Ikan Bawal Emas Kukus Menu Menarik Di Dahlia Corner
Kali ni Misz-ella nak kongsi tentang menu Ikan Bawal Emas Kukus untuk makan malam yang sangat sedap di Dahlia Corner di Persiaran Stonor, Kuala Lumpur.
Ikan Bawal Emas Kukus, Tomyam Campur, Sotong Goreng Tepung, Ikan Siakap 3 Rasa, Ayam Goreng Kunyit, Relur Dadar Udang, Kailan Ikan Masin antara menu makan malam di Dahlia Corner.
Dahlia Corner (dulu dikenali sebagai I'Dahlia Corner) berhampiran KLCC ini merupakan tempat paling ideal untuk makan malam bersama keluarga atau kawan-kawan sebab restorannya besar dan selesa, ruang parkingnya luas dan percuma pada waktu malam dan paling penting makanan di sini sedap! Ruang makan utama ini boleh memuatkan 200 orang dalam satu masa. Sesuai untuk majlis keraian ataupun makan malam.
Kalau datang dalam kumpulan yang kecil dan mahu kan 'privacy' boleh book bilik 'private' ber hawa dingin ni
OK jom kita tengok menu-menu menarik di Dahlia Corner
Ikan Bawal Emas KukusOK ini sangat menarik sebab jarang-jarang kita jumpa Ikan Bawal Emas Kukus di tempat lain. Rasa ikan bawal emas ni sangat sedap, ada lemak-lemak sikit .. bila dikukus dengan bahann-bahan khas ini, Ya Allah sedap tak terkata. Recommended! Harus cuba kerana susah nak dapat menu ni di tempat lain.
Tomyam SeafoodSedap sangat tomyam seafood di Dahlia Corner ni. Kuahnya tak terlalu cair, cukup-cukup je dan rasanya teramat lah sedap. Tak terlalu masam, tak pedas dan tak manis. Sangat sedap.
Sup TulangSup tulang adalah signature food Dahlia Corner. Sejak dari dahulu lagi ramai yang sukakan Sup Tulang di sini kerana kesedapannya. Terasa rempah-rempah serta bumbu-bumbu dalam setiap suapan sup tulang Dahlia Corner ni. Sedap!Korang kena cuba.
Ikan Siakap 3 RasaIkan siakap digoreng garing lalu dicurah kuah 3 rasa yang sangat sedap. Sedikit manis, sedikit pedas .. semua nya cukup.
Ayam Goreng KunyitAyam goreng kunyit ni nampak biasa-biasa tapi ayamnya crispy di luar, juicy di dalam. Makan dengan nasi panas-panas dan sup kosong pun dah cukup. Sesuai untuk anak-anak dan mereka yang tak makan makanan pedas.
Daging Masak MerahPun tidak menghampakan. Peminat daging boleh lah cuba!
Telur Dadar dengan udangBukan telur dadar biasa-biasa sebab di dalamnya ada udang. Telur dadar tu sangat garing dan fluffy. Gebuuuu ..
Lempeng KelapaBuat yang mahu makanan ringan, boleh cuba lempeng kelapa Dahlia Corner. Didatangkan dengan 2 pencicah, sambal dan gula perang (tapi saya tak ambik brown sugar tu) Hanya RM5.00 untuk satu set lempeng kelapa ni. Sedap sangat!
So, buat semua pembaca, kalau mahu mencari tempat makan malam terbaik di Kuala Lumpur, yang selesa, anak-anak boleh bermain, berlari tanpa kerisauan, mak-mak boleh borak dengan tenang sambil layan LIVE Band (malam ada persembahan dari LIVE Band), tempat makan yang parkingnya senang dan PERCUMA, sila lah ke Dahlia Corner. Kalau bernasib baik, dapat jumpa dengan tuan kedai yang cantik dan peramah iaitu Kak Dahlia.
Dahlia Corner dibuka setiap hari dari jam 7 pagi hingga 12 malam (kecuali Ahad). Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan, sila whatsapp nombor 0123526397 atau ikuti Instagram Dahlia Corner di sini.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://misz-ella.blogspot.com/2023/12/ikan-bawal-emas-kukus-menu-menarik-di.html