Tak Ada Ijazah Tapi Handal Memasak Mat Sabu Tepis Dakwaan Ijazah Palsu


FMT Reporters
-February 9, 2019 9:20 PM
Mohamad Sabu yang terkenal dengan kemahiran memasak menepis dakwaan dia memiliki ‘ijazah palsu’. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:  Serangan terhadap seorang timbalan menteri berhubung kelayakan akademinya melarat kepada tuduh menuduh di media sosial antara ahli-ahli politik kerajaan dan pembangkang mengenai ijazah universiti mereka.

Antara yang terpalit termasuk Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, Adun Tronoh Paul Yong Choo Kiong dari DAP dan Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin.

Mohamad dituduh memiliki ijazah seni kulinari palsu.

Ketika dihubungi, presiden Amanah itu menepis serangan terhadapnya, mengatakan dia tidak pernah mendakwa memiliki sebarang ijazah universiti.

“Kononnya saya ada diploma atau ijazah kulinari. Dari dulu saya tak pernah sebut,” katanya kepada FMT.

“Sebenarnya saya dibuang ITM (Institut Teknologi Mara),” katanya, tetapi cepat-cepat mengingatkan yang dia handal memasak.

“Mungkin sebab saya handal memasak, jadi orang ingat saya menuntut di kolej,” katanya.

Beliau teringat kata-kata aktivis Hishamuddin Rais, yang menyamakan dia dengan bekas presiden Amerika Syarikat, Ronald Reagan.

“Reagan tak ada ijazah tapi dia pimpin Amerika Syarikat,” katanya.

Sementara itu, ijazah sarjana pentadbiran perniagaan Paul dari Universiti Akamai di Hawaii menjadi perhatian orang ramai di media sosial.

Pengkritik mendakwa institusi itu juga “kilang ijazah” seperti Universiti Antarabangsa Cambridge (CIU) di Amerika Syarikat.

CIU, yang menawarkan kursus dalam talian, menjadi perhatian media baru-baru ini selepas Timbalan Menteri Luar Negeri, Marzuki Yahya dituduh memiliki “ijazah palsu” daripada CIU, dan bukan daripada Universiti Cambridge yang terkenal di serata dunia.

Marzuki nafi pernah mendakwa dirinya lepasan Universiti Cambridge.

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menyerang DAP berhubung kelayakan akademi Paul.

Wee mengingatkan veteran DAP, Lim Kit Siang akan kenyataannya di Parlimen pada 2005, di mana dia menggelar Universiti Amamai “kilang ijazah”.

“Dalam masa sama, Lembaga Akreditasi Negara menyifatkan Akamai sebagai ‘antara universiti meragukan yang sedang disiasat oleh pihak berkuasa’,” katanya.

Zuraida juga tidak terlepas. Ijazah sainsnya daripada Universiti Kebangsaan Singapura (NUS) menjadi perhatian pengguna media sosial, yang mendakwa namanya tiada dalam senarai laman pengesahan ijazah universiti itu.

FMT difahankan pejabatnya akan mengeluarkan satu kenyataan pada malam ini atau pagi esok.

Seorang lagi ahli politik, Menteri Besar Johor, Osman Sapian, enggan menjawab dakwaan dia bukan lepasan jurusan perakauan di Universiti Putra Malaysia


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/02/tak-ada-ijazah-tapi-handal-memasak-mat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Mat Sabu Akui Tidak Pernah Memiliki Ijazah Atau Pun Diploma Terus Terang Dan Jujur

Mat Sabu Akui Tidak Pernah Memiliki Ijazah Atau Pun Diploma Terus Terang Dan Jujur

papar berkaitan - pada 10/2/2019 - jumlah : 988 hits
KUALA LUMPUR 9 Feb Menteri Pertahanan Mohamad Sabu yang turut terpalit dengan kontroversi melibatkan kelayakan akademik kerana didakwa memiliki ijazah seni kulinari palsu tampil membela diri apabila menafikan perkara itu Mohamad malah membe...
Ijazah Palsu Tanda Kerajaan Tidak Begitu Ambil Berat Soal Integriti Dr Maza

Ijazah Palsu Tanda Kerajaan Tidak Begitu Ambil Berat Soal Integriti Dr Maza

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 483 hits
Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin foto IQBAL BASRI KUALA LUMPUR Mana mana kerajaan menyimpan ahli Kabinet yang didapati menipu mengenai latar belakang pendidikannya bererti kerajaan itu tidak begitu mengambil berat soal integriti Demi...
Lepas Dituduh Miliki Ijazah Palsu Laman Wikipedia Marzuki Pula Diedit

Lepas Dituduh Miliki Ijazah Palsu Laman Wikipedia Marzuki Pula Diedit

papar berkaitan - pada 7/2/2019 - jumlah : 545 hits
Timbalan Menteri Luar Marzuki Yahya mencela tindakan pihak tertentu menyunting latar belakang akademiknya di laman Wikipedia Suntingan itu berlaku ketika timbul spekulasi yang mendakwa ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan yang dimiliki...
Perbandingan Menteri Pertahan Asean Mat Sabu Paling Tidak Berkelayakan

Perbandingan Menteri Pertahan Asean Mat Sabu Paling Tidak Berkelayakan

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 398 hits
ASEAN MINISTERS OF DEFENCE 1 General Prawit WongsuwanThailand Minister of Defence Qualifications Saint Gabriel s College Armed Forces Academies Preparatory School Chulachomklao Royal Military Academy 36 years of military service rising up t...
Teruknya Ph Kini Mb Johor Pula Miliki Ijazah Palsu Selepas Marzuki

Teruknya Ph Kini Mb Johor Pula Miliki Ijazah Palsu Selepas Marzuki

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 851 hits
KUALA LUMPUR Isu memiliki ijazah palsu turut terpalit kepada Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian Menurut pelayar Facebook Ops Johor Osman didakwa tidak memiliki Ijazah Perakaunan daripada Universiti Putra Malaysia Kantoi MB Johor miliki ...
Ijazah Mb Johor Osman Sapian Juga Palsu

Ijazah Mb Johor Osman Sapian Juga Palsu

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 481 hits
KUALA LUMPUR 8 Feb Selepas cerita sijil palsu Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya berbahang sampai ke United Kingdom timbul pula berita lebih kurang serupa melibatkan Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian Kali ini orang ramai meragui...
Anda Mungkin Dipecat Sekiranya Menghantar Sijil Dan Ijazah Palsu Kepada Majikan

Anda Mungkin Dipecat Sekiranya Menghantar Sijil Dan Ijazah Palsu Kepada Majikan

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 507 hits
Baru baru ini tular mengenai ijazah dan sijil palsu yang dipalsukan yang dilakukan oleh satu organisasi yang tidak diiktiraf dengan menarik perhatian mahupun menggoda sesetengah pihak untuk mendapatkan kelayakan yang dipalsukan supaya merek...
Marzuki Pertahan Ijazah Tapi Ada Kejanggalan

Marzuki Pertahan Ijazah Tapi Ada Kejanggalan

papar berkaitan - pada 9/2/2019 - jumlah : 696 hits
MALAYSIAKINI Di sebalik serangan dan kritikan Timbalan Menteri Luar Marzuki Yahya tetap mempertahankan ijazah pentadbiran perniagaan yang diperolehinya daripada Cambridge International University Dalam kenyataan hari ini beliau berkata meng...
Mat Sabu Tourists Confident In Sabah S Improved Security Situation

Mat Sabu Tourists Confident In Sabah S Improved Security Situation

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 354 hits
The improving security situation in Sabah is giving foreign tourists more confidence in the state says Defence Minister Mohamad Sabu Mohamad said many foreign tourists especially from China travel to Sabah and bring economic growth to the s...
Sime Darby Property Dan Mini Malaysia Bersatu Memenuhi Hasrat Percutian Untuk Rumah Kasih Harmoni

Buying Semaglutide Online In Canada What You Should Know Before Ordering

Practical Christmas Gifts That Actually Get Used All Year

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Mb Pahang Luangkan Masa Tinjau Keadaan Mangsa Banjir Di Pps Dewan Serbaguna Jaya Gading Nasihat Sentiasa Waspada

Sultan Nazrin Mosques Should Tackle Food Security Environment And Health Challenges

Perlu Monitor Chart Setiap Hari Untuk Untung Kripto

Anggota Khidmat Malaysia Maran Bersama Adun Luit Terus Komited Bantu Mangsa Banjir Menerusi Operasi Cuci Rumah


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Paper Cup Viral Kenapa Rekaan Simple Lebih Menarik Pelanggan

Skuad Harimau Malaya B 23 Tiba Di Suvarnabhumi Misi Mengharumkan Nama Negara

Kejayaan Mihas Shanghai Jualan Melonjak Melebihi Jangkaan

Lirik Lagu Untuk Yang Bersamanya Mahalini

Menteri Kesuma Umum 4 Perkara Berkait Keselamatan Sosial

Juruteknik Didakwa Melakukan Amang Seksual Merakam Video Terhadap 3 Kanak Kanak