Ikhtiar Suami Isteri Dapatkan Cahaya Mata Program Ivf Rahmah Rakyat Bantu Ramai Pasangan


Buat pasangan suami isteri yang sudah berkahwin sudah tentunya  menungggu kehadiran cahaya mata. Jadi, pasti ada dikalangan kita yang mencari cara cepat mengandung atau hamil supaya dapat menimang cahaya mata dengan segera.
Pun begitu, ia mungkin agak sukar bagi sesetengah pasangan untuk menimang anak. Paling menyedihkan setelah dua tahun masih belum dikurniakan anak. Jadi sudah tentu ada pasangan yang ingin mengetahui cara yang betul, tepat dan berkesan untuk hamil.
Salah satu cara adalah menerusi rawatan kesuburan in-vitro (IVF). Rawatan ini memberi peluang selain harapan baharu kepada mana-mana pasangan yang mengalami masalah ketidaksuburan demi mendapatkan zuriat pengerat kasih sayang.
 Apa itu IVF

Persenyawaan In Vitro (IVF) adalah rawatan kesuburan terkenal, asalnya dikenali sebagai “bayi tabung uji”. Prosedur rawatan ini memerlukan telur disenyawakan dengan sperma di dalam makmal untuk menghasilkan embrio. Kemudian, embrio akan dimasukkan ke dalam rahim.
Bagaimana IVF Berfungsi
Proses bermula melalui pemantauan suntikan yang berkala kepada wanita untuk menggalakkan pengeluaran telur dalam kadar yang tertentu. Setelah telur matang, tim perubatan diketuai oleh doktor kesuburan dan dibantu oleh pakar bius,  embriologis dan jururawat akan melakukan prosedur untuk pengambilan telur. Setelah itu, telur tersebut akan disenyawakan dengan sperma di dalam makmal. Embrio yang terbentuk akan dinilai dan embrio yang sihat akan dipilih untuk dimasukkan semula ke rahim wanita. Proses ini dilakukan menerusi piawaian standard yang tinggi dalam memastikan kualiti penjagaan yang baik kepada pesakit yang mendapatkan rawatan kesuburan.
Setelah dua minggu, ujian kehamilan menerusi ujian darah dapat menentukan dengan lebih tepat jika wanita berjaya hamil menerusi rawatan kesuburan tersebut. Kadar kejayaan IVF di Malaysia adalah baik iaitu antara 65%-75%.
Siapa yang Menjalani IVF
Sumber foto: www.shutterstock.com IVF digunakan untuk merawat pelbagai isu kesuburan termasuk masalah sperma, masalah telur atau ovulasi, endometriosis, dan masalah rahim. Ia juga merupakan pilihan bagi pasangan yang tidak berjaya hamil selepas cubaan-cubaan lain.
Cabaran dan Kejayaan
IVF boleh menjadi perjalanan yang mencabar fizikal dan emosi. Pasangan perlu bersedia menghadapi ujian dan tribulasi sepanjang proses ini. Walaupun begitu, kejayaan IVF telah membawa kebahagiaan kepada keluarga dan berjuta-juta pasangan di seluruh dunia.
Impak Sosial dan Psikologi
Penerimaan masyarakat terhadap IVF telah meningkat, dan masyarakat semakin memahami perjuangan pasangan yang menghadapi masalah kesuburan. Walaupun demikian, pasangan yang menjalani IVF mungkin perlu mencari sokongan psikologi untuk menguruskan tekanan dan emosi semasa proses ini.
Kewangan
Sumber foto: www.shutterstock.com Alternatif ini dilakukan apabila kaedah lain tidak berupaya untuk menghasilkan zuriat yang diinginkan. Kos IVF boleh menjadi faktor pembatas kepada beberapa pasangan. Oleh itu, adalah penting untuk mempertimbangkan kos serta aksesibiliti kaedah ini menerusi perbincangan mengenai perancangan keluarga.
Harapan
IVF memberikan harapan kepada pasangan yang sebelumnya tidak mempunyai pilihan untuk memiliki anak sendiri. Dengan kemajuan teknologi perubatan, IVF terus berkembang untuk memberikan peluang kebahagiaan keluarga kepada ramai pasangan yang berjuang untuk mendapatkan zuriat.
IVF RAHMAT RAKYAT PERKASA KELUARGA HARMONI MALAYSIA MADANI
Baru-baru ini sebuah majlis telah diadakan iaitu Perasmian Program IVF Rahmah Rakyat (IRR) bersempena Sambutan Ulangtahun Metro IVF yang ke-28, berlangsung di salah sebuah pusat perubatan kesuburan Metro IVF yang terletak di Setiawalk, Puchong.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Jamaliah Jamaluddin, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Negeri Selangor mewakili YAB Menteri Besar Selangor. Metro IVF Sdn Bhd (Metro IVF) mengadakan Program IVF Rahmah Rakyat yang berkonsepkan harga mampu milik khusus kepada pasangan yang telah berkahwin dan tidak mempunyai anak menerusi saringan kesihatan, promosi dan pendidikan kesihatan, kaunseling kesihatan dan khidmat rundingan pakar kesuburan.

Program ini merupakan inisiatif bagi menyokong aspirasi kerajaan membentuk Malaysia Madani iaitu ke arah mengubah Malaysia menjadi negara yang lebih maju dan makmur berteraskan 6 nilai teras termasuk aspek ‘kesejahteraan’ dan ‘ihsan’ iaitu menerusi penganjuran aktiviti yang menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan perubatan kepada masyarakat.
Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Dr Tee Swi Peng, Pengasas Metro IVF yang juga merupakan Pengerusi Metro Healthcare Berhad turut menjelaskan, “Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan tahap kesedaran orang awam mengenai isu kesuburan yang semakin meruncing dan dijangka mampu mengurangkan beban segelintir warga awam khususnya kumpulan B40 bagi menghargai kepentingan institusi keluarga sebagai asas cerminan kepada masyarakat yang stabil dan sejahtera.”



MENGENAI METRO IVF
Metro IVF adalah salah sebuah perintis pusat kesuburan IVF di Malaysia sejak tahun 1999 dan mempunyai rangkaian di seluruh Semenanjung Malaysia. Metro IVF menggunakan teknologi IVF terkini dengan kadar kejayaan yang tinggi secara konsisten untuk setiap kitaran IVF. Jalinan usahasama pertama bersama Hospital Tengku Ampuah Rahimah (HTAR) adalah dari kumpulan B40. Untuk maklumat lanjut, layari www.metro.com.my

Tahniah Metro IVF kerana merupakan salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma bagi anugerah Konsultasi Kesuburan & IVF Pilihan PAKAR PILIHAN PA&MA

Seiring kemajuan teknologi perubatan, kini terdapat beberapa pilihan dalam rawatan kesuburan untuk memperoleh zuriat dan satu daripadanya adalah In Vitro Fertilisation (IVF).
Bagi memberikan perkhidmatan rawatan kesuburan kepada yang mengalami masalah infertiliti, Metro IVF diasaskan pada tahun 1996 antara salah satu pusat rawatan kesuburan yang menjadi pilihan.
Sebagai pusat rawatan kesuburan unggul, Metro IVF menawarkan penyelesaian ketidaksuburan yang komprehensif kepada pesakit.


Selain rawatan yang diberikan oleh Perunding Kesuburan yang berpengalaman, Metro IVF menggunakan teknologi terkini dengan makmal serba lengkap. Metro IVF memberikan konsultasi kesuburan, rawatan Permanian Berhadas (IUI), Persenyawaan in vitro (IVF), Preimplantation Genetic Screening (PGS), Pengambilan Telur (OPU), rawatan susulan kesuburan, rawatan kepada pasangan yang mengalami keguguran berulang dan kegagalan IVF berulang. Metro IVF juga turut diiktiraf oleh RTAC, institusi bebas menepati piawaian antarabangsa.
Bagi mendapatkan informasi terkini, boleh layari laman web layari laman sesawang Metro IVF di https://www.metro.com.my/  juga di facebook https://www.facebook.com/MetroIVF untuk melihat pelbagai kemudahan perkhidmatan dan panduan  untuk anda.
 
 
 
The post Ikhtiar Suami Isteri Dapatkan Cahaya Mata, Program IVF Rahmah Rakyat Bantu Ramai Pasangan appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ikhtiar-suami-isteri-dapatkan-cahaya-mata-program-ivf-rahmah-rakyat-bantu-ramai-pasangan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Intan Ladyana Hamil Suami Sahkan Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

Intan Ladyana Hamil Suami Sahkan Bakal Timang Cahaya Mata Kedua

papar berkaitan - pada 29/12/2023 - jumlah : 140 hits
Tahniah diucapkan buat pasangan selebriti Intan Ladyana dan suaminya Harris Alif yang bakal menyambut kelahiran anak kedua Penampilan Intan sebelum ini menjadi soroton ramai kerana dilihat seperti berbadan dua namun tiada sebarang pengumuma...
Analisis Teknikal Pergerakan Harga Intraday Pasangan Mata Wang Komoditi Cad Jpy Rabu 27 Disember 2023

Analisis Teknikal Pergerakan Harga Intraday Pasangan Mata Wang Komoditi Cad Jpy Rabu 27 Disember 2023

papar berkaitan - pada 27/12/2023 - jumlah : 144 hits
Apabila kita lihat pada carta 4 jam bagi pasangan mata wang komoditi CAD JPY akan terdapat corak Bullish 123 diikuti oleh Bullish Ross Hook serta pergerakan harga yang berada di atas WMA 30 Shift 2 dan disokong oleh Golden Cross MACD di kaw...
Wanita Disiasat Tikam Mata Suami Dengan Gunting

Wanita Disiasat Tikam Mata Suami Dengan Gunting

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 143 hits
AgensiNew Delhi Seorang isteri didakwa menikam mata suaminya selepas lelaki itu meminta telefon bimbitnya untuk mendengar lagu di platform media sosial lapor portal Mirror Now Dalam kejadian yang berlaku di daerah Baghpat di Uttar Pradesh i...
Terlanjur Dengan Kawan Baik Yang Lebih Sedap Dari Isteri Si Suami Minta Cara Buang Luar

Terlanjur Dengan Kawan Baik Yang Lebih Sedap Dari Isteri Si Suami Minta Cara Buang Luar

papar berkaitan - pada 30/12/2023 - jumlah : 148 hits
Selepas memberitahu isteri terdapat beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk membantu mengatasi situasi ini Berikut adalah beberapa langkah yang mungkin dapat membantu anda 1 Membuat komitmen Selepas memberitahu isteri anda perlu membua...
Suami Isteri Ditemukan Meninggal Dunia

Suami Isteri Ditemukan Meninggal Dunia

papar berkaitan - pada 3/1/2024 - jumlah : 174 hits
BERNAMASeremban Sepasang suami isteri ditemukan meninggal dunia di rumah mereka di kondominium Jalan Keliling dekat sini pada tengah hari tadi Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata pihaknya menerima maklumat m...
Terpikat Dengan Suami Orang Aku Nekad Merisik Sendiri Isteri Dia Terus Jumpa Pegang Tangan Wanita Itu Dan Minta Izin

Terpikat Dengan Suami Orang Aku Nekad Merisik Sendiri Isteri Dia Terus Jumpa Pegang Tangan Wanita Itu Dan Minta Izin

papar berkaitan - pada 2/1/2024 - jumlah : 154 hits
Umur aku makin tua tapi aku malas nak cari calon Sehiggalah aku jumpa seorang lelaki ni aku cari FB dia Aku tengok isteri dan anak anak dia nampak bahagia Aku teringin nak 8216 masuk 8217 dalam keluarga tu Aku tak buang masa aku jumpa ister...
Pindahkan 100 Peratus Harta Sepencarian Jadi Hak Isteri Perlu Izin Reda Suami

Pindahkan 100 Peratus Harta Sepencarian Jadi Hak Isteri Perlu Izin Reda Suami

papar berkaitan - pada 28/12/2023 - jumlah : 137 hits
Kes yang tular semacam mengenai pasangan infleuncer yang memindahkan harta sepencariannya menjadi hak milik kekal isterinya menjadi perbualan dan sorotan ramai Soalnya bolehkan harta yang dicari bersama sama itu menjadi hak milik mutlak ist...
Suami Jumpa Mayat Isteri Di Ladang Sawit

Suami Jumpa Mayat Isteri Di Ladang Sawit

papar berkaitan - pada 26/12/2023 - jumlah : 104 hits
Tiga lelaki dan seorang wanita direman bagi membantu siasatan kata Ketua Polis Daerah Beaufort Ismail Abdullah BEAUFORT Seorang wanita warga Filipina ditemukan mati dipercayai dibunuh di sebuah ladang kelapa sawit di sini semalam Ketua Poli...
Lalui Pahit Manis 2023 Shila Amzah Amp Ubai Umum Bakal Timang Cahaya Mata

Lalui Pahit Manis 2023 Shila Amzah Amp Ubai Umum Bakal Timang Cahaya Mata

papar berkaitan - pada 5/1/2024 - jumlah : 87 hits
Pasangan selebriti Shila Amzah dan Ubai umum bakal timang nbsp cahaya mata apabila memuat naik video memaklumkan yang penyanyi itu sedang hamil Berita baik pada tahun 2024 Membuka tahun 2024 dengan khabar gembira Ubai atau nama sebenarnya M...
Poster Hari Ibu 2024 Contoh Poster Dengan Background Menarik

Dapat Suami Tak Banyak Cakap Menyesal Kahwin Dulu Tak Ikut Cakap Mak Stres Aku

Jenazah Siti Hawa Mohamad Isa Selamat Dikebumikan Mangsa Lemas Kereta Terjunam Dalam Tali Air

Pinup Casino Peru Casino En L Nea Pin U

Santri Di Lamongan Diduga Dianiaya Temannya Korban Diikat Hingga Dibanting Ke Lantai

Everyman Tracker Build Pt 7 Custom Pipes Panels And More

Box Bag Crochet

How The Kkb By Election Might Itself Trigger Of More By Elections



Info Penuh Senarai Peserta Juri Hadiah Cara Undi The Hardest Singing Show Astro Ria Sooka Program Realiti Mingguan Terbaru Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Shaitaan 2024 Remake Filem Vash Kini Di Netflix

Biodata Emran Rijal Owner Jenama Emri Vision Suami Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra

Biodata Tyra Kamaruzzaman Founder BeauTyra Yang Kahwin Bersuamikan Emran Rijal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dr Pontianak Astro Warna Sooka


Kakak Maut Adik Kritikal Dalam Kemalangan

Flax Power Low Carb Bread Packed With Omega 3s And Fiber

Dua Maut Elak Tayar Lori Tercabut Atas Jalan

Orang Masjid Caj Rm1 000 Upah Solat Jenazah

Pn Untuk Melayu Ph Untuk Bukan Melayu

Berhadapan Dengan Selat Melaka Masjid Al Hussain Memantulkan Warna Warna Yang Indah