Ikan Salmon Dan Kambing Bakar Air Fryer
Air Fryer musim PKP ni dengar ceritanya laku keras. Boleh masak macam-macam guna Air Fryer termasuk bakar ikan, bakar kambing, kek, cheesecake.
Pengalaman saya dengan air fryer ni bermula dari waktu saya di Australia lagi. Tapi jarang-jarang pakai sebab kat sana elektrik mahal. Rumah sewa kami kat sana ada oven gas. Jadi kami banyak pakai oven.
Terjebak dengan Air Fryer
Balik dari Australia, wife saya terus beli Air Fryer jenama Phillips. Kat sini susah nak cari oven pakai gas. Oven elektrik pulak besar gedabak, tak padan kalau nak bakar sikit-sikit.
Kami biasa guna air fryer kalau malas nak berdiri lama-lama goreng ayam, ikan, nugget, kentang dan macam-macam lagi. Lagipun pakai air fryer ni boleh dikatakan sihat sebab tak pakai minyak.
Baru-baru ni ada orang post dalam Facebook buat cheesecake guna air fryer, burnt cheesecake. Percubaan kami kali pertama buat Alhamdulillah jadi. Kami buat dalam loyang petak kecik dan dalam bekas cupcake.
Spoiler alert : buat dalam bekas cupcake lagi cantik.
IDEA bakar-bakar guna Air Fryer
Seminggu sebelum puasa, saya ada shopping kat Giant Kuala Terengganu. Lalu kat bahagian barangan segar, nampak kepingan ikan Salmon .Tiba-tiba teringat rasa dan kesedapan ikan Salmon waktu makan kat Australia dulu.
Ikan Salmon ni special sikit, kat sana murah je ikan ni. Kat sini dekat 30 sekilo. Beli 3 keping besar tapak tangan harga 22 ringgit. Ikan salmon ni istimewanya kalau orang tak pandai masak pun boleh jadi sedap. Sebab masak apa pun gerenti sedap.
Keropok lekor pun saya pernah buat guna Ikan Salmon. Resepinya kat sini.
Jalan depan sikit nampak pulak kepingan daging biri-biri (lamb). Teringat pulak dulu hari-hari makan kambing bakar. Yelah sana kambing murah. Boleh beli makan hari-hari. Ambik 5 keping yang dah pack, 27 ringgit.
Resepi ikan salmon dan kambing bakar Air Fryer
Bahan-bahannya:
Salmon bakar Air Fryer
Kepingan ikan salmonSerbuk kunyitGaramDill leaves tipOreganoGinger GroundAluminium Foil
Kambing bakar Air Fryer
Kepingan kambing (lamb)Serbuk kunyitGaramDill Leaves TipOregano Ginger GroundCumin powderAluminium FoilMinyak masak (1 sudu makan). Minyak zaiton lagi baik.
Cara-cara sediakan perapan:
Salmon bakar Air Fryer
Hamparkan aluminium foil muat-muat untuk bungkus habis sekeping salmonTaburkan serbuk kunyit, dill leaves tip dan ginger ground atas aluminium foilLetakkan kepingan salmon atas bahan-bahan tadiTaburkan sekali lagi serbuk kunyi, dill leaves tip dan ginger ground atas kepingan ikan salmon dan lumurkan ke seluruh bahagian atas tuTabur oregano atas kepingan salmonBalikkan kepingan salmon tu dan lumurkan semua bahan bagi rata termasuk kat tepi(kulit)Tabur garam atas kepingan salmon secubit ala-ala chef turki hensem tu.Tabur oregano sekali lagiBalikkan sekali lagi dan bungkus dengan aluminium foil kemas-kemas. Jangan bagi bocor.
Kambing bakar Air Fryer
Taburkan serbuk kunyit, dill leaves tip, ginger ground dan cumin powder dalam bekasCuah minyak dan gaul sebati semua bahan-bahan tuMasukkan kepingan kambing dan gaul rata bahan dan kepingan dagingLetak atas aluminium foil dan tabur oreganoBalikkan dan tabur oregano sekali lagi.Tabur garam ala-ala chef turkiBungkus dengan aluminum foil dan pastikan tak bocor.
Perap sekurang-kurangnya sejam. Masuk dalam peti sejuk pun takpe.
Cara masak Salmon dan Kambing bakar dalam Air Fryer:
Salmon
Suhu 200 darjah celcius selama 10 minitBalikkanSuhu 180 selama 10 minitKalau tak masak lagi tambah 5 minit lagi
Kambing bakar
Suhu 200 selama 10 minitBalikkanSuhu 180 selama 10 minitKalau suka makan separa masak boleh makan terusKalau nak betul-betul masak tambah lagi 10 minit
Hasilnya
Gambar selepas masak tak sempat ambik sebab kelam kabut dah dekat nak berbuka. Maklumlah hari pertama puasa. Sekelip mata je dah masuk perut.
Kambing tu pastikan basuh betul-betul kalau tak suka bau hamis. Basuh guna air campur garam dan gandum sikit, confirm hilang bau hamis.
The post Ikan Salmon dan Kambing Bakar Air Fryer appeared first on Radio Senyap.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.radiosenyap.com/2020/04/air-fryer.html