Awas agenda tersembunyi ICERDOleh: Ku Seman Ku HussainAdalah suatu yang pelik lagi mencurigakan apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P Waytha Moorthy bersungguh-sungguh mahu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Ini menggambarkan seolah-olah akan atau telah berlaku diskriminasi kaum dan ICERD sebagai jalan keluarnya. Tunjukkan kaum mana satu menjadi mangsa diskriminasi?Konvensyen ini sebenarnya sudah lapuk dan ketinggalan zaman malah banyak negara tidak membuat ratifikasi tersebut. Ada pemimpin di negara ini pula terhegeh-hegeh mahu menyambutnya. Konvensyen ini sebahagian daripada lakonan Barat seolah-olah menentang diskriminasi tetapi pada masa sama menjadi pemangkin diskriminasi yang memberi faedah kepada Barat.ICERD bukan sahaja tidak bermanfaat malah mendedahkan negara ini pada jerat terma-terma yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Asal usul ICERD adalah Deklarasi Hak Asasi Manusia 1948 beracuan Barat. Lebih daripada itu ICERD sangat lapuk dalam konteks Malaysia yang jauh lebih awal tampil sebagai penentang diskriminasi di pentas dunia.Ketika Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) masih lena dibuai mimpi, Malaysia telah bangkit menentang dasar apartied di Afrika Selatan. Apakah ini bukan penentangan terhadap diskriminasi? Kemudian Malaysia berada di barisan depan menentang pembersihan etnik Bosnia tahun 1990-an dan terbaru kekejaman terhadap etnik Rohingya di Myanmar.Malaysia tidak memerlukan ratifikasi hak asasi manusia yang lapuk seperti ICERD. Lebih menyulitkan apabila pengecualian di sesebuah negara terhadap perkara yang disebut dalam ICERD masih boleh dicabar oleh negara lain supaya digugurkan. Ini mendedahkan kepada satu penjajahan Barat terhadap hal ehwal dalaman negara ini.Persoalan yang belum terjawab ialah kenapa teruja sangat dengan konvensyen yang lapuk ini? Adakah kaum tertentu dinafikan mendapat hak yang sama seperti orang Melayu dan bumiputera? Adakah orang Melayu penindas kejam seperti orang kulit putih di Afrika Selatan?Bukanlah suatu yang mustahil kalau Perkara 153 (Hak-hak keistimewaan orang Melayu), Perkara 152 (Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan), Perkara 89 (Tanah Rizab Melayu) dan Perkara 3(1) (Islam sebagai Agama Persekutuan) dibaca sebagai satu bentuk diskriminasi dalam acuan Barat. Ini merujuk Perkara 2.2 ICERD yang mengungkapkan bahawa segala bentuk diskriminasi kaum mesti dihentikan selepas tempoh masa tertentu.Kalau dilihat dari sudut pandang yang penuh musihat dan berkepentingan, kelihatan orang Melayu diberi kelebihan dan keistimewaan oleh Perlembahaan Persekutuan. |
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |