Hentikan Sekolah Aliran Kaum Sebelum Ratifikasi Icerd Saran Pemuda Amanah



Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Sany Hamzan berpendapat isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) perlu ditangani secara rasional termasuk menghentikan sekolah aliran berasaskan kaum terlebih dahulu.Menurutnya, pendekatan jangka panjang bagi memupuk perpaduan itu membuka ruang lebih luas untuk meningkatkan interaksi antara anak-anak Malaysia dan saling memahami serta menghormati tanpa mengira warna kulit dan keturunan.Mengulas kenyataan Adun Tras, Chow Yu Hui dan Adun Tanah Rata, Chiong Yoke Kong pada 9 dan 11 November lalu berhubung desakan supaya DAP menyokong ratifikasi ICERD, beliau berkata, pelaksanaan sekolah satu aliran dalam pendidikan kebangsaan perlu diteliti terlebih dahulu sebelum meratifikasi konvensyen itu.“Kesediaan untuk meninggalkan warisan kolonial dan politik komunal BN dengan menukar status sekolah beracuan kaum kepada Sekolah Kebangsaan (SK) contohnya adalah selari dengan semangat Malaysia Baharu dan hasrat untuk menghapuskan ‘politik berasaskan prinsip perkauman’ pada masa akan datang seperti yang turut ditekankan Chow Yu Hui.“Langkah memastikan anak-anak Malaysia bersekolah di bawah satu bumbung itu akan dilihat oleh rakyat sebagai satu keputusan yang lebih jujur dalam melihat lahirnya rasa kebersamaan atas semangat bangsa Malaysia bukan lagi didorong perkauman sempit selepas ini,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.Sany yang juga Adun Taman Templer, Selangor berkata, pihaknya memandang serius polemik berlanjutan berkaitan ratifikasi ICERD yang dibimbangi akan tergelincir menyemarakkan sentimen rasisme.Beliau menyifatkan kenyataan Yu Hui dan Yoke Kong yang menegaskan tidak perlunya label ‘Bumiputera’ dan ‘bukan Bumiputera’ dengan mengaitkan Deklarasi Setapak 1967 adalah bercanggah dengan semangat Deklarasi Shah Alam 2012 yang berjaya menampilkan citra DAP sebagai parti tidak cauvinis seperti yang ditohmahkan.“Pemuda AMANAH turut ingin mengingatkan Muafakat PH pada 6 Januari lalu yang antara lain berikrar melaksanakan janji menjunjung unsur tradisi identiti negara iaitu prinsip-prinsip utama Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan, hak setiap individu untuk mengamalkan ajaran agama masing-masing, kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri Sabah dan Sarawak serta hak-hak yang sah untuk semua kaum, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kemuliaan institusi Raja-Raja Melayu,” jelasnya.Sehubungan itu, beliau berharap agar DAP sebagai rakan komponen Pakatan Harapan (PH) bertenang terlebih dahulu bagi memberi ruang kepada kerajaan meneliti pelbagai aspek berkaitan ICERD melalui jawatankuasa teknikal sudah sedia ditubuhkan diketuai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di bawah Jabatan Perdana Menteri.“Rakyat berbilang kaum yang telah memberi kepercayaan kepada PH sebagai parti pemerintah pasca PRU-14 sedang menantikan banyak lagi polisi dan perkara yang perlu disegerakan penyelesaiannya terutama berkaitan usaha menangani bebanan kos sara hidup dan jurang ekonomi dalam masyarakat.“Polemik berlanjutan berkaitan ICERD bukan sekadar memberi peluru kepada musuh politik PH sebagai parti pemerintah yang baharu berusia enam bulan diberi mandat bahkan dibimbangi menebalkan kembali rasa prejudis antara kaum rakyat yang di luar politik kepartian,” tegas Sany lagi. - malaysiadateline.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://celahgelegar.blogspot.com/2018/11/hentikan-sekolah-aliran-kaum-sebelum.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+celahgelegarblogspotcom+%28CELAH+GELEGAR%29

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ketua Pemuda Amanah Hentikan Sekolah Vernakular Sebelum Bercakap Soal Ratifikasi Icerd

Ketua Pemuda Amanah Hentikan Sekolah Vernakular Sebelum Bercakap Soal Ratifikasi Icerd

papar berkaitan - pada 13/11/2018 - jumlah : 390 hits
Ketua Pemuda AMANAH Nasional Sany Hamzan berpendapat isu ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum perlu ditangani secara rasional termasuk menghentikan sekolah aliran berasaskan kaum terlebih d...
Amanah Tolak Ratifikasi Icerd Kerana Bertentangan Perlembagaan

Amanah Tolak Ratifikasi Icerd Kerana Bertentangan Perlembagaan

papar berkaitan - pada 14/11/2018 - jumlah : 340 hits
Parti Amanah Negara menolak cadangan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan Timbalan Presidennya Datuk Salahuddin Ayub berkata r...
Ratifikasi Icerd Jaminan Azmin Ali Pkr Kerajaan Tidak Tunduk Kepada Kuasa Besar

Ratifikasi Icerd Jaminan Azmin Ali Pkr Kerajaan Tidak Tunduk Kepada Kuasa Besar

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 335 hits
Kerajaan tidak akan tergesa gesa meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum Sehubungan itu Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata masyarakat Melayu dan Bumiputera tidak perl...
Mustahil Boleh Ratifikasi Icerd Tanpa Sokongan Umno Pas

Mustahil Boleh Ratifikasi Icerd Tanpa Sokongan Umno Pas

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 366 hits
KONVENSYEN Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum memerlukan sokongan ahli ahli parlimen Umno dan PAS untuk kerajaan melaksanakannya Dalam erti kata lain ICERD tidak akan dapat diratifikasikan sekiranya ahli parlimen dari ...
Ratifikasi Icerd Kenapa Mahathir Kata Hampir Mustahil

Ratifikasi Icerd Kenapa Mahathir Kata Hampir Mustahil

papar berkaitan - pada 19/11/2018 - jumlah : 322 hits
oleh Ab Jalil Backer Jika kerajaan tidak akan meratifikasi ICERD maka Perdana Menteri dengan mudah akan berkata Kerajaan TIDAK akan meratifikasi ICERD Sebaliknya PM berkata almost impossible untuk meratifikasi ICERD Mengapa almost impossibl...
Ratifikasi Icerd Akan Nafikan Kesepakatan Kontrak Sosial Mufti Perak

Ratifikasi Icerd Akan Nafikan Kesepakatan Kontrak Sosial Mufti Perak

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 512 hits
Apa itu ICERD International Convention of the Elimination of All Forms of Racial Discrimination atau Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum Isu ICERD timbul baru baru ini telah memberi reaksi dan pendapa...
Icerd Bukan Melayu Tiada Hak Tuntut Ratifikasi Dr Low Yong San

Icerd Bukan Melayu Tiada Hak Tuntut Ratifikasi Dr Low Yong San

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 545 hits
BANGI 9 Rabiulawal 1440H Sabtu Kaum bukan Melayu tidak mempunyai asas kukuh untuk menyokong serta menuntut apa yang terkandung dalam Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum kata Pensyarah Sains Politik d...
Kerajaan Ph Mesti Laksana Sekolah Satu Aliran Abaikan Saja Dap

Kerajaan Ph Mesti Laksana Sekolah Satu Aliran Abaikan Saja Dap

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 487 hits
28 Safar 1440H Selasa Sudah tiba masanya kerajaan Pakatan Harapan mempertimbangkan untuk melaksanakan sistem persekolahan satu aliran iaitu sekolah kebangsaan selain menilai semula sekolah vernakular dalam usaha membentuk perpaduan kaum di ...
Jumpa Saya Jika Tak Faham Ratifikasi Icerd Kata Mujahid

Jumpa Saya Jika Tak Faham Ratifikasi Icerd Kata Mujahid

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 441 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa menggesa pihak yang tidak faham tentang ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum agar bertemunya untuk mendapatkan penjelasan Menteri di Jabatan Perda...
Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Skills Of Nursing A Guide To Success In The Healthcare Field

Sarawak Enforces New Anti Rabies Vaccination Order

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Dari Sekolah Sam Bestari Subang Jaya Ke Kampus Uia Kuantan Pahang


echo '';
Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11


Trends In The Domain Industry

Ku Sangkakan 2 Je Rupanya

Aktiviti Lawatan Ppim Ke Gardenia Bakeries Bakers Maison Ppim 23 01 2025

Makan Malam Di Dapur Tomyam Kempas Indah

Resipi Nasi Jagung Sedap Ikut Cara Masak Kenduri

Januari 23 2025