Ikan Tenggiri Goreng Berlado
Saya terdengar satu posting di tiktok di mana seorang ustaz berkenaan seorang artis yang tak dikenali pun. Sebabnya ustaz tak kenal pun siapa dia. Bila dia pos gambar beratus ribu follower dia yang like dan komen pada gambar tersebut. Walhal artis tersebut tak bagi satu sen pun pada orang yang like.
Lalu dikisahkan bagaimana kalau dajjal turun dengan pelbagai janji kekayaan dan kemewahan, pastinya ramai yang akan follow dajjal. Hmm faham tak apa maksudnya?
Memang kadang saya tengok orang terlalu obsess, like dan komen di posting artis walaupun artis tersebut tak ada balas komen atau mungkin tak baca pun komen yang ditinggalkan. Memang tak salah nak follow sesiapa termasuk bukan artis tapi jangan leka. Baca posting yang boleh memberikan manafaat.
Saya memang suka lauk masak berlado. Saya tahu kat rumah ni tidak ramai penggemar ikan. Jadi saya minta Hubby beli 2 keping sahaja ikan tenggiri yang segar ini.
Serious bila ikan segar, masakan kita menjadi lebih sedap. Menantu kami Alain hanya makan meratah ratah sahaja kerana dia memang tak makan nasi masa berbuka.
Jom layan resipi dan penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....
Ikan Tenggiri Goreng BerladoOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:2 keping ikan tenggiriGaram1 sudu besar gulaMinyak
Bahan kisar:5 biji cili merah5 biji bawang merah2-3 ulas bawang putih½ biji buah tomato
Cara cara:Panaskan minyak dan goreng ikan tenggiri yang telah dilumur garam kunyit sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
Kurangkan sedikit minyak, dan masukkan bahan kisar. Tumis sehingga terbit minyak. Masukkan garam dan gula.
Masukkan ikan goreng dan kacau rata. Masak sehingga sambal masak, terbit minyak dan sebati dengan ikan.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aziekitchen.com/2023/04/ikan-tenggiri-goreng-berlado.html