Idea Kemas Buku Sekolah Anak Lebih Sistematik Buku Terjaga Tak Mudah Koyak
Sejak anak memulakan sesi persekolahan awal Mac lalu, ibu bapa antara yang sibuk uruskan keperluan sekolah anak. Dari menyusun buku ikut jadual, ajar anak buat kerja sekolah dan hantar atau ambil anak dari sekolah.
Walaupun dah letak jawatan sebagai guru sementara di rumah, tugasan lain tetap dilakukan seperti biasa. Namun bila anak sekolah ni, jika seorang tiada masalah, bila anak ramai agak kelam kabut sikit.
Jadi untuk nak memudahkan ibu-ibu menyusun jadual buku sekolah anak, perkongsian Lynd Abu Bakar cukup ringkas tapi sangat menyenangkan kerja ibu dan anak.
Dulu masa awal-awal sekolah mama yang decide dan cari idea nak memudahkan urusan mama dan anak-anak kemas buku. Bila kongsi di media sosial macam-macam orang cakap, ada yang setuju dan ada yang kecam.
“Berat beg guna file, kesian anak”
“Nanti anak tak ingat jadual lah”
“Jadual tukar 3-4x setahun lah”
Haihhh lah.. kalau tak kuat memang boleh makan hati jugalah. Tapi kita ni sebagai mak-mak kalau boleh nak mudahkan semua pihak. Apa yang betul kita ikut, yang salah kita tegur.
Tapi sekarang anak dah besar. Yang sulung darjah 5 dah. Mama suruh dia pilih nak guna sistem apa nak pakai mama sediakan.
Yang sulung nak guna file sebab mudah katanya buku tak rosak. Darjah 3 pula tak nak file sebab malas nak kemas bila balik. Dia nak campak je dalam beg. Jagalah kalau ada buku tertinggal atau rosak.
Pocket file tu banyak yang tahun lepas boleh pakai lagi. Jimat sebenarnya kalau beli yang elok sikit. Ada yang murah sikit tu baru berapa bulan dah koyak.
Semoga bermanfaat.
Kredit: Lynd Abu Bakar
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post Idea Kemas Buku Sekolah Anak Lebih Sistematik. Buku Terjaga & Tak Mudah Koyak appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/idea-kemas-buku-sekolah-anak-lebih-sistematik-buku-terjaga-tak-mudah-koyak/