Ikut Duluan Kerajaan Mahiaddin Dah Bungkus



Pergolakan politik di Malaysia tidak akan selesai selagi Perdana Menteri (PM) yang telah hilang majoriti di Parlimen, Tan Sri Mahiaddin Yassin tidak meletak jawatan.
Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, penarikan sokongan Umno dari kerajaan Perikatan Nasional semalam bukanlah suatu guruan dan boleh dikesampingkan begitu sahaja oleh pemerintah.
Katanya, dengan penarikan sokongan tersebut maka Mahiaddin terang-terangan merupakan seorang PM yang tidak lagi absah untuk kekal mengemudi kerajaan.
“Jelas dengan keputusan Umno menarik sokongan kepada PM, secara Perlembagaannya tercabutlah sokongan kepada Mahiaddin
“Tidak ada cara bermaruah selain meletakkan jawatan dan menyerahkan kepada institusi istana untuk menjalankan proses pemilihan PM yang baru sesuai dengan Perlembagaan Persekutuan
“PM tidak lagi absah kerana susulan keputusan Majlis Tertinggi Umno, kenyataan dari pimpinan Umno (lain) jelas. Seperti kita tengok (misalnya) Azlina Othman Said (Ahli Parlimen Pengerang) yang menyatakan beliau menarik sokongan kepada Mahiaddin,” katanya dalam forum maya “Segmen Khas IDE: Negaraku”, di Facebook
Menurut Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu lagi, pendapat Peguam Negara bahawa kerajaan PN tidak tumbang kerana pengumuman dibuat oleh ketua parti dan bukannya Ahli-ahli Parlimen yang mendukung Mahiaddin tidak terpakai berdasarkan duluan ketika PM itu dilantik pada 1 Mac 2020 lalu.
Menurut Shamsul, Mahiaddin dilantik melalui surat dari ketua-ketua parti dan bukan surat sokongan Ahli Parlimen.
“Dalam hal ini kita ada dua senario. Mula-mula dulu ketika Bersatu umum keluar dari Pakatan Harapan maka PM Tun Mahathir letak jawatan kerana tiada lagi sokongan. Surat diutus ke istana memaklumkan beliau tidak ada lagi sokongan.
“Sekarang perkara sama berlaku. Pengumuman bahawa Umno tidak lagi menjadi komponen kerajaan PN. Maka di atas kertas hilang 38 kerusi (Ahli Parlimen). Seperti dulu, Bersatu (kita) hilang sokongan mereka.
“Pada saya apa yang Peguam Negara katakan, tidak sama duluan dengan yang ditunjukkan dalam kes pertukaran kerajaan sebelum ini.
“Bagi saya apa yang dibuat oleh Peguam Negara ini boleh ditafsirkan seolah-olah memberikan nyawa kepada PM untuk terus berkuasa walhal dia tidak ada lagi keabsahan, sesuai dengan duluan,” katanya.
Tegas Shamsul, Mahiaddin tidak boleh dipertahankan lagi kerana selama ini pun beliau tidak pernah membuktikan keabsahannya sebagai PM melalui Undi Percaya di Parlimen.
Setelah berlaku penarikan sokongan, tambah Shamsul, maka tidak selayaknya Mahiaddin terus dikekalkan memerintah
“Kalau tengok sejarah Tun Hussein, apabila beliau menjadi PM apakah perkara pertama yang beliau lakukan? Beliau pergi ke Dewan Rakyat dan membuat Undi Percaya. Adakah itu dibuat Mahiaddin sewaktu beliau mula-mula angkat sumpah PM dan masuk Parlimen?
“Sekali lagi duluan yang mencerminkan kerangka demokrasi tidak dilakukan. Dalam konteks Umno menarik sokongan dari PN, jelas maknanya kes duluan tidak diikuti.
“Tiada sebab (bagi Mahiaddin berdegil) kecuali memang tak nak berundur, kecuali mahu terus berada dalam keadaan igauan bahawa beliau masih PM yang disokong oleh Ahli Parlimen atau komponen,” katanya.
Menjawab persoalan adakah boleh terus diberi peluang kepada kerajaan PN memerintah atas alasan Covid 19 dan ruang yang lebih banyak untuk membantu rakyat, Shamsul menegaskan peluang telah diberi secukupnya tetapi PN telah gagal.
“Ketua Pembangkang sejak mula-mula PM isytihar darurat tidak putus-putus beri kritikan keras terhadap cara kerajaan kendalikan kes Covid 19.
“Kes 8,000 (semalam) jadi yang tertinggi. Saya fikir ini membimbangkan kita. Justeru kalau lihat niat asal diwujudkan darurat itu untuk menangani Covid dengan harapan kes turun.
“Tetapi natijahnya kes meningkat. Bulan 7 naik 8,000, bulan 8 mungkin naik 9,000. Bagi saya kita perlu ambil tindakan tegas. Takkan kita nak biarkan negara terus menerus dalam haluan begini.
“Apa yang dilakukan oleh Umno kalau tengok kenyataan Zahid, mereka letak kerangka kerajaan gagal sebagai asas utama (tarik diri).
“Sementara kita akui negara bergelut masalah pandemik, rakyat telah beri peluang. Ahli Parlimen juga beri peluang. Sebagai Ahli Parlimen kita tidak boleh pergi ke Parlimen dan bercakap hanya melalui webinar.
“Jadi (dalam hal ini) kita meletakkan seluruh (dasar) kerajaan kepada kabinet. Tidak ada pandangan lain (diterima),” katanya lagi.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suarapakatandaily.com/archives/32530

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lebai Walaun Dah Mula Mainkan Isu Dap Tanda Kerajaan Tebuk Atap Nak Bungkus

Lebai Walaun Dah Mula Mainkan Isu Dap Tanda Kerajaan Tebuk Atap Nak Bungkus

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 261 hits
IBRAHIM MAT ISANak alihkan isu kecaman ramai rakyat terhadap dan mereka cipta semula api perkauman Sampai ke mufti pun dah jadi macam walaun asyik meratib DAP DAP DAP Oii tangani pandemik tu bagi cantik bangang punya penyokong parti bulan
Urusan Berjalan Seperti Biasa Bagi Kerajaan Pn Ahli Parlimen Umno Tidak Ikut Keputusan Parti

Urusan Berjalan Seperti Biasa Bagi Kerajaan Pn Ahli Parlimen Umno Tidak Ikut Keputusan Parti

papar berkaitan - pada 9/7/2021 - jumlah : 306 hits
MALAYSIA NOWSebarang keputusan parti politik itu mengenai sokongannya kepada kerajaan ketika ini tidak mempunyai kesan undang undang Kelangsungan pentadbiran Muhyiddin adalah sama ada beliau mendapat sokongan majoriti ahli Parlimen seperti ...
Jika Kerajaan Dijatuhkan Ikut Suara Majoriti Itu Memang Ikut Perlembag

Jika Kerajaan Dijatuhkan Ikut Suara Majoriti Itu Memang Ikut Perlembag

papar berkaitan - pada 13/7/2021 - jumlah : 224 hits
Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata sekiranya beliau mendapat sokongan majoriti ahli parlimen apabila Dewan Rakyat mula bersidang nanti maka itu tidak menjadi kesalahan Jelasnya perkara itu mengikut sistem perlembagaan dan undang undang...
Berapa Lama Lagi Rakyat Mampu Bertahan Dalam Kesengsaraan Di Bawah Kerajaan Gagal Mahiaddin Ini

Berapa Lama Lagi Rakyat Mampu Bertahan Dalam Kesengsaraan Di Bawah Kerajaan Gagal Mahiaddin Ini

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 245 hits
Sejak UMNO mengumumkan menarik sokongan terhadap Mahiaddin Md Yasin Rabu lalu soalan paling kerap ditanyakan kepada saya ialah bila Perdana Menteri mahu letak jawatan Kawan kawan kaum keluarga dan dengan sesiapa yang saya sempat bertemu dan...
Umno Bercanggah Pendapat Untuk Cari Titik Persamaan Jadi Tunjang Kerajaan Kata Ahli Mkt

Umno Bercanggah Pendapat Untuk Cari Titik Persamaan Jadi Tunjang Kerajaan Kata Ahli Mkt

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 238 hits
Walaupun kepimpinan Umno ketika ini dilihat mempunyai pelbagai kabilah namun ia tidak bermaksud parti Melayu terbesar itu tidak boleh bersatu di meja rundingan kata seorang ahli MKT PETALING JAYA Percakaran demi percakaran yang berlarutan d...
Srikandi Sedia Main Peranan Bagi Membantu Kerajaan Melalui Pakej Pemulih

Srikandi Sedia Main Peranan Bagi Membantu Kerajaan Melalui Pakej Pemulih

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 192 hits
PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru sahaja mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi pada 28 Jun Ia sekaligus membuktikan kerajaan prihatin dan mengambil berat mengenai bantuan yang akan diberikan kepada semua la...
5753 Gesa Kerajaan Selamatkan Serba Dinamik Bebas News 28 06 2021

5753 Gesa Kerajaan Selamatkan Serba Dinamik Bebas News 28 06 2021

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 352 hits
KUALA LUMPUR Kerajaan digesa melakukan sesuatu dan berusaha membincangkan untuk menyelamatkan dan menolong Serba Dinamik Holdings Berhad yang berdepan dengan kemelut yang mencetuskan kerugian sehingga RM3 bilion Syarikat penyedia perkhidmat...
Pn Kerajaan Pahat Dengan Penukul

Pn Kerajaan Pahat Dengan Penukul

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 140 hits
Sedar tak sedar kita sebenarnya telah pun melalui tempoh PKP penuh ini selama 49 hari lamanya PKP 3 0 mula dikuatkuasakan pada 12 Mei disambung dengan apa yang disebut Perdana Menteri sebagai total lockdown mulai 1 hingga 28 Jun dan bermula...
2 Maut Selepas Suv Langgar Pintu Masuk Terminal Lapangan Terbang

Menulis Artikel Link Building Jalan Rezeki Saya Sebagai Surirumah

Nasi Kandar Deen Mutiara Penang

Breakfast Dengan Roti Canai Sarang Burung Di Sup Tulang Zz Taman Bukit Dahlia Pasir Gudang

Pakai Sheet Mask Bird Nest Dari Watsons

Bukan Pendirian Parti Cadangan Bubar Mca Sertai Dap Hanya Pandangan Peribadi Chong Anthony Loke

Self Care Checklist Masa Flare Buat Pesakit Sle

Tragic Test Drive Salesman S Negligence And Substance Use Lead To Fatal Crash


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tabung Emosi Aku Penuh

Kad Kahwin Eksklusif Cipta Kenangan Bermakna Dengan Rekaan Tersendiri

Saya Cuba Diet Viral Tiktok Tapi Guna Makanan Malaysia Je Hasilnya Menangis Dalam Toilet

Jalan Jalan Santai Di Harajuku Shinjuku Ginza Dan Ueno

Villa Kaizen By Ark Architects A Refined Balance Between Architecture And Nature In La Zagaleta

Ex Armed Forces Chief To Oversee National Service Training