Icerd Dan Kedaulatan Negara


Oleh Ruhanie Ahmad



 

KONTROVERSI ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Malaysia pada hari ini mencerminkan tahap kebijaksanaan segelintir Menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan yang gagal memahami konsep kedaulatan negara dan pengurusan keselamatan nasional.

Pencetus kontroversi ini tidak mengetahui, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bukan kerajaan dunia dan resolusi, konvensyen atau protokolnya tidak semestinya dipatuhi oleh negara anggotanya.

Mereka juga tidak menyedari, keputusan PBB mesti dikaji secara menyeluruh oleh negara anggotanya untuk mengelakkan impak negatif kepada nilai-nilai teras, kepentingan survival, kedaulatan dan keselamatan nasional.

Elit tertinggi pemerintahan di negara anggota PBB, termasuklah Menteri dan ADUN, mesti juga insaf, keputusan PBB tidak boleh mengatasi keputusan negara yang berdaulat. Ini kerana konsep dan sistem kenegaraan moden berdasarkan Perjanjian Damai Westphalia (1648) menegaskan, semua negara, besar atau kecil, mempunyai hak yang sama berkaitan kedaulatannya.

Kedaulatan negara juga dijadikan prinsip utama undang-undang antarabangsa yang menegaskan, sesebuah negara mempunyai kedaulatan yang eksklusif ke atas wilayahnya. Ia juga dimaktubkan dalam Kanun PBB bahawa tidak ada suatu autoriti boleh mengizinkan campur tangan mengenai hal ehwal yang dalam bidang kuasa sesebuah negara.

Selain itu, Majlis Keselamatan PBB hanya berfungsi untuk memelihara keamanan, Perhimpunan Agung PBB untuk membincangkan isu dunia, institusi sosioekonomi PBB untuk mewujudkan dunia yang saksama, dan institusi perundangan PBB untuk mengasaskan undang-undang antarabangsa. (Evan Luard 1979, dalam buku The United Nations: How It Works and What It Does).

Oleh itu, PBB tidak boleh mengarahkan negara anggotanya mematuhi atau mengguna pakai segala resolusi, konvensyen atau protokolnya. Hujah ini boleh dijadikan wacana pihak yang sudah mengutip 83,000 undi membantah ratifikasi ICERD, supaya isu ini dibantah secara komprehensif dan menerusi gerakan terancang.

Penentang ratifikasi ini juga wajar menyedari, ICERD yang diluluskan oleh PBB pada 1961 untuk mematahkan gerakan anti-yahudi (antisemitism) pada 1960, berkuat kuasa pada 4 Januari 1969. Ini menunjukkan, ICERD sudah berkuat kuasa 59 tahun dan pendirian Malaysia tidak meratifikasikannya selama ini tidak pernah menimbulkan reaksi negatif.

Lantas, kenapa dan bagaimanakah isu ICERD ditimbulkan dan apa motif rahsia yang diperjuangkan pihak yang memunculkan kontroversi ini? NGO Melayu/Islam perlu menggerakkan bantahan mengenai ratifikasi ICERD berasaskan kemusykilan dan persoalan ini; dan menghalusinya menerusi wacana melibatkan cendekiawan undang-undang, keselamatan dan hubungan antarabangsa.

Persilakan Waytha Moorthy yang memulakan kontroversi ICERD menerusi kenyataannya dalam Bernama pada 28 Oktober lalu, hadir ke wacana itu. Tanya kepadanya, adakah beliau memahami status dan fungsi PBB serta konsep kedaulatan negara; dan fahamkah bahawa pengurusan keselamatan nasional, dasar luar dan hubungan antarabangsa, adalah kuasa Perdana Menteri selaku Ketua Eksekutif Keselamatan Nasional dan Ketua Eksekutif Dasar Luar?

Minta penjelasan, apa maksudnya bahawa “Ratifikasi Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak akan memberi kesan kepada Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan?”

Seterusnya, jika Perkara 153 tidak berkait dengan ratifikasi ICERD, kenapakah Hindraf memfailkan saman di Queen’s Bench Division, High Court of Justice, London, pada 30 Ogos 2007, dan mendesak Perlembagaan Persekutuan diisytiharkan sebagai tidak sah? Kenapakah dalam saman yang sama,

Hindraf mengatakan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan, kononnya bercanggah dengan Deklarasi Hak Manusia Sejagat? Adakah benar usaha meratifikasikan ICERD berkait dengan saman Hindraf mengenai Perlembagaan Persekutuan pada 2007?

Di wacana yang sama, jemput Chow Yu Hui (DUN-Tras) dan Chiong Yoke Kong (DUN-Tanah Rata) yang mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kaitan ratifikasi ICERD dengan Deklarasi Setapak (1967). Cari jawapan dari ADUN DAP ini, apa maksud kenyataannya dalam akhbar (12 November 2018) bahawa “jika parti itu (DAP) mahu menjadi sebuah parti untuk semua rakyat, ia sepatutnya bermula dengan memberi sokongan di Parlimen atau Kabinet untuk meratifikasikan (ICERD)”.

Minta pencerahan mengenai pendiriannya bahawa “Dalam Deklarasi Setapak, pendirian DAP adalah sangat tegas dan kukuh bahawa warganegara Malaysia tidak harus diasingkan dengan label bumiputera dan bukan bumiputera”. Dapatkan jawapan, kenapakah kajian Leon Comber (1983) membayangkan Deklarasi Setapak berkait dengan konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan Lee Kuan Yew pada 1964 hingga 1965.

Kesimpulannya, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyatakan, ratifikasi ICERD akan dihalusi secara bijaksana. Rakyat Malaysia yang prihatin, mesti mendahului proses ini menerusi pendekatan berhemah dan berwibawa.

* DATUK DR. RUHANIE AHMAD ialah lulusan ijazah PhD dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2018/11/icerd-dan-kedaulatan-negara.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Icerd Agenda Dap Untuk Kuasai Negara Kini Tun M Tak Mampu Pertahan Melayu Lagi

Icerd Agenda Dap Untuk Kuasai Negara Kini Tun M Tak Mampu Pertahan Melayu Lagi

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 547 hits
DAP dengan biadap memperbodohkan PPBM di mana Tun Mahathir adalah Pengerusi PPBM Seolah olah Tun Mahathir sangat bodoh walau sudah berpuluh tahun menjadi Perdana MenteriKUALA LUMPUR Ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Se...
Icerd Rugikan Bumiputera Mantan Ketua Hakim Negara Tun Hamid

Icerd Rugikan Bumiputera Mantan Ketua Hakim Negara Tun Hamid

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 512 hits
ICERD atau Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum telah dibuka untuk ditandatangani dan disahkan mulai 21 Disember 1965 dan mula berkuatkuasa pada 4 Januari 1969 Hingga ke hari ini Malaysia tidak mengesa...
Kesan Icerd Pada Agama Iktibar 3 Negara

Kesan Icerd Pada Agama Iktibar 3 Negara

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 599 hits
INI jawapan saya terhadap hujah bahawa ICERD tidak memberi kesan kepada agama Ada setengah pihak mengatakan ICERD tidak melibatkan diskriminasi berdasarkan agama Saya tidak pasti ia adalah hujah ilmiah atau karenah siyasah Saya cenderung un...
Icerd Jangan Beri Hindraf Bangsat Menguasai Negara Ini

Icerd Jangan Beri Hindraf Bangsat Menguasai Negara Ini

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 1993 hits
Sekor kat atas tu ialah kepala hindraf yang memang anti hak Melayu dan Bumiputera Anti kemakmuran yang di kecapi oleh rakyat Malaysia dengan kewujudan dan amalan yang terpelihara di bawah Perlembagaan Itu sebab puak bangsat ni pernah menyer...
Icerd Akan Bawa Malapetaka Kepada Negara Prof Teo Kok Seong

Icerd Akan Bawa Malapetaka Kepada Negara Prof Teo Kok Seong

papar berkaitan - pada 21/11/2018 - jumlah : 344 hits
SHAH ALAM Pakar sejarah dan sosio budaya negara berpandangan kerajaan tidak perlu untuk meratifikasi konvensyen Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum Menurut Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosio Budaya Majlis Profesor Negara Prof D...
Icerd Ancam Keamanan Negara Mufti Pulau Pinang

Icerd Ancam Keamanan Negara Mufti Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 6/11/2018 - jumlah : 352 hits
Kerajaan PH perlu bersikap adil kepada penduduk asal negara iniGEORGETOWN 27 Safar 1440H Isnin Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor menggesa kerajaan supaya tidak terburu buru memuktamadkan ratifikasi Konvensyen Antaraba...
Bagaimana Icerd Mencampuri Urusan Agama Di Negara Islam

Bagaimana Icerd Mencampuri Urusan Agama Di Negara Islam

papar berkaitan - pada 18/11/2018 - jumlah : 411 hits
ICERD Pengajaran dari Qatar Saudi dan IranYusfarizal YusufAda pihak mengatakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum tidak melibatkan diskriminasi berdasarkan agama Saya tidak pasti ia adalah hujah ilm...
Dalil Kerajaan Pakatan Membakul Sampah Kedaulatan Undang2 Negara

Dalil Kerajaan Pakatan Membakul Sampah Kedaulatan Undang2 Negara

papar berkaitan - pada 16/11/2018 - jumlah : 412 hits
Dalil RULE OF THE JUNGLE Pertama Yang Dr Mahathir Gunakan Keputusan menggugurkan kes rasuah Menteri Kewangan Lim Guan Eng tanpa campur tangan Peguam Negara Tommy Thomas di dakwa bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Bekas menteri Tan S...
Icerd Gugat Negara Ph Angkuh Belakangkan Raja

Icerd Gugat Negara Ph Angkuh Belakangkan Raja

papar berkaitan - pada 5/11/2018 - jumlah : 395 hits
KEPUTUSAN PH untuk meratifikasi ICERD adalah sikap unilateral tanpa merundingkannya dengan pelbagai pihak terutama Raja raja Melayu Juga dengan golongan rakyat terbesar sebagai pemegang taruh utama hal ini sebelum pelaksanaan yang bakal men...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Misi 2025 Tingkatkan Kemahiran Untuk Pencapaian Peribadi

A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti