Sprm Terpaksa Menarik Balik Permohonan Songsang Dan Cacat



KENYATAAN MEDIA
Rosli Dahlan
1. Pada 6.10.2023, SPRM melakukan serbuan salah di pejabat firma guaman Rosli Dahlan Saravana Partnership (“RDS”). Saya memberitahu pegawai SPRM bahawa tindak laku mereka menyalahi peruntukan s.46 Akta SPRM mereka sendiri.
2. Berita serbuan SPRM diberikan publisiti meluas oleh media massa dalam satu langkah terancang untuk mencipta naratif palsu bahawa RDS sedang disiasat kerana rasuah bertentangan dengan kejayaan Firma RDS dalam usaha pemulihan 1MDB.
3. Pada 7.10.2023, RDS telah membuat kenyataan media bahawa serbuan SPRM adalah menyalahi undang-undang. Ini mendapat sokongan padu daripada Majlis Peguam Malaysia yang turut mengeluarkan kenyataan panjang pada 13.10.2023 mencela tindakan SPRM yang tidak professional tersebut.
4. Pada 11.10.2023, SPRM telah memfailkan permohonan yang kononnya untuk mematuhi peruntukan s.46 Akta SPRM (“Permohonan SPRM”). Permohonan SPRM adalah cacat dalam banyak aspek. Pemfailan permohonan mahkamah itu sendiri merupakan satu pengakuan bahawa serbuan pada 6.10.2023 tersebut adalah salah. Majlis Peguam pula telah memberi notis untuk bertindak sebagai amicus curiae terhadap Permohonan SPRM.
5. Permohonan SPRM telah menamakan saya sebagai Responden Pertama dan RDS sebagai Responden Kedua. Penamaan saya sebagai Responden Pertama adalah berniat jahat, dilakukan untuk mencemarkan nama baik saya dengan menjadikan saya suspek utama penyiasatan rasuah palsu ini.
6. Pada 27.10.2023, saya memfailkan Afidavit Jawapan saya yang menununjukkan banyak kesilapan, pembohongan dan kepalsuan oleh SPRM dan mendedahkan satu konspirasi terancang untuk merosakkan RDS dan memfitnah saya demi mengheret kami ke dalam keaiban dan skandal awam. Saya juga memfailkan permohonan untuk membatalkan Permohonan SPRM.
7. Mahkamah mengarahkan permohonan pembatalan saya untuk didengar terlebih dahulu dan mengarahkan SPRM memfailkan respons mereka pada tarikh tertentu. Mahkamah juga menetapkan tarikh pendengaran pada 17.1.2024. Ini telah menimbulkan kebimbangan kepada SPRM kerana kepalsuan dan siasatan palsu mereka yang digunakan sebagai instrumen penindasan terhadap Firma saya dan saya akan didedahkan semasa pendengaran kes.
8. Pada 4.12.2023, beberapa portal berita melaporkan bahawa SPRM telah memaklumkan kepada Mahkamah bahawa mereka ingin menarik balik permohonan mereka terhadap RDS dan saya tanpa memberikan sebarang alasan. Pagi tadi Mahkamah Tinggi meluluskan penarikan balik itu dan membatalkan Permohonan SPRM. Ini dibuat selepas berminggu-minggu saya diaibkan.
9. Dari bermulanya episod ini, saya telah menegaskan bahawa tindakan SPRM terhadap Firma saya dan saya adalah berupa skandal, mengaibkan, remeh, memfitnah, tidak berasas dan songsang. Jelas bahawa SPRM telah memutuskan untuk menarik balik prosiding yang mereka mulakan setelah menyedari ianya merugikan mereka sendiri dan memprejudiskan negara.
10. Semua muslihat penindasan terhadap Firma saya dan saya mesti dihentikan. Masih banyak yang perlu dilakukan untuk pemulihan kerugian daripada skandal 1MDB. Demi negara tercinta, Kementerian Kewangan dan agensi-agensi Pasukan Petugas Khas (‘Taskforce’) mestilah bersikap
rasional dan tidak menjejaskan kepentingan negara dengan tindakan, kenyataan dan dakwaan tidak bertanggungjawab yang boleh dijadikan modal oleh pihak lawan.
11. Sebagai seorang patriot, saya tetap komited untuk memberikan segala bantuan yang diperlukan oleh kerajaan untuk menyelesaikan pertikaian 1MDB dan memadam episod memalukan ini daripada sejarah kewangan negara kita.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2023/12/06/sprm-terpaksa-menarik-balik-permohonan-songsang-dan-cacat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kira Dulu Untung Sebelum Balik Undi Di Kemaman

Kira Dulu Untung Sebelum Balik Undi Di Kemaman

papar berkaitan - pada 1/12/2023 - jumlah : 327 hits
Dah invest tentu nak tahu untung ke tidak Eko sistem Quantum Metal sangat mudah dan telus
Makna Di Balik Lokasi Ganjar Dan Mahfud Di Hari Pertama Kampanye

Makna Di Balik Lokasi Ganjar Dan Mahfud Di Hari Pertama Kampanye

papar berkaitan - pada 28/11/2023 - jumlah : 276 hits
Indonesia menghadapi tantangan demokrasi yang sedang tidak baik baik saja
Cerita Di Balik Aksi Bersih Bersih Pandawara Group Enam Bulan Pertama Tak Ada Dokumentasi

Cerita Di Balik Aksi Bersih Bersih Pandawara Group Enam Bulan Pertama Tak Ada Dokumentasi

papar berkaitan - pada 22/11/2023 - jumlah : 270 hits
Pandawara Group mengaku bersyukur karena aksi yang mereka lakukan memberi pengaruh positif kepada masyarakat
Balik Kampung Vlog Pigi Kenduri Membakut Sabah Day 3

Balik Kampung Vlog Pigi Kenduri Membakut Sabah Day 3

papar berkaitan - pada 26/11/2023 - jumlah : 423 hits
Camera yang saya guna shopee link https invol co cladqgj Connect with me http instagram com patrickanohada F
Lara Pernah Menangis Tak Mahu Balik Rumah Scha Al Yahya Akui Tegas Bab Pelajaran Anak

Lara Pernah Menangis Tak Mahu Balik Rumah Scha Al Yahya Akui Tegas Bab Pelajaran Anak

papar berkaitan - pada 4/12/2023 - jumlah : 378 hits
Tanyalah mana mana ibu bab pelajaran sememangnya ibu banyak bertegas dengan anak Sebolehnya ibu mahu anak cemerlang dan mampu menguasai pelajaran dengan baik Begitu juga dengan pelakon dan pengacara cantik manis Scha Al Yahya yang begitu te...
Cara Menghilangkan Rasa Pedas Dengan Cepat

Indonesia Rancang Denda Hingga Us 8 5 Bilion Ke Atas Syarikat Sawit Di Usaha Pemuliharaan Alam

Hiburan Kami Berbincang Antara Keluarga Respon Syed Saddiq Dan Bella Astillah Mengenai Hari Bahagia Jadi Tumpuan

Adun Kuala Perlis Angkat Sumpah Menteri Besar Perlis Baharu

Telecom Tower Catches Fire In Kuala Kangsar

Menyingkap Dunia Nano Minyak Enjin Peranan Penyerakan Neutron Dalam Kimia Koloid

Cari Makan Tengahari Di Ikan Bakar Sabah Jalan Ke Kkia Kota Kinabalu Sabah

Cara Tambah Income Tanpa Modal Besar Strategi Selamat Realistik Untuk Orang Biasa


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Sikap Terbaik Saat Difitnah Antara Sabar Membela Diri Dan Memaafkan

Hang B Lee

5 Langkah Audit Kewangan Peribadi Setiap Hujung Tahun

Panduan Beli Rumah Pertama Tahun 2026

Pas Dan Bersatu Perlu Berpisah

Tarikh Penting Hari Perlawanan 14 Pada Ahad 28 Disember 2025