Ideologi Tak Sesuai Pas Tak Mampu Menang Di Sabah Kata Penganalisis


freemalaysiatoday.com
Willie Jude
-May 22, 2022 9:00 AM
Dua penganalisis politik berkata, PAS kurang diterima rakyat Sabah disebabkan masyarakat negeri itu yang terdiri daripada pelbagai etnik dan agama, tidak sesuai dengan ideologi politiknya.

KOTA KINABALU: Penganalisis politik berpendapat, PAS tidak mampu memenangi sebarang kerusi di Sabah pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kerana ideologi politiknya tidak sesuai untuk negeri itu.

Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata, buat masa ini, PAS kurang diterima rakyat Sabah kerana ideologi politik parti itu tidak sesuai dengan masyarakat pelbagai etnik dan agama di negeri berkenaan.

Oleh itu, katanya, langkah PAS baru-baru ini menyuarakan hasrat bertanding di Sabah pada PRU15 lebih kepada membina tapak dan menguji penerimaan rakyat di negeri itu.

Beliau juga menjangkakan sebarang rundingan kerusi antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan PAS tidak akan membuahkan hasil kerana ia mungkin menolak penyertaan parti Islam itu disebabkan budaya politik berbeza, selain penolakan akar umbi Sabah sendiri.

“Selagi PAS kurang mesra dengan penyertaan parti bukan Islam, agak sukar untuk mereka diterima, walau apapun yang dilakukan atau ditawarkan mereka kepada pengundi di Sabah. Mungkin boleh (diterima pengundi Sabah) jika PAS mengubah pendekatan dan ideologi mereka, tapi impaknya tidaklah begitu kuat.

“Saya melihat PAS tiada kekuatan di Sabah, kalau ada pun mereka hanya bergantung kepada bendera Perikatan Nasional (PN) yang telah ‘beraksi’ dengan baik pada pilihan raya negeri lalu,” katanya kepada FMT.

Rabu lalu, PAS Sabah dilaporkan berkata, ia mengenal pasti kerusi yang diyakini boleh dimenangi pada PRU15 dan sudah melakukan gerak kerja masyarakat di kerusi terbabit.

Setiausahanya, Aliakbar Gulasan tidak menolak kemungkinan Sepanggar antara kerusi yang disasarkan dan perbincangan mengenai calon pilihan raya kini di peringkat akhir.

Sementara itu, Lee Kuok Tiung dari Universiti Malaysia Sabah berkata, PAS mungkin boleh mendapat sokongan daripada segelintir pengundi Islam, namun tetap sukar untuk pengundi bukan Islam.

Katanya, PAS Sabah juga perlu menetapkan pendirian serta kedudukan mereka terlebih dahulu, sama ada mereka bersama GRS, PN atau gabungan lain.

“Sukar untuk PAS bertapak di Sabah kerana persepsi rakyat di negeri ini yang melihat PAS parti ekstremis Islam, ini menjadi liabiliti kepada mereka (rakyat) terutama dengan kepelbagaian kaum dan agama di Sabah.

“Pada awal lantikan (Setiausaha PAS Sabah) Aliakbar sebagai ADUN dilantik, nampak seperti ada usaha untuk menjadikan PAS Sabah berbeza dengan Semenanjung, tapi lama-kelamaan usaha itu semakin sunyi atau mungkin kurang mendapat publisiti,” katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/05/ideologi-tak-sesuai-pas-tak-mampu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bn Mampu Menang Tanpa Mn Penganalisis

Bn Mampu Menang Tanpa Mn Penganalisis

papar berkaitan - pada 9/5/2022 - jumlah : 310 hits
SHAH ALAM Langkah UMNO untuk tidak meneruskan kerjasama politik bersama Pas menerusi Muafakat Nasional disifatkan relevan susulan sikap pemimpin parti itu Tan Sri Abdul Hadi Awang yang masih mahu bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia dalam...
Kekal Dengan Pn Pas Akan Terima Padah Pada Pru15 Kata Penganalisis

Kekal Dengan Pn Pas Akan Terima Padah Pada Pru15 Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 20/5/2022 - jumlah : 229 hits
freemalaysiatoday com May 20 2022 9 10 AMPAS kalah di kesemua lapan kerusi yang ditandinginya pada PRN Melaka tahun lepas dan hanya memenangi satu daripada 14 pertandingan pada PRN Johor Mac lepas PETALING JAYA Seorang penganalisis meramalk...
Rafizi Terlalu Optimis Peluang Pkr Di Sabah Kata Penganalisis

Rafizi Terlalu Optimis Peluang Pkr Di Sabah Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 271 hits
May 11 2022 Rafizi Ramli berucap dalam sebuah himpunan yang diadakan untuk kempennya sebagai calon timbalan presiden PKR di Kota Kinabalu pada hujung minggu lalu PETALING JAYA Penganalisis menolak ramalan bekas ahli Parlimen Pandan Rafizi R...
Pas Tiada Tempat Dan Sentiasa Bungkus Di Sabah

Pas Tiada Tempat Dan Sentiasa Bungkus Di Sabah

papar berkaitan - pada 23/5/2022 - jumlah : 324 hits
KOTA KINABALU Penganalisis politik berpendapat PAS tidak mampu memenangi sebarang kerusi di Sabah pada pilihan raya umum ke 15 kerana ideologi politiknya tidak sesuai untuk negeri itu Awang Azman Awang Pawi dari Universiti Malaya berkata bu...
Pru15 Mungkin Benteng Terakhir Pn Kata Penganalisis

Pru15 Mungkin Benteng Terakhir Pn Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 10/5/2022 - jumlah : 203 hits
May 10 2022 9 Pengerusi PN Muhyiddin Yassin dilihat sebagai individu paling penting dalam menyatukan puak puak dalam gabungan itu PETALING JAYA Pilihan raya umum ke 15 mungkin menjadi benteng terakhir Perikatan Nasional penganalisis politik...
Henti Serangan Terbuka Pas Umno Bincang Hati Ke Hati Kata Nasrudin

Henti Serangan Terbuka Pas Umno Bincang Hati Ke Hati Kata Nasrudin

papar berkaitan - pada 12/5/2022 - jumlah : 231 hits
freemalaysiatoday com May 11 2022 8 30 PMNasrudin Hassan berkata pemimpin PAS dan Umno perlu berlapang dada dan kembali ke meja rundingan untuk mengadakan perbincangan dari hati ke hati dan kembali memperkukuhkan MN PETALING JAYA Pemimpin P...
Lorrrr Tak Malu Kah Bukan Umno Kata Tak Mau Dah Ka Dengan Pas Pembohong Demi Kuasa Dan Jawatan Kot

Lorrrr Tak Malu Kah Bukan Umno Kata Tak Mau Dah Ka Dengan Pas Pembohong Demi Kuasa Dan Jawatan Kot

papar berkaitan - pada 11/5/2022 - jumlah : 246 hits
PAS tak sedia putus dengan Umno kata mursyidul am May 11 2022 Hashim Jasin berkata rugi sekiranya hubungan PAS dan Umno tidak dipertahankan kerana Muafakat Nasional merupakan formula terbaik untuk menghadapi PRU15 PETALING JAYA Mursyidul Am...
Jangka Hayat Luput Kenderaan Lebih Muatan Punca Jalan Di Sabah Kerap Rosak Kata Datuk Ir Ali Ahmad Hamid

Jangka Hayat Luput Kenderaan Lebih Muatan Punca Jalan Di Sabah Kerap Rosak Kata Datuk Ir Ali Ahmad Hamid

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 215 hits
Editor KEKASIH GELAPMU Jangka hayat jalan yang luput dan kehadiran jentera lebih muatan adalah antara faktor utama jalan raya di Sabah kerap mengalami kerosakan Pengarah Kerja Raya Sabah Datuk Ir Ali Ahmad Hamid berkata kerja penyelengga
Pembangkang Perlu Konsisten Jika Mahu Terus Dipercayai Kata Penganalisis

Pembangkang Perlu Konsisten Jika Mahu Terus Dipercayai Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 223 hits
May 26 2022 Penganalisis politik berkata PH perlu bersaing secara terhormat melawan BN dan parti pembangkang lain pada pilihan raya umum akan datang PETALING JAYA Pembangkang mesti konsisten jika mahu menjadi kumpulan yang berupaya boleh di...
Puluhan Kenderaan Dihempap Simen Konkrit

Brutal Sophistication Cw Zon S Custom Triumph Rocket 3

Ferrari Elettrica Didedahkan Model Elektrik Pertama Dengan Kuasa Melebihi 1 000hp

Malaysia Tewaskan Laos 3 0

Rakyat Malaysia Makin Gemar Membaca Lebih 1 Juta Buku Atas Talian Disediakan Percuma Kpn

Ke Manakah Mungkin Sel Sel Kanser Boleh Pergi Sekiranya Ia Berulang Atau Relapse

Quick Beef Mince Eggplant Recipe

Misteri Identiti Mayat Terapung Dekat Tali Air Cetus Tanda Tanya Warga Seberang Perai


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ahli Politik Venezuela Mar A Corina Machado Dinobat Pemenang Nobel Keamanan 2025

House 258 Cornetta Arquitetura S O Roque Brazil

Mma Welcomes Gp Fee Revision But Rm10 Minimum Disappointing

Easing Malaysia S Ncd Economic Burden The Case For Generics And Biosimilars

Kelantan Folk Put On 1 000 Boat Convoy For Gaza Support

Ratu Seram Era Baharu Sharifah Sakinah Buat Penonton Tak Senang Duduk