Iktiraf Lenggong Sebagai Unesco Global Geopark Satu Kejayaan Besar Exco


Iktiraf Lenggong Sebagai UNESCO Global Geopark Satu Kejayaan Besar – Exco
IPOH, 13 Sept (Bernama) — Kerajaan Perak menyifatkan pengiktirafan Lenggong sebagai Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Global Geopark (UGGp) satu kejayaan besar bagi memperkukuh kedudukan negeri berkenaan dalam peta pelancongan dunia.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Loh Sze Yee berkata pengiktirafan rasmi Majlis UNESCO Global Geopark itu bukan sahaja mengangkat warisan geologi dan arkeologi Lenggong, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan sosioekonomi setempat melalui sektor pelancongan lestari.
Beliau berkata pengiktirafan rasmi itu adalah hasil usaha bersepadu pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Jabatan Warisan Negara, pihak akademik serta komuniti setempat yang sentiasa memainkan peranan aktif dalam pemeliharaan serta pembangunan warisan geologi, arkeologi, sejarah dan biodiversiti di Lenggong.
“Lenggong bukan sekadar sebuah daerah tetapi khazanah bernilai tinggi dengan rekod kehidupan awal manusia di Asia Tenggara melalui penemuan rangka Perak Man serta pelbagai artifak prasejarah yang menjadi bukti ketamadunan manusia awal.
“Kini dengan status UGGp, Lenggong sekali lagi membuktikan kepada dunia bahawa Perak adalah negeri yang kaya dengan sejarah, budaya dan warisan semula jadi yang tiada tandingan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Loh juga berkata pengiktirafan itu bukan sahaja menambah nilai kepada status Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO sejak 2012, malah membuka ruang lebih luas bagi pembangunan pelancongan berasaskan warisan dan pendidikan, yang mampu menarik lebih ramai pengunjung dalam dan luar negara.
“Status UGGp itu memberi peluang besar kepada penduduk setempat untuk meningkatkan taraf ekonomi melalui aktiviti pelancongan komuniti, produk kraf tangan, makanan tradisional, inap desa serta pelbagai inisiatif berasaskan ekopelancongan yang akan dipacu oleh kerajaan negeri bersama agensi berkaitan.
“Kerajaan negeri optimis limpahan ekonomi daripada pengiktirafan ini akan mewujudkan peluang pekerjaan baharu, memperkukuh aktiviti perusahaan kecil dan sederhana, di samping memastikan masyarakat setempat menjadi penerima manfaat utama,” katanya.
Beliau berkata komitmen kerajaan negeri adalah untuk memastikan pembangunan Lenggong UGGp ini dilaksanakan secara lestari dengan mengekalkan keseimbangan antara pemeliharaan alam sekitar, pemuliharaan warisan sejarah serta pembangunan ekonomi.
“Kami mahu Lenggong terus dikenali sebagai model pembangunan geopark yang mampan dan pemeliharaan alam dan warisan dapat dijalankan seiring dengan pertumbuhan ekonomi serta kesejahteraan rakyat dengan semangat sebenar Malaysia MADANI.
“Dengan pengiktirafan ini, Lenggong bukan sahaja menjadi kebanggaan Perak tetapi juga Malaysia di persada dunia, sekali gus bersedia untuk menerima kunjungan pelancong dari seluruh dunia yang ingin menyaksikan sendiri keindahan, kekayaan sejarah dan keunikan geologi yang dimiliki,” katanya.
Pengiktirafan berkenaan dibuat pada Persidangan Antarabangsa ke-11 Global Geopark di Universidad Catolica de Temuco, Araucania, Chile bersempena Mesyuarat ke-10 Majlis UNESCO Global Geoparks pada 7 Sept lepas.
Penerimaan rasmi itu mengiktiraf Lenggong sebagai sebahagian daripada rangkaian UGGp selepas empat tahun diwartakan sebagai Lenggong Geopark Kebangsaan pada 16 Dis 2021.
Sumber: BERNAMA
BACA: SPRM Bongkar Kes Suami Isteri Pegawai Penguat Kuasa Guna Duit Rasuah Buka Kedai Emas The post Iktiraf Lenggong Sebagai UNESCO Global Geopark Satu Kejayaan Besar – Exco appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/09/13/iktiraf-lenggong-sebagai-unesco-global-geopark-satu-kejayaan-besar-exco/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kepimpinan Dan Kejayaan Pahang Kemudi Suara Malaysia Di Pentas Asean Merupakan Satu Pengiktirafan

Kepimpinan Dan Kejayaan Pahang Kemudi Suara Malaysia Di Pentas Asean Merupakan Satu Pengiktirafan

papar berkaitan - pada 7/9/2025 - jumlah : 4131 hits
KUANTAN Kepimpinan dan kejayaan Pahang mengemudi Malaysia di pentas ASEAN sempena Forum Ketua Menteri dan Gabenor di Trang Thailand merupakan satu pengiktirafan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pahang Muhammad Kamil Ibrahim berkata tanggungjawa...
Ceramah Kerja Sebagai Satu Ibadah

Ceramah Kerja Sebagai Satu Ibadah

papar berkaitan - pada 18/9/2025 - jumlah : 3771 hits
Kenapa seluruh hidup ini dikatakan ibadat Apa saja yang kita buat kerja belajar tolong orang jaga keluarga malah berehat sekali pun boleh jadi pahala bila diniatkan kerana Allah dan ikut cara yang betul Hidup kita sebenarnya boleh jadi lada...
Satu Makmal Riuh Katak Besar Terlepas Sebelum Eksperimen Bermula

Satu Makmal Riuh Katak Besar Terlepas Sebelum Eksperimen Bermula

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 1043 hits
Satu Makmal Riuh Katak Besar Terlepas Sebelum Eksperimen Bermula Dalam kelas biologi pengalaman pembelajaran tidak hanya terhad kepada teori semata mata Sesiapa yang memasuki kelas ini pasti akan berpeluang menyertai pelbagai eksperimen yan...
Tak Mustahil Satu Hari Nanti Abah Akan Susah Datuk Aliff Syukri Pesan Anak Anak Jangan Bermegah

Tak Mustahil Satu Hari Nanti Abah Akan Susah Datuk Aliff Syukri Pesan Anak Anak Jangan Bermegah

papar berkaitan - pada 4/9/2025 - jumlah : 4022 hits
Apa yang ada hari ini adalah pinjam Allah semata mata Begitu kata usahawan berjaya Datuk Seri Aliff Syukri dan isterinya Datin Seri Shahida yang menitipkan pesanan buat lima anaknya agar tidak mudah leka dengan kemewahan hidup Menerusi raka...
Satu Kampung Bergelap Lelaki Putuskan Bekalan Elektrik Gara Gara Kekasih Tak Jawab Panggilan

Satu Kampung Bergelap Lelaki Putuskan Bekalan Elektrik Gara Gara Kekasih Tak Jawab Panggilan

papar berkaitan - pada 5/9/2025 - jumlah : 1490 hits
Satu Kampung Bergelap Lelaki Putuskan Bekalan Elektrik Gara Gara Kekasih Tak Jawab Panggilan NEW DELHI Gara gara teman wanita tidak menjawab panggilannya seorang lelaki nekad memutuskan bekalan elektrik seluruh kampung di Bihar lapor Times ...
Serba Bisa Di Satu Aplikasi Intip Semua Kelebihan Brimo Untuk Aktivitas Sehari Hari

Serba Bisa Di Satu Aplikasi Intip Semua Kelebihan Brimo Untuk Aktivitas Sehari Hari

papar berkaitan - pada 6/9/2025 - jumlah : 8850 hits
Ada banyak sekali fitur yang bisa memudahkan aktivitas dari bekerja memenuhi kebutuhan bulanan hingga memanjakan para fans Liga 1 yang hadir di stadion maupun menyaksikan di rumah Seperti apa sih
Voices Unite At Satu Suara Satu Malaysia The Met Corporate Towers

Voices Unite At Satu Suara Satu Malaysia The Met Corporate Towers

papar berkaitan - pada 3/9/2025 - jumlah : 2397 hits
Hi Everyone The MET Corporate Towers came alive with patriotic fervour as Triterra Sdn Bhd hosted Satu Suara Satu Malaysia a Merdeka celebration that united working professionals public service agencies and the wider community in a symbolic...
Mr D I Y Kembalikan Bersama Satu Bazaar Untuk Meraikan Merdeka Bersama Rakyat Malaysia

Mr D I Y Kembalikan Bersama Satu Bazaar Untuk Meraikan Merdeka Bersama Rakyat Malaysia

papar berkaitan - pada 2/9/2025 - jumlah : 3584 hits
Hi Korang Sambutan Hari Merdeka akan menjadi lebih meriah kerana Kumpulan MR D I Y M Berhad MR D I Y peruncit perkakas rumah terbesar di Malaysia sekali lagi menganjurkan bazaar Merdeka yang mendapat sambutan hangat pada tahun lalu Dengan t...
From Building Malaysia To Powering It Unitrade S Next Chapter In Solar Energy

M Nasir Gemakan Axiata Arena Dengan Puisi Keinsafan Palestin

Tng Ewallet Explains How To Use Budi95 With One App At All Stations

Pilihan Raya Negeri Sabah 2025 Tarikh Proses Mengundi

Check In Pariss Hotel Johor

Homesoy Launches Stop That Dot Together To Continue Driving Breast Cancer Awareness

Rasa Sunyi Bila Anak Dah Besar Hati Ibu Yang Tak Pernah Sedia Untuk Sepi

Kedai Cikgu Ipoh Suasana Santai Rasa Macam Masakan Rumah


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Siapa Bakal Menyamai Rekod Fuad Stephens Sebagai Km Sabah

Resepi Lala Buttermilk Bersama Mantou Sedap Berkrim Dan Mudah Disediakan

77 Tahun Tragedi Hitam Deir Yassin Palestin Kejam

Lasik Cara Modern Mengembalikan Penglihatan Tanpa Kacamata

How Ai Agents Will Transform E Commerce In 2025 What Every Online Entrepreneur Must Know

Peranan Penting Rekod Pergigian Dalam Pengecaman Forensik