Ibubapa Perlu Terima Guru Rotan Anak


Sistem Guru Online
Sistem Guru Online - "SGO Web Pendidikan No.1 di Malaysia Rujukan Guru, Murid dan Ibu Bapa"

Ibubapa Perlu Terima Guru Rotan Anak kerana pasti hukuman yang dibuat itu bukan satu perbuatan yang sengaja tetapi bersebab iaitu untuk mendidik. Bagi sesetengah ibubapa, mungkin ianya satu perkara yang positif kerana ini bermaksud mereka tahu dan yakin bahawa guru-guru masih prihatin dan mengambil berat terharap anak-anak mereka.
Namun begitu, kita tetap perlu hormati juga pandangan sesetengah ibubapa yang tetap berpendirian bahawa hukuman rotan itu tidak dibenarkan kepada anak-anak mereka. Ya, mungkin kerana mereka memilih didikan sebegitu atas sebab tertentu. Mungkin sebab manjakan anak-anak?
Mari kita baca artikel mengenai pendapat dari Tuan Guru Haji Hadi Awang yang sangat bernas dan membuka mata serta minda kita ini.
Ibubapa Perlu Terima Guru Rotan Anak – Tuan Guru Haji Hadi MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini berkongsi nostalgia dirotan guru ketika zaman persekolahan dan bersyukur kerana tindakan itu berjaya membentuknya menjadi manusia berguna.
Ahli Parlimen Marang itu mengakui beliau dirotan guru dan bapa, Allahyarham Awang Mohamad Abd Rahman kerana nakal.
Justeru beliau menyifatkan tindakan guru merotan anak murid wajar dan perlu dilaksanakan walaupun dalam era moden kerana ia dapat membentuk peribadi mulia dan moral tinggi dalam kalangan murid dan pelajar.
Beliau berkata, pendekatan merotan murid atau pelajar yang degil dan bermasalah perlu demi kepentingan untuk mengajar dan mendidik sejak kecil, tetapi bukan sehingga mencederakan.
Katanya, sikap ibu bapa yang tidak membenarkan anak dirotan walaupun melakukan kesalahan sehingga ada yang menyaman guru, boleh meruntuhkan institusi keluarga seperti di negara barat.
“Ketika saya sekolah dulu, guru dibenarkan merotan, tetapi merotan yang tidak mencederakan seperti diajar Islam. Ketika itu tak jadi kesalahan pun (guru rotan murid). Tetapi sekarang ini guru nak rotan pun tak boleh. Ibu bapa pula saman guru yang merotan.
“Kita kena sedar, nak ubat orang sakit pun, ada yang mudah terima ubat, ada orang sakit payah terima ubat. Ada yang kena letak ubat dalam makanan yang manis baru dia boleh telan, ada orang yang sakit kena paksa makan ubat.
“Jadi kalau pelajar yang jenis kena paksa ini, (tetapi) kita tak paksa, tak bolehlah. Ada anak-anak ini yang kita kena paksa sebab akal dia belum matang. Tetapi kita pula terpengaruh dengan budaya barat yang salah.
“Sekarang ini institusi keluarga di negara barat runtuh. Jadi kita nak ikut mereka ke? Tak boleh. Kita kena balik pada yang asas juga. Islam tak larang rotan anak untuk mendidik, bukan mencederakan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Rusila di sini, hari ini.
Beliau berkata, arwah bapanya dahulu sangat memihak kepada guru dan menyokong sekiranya ada guru yang merotan anak murid kerana ia dilakukan demi kebaikan.
“Ayah saya dahulu ketua masyarakat di sini (Marang). Memang beliau suruh cikgu merotan kalau perlu. Arwah akan marah orang kampung kalau berlaku krisis antara guru dan orang kampung. Beliau akan berpihak kepada guru,” katanya.
Mengakui sering dipaksa ke sekolah kerana menganggap belajar sebagai satu bebanan ketika kecil, Abdul Hadi berkata, sehingga hari ini beliau masih ditegur oleh gurunya jika melakukan kesalahan.
“Ada guru saya yang masih hidup dan melatih saya sampai sekarang. Antaranya, pernah saya jawab soalan pemberita dalam keadaan marah-marah, guru saya tegur kata jangan buat begitu. Walaupun saya sudah tua, ada guru saya yang masih hidup ajar saya jangan buat itu, ini sehingga kini,” katanya.
Sambil mengucapkan Selamat Hari Guru kepada warga pendidik, Abdul Hadi berharap golongan itu akan terus menunaikan amanah dan tanggungjawab mendidik dan membentuk anak bangsa dengan ilmu bermanfaat.
Sumber : https://www.bharian.com.my
Sayang Anak, Tangan-tangankan Mungkin pilihan merotan bukan pilihan terbaik, namun kita tetap perlu mendengar pendapat ramai pihak dan ambil jalan terbaik. Bagi admin, admin bersetuju hukuman rotan ini dijalankan. Ya, bukan sebab admin sebagai seorang guru dan suka menghukum tetapi admin letak diri admin sebagai seorang ibubapa.
Bagi admin, lebih baik anak-anak dididik dengan rotan agar mereka berjaya dengan akhlak yang baik daripada membesar dengan akhlak tidak baik. Nauzubillah.
Apa kata anda?
Ibubapa Perlu Terima Guru Rotan Anak
3,198,047 people


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sistemguruonline.my/2019/05/ibubapa-perlu-terima-guru-rotan-anak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
7 Tahun Pura Pura Meninggal Agar Bolos Mengajar Guru Sd Ini Terima Gaji Hampir Setengah Miliar

7 Tahun Pura Pura Meninggal Agar Bolos Mengajar Guru Sd Ini Terima Gaji Hampir Setengah Miliar

papar berkaitan - pada 13/5/2019 - jumlah : 433 hits
Kematian menjadi hal yang paling ditakutkan untuk sebagian orang Namun bagaimana jika seseorang justru berpura pura mati demi suatu keuntungan Seperti yang dilakukan oleh Guru SD asal Medan yang bernama Demseria Simbolon ini Selama 7 tahun ...
Raikan Anak Yatim Di Bulan Mulia Terima Kasih Mcdonald S Dan Ppz Maiwp

Raikan Anak Yatim Di Bulan Mulia Terima Kasih Mcdonald S Dan Ppz Maiwp

papar berkaitan - pada 20/5/2019 - jumlah : 474 hits
Di bulan yang mulia ini umat Islam memang di tuntut untuk meraikan fakir miskin dan anak yatim menghulurkan bantuan dan memudahkan kehidupan mereka tapi bukanlah semata mata di bulan Ramadhan sahaja di masa yang lain pun perlu juga Cuma di ...
Kpai Temukan Anak Asal Tasikmalaya Diajak Guru Ngaji Ikut Demo 22 Mei

Kpai Temukan Anak Asal Tasikmalaya Diajak Guru Ngaji Ikut Demo 22 Mei

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 216 hits
Komisi Perlindungan Anak Indonesia menemukan sejumlah alasan anak anak ikut dalam aksi demo berujung ricuh pada 21 22 Mei 2019 Salah satunya ajakan para tokoh panutan
Terima Kasih Doakan Jebat Anak Baba Kuat Sharnaaz Syukur Semuanya Dah Selamat

Terima Kasih Doakan Jebat Anak Baba Kuat Sharnaaz Syukur Semuanya Dah Selamat

papar berkaitan - pada 25/5/2019 - jumlah : 476 hits
Anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila Jebat Jayden telah selamat menjalani pembedahan pada Khamis Perkara itu dikongsikan sendiri oleh pasangan terbabit menerusi akaun instagram pasangan ini selepas Jebat selesai prosedur pembe...
Little Fingers Memperkasakan Bonding Antara Ibubapa Dan Anak

Little Fingers Memperkasakan Bonding Antara Ibubapa Dan Anak

papar berkaitan - pada 23/5/2019 - jumlah : 453 hits
Bersama pengasas juga team yang menjayakan Little FingersGOMBAK 18 Mei 2019 Majlis penyampaian hadiah bagi pertandingan Little Journey telah diadakan di Orchard Villa sempena dengan Majlis Berbuka Puasa anjuran Little Fingers Pertandingan L...
Tangisan Sebak Sambut Berita Bahagia Hajat Miliki Anak Cepat Dimakbulkan Fasha Sandha Hamil 3 Minggu

Tangisan Sebak Sambut Berita Bahagia Hajat Miliki Anak Cepat Dimakbulkan Fasha Sandha Hamil 3 Minggu

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 386 hits
Setelah dua bulan berumahtangga bahagiannya makin dirasai buat pasangan ini Fasha Sandha akhirnya kini berbadan dua Lebih manis lagi apabila aktres ini memberikan kejutan kepada suaminya aktor Aidil Aziz dalam satu sesi fotografi Sebuah pen...
Mama Ayah Sentiasa Merinduimu Anak Syurga 21 Hari Beri Petanda Anak Yang Dinanti Nantikan Pergi Jua

Mama Ayah Sentiasa Merinduimu Anak Syurga 21 Hari Beri Petanda Anak Yang Dinanti Nantikan Pergi Jua

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 587 hits
Tiada apa yang lebih menyedihkan daripada kehilangan orang tersayang Perginya tidak kembali tetapi kenangan segar di sanubari Bagi ibu bapa melihat anak membesar adalah segala galanya Apatah lagi jika kehadirannya dinantikan bertahun Namun ...
Anak Buah Menteri Susi Kembali Tangkap Kapal Ilegal Berbendera Filipina

Anak Buah Menteri Susi Kembali Tangkap Kapal Ilegal Berbendera Filipina

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 218 hits
Agus memaparkan kapal ikan yang memiliki nama FBCA King Vincent Jhon itu dinilai melakukan pelanggaran yaitu menangkap ikan di WPP NRI tanpa dilengkapi dokumen izin dan dikategorikan melakukan illegal fishing
Lim Kit Siang Ultra Cina Dap Bukan Anak Jati Malaysia

Lim Kit Siang Ultra Cina Dap Bukan Anak Jati Malaysia

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 840 hits
Lim Kit Siang yang lahir di Funan negara China datang ke Tanah Melayu dengan bapak dia di tahun 1957 Mereka dapat ehsan dari orang2 Melayu di Batu Pahat Johor Umur Lim Kit Siang masa tu 16 tahun Mula2 bapak Lim Kit Siang cuma ternak ayam je...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Razer Umum Koleksi Squid Game