Ibu Yang Berjuang Untuk Anaknya Sokong Penyusuan Ibu Atta Halilintar Tak Kisah Aurel Hermansyah Berisi
Satu hal yang paling ditakuti ibu-ibu selepas bersalin pastinya kenaikan atau penurunan berat badan yang berlaku selepas melahirkan anak.
Mahu lekas kembali langsing seperti sebelum mengandung. Itu sudah semestinya impian bagi semua ibu yang melahirkan anak. Namun tidak semua impian itu terlaksana, apatah lagi bagi ibu yang menyusukan anak.
Penyanyi yang juga anak kepada penyanyi tersohor Indonesia, Kris Dayanti iaitu Aurel Hermansyah turut sama terkena tempias wargamaya yang mula mempersoalkan bentuk badannya selepas melahirkan cahaya mata sulungnya, Ameena Hanna Nur Atta.
Kata segelintir netizen, Aurel kelihatan berisi selepas melahirkan anak sulungnya.
Suami Aurel yang juga personaliti media sosial, Atta Halilintar bengang apabila ada segelintir netizen mempersendakan bentuk badan isterinya, Aurel Hermansyah yang dikatakan semakin berisi.
MENARIK:
Rezeki Terindah Dulu Ibu Sarat Bawa Perut Kini Bayi Kembar 3 Selamat Dilahirkan!
Suami Nakkan Yang Terbaik, Bukan Dayus, Suami Berkorban Lebih Dari Mampu Untuk Persiapan Isteri Bersalin!
Tak Berbaloi Stress Melampau, Rutin Simple Ni Buat Emosi Ibu Lebih Baik, Ubahlah!
Bagi Atta isu tersebut tidak perlu dijadikan bahan jenaka memandangkan isterinya itu baru sahaja melahirkan anak pertama mereka pada Februari lalu dan kini masih dalam tempoh menyusu badan.
“Yang menghina itu lahir dari mana? Mereka juga lahir dari rahim seorang ibu. Pasti ibu mereka juga seperti itu dahulu.
“Jika seorang ibu yang berjuang untuk anaknya dan diperkatakan begitu, ia adalah tidak bagus. Mother shaming itu tidak elok dan ia sangat sensitif,” jelasnya.
Tidak hanya Atta, bahkan katanya lagi, isteri tersayangnya itu turut bersedih dan terasa hati apabila menerima kata-kata sindiran sebegitu.
Akui Atta, dia sentiasa menyokong Aurel dan tidak mempedulikan kata-kata orang ramai mengenai tubuh berisi isterinya malah menyokong kegigihan Aurel untuk menyusukan anaknya.
Terdahulu, Atta dan Aurel mendirikan rumah tangga pada 4 April 2021. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Ameena Hanna Nur Atta.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Klik DAFTAR segera di https://toko.ideaktiv.com/product/gathering-mama-hamil-menawan-pama-x-numom/
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post “Ibu Yang Berjuang Untuk Anaknya” Sokong Penyusuan Ibu, Atta Halilintar Tak Kisah Aurel Hermansyah ‘Berisi’! appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/ibu-yang-berjuang-untuk-anaknya-sokong-penyusuan-ibu-atta-halilintar-tak-kisah-aurel-hermansyah-berisi/