Ikea Tawarkan Penghantaran Terus Ke Rumah Anda Dengan Hanya Rm10 Sahaja



Sebab saya nampak tawaran penghantaran RM10 sahaja daripada IKEA ni, jadi saya sempat la beli beberapa barang yang kebetulannya keperluan untuk kegunaan di rumah.
Sekarang musim pandemik COVID-19 dan ditambah lagi had pergerakan melalui arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang tidak membenarkan kita rentas daerah apa untuk merentas negeri tanpa sebab penting.

Jadi dari Pahang untuk ke IKEA, sudah pastinya tidak dibenarkan, lagi-lagi bertujuan hanya untuk shopping beli keperluan rumah. Jadi tidak boleh tidak, kalau nak beli juga barangan IKEA kena dibeli secara online.
BACA : Aku Decide Beli Microsoft Surface Laptop 3 Untuk Reward Diri Sendiri
Untuk pengetahuan, IKEA juga menjual barangan mereka secara online dan pastinya dengan tambahan caj penghantaran. Jika hari biasa tanpa promosi, IKEA menyediakan 2 jenis penghantaran iaitu melalui syarikat courier dan juga truck IKEA sendiri dengan harga masing-masing RM25 dan RM163.
Promosi Penghantaran Barangan IKEA Serendah RM10Promosi penghantaran serendah RM10 ini telah bermula pada 21 Januari 2021 yang lepas dan tidak diberitahu sehingga bila ianya berjalan. Walaubagaimanapun, harga ini hanya terhad untuk penghantaran seluruh semenanjung Malaysia sahaja tidak termasuk Sabah dan Sarawak.
Penghantaran ini bukanlah menggunakan truck IKEA atau personal shopper tetapi dari pengalaman ianya dihantar melalui syarikat Pos Laju. Jadi pastinya ada syarat-syarat barangan yang boleh dihantar oleh courier, takkan nak hantar set sofa kan.

Syarat : Barang tidak lebih 24 kg, volume sebesar 84 liter dengan panjang maksimum bagi setiap barangan adalah 1.6 meter sahaja. Jika lebih daripada itu, hanya pilihan truck IKEA sahaja disediakan. Jadi anda perlu bayar lebih. Jika kurang daripada itu, boleh dapat harga promosi RM10.

Barang IKEA Yang DibeliSekarang semua orang tengah Work From Home dan kebetulan, saya baru sahaja beli Dekstop AIO baru untuk kegunaan dirumah. Jadi ianya memerlukan meja yang besar dan sebuah kerusi office yang selesa untuk duduk dalam jangka masa yang lama.
Kebetulan masa tu, nak buka website IKEA tengok harga meja dan masa itu jugalah ternampak promosi penghantaran RM10 ni. Memang tak berfikir panjang, terus cari 2 item tersebut iaitu meja dan kerusi pejabat melalui website IKEA www.ikea.com.

2 item yang telah saya beli iaitu Linnmon/Adils (RM169) dan Renberget (RM189). Saiz meja adalah 150x75 besera 4 batang kaki dengan warna kelabu/putih dan sebuah kerusi pejabat berwarna hitam. Untuk proses penghantaran ianya mengambil masa 3-5 hari waktu bekerja. Masa saya beli, ianya hanya ambil masa 3 hari sahaja untuk sampai ke Pahang. 
Jadi rasanya, kalau ada barang keperluan daripada IKEA, mungkin ini masa yang sesuai untuk anda beli. Barang penting je la keh. Selain itu untuk tips, kalau tak berjaya dapatkan RM10 tersebut, mungkin buat pesanan berbeza-beza. Jika tidak, anda perlu bayar postage sehingga RM163 tau. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aimanabdullah.com/2021/02/promosi-ikea-delivery-serendah-rm10.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Krave Koffee Minuman Kopi Yang Dibrew Segar Dengan Penghantaran Terus Ke Rumah

Krave Koffee Minuman Kopi Yang Dibrew Segar Dengan Penghantaran Terus Ke Rumah

papar berkaitan - pada 2/2/2021 - jumlah : 336 hits
Assalamualaikum Sekali sekala nak juga merasa kopi ala cafe kan Kami laki bini memang peminat kopi pantang dengar kopi baru mesti nak rasa dan cuba Tambah pula situasi WFH kalau kena kopi barulah rasa otak nie segar nak buat kerja sambil la...
Tular 10 Beradik Sepakat Ubah Suai Rumah Kampung Mak Ayah Bila Dah Siap Terus Jadi Tumpuan Orang Ramai

Tular 10 Beradik Sepakat Ubah Suai Rumah Kampung Mak Ayah Bila Dah Siap Terus Jadi Tumpuan Orang Ramai

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 230 hits
MENJADI impian setiap anak untuk membalas segala jasa dan pengorbanan ibu bapa mereka Begitu juga dengan Mohammad Afiq 24 bersama sembilan lagi adik beradiknya yang sepakat membuat renovasi kediaman ibu bapa mereka Mesra disapa Aq anak kese...
Kucing Dibunuh Kepalanya Dipotong Sebelum Dilapah Dijual Owner Buat Laporan Polis Hanya Ketawa Sahaja

Kucing Dibunuh Kepalanya Dipotong Sebelum Dilapah Dijual Owner Buat Laporan Polis Hanya Ketawa Sahaja

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 1404 hits
The ReporterWarga media sosial digemparkan dengan kes pembunuh kejam terhadap kucing kucing di Kota Medan Indonesia Kucing kucing yang ditangkap dibunuh dan kepalanya dipotong sebelum dilapah serta dagingnya dijual di pasar Kes itu didedahk...
Hanya Parti Tempatan Sarawak Sahaja Bertanding Pada Prn Nanti Karim

Hanya Parti Tempatan Sarawak Sahaja Bertanding Pada Prn Nanti Karim

papar berkaitan - pada 10/2/2021 - jumlah : 188 hits
KUCHING Gabungan Parti Sarawak tidak akan berunding dengan parti parti komponen dalam Perikatan Nasional dalam meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri Ke 12 Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ber...
Menarik Betul Rumah Kucing Ni Pemilik Habiskan Hampir Rm10 Ribu

Menarik Betul Rumah Kucing Ni Pemilik Habiskan Hampir Rm10 Ribu

papar berkaitan - pada 28/1/2021 - jumlah : 729 hits
Wah menarik betul rumah kucing ni Ini tak payah keluar duduk dalam rumah dan seronok dapat rasa angin luar Ini yang dilakukan oleh pencinta kucing dari Nakhon Pathom Bangkok ini apabila membina rumah kucing di tingkap atas rumahnya Sasamon ...
Van Nekad Menyeberang Sungai Hanya Meniti Atas 2 Batang Kayu Sahaja Handal Betul Derebar Ni Video

Van Nekad Menyeberang Sungai Hanya Meniti Atas 2 Batang Kayu Sahaja Handal Betul Derebar Ni Video

papar berkaitan - pada 15/2/2021 - jumlah : 199 hits
Sesetengah orang untuk menyeberang parit atau anak sungai dengan meniti di atas sebatang kayu menjadi masalah besar baginya kerana dia akan berasa sangat takut gayat dan sebagainya Lain pula dengan seorang pemandu van putih ini Lihat bagaim...
Hanya Dua Minggu Sahaja Lagi Spm Kenapa Masih Tutup Sekolah

Hanya Dua Minggu Sahaja Lagi Spm Kenapa Masih Tutup Sekolah

papar berkaitan - pada 7/2/2021 - jumlah : 205 hits
Menteri Pendidikan Mohd Radzi Md Jidin digesa tampil menjelaskan sendiri tentang penamatan sesi persekolahan bersemuka untuk calon dua peperiksaan utama pada 9 Februari ini Ahli Parlimen Simpang Renggam Maszlee Malik membuat gesaan itu sele...
Pujilah Isteri Walaupun Dia Hanya Pakai Tudung Baru Rm10 Penuhi Tangki Emosinya

Pujilah Isteri Walaupun Dia Hanya Pakai Tudung Baru Rm10 Penuhi Tangki Emosinya

papar berkaitan - pada 11/2/2021 - jumlah : 260 hits
Selepas mendirikan rumahtangga kehidupan isteri hanyalah berkisarkan tentang suami dan anak anak Kawan baiknya hanyalah suami serta anak anak Apa yang dia lakukan bukan untuk pujian dari orang luar tetapi cukup hanya dari keluarganya sendir...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Filem Sheriff

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Spontaneous Thursday

Building Trust In The Digital Age The Rise Of Fraud Verification Services

Kelantan Polis Tahan Empat Penjawat Awam

Dibelasah Kerana Keluar Dating Dengan Isteri Orang

New Twist In Najib S Bid To Serve Jail Term At Home As Two Ministers Dispute Claims Over Supposed Royal Order

Keuntungan Arenamall Reit Meningkat Hampir Dua Kali Ganda Setahun