Ikan Baung Masak Lemak Cili Api



Ibubapa saya tidak pernah nenekankan atau memaksa anak anak perempuan untuk ke dapur. Lagi pulak kami hanya makan masakan dan lauk pauk yang simple sahaja. Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Sebaliknya ibubapa menekankan supaya kami belajar sekolah pandai pandai dan juga penekanan bab mengaji dan solat. Sejak di bangku sekolah, saya tidak disuruh buat kerja kerja dapur. Jika ingin menolong, ianya adalah kerana kehendak sendiri. 

Jadi minat saya pada masakan sejak sekolah menengah rendah lagi bukan didorong oleh sesiapa. Tapi disebabkan minat sendiri lebih lebih lagi melihat gambar masakan dalam majalah. Apalagi kalau resepi yang menpunyai gambar langkah demi langkah. 

Di sekolah saya tidak mengambil subjek sains rumahtangga. Memang tiada pendedahan pada kerja kerja rumah. Menjahit langsung saya tidak pandai. Sejak zaman sekolah selalu berangan nak hidup kaya, ada pembantu rumah yang memasak dan membuat kerja kerja rumah. 

Disebabkan itu juga saya tidak pandai memasak ketika berkahwin. Saya belajar dan menyalin resepi masakan dari negeri negeri lain dari rakan rakan sepejabat. Memasak memerlukan praktis dan praktis. Bila sekali sekala ke dapur, memang tidak akan menjadi dengan sedap. 

Tapi suami saya tidak kisahpun. Dia faham saya seorang isteri dan ibu yang berkerjaya. Dah belajar tinggi tinggi, tak kan lah tak bekerja pula. Ibubapa saya memang mengharapkan saya bekerja dan menpunyai masa depan yang terjamin. Dah bekerja, balik rumah dah penat. Dengan anak yang masih kecil ketika itu, makan di luar lebih menjimatkan dari memasak sendiri di rumah. 

Ketika saya menpunyai pembantu rumah yang bekerja dengan kami selama 18 tahun, saya jarang jarang ke dapur. Hanya sekali sekala saya memasak bila menpunyai majlis di rumah. Itu pun semua bahan disediakan dan saya hanya memasak sahaja. 

Tapi siapa sangka selepas berpindah ke rumah baru, dengan tiada pembantu rumah pula gigih memasak. Maksudnya sebelum memasak, persiapan bahan perlu disediakan sendiri dan selepas memasak juga perlu mengemas sendiri. Lebih tak disangka juga bila saya menjadi seorang food blogger. 

Kesimpulan yang saya buat ialah sesiapa pun boleh pandai memasak. Cuma yang membezakan ialah keutamaan yang diberi dalam hidup. Keutamaan bagi kedua ibubapa saya ialah anak yang berjaya dalam pelajaran dan mendapat pekerjaan yang baik. Begitu juga keutamaan saya pada anak anak saya. Cuma mereka sendiri memang minat dan pandai memasak. OK sekarang kita masuk pula bab ikan sungai iaitu ikan baung.

Sejak kecil saya biasa dengan ikan sungai kerana belakang rumah saya memang ada sungai yang agak besar dan pastinya dalam. Sungai itu juga berarus deras dan memang menpunyai buaya. Di sungai itulah arwah ayah saya mencari rezeki dengan menangkap udang galah menggunakan bubu yang berumpankan isi kelapa yang dibakar.
Walaupun biasa dengan ikan sungai, tetapi saya tidak pernah kenal ikan baung, patin, lais ini semua. Yang saya kenal adalah ikan lampan jawa, ikan puyu, ikan haruan dan ikan keli. Saya juga suka memancing ikan puyu. Tapi saya tak suka makan ikan sungai. 
Cuma kebelakangan ini, asyik melihat kawan kawan di Instagram yang menangkap ikan baung liar atau ada yang menunjukkan masakan ikan baung, menjadikan saya ingin mencuba memasak sendiri. Maka itulah terhasilnya resepi ikan baung masak lemak cili api hari ini.  

Rasanya inilah kali pertama saya makan ikan baung liar. Rasanya memang tidak hanyir. Cuma saya secara jujur, kurang menggemari ikan sungai. Kalau ikan sungai pun, ianya mesti digoreng. Kalau ikan yang dimasak gulai, mesti lauk yang dimasak oleh orang lain. Jika saya memasak sendiri, pasti saya tidak menjamahnya.
Bukan sahaja ikan sungai, ikan laut juga saya suka yang bergoreng atau yang telah direbus atau diperap dengan garam. Mungkin sebab saya dibesarkan seperti itu. Kalau ikan diperap garam kunyit lama, baru digoreng. Jadi saya agak terkejut bila melihat Hubby melumur garam kunyit pada ikan dan terus digoreng. Ketika itu, memasak lauk untuk saya yang sedang di dalam pantang di KL. 

Arwah Bonda saya juga suka memerap ikan duri dengan garam beberapa jam sebelum dimasak gulai. Cuma setelah menetap di KL, barulah saya tahu yang ikan segar sedap rasanya. Sedang tekak saya telah agak sukar untuk makan ikan yang tidak masin isinya. Ya lah kalau di Kelantan, lauk nasi berlauk, semuanya menggunakan ikan rebus yang telah direbus dengan garam semalaman.  

Saya makan bahagian perut ikan yang lembut dan berlemak. Memang sedap. Telur ikan pulak, besar. Kalau anda menpunyai stok ikan baung liar, saya memang syorkan anda mencuba resepi ini. Jika suka masak lemak cili api yang mengandungi tempoyak, boleh klik entri sebelum ini di SINI.

Jom layan resepi di bawah ini dan juga video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Jangan lupa subscribe ya.

Ikan Baung Masak Lemak Cili ApiOleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:1 ekor ikan baung liar1 biji kelapa - santan2 keping asam kepingGaram
Bahan kisar:20-30 tangkai cili api - cili api kampung, lagi sedap2 inci kunyit hidup

Cara cara:Ikan yang disiang dan dibersih, dilumur dengan tepung gandum. Biarkan seketika. Kemudian barulah dibilas bersih.


Masukkan bahan kisar halus ke dalam kuali dan masak sehingga ianya masak dan kering. 

Setelah kering, baru dimasukkan santan cair dan kacau sehingga mendidih dengan api perlahan. 
Masukkan ikan dan asam keping. Masak sambil terus dikacau supaya santan tidak berketul sehingga ikan masak. 

Akhir sekali, tuangkan santan pekat dan terus masak dengan api perlahan sehingga mendidih kecil dan tiada buih dalam kuah. Barulah kuah benar benar masak.
Akhir sekali, masukkan garam. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan. Terus kacau beberapa minit lagi selepas api ditutup supaya kuah cantik dan tidak berketul. 




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aziekitchen.com/2019/03/ikan-baung-masak-lemak-cili-api.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Campur Kacang Buncis

Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Campur Kacang Buncis

papar berkaitan - pada 22/3/2019 - jumlah : 969 hits
Hi korangHari Selasa lepas SA sempat masak lauk Udang Masak Lemak Cili Api SA masih bercuti walau penat sampai dari Cameron Highland lambat aik Cameron Highland ye lajak ke Cameron Highland dari Perlis Dah alang alang kan kata nak bawak Mak...
Masak Lemak Cili Api Udang Bersama Nenas Rasa Manis Udang Dan Masam Nenas Bersatu Wow Sedapnya

Masak Lemak Cili Api Udang Bersama Nenas Rasa Manis Udang Dan Masam Nenas Bersatu Wow Sedapnya

papar berkaitan - pada 17/3/2019 - jumlah : 1279 hits
Kali ini aku buat masak lemak lagi Gulai udang masak lemak cili api bersama nenas Gandingan makanan laut udang bersama nenas bersatu dengan kemanisan dan lemak yang begitu memikat selera Wow sedapnya tak terkata Walaupun aku alergi dengan m...
Langkah Masak Lauk Campak Campak Kuah Singgang Ikan Tenggiri

Langkah Masak Lauk Campak Campak Kuah Singgang Ikan Tenggiri

papar berkaitan - pada 24/3/2019 - jumlah : 862 hits
Dipanggil kuah Ikan Singgang kerana kuahnya berwarna kuning yang dikeluarkan dari kunyit hidup Ni masakan gaya Terengganu yang sedap dimakan dengan budu ulam ulaman dan ikan goreng BAHAN BAHAN Ikan Tenggiri2 biji kunyit hidup Lengkuas 12 ba...
Kecil Kecil Cili Api Faiz Sedia Terus Sarung Jersi Harimau Malaya

Kecil Kecil Cili Api Faiz Sedia Terus Sarung Jersi Harimau Malaya

papar berkaitan - pada 25/3/2019 - jumlah : 304 hits
Kecil kecil cili api Faiz Faiz ketika aksi bersama Selangor menentang Felda baru baru ini PEMAIN Selangor Mohd Faiz Mohd Nasir bersedia untuk terus menyarung jersi skuad Harimau Malaya sekiranya dipanggil pada masa hadapan Bertubuh kecil de...
Jom Cuba 7 Petua Masak Sambal Nasi Lemak Yang Lebih Padu Rasanya

Jom Cuba 7 Petua Masak Sambal Nasi Lemak Yang Lebih Padu Rasanya

papar berkaitan - pada 26/3/2019 - jumlah : 715 hits
Semestinya sambal tumis adalah salah satu jenis lauk yang sangat digemari oleh rakyat Malaysia Walaupun kedengaran mudah bukan semua orang dapat menghasilkan sambal tumis yang lazat dan mengancam lebih lebih lagi pada percubaan pertama Tapi...
Ini 4 Jenis Sambal Ikan Cili Padi Terlajar Sedap Gerenti Makan Tak Cukup Sepinggan

Ini 4 Jenis Sambal Ikan Cili Padi Terlajar Sedap Gerenti Makan Tak Cukup Sepinggan

papar berkaitan - pada 20/3/2019 - jumlah : 833 hits
Sebut je sambal cili padi tidak kiralah untuk apa masakan yang memang terbaik Apa lagi kalau dipadankan dengan apa jenis ikan Cukup asam garamnya memang terangkat sedap biarpun pedas ia tetap menjadi pilihan sebagai hidangan pemikat selera ...
Produk Jenama Azie Kitchen Dan Masak Lemak Daging Salai

Produk Jenama Azie Kitchen Dan Masak Lemak Daging Salai

papar berkaitan - pada 30/3/2019 - jumlah : 696 hits
Saya telah memperkenalkan beberapa produk keluaran By Azie Kitchen dalam Instgaram saya Motivasi utama saya mengeluarkan produk makanan berskala kecil ini ialah memperkenalkan jenama Azie Kitchen untuk produk makanan yang exclusive dan home...
Mekdi Belanja Rider Mcdonald S Malaysia Celebrates 70 000 Delivery Heroes

Coitus In Melaka Disrupted Datuk Claims Hotel Staff Barged In Mid Act Sparks Online Frenzy

Ensuring Benefits For Rakyat With Responsible Use Of Mobile Data

Ringgit Climbs As Trump Ramps Up Pressure On Fed To Cut Interest Rates

Mercedes Benz Will Continue To Offer Combustion Engines After 2030

Ctos Sme Biz Day Brings Digital Gameplan To Johor

Warga Pakistan Rasmi Program Sukan Sekolah

Resipi Lobster Butter Cheese Yang Ringkas Sedap Menu Untuk Sambut Hari Istimewa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Doa Memohon Cinta Allah Kekasih Nya Dan Amal Terbaik

Kata Kata Nasihat Hari Jumaat

Man City Bergaya Bedal Juventus

Lunch Asam Pedas Kepala Ikan Merah Dan Lemak Telur Itik

Jumaat 27 Julai 2025 1 Muharam 1447

Pengkhianat Sabah Hukuman Buang Kerakyatan Mungkin Setimpal