
Sumber gambar dari Amnesty MalaysiaBukan itu sahaja, sikap rakyat Malaysia yang pentingkan diri juga akan memungkin kerajaan mengembalikan semula Perintah Kawalan Pergerakan. Misalnya kumpulan rakyat Malaysia yang tidak melakukan self-quarantine setelah pulang dari luar negara seperti yang disarankan oleh KKM. Macam sebelum ini tular seorang wanita dan seorang lelaki yang dengan selamba makan di kedai makan sedang mereka perlu menjalani kuarantin dirumah. Lebih teruk lagi, ada yang sanggup koyakkan tag kuarantin berkenaan.
Sumber gambar dari MalaysiaKiniKorang bayangkan jika PKP ini dilaksanakan semula, ekonomi negara kita akan kembali mundur, bahkan lebih teruk, majoriti rakyat Malaysia akan kembali kehilangan pekerjaan serta tiada lagi punca pendapatan buat peniaga-peniaga kecil. Ini kerana satu hari PKP dilaksanakan, negara kehilangan pendapatan berbilion ringgit. Itu dari segi ekonomi, dari segi penjagaan kesihatan pula kerajaan terpaksa mengeluarkan peruntukkan untuk mengawal penularan berkenaan sedang ketika itu kerajaan sendiri hilang punca pendapatan.
Sumber gambar dari Kita Jaga KitaAkhir kata, segalanya bermula dari kita kerana #kitajagakita . Terpulang pada kita sama ada untuk mencegah atau sebaliknya. Harus diingat, tempat-tempat seperti mall dan hypermarket dibuka bukan kerana tempat itu selamat, tetapi atas faktor ekonomi. Oleh itu, sentiasalah untuk patuh pada SOP yang ditetapkan.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |