Identiti Muhammad Haziq Didedahkan
Fokus tertumpu kepada Muhammad Haziq Abdul Aziz, selepas jejaka berusia 27 tahun itu membuat pengakuan bersumpah bahawa dia memang terlibat dalam aksi seks dalam rakaman sebuah video yang didakwa bersama seorang menteri kabinet
Haziq Abdullah juga adalah setiausaha sulit kanan Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Md Akin. Dia dilantik pada 19 Januari lalu
Dia juga mempunyai sejarah yang lama dengan PKR. Ketika di Universiti Malaya, Haziq menjadi pengasas dan presiden sayap pelajar PKR, Mahasiswa Keadlian, pada tahun 2012 dan masih memegang jawatan itu. Dia juga menyertai Program Mahasiswa Antarabangsa Fulbright
Walau bagaimanapun, tidak banyak yang diketahui mengenai kegiatannya antara 2014 dan 2018
Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa Haziq pada 2016 telah menyatakan hasrat untuk meninggalkan PKR
Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, walau bagaimanapun, berkata parti itu tidak pernah menerima surat daripada Haziq memohon atau memaklumkan untuk meninggalkan parti itu
"Tidak ada rekod dia hantar surat letak jawatan ... jadi namanya kekal dalam (senarai) keahlian parti, " kata Saifuddin ketika dihubungi
Haziq kemudiannya menjadi pelatih menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri. Satu sumber yang rapat dengannya berkata beliau menyertai Nancy pada tahun 2017
Dia juga menjadi sebagai sebahagian daripada anggota kempen pilihan raya Nancy.
Ciapan oleh Ahli Parlimen Batang Sadong pada 1 Mei, menunjukkan Haziq memakai baju "Kamek Milih Nancy" (Saya pilih Nancy), yang juga tertera kata-kata #teamnancyshukri
In any battle, the strength of the team is crucial. I thank my "Team Nancy" ! #BersamaBN #HebatkanNegaraku pic.twitter.com/z4wtybdMEA
— Nancy Shukri (@NancyShukri) May 1, 2018Saifuddin berkata tiada ahli PKR membuat aduan kepada parti berkenaan aktiviti Haziq yang menyertai Nancy, justeru tiada tindakan diambil terhadapnya
Haziq kembali bersama PKR selepas pilihan raya umum ke-14, dan kemudian dipilih ketua pemuda bahagian Santubong
Semasa pemilihan parti, beliau menyokong Najwan Halimi sebagai ketua AMK Sarawak
Haziq memuat naik pengakuannya berhubung video seks atas ranjang itu di Facebook awal pagi ini
Dalam pengakuannya, beliau juga menggesa SPRM supaya menyiasat pemimpin kanan PKR itu yang didakwanya juga terlibat dengan gejala rasuah dan tidak layak menjadi pemimpin
Malaysiakini tidak dapat mendedahkan nama menteri yang didakwa terlibat itu dan sedang cuba menghubunginya untuk mendapatkan komen
Semalam Malaysiakini melaporkan satu rakaman video intim membabitkan dua lelaki ditularkan secara sistematik kepada beberapa wartawan dan anggota parti politik
Beberapa wartawan Malaysiakini dipelawa menyertai dua kumpulan WhatsApp yang dinamakan sebagai “Jemputan Hari Raya ###” dan klip video tersebut dikongsikan di situ
Klip video itu memaparkan dua lelaki berada di atas katil dalam keadaan bogel, melakukan beberapa aksi seksual dengan salah seorang daripadanya kelihatan seperti menyerupai menteri kabinet tersebut
Malaysiakini tidak dapat mengesahkan kesahihan klip video tersebut. - mk
Berminat beriklan di web Addin?Jika berminat sila send ke http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/http://beriklandiwebaddin.wasap.my/
Iklan
>
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.addindeen.com/2019/06/identiti-muhammad-haziq-didedahkan.html