Makan Patin Di Temerloh

Ydp Agong Belanja Ustaz Ebit Lew Makan Patin Di Temerloh

papar berkaitan - pada 1/3/2021 - jumlah : 354 hits
YDP Agong Belanja Ustaz Ebit Lew Makan Patin Di Temerloh Siapa yang tidak bersa seronok apabila seorang ketua negara yang kita sayangi iaitu KDYMM Seri Paduka Baginda yang Dipertuan Agong belanja kita makan Makan makanan popular pula di Tem...
Sering Hulur Bantuan Ini 7 Perniagaan Ustaz Ebit Lew Yang Mungkin Orang Tak Tahu Remaja

Sering Hulur Bantuan Ini 7 Perniagaan Ustaz Ebit Lew Yang Mungkin Orang Tak Tahu Remaja

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 209 hits
Sering Hulur Bantuan Ini 7 Perniagaan Ustaz Ebit Lew Yang Mungkin Orang Tak Tahu REMAJA Tindakan pantas Ustaz Ebit Lew memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan sering mendapat perhatian dan pujian masyarakat Mana tidaknya jika har...
Kisah Hidup Ustaz Ebit Liew Yang Miskin Selalu Dihina Dan Ditertawakan

Kisah Hidup Ustaz Ebit Liew Yang Miskin Selalu Dihina Dan Ditertawakan

papar berkaitan - pada 21/2/2021 - jumlah : 339 hits
Saya antara sahabat yang menyaksikan Ebit Lew org yang betul betul susah miskin dihina dikenakan diketawakan Tiba2 Allah beri kekayaan padanya yg bukan sedikit Ustaz Ebit ni antara sahabat baik saya Waktu tu kisah 14 tahun dulu masing masin...
Berkongsi Rezeki Ebit Lew Ziarah Tokong Beri Angpau Buat Para Sami

Berkongsi Rezeki Ebit Lew Ziarah Tokong Beri Angpau Buat Para Sami

papar berkaitan - pada 17/2/2021 - jumlah : 226 hits
Masih setia mengedar bantuan pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew hari ini telah tiba di Alor Setar untuk memberi senyuman kepada masyarakat disana pula Dalam perkongsiannya di media sosial Ebit Lew telah datang ke Tokong Wat Nikrodharam Alor ...
Contohilah Ebit Lew Wahai Pemimpin Politik

Contohilah Ebit Lew Wahai Pemimpin Politik

papar berkaitan - pada 28/2/2021 - jumlah : 285 hits
ARAU Para pemimpin politik khususnya wakil wakil rakyat perlu mencontohi pendakwah bebas Ebit Lew dalam melakukan kerja kerja kebajikan dan membantu rakyat yang memerlukan bukan asyik berpolitik semata mata Malah ketika cukup ramai memerluk...
Sempena Tahun Baru Cina Ebit Lew Hadiah Myvi Kepada Ibu Tunggal Cina

Sempena Tahun Baru Cina Ebit Lew Hadiah Myvi Kepada Ibu Tunggal Cina

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 250 hits
Sempena Tahun Baru Cina kali ini pendakwah Ebit Lew telah menghadiahkan sebuah kereta Myvi kepada seorang ibu tunggal Koh Kim Keok di Kota Bharu Selain Myvi beliau juga menghadiahkan Tab serta sedikit duit belanja dan akan bayarkan sewa rum...
Ebit Lew Taja Rm40 000 Bantu Pelajar Cemerlang Sambung Pengajian

Ebit Lew Taja Rm40 000 Bantu Pelajar Cemerlang Sambung Pengajian

papar berkaitan - pada 12/2/2021 - jumlah : 200 hits
BernamaTajaan itu membabitkan tempoh pengajian selama dua tahun setengah termasuk penginapan Nurul Asma Alya yang juga bekas pelajar Kolej Profesional Mara dengan kelulusan 3 95 CGPA KOTA BHARU Pendakwah terkenal Ebit Lew menaja sepenuhnya ...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Scammer Di Facebook

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Umpan Mercedes

Menderma Tu Tak Salah

Anak Anak Belajar Dari Apa Yang Mereka Lihat Bukan Apa Ibu Bapa Katakan

Peluang Terakhir Untuk Pemberian Perkhidmatan Pelanggan Huawei Bagi 2024

120 Kata Motivasi Diri Dorongan Untuk Mencapai Kejayaan

Integral Human Development A Book By Paul Dass Sj