Bagaimana Icerd Mencampuri Urusan Agama Di Negara Islam


ICERD: Pengajaran dari Qatar, Saudi dan Iran
Yusfarizal Yusuf



Ada pihak mengatakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak melibatkan “diskriminasi” berdasarkan agama

Saya tidak pasti ia adalah hujah ilmiah atau kerenah siasah. Saya cenderung bersangka baik. Pun begitu, ia langsung tidak benar

Jawapan saya begini. Sebelum itu, saya mohon maaf kiranya tulisan ini bersifat “teknikal”. Saya menulis untuk memberi faham. Saya cuba berlaku adil kepada semua khalayak

Benar ICERD tidak meletakkan “agama” dalam definisi diskriminasi kaum menurut Artikel 1(1) ICERD. Namun Artikel 5(d)(vii) ICERD mengiktiraf kebebasan pemikiran, kesedaran dan agama sebagai hak yang perlu diberi tanpa diskriminasi berasaskan kaum

Perlu difahami bahawa definisi ini digubal pada sekitar tahun 1960-an. Ia tidak statik dari segi amalan dan konteks

Dalam banyak keadaan dan konteks, agama adalah seiring dengan “asal etnik” atau “kaum”. Sebagaimana Malaysia, Melayu lazimnya Islam, kaum India lazimnya Hindu

Artikel 160 Perlembagaan Persekutuan jelas mendefinisikan Melayu sebagai beragama Islam. Maka Melayu dan Islam berpisah tiada

Jawatankuasa Menghapuskan Diskriminasi Kaum (CERD) adalah jawatankuasa yang ditubuhkan menurut Artikel 8 ICERD yang mempunyai kuasa memantau dan menegur negara ahli tentang isu diskriminasi kaum

Walaupun definisi “agama” tidak dimasukkan secara tersurat dalam ICERD, CERD mengambil kira aspek agama dalam tindakannya. CERD dalam sesi ke 75 pada tahun 2009 melalui “General Recommendation No. 32” menyatakan seperti berikut:
“The principle of enjoyment of human rights on an equal footing is integral to the Convention’s prohibition of discrimination on grounds of race, colour, descent, and national or ethnic origin. The 'grounds' of discrimination are extended in practice by the notion of 'intersectionality' whereby the Committee addresses situations of double or multiple discrimination - such as discrimination on grounds of gender or religion – when discrimination on such a ground appears to exist in combination with a ground or grounds listed in article 1 of the Convention…”
Fokusnya pada ayat: “The grounds of discrimination are extended in practice by the notion of intersectionality whereby the Committee addresses situations of double or multiple discrimination – such as discrimination on grounds of gender or religion”

Jelas ICERD boleh merangkumi asas agama sekiranya digabungkan dengan asas lain seperti perkauman

Doktrin “intersectionality” atau dalam bahasa mudahnya merentas bahagian ini diterima secara formal oleh CERD walaupun agama tiada dalam definisi ICERD

Agama tak didefinisikan secara tersurat, tapi..

Jose A Lindgren Alves, seorang bekas diplomat Brazil – pakar undang-undang antarabangsa – menyatakan dalam artikelnya berjudul “Race and Religion in the United Nations Committee on the Elimination of Racial Discrimination”:
“While racism and religious prejudice are commonly interlinked, they are in essence different phenomena. Past civil rights violations amongst specific groups were mostly based on physical features.It is therefore natural that ICERD, drafted in the 1960s, should not necessarily include religion in the list of elements on which racial discrimination is based. CERD, however, soon noticed that the intersection between racial and religious discrimination was a fact, and little by little devised ways of dealing with it.”
Fokus kepada ayat “CERD, however, soon noticed that the intersection between racial and religion discrimination WAS A FACT, and little by little devised ways of dealing with it.”
Beliau juga menyatakan:
“Of course religion is neither nationality nor ethnic origin, let alone race or colour. But since religion has historically been one of the defining components of ethnicity, and ethnic origin is mentioned as one of the bases of racial discrimination, it is generally considered fitting that CERD should pay attention to the situation of religious minorities.”
Beliau selanjutnya menyatakan:
“Although this activity by CERD is still sometimes objected to on grounds that religion is not race (mostly by experts who share the dominant religion of the state considered), it is becoming commonly accepted by all.”
Fokus kepada ayat “it is becoming commonly accepted by all”

Nazila Ghanea dalam pembentangannya kepada CERD pada tahun 2012 menyatakan tentang “intersectionality” seperti berikut:
“It is submitted that discrimination existing ‘in combination with’ the grounds listed in Article 1 of the Convention in fact allows for a greater flexibility than has been exercised to date by the CERD Committee. In line with existing CERD practice, this would have to primarily be informed by the “self identification”of the claimant, whether of their ethnicity, religion or belief, race or other grounds.”
Fokus kepada ayat “allows for a greater flexibility than has been exercised to date by the CERD Committee”

Terang lagi bersuluh, walaupun “agama” tidak didefinisikan secara tersurat dalam ICERD, ia tetap memberi impak besar kepada kedudukan agama

Qatar boleh dijadikan pedoman. Dalam Laporan CERD 2002, CERD dengan jelas menyatakan seperti berikut:
“As regards the right to equal treatment before the courts, the Committee takes note of the details provided by the delegation on the judicial reforms under way with a view to the establishment of a single jurisdiction for the enforcement of new legislation in areas including civil, commercial and penal law. It would like to know whether, given the current state of legislation, non-citizens and non-Muslims who suffer discrimination and who are entitled to bring proceedings before a civil court can also bring their cases before the Islamic Shariah courts. The Committee also wishes to know to what extent the Convention can be invoked before the civil and Shariah courts, and what rules of the Shariah answer to the requirements of the Convention. It wishes to receive more information about the relationship between the Provisional Constitution of 1972, in particular article 9 guaranteeing equality before the law, and the principles of Sharia as a source of law.”
Urusan kehakiman Qatar
Fokus kepada ayat: “It would like to know whether, given the current state of legislation, non-citizens and non-Muslims who suffer discrimination and who are entitled to bring proceedings before a civil court can also bring their cases before the Islamic Shariah courts”

Ternyata, CERD sudah mencampuri urusan kehakiman Qatar dengan mempersoalkan sistem berkembar sivil dan syariah

Tidakkah ia serupa dengan Malaysia? Bukankah kita bercakap tentang ICERD dan CERD yang sama

Laporan tersebut menyatakan lagi:
“The Committee notes that the State party's legislation does not, in principle, allow members of different religions to inherit from each other; it has learned from the delegation's explanations, however, that a Muslim can draw up a will in favour of a non-Muslim. The Committee emphasizes that such a situation should not result in certain categories of people being excluded from the right to inherit, given the requirements of article 5 (d) (iv) of the Convention.”
Fokus kepada ayat: “The Committee emphasizes that such a situation should not result in certain categories of people being excluded from the right to inherit”

CERD sekali lagi cuba mencampuri perihal faraid dalam Islam yang mempunyai prinsip-prinsip tersendiri

Bukankah ini apa yang saya katakan sebelum ini (dalam tulisan yang lepas) tentang hak faraid dan pewarisan yang bakal dicampuri oleh ICERD? Bukankah ia ICERD dan CERD yang sama

Lihat pula apa kata Laporan tersebut kepada Arab Saudi:
“The Committee is concerned about reports that persons of some racial or ethnic origins are unable to manifest their religious beliefs in the State party. The Committee wishes to receive further information on this issue.”
Fokus kepada ayat: “unable to manifest their religious beliefs in the State Party”

Tidakkah ini mencampuri soal agama dalam sesebuah negara, dan bagaimana takrifan “kepercayaan” dalam sesebuah negara? Sepertimana Malaysia yang mendefinisikan kepercayaan-kepercayaan seperti Syiah, Qadyani sebagai sesat

Tidak cukup dengan itu, lihatlah teguran CERD kepada Republik Iran tentang diskriminasi mereka terhadap Bahai:
“The Committee takes note with concern of the reported discrimination faced by certain minorities, including the Baha'is, who are deprived of certain rights, and that certain provisions of the State party's legislation appear to be discriminatory on both ethnic and religious grounds.”
Fokus kepada ayat: “discriminatory on both ethnic and religious ground”. Bukankah itu menyentuh takrifan Iran tentang kepercayaan yang mereka benarkan atau tidak

Mahu berhujah ICERD tidak jejaskan agama lagi? Saya katakan sebelum segalanya terlambat, bahawa ICERD akan mencampuri dan menjejaskan institusi kehakiman syariah kita, prinsip-prinsip faraid dan pewarisan

Ini termasuk institusi fatwa yang senantiasa mentafsir kepercayaan yang salah dan sesat dalam agama bagi mempertahan keluhuran agama dan keharmonian negara

Sumber : Malaysia kini

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.krissmerah.com/2018/11/bagaimana-icerd-mencampuri-urusan-agama.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Banyak Negara Majoriti Islam Yang Terima Icerd Kit Siang

Banyak Negara Majoriti Islam Yang Terima Icerd Kit Siang

papar berkaitan - pada 22/11/2018 - jumlah : 522 hits
Adakah Hadi mengatakan bahawa hanya 1 daripada 1 9 bilion Muslim boleh dianggap sebagai Muslim sejati kerana semua negara Muslim kecuali Malaysia dan Brunei sudah meraktifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Disk...
Kesan Icerd Pada Agama Iktibar 3 Negara

Kesan Icerd Pada Agama Iktibar 3 Negara

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 582 hits
INI jawapan saya terhadap hujah bahawa ICERD tidak memberi kesan kepada agama Ada setengah pihak mengatakan ICERD tidak melibatkan diskriminasi berdasarkan agama Saya tidak pasti ia adalah hujah ilmiah atau karenah siyasah Saya cenderung un...
Majoriti Ngo Islam Tolak Icerd

Majoriti Ngo Islam Tolak Icerd

papar berkaitan - pada 9/11/2018 - jumlah : 609 hits
Saadiah IsmailSaadiah ismail nstp com myWakil wakil NGO Islam selepas mengadakan pertemuan dengan Mujahid di Putrajaya semalam FOTO Ihsan FB Zainul Rijal Abu BakarMAJORITI pertubuhan bukan kerajaan Islam menolak Konvensyen Antarabangsa Meng...
Icerd Menteri Agama Pun Tak Boleh Harap

Icerd Menteri Agama Pun Tak Boleh Harap

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 690 hits
30 Safar 1440H Khamis Pihak yang menggesa supaya kerajaan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum adalah pengkhianat negara Ketua Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia Farid Hussin berkata masih r...
Apa Hak K Siang Nak Mengajar Orang Islam Mengenai Icerd Presiden Pas

Apa Hak K Siang Nak Mengajar Orang Islam Mengenai Icerd Presiden Pas

papar berkaitan - pada 24/11/2018 - jumlah : 410 hits
MARANG Presiden Pas hari ini menyindir Penasihat DAP Lim Kit Siang yang seolah olah mahu berlagak pandai dengan rumusannya mengenai negara Islam seluruh dunia yang meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminas...
3 Juta Orang Bukan Islam Memeluk Agama Islam Secara Serentak Adakah Islam Akan Mendominasikan Eropah

3 Juta Orang Bukan Islam Memeluk Agama Islam Secara Serentak Adakah Islam Akan Mendominasikan Eropah

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 303 hits
3 Juta Orang Bukan Islam Memeluk Agama Islam Secara Serentak Adakah Islam Akan Mendominasikan Eropah3 Juta Orang Bukan Islam Memeluk Agama Islam Secara Serentak Adakah Islam Akan Mendominasikan Eropah
Hadi Semua Umat Islam Wajib Bantah Icerd

Hadi Semua Umat Islam Wajib Bantah Icerd

papar berkaitan - pada 20/11/2018 - jumlah : 431 hits
Diterbitkan 20 Nov 2018 3 06 petang Presiden PAS Abdul Hadi Awang berkata semua umat Islam wajib menentang cadangan meratifikasi Penghapusan Segala Bentuk Diskrimasi Kaum Jelas Abdul Hadi ratifikasi Icerd akan meletakkan Islam pada keduduka...
Icerd Means Muslims Can Leave Islam

Icerd Means Muslims Can Leave Islam

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 488 hits
In other words the ICERD must be read alongside the Universal Declaration of Human Rights which I believe Malaysia has also not ratified If Malaysia ratifies the ICERD will that also mean the Universal Declaration of Human Rights will also ...
Anwar Senada Dengan Tun M Icerd Cetus Ketegangan Kaum Umat Islam

Anwar Senada Dengan Tun M Icerd Cetus Ketegangan Kaum Umat Islam

papar berkaitan - pada 17/11/2018 - jumlah : 440 hits
Kerajaan tidak perlu terburu buru memeterai Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum kerana mengambil kira kebimbangan mengenai kedudukan Islam Melayu dan bumiputera kata pemimpin utama PKR Anwar Ibrahim ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut