Ibu Terkejut Anak Hidap Penyakit Sinus Kronik Sangka Anak Demam Selesema Biasa


Ibu terkejut anak hidap penyakit sinus kronik, sangka anak demam, selesema biasa. Mulanya seorang ibu menyangka anaknya mengalami demam dan selesema biasa. Namun sangkaan itu meleset.
Ibu Terkejut Anak Hidap Penyakit Sinus Kronik, Sangka Anak Demam, Selesema Biasa Bukan hanya sedih, suri rumah, Aimie Nadia Zahruddin sangat terkejut dan sedih apabila mendapati anaknya menghidapi penyakit Sinusitis atau radang pada rongga sekitar saluran hidung tahap kronik hingga membahayakan nyawa.
Nur Faziqqyah Alina yang ketika ini dimasukkan ke hospital kerana penyakitnya. Nur Faziqqyah Alina yang ketika ini dimasukkan ke hospital kerana penyakitnya.
Aimie Nadia, 33, berkata, anaknya, Nur Faziqqyah Alina Mohd Faizul, 8, sering mengalami demam, selesema dan kegatalan pada bahagian hidung sebelum disahkan doktor menghidap penyakit kronik Sinusitis.
“SEBELUM INI MEMANG ADA PERASAN DIA SELALU GARU HIDUNG, KALAU DEMAM DAN SELESEMA SAMPAI SEBULAN DUA KALI. SAMPAILAH 28 JANUARI BARU-BARU INI, ANAK MENGADU DEMAM, SAKIT KEPALA DAN SAKIT DI BAHAGIAN KENING.
“Saya dan suami mula bawa ke klinik berdekatan, kemudian doktor nak rujuk kepada hospital. Ketika itu matanya sudah bengkak sebelah kiri dan ini kali pertama jadi seperti itu.
“Pada 31 Januari, dia dimasukkan ke hospital dan ketika itu matanya sudah membengkak sampai ke dahi dan sampai satu tahap mata sebelah kanan juga membengkak. Bukan itu sahaja, ada ketika yang anak cakap dia nampak mama ada tiga, bermaksud penglihatannya juga terganggu,” katanya.
Keadaan Nur Faziqqyah Alina sebelum melakukan pembedahan dengan keadaan mukanya yang semakin teruk. Aimie Nadia (kanan) dan anaknya Nur Faziqqyah Alina (kiri). (Gambar kanan: Nur Faziqqyah Alina yang menghidap penyakit Sinusitis atau radang pada rongga sekitar saluran hidung tahap kronik.)
Aimie Nadia yang menetap di Johor Bahru itu berkata, doktor memberitahu keadaan itu berlaku kerana ketiga-tiga bahagian sinus atau rongga bahagian sekitar hidung anaknya telah bernanah.
Jelasnya, pembedahan terpaksa dilakukan dengan kadar segera untuk menyedut buang cecair nanah agar tidak merebak ke bahagian otak.
“Doktor ada cakap kalau lambat untuk pembedahan, takut nanah akan merebak ke otak, kalau nanah sudah merebak ke otak lagi bahaya… boleh pulih tetapi mungkin keadaan tak akan sama.
“Penyakit ini merebak dengan sangat cepat, bayangkan dalam masa empat hari sahaja sudah membengkak dengan banyak,” ujarnya.
Berkongsi mengenai keadaan anaknya ketika ditimpa penyakit itu, Aimie Nadia berkata, Nur Faziqqyah Alina seperti kemurungan dan tidak dapat menerima kenyataan keadaan mukanya membengkak sebegitu.
Aimie Nadia (kanan) dan anaknya Nur Faziqqyah Alina (kiri). (Gambar kanan: Nur Faziqqyah Alina yang menghidap penyakit Sinusitis atau radang pada rongga sekitar saluran hidung tahap kronik.) Keadaan Nur Faziqqyah Alina sebelum melakukan pembedahan dengan keadaan mukanya yang semakin teruk.
“Saya nampak dia banyak diam, kemudian dia cakap, kenapa muka adik macam ini… adik tak mahu muka macam ini.
“Sebagai ibu, saya tak tipu saya banyak menangis, risau tengok keadaan dia macam itu. Saya tidak menyalahkan takdir cuma saya salahkan diri sebab leka. Kenapa masa dia garu hidung, demam banyak kali saya tidak periksa betul-betul?” tambahnya.
Berkongsi mengenai keadaan anaknya sekarang, Aimie Nadia berkata, doktor berjaya mengeluarkan cecair nanah yang berada pada muka Nur Faziqqyah Alina dan bengkaknya juga sudah beransur pulih.
Ibu kepada tiga anak itu turut berkongsi nasihat terhadap ibu bapa agar tidak mengambil mudah kesihatan anak-anak walaupun mereka hanya mengalami demam biasa.
“Jangan sambil lewa tambah lagi sekarang macam-macam penyakit. Mungkin anak demam biasa tetapi kena ambil tahu juga, jangan leka dan rajinkan membaca,” ujarnya.
Sumber: Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Masalah Pada Mulut, Tekak & Sinus Punca Mulut Anak Berbau, Kena Rujuk Doktor Segera!
Baguslah Anak Suka Pantai! Air Laut Boleh Kuatkan Sistem Imun, Atasi Demam Dan Sinus
 

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
 
 
 
The post Ibu Terkejut Anak Hidap Penyakit Sinus Kronik, Sangka Anak Demam, Selesema Biasa appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-terkejut-anak-hidap-penyakit-sinus-kronik-sangka-anak-demam-selesema-biasa/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saiful Apek Terkejut Terkedu Dapat Tahu Diri Anak Angkat Ketika Dihalang Cium Jenazah Ibu

Saiful Apek Terkejut Terkedu Dapat Tahu Diri Anak Angkat Ketika Dihalang Cium Jenazah Ibu

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 119 hits
Ahli kumpulan pelawak lagenda Saiful Apek terkejut apabila mengetahui dirinya merupakan anak angkat pada hari kematian ibunya Dalam perkongsian di Dol s Podcast Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff akui terkedu dengan kenyataan tersebut keti...
Ibu Anak 6 Oku Mental Dedah Emosi Sebenar Mujur Suami Terus Setia Terima Seadanya

Ibu Anak 6 Oku Mental Dedah Emosi Sebenar Mujur Suami Terus Setia Terima Seadanya

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 129 hits
Viral perkongsian seorang ibu yang juga OKU mental namun tetap tabah menjalani kehidupan Perkongsian ini dari Facebook Noor Azlin Mohamad di sebalik ujian berat yang dihadapinya beliau berjaya mengimbangi peranannya sebagai ibu kepada 6 ana...
Ibu Dua Anak Dibunuh Disumbat Dalam Bagasi Merah Gara Gara

Ibu Dua Anak Dibunuh Disumbat Dalam Bagasi Merah Gara Gara

papar berkaitan - pada 28/1/2025 - jumlah : 95 hits
Astro AwaniBerita pembunuhan Uswatun Khasanah di media Indonesia JAKARTA Mayat seorang wanita dijumpai dalam keadaan mengerikan dengan tubuhnya dikerat kerat dan dimasukkan ke dalam bagasi berwarna merah dalam kejadian menyayat hati baru ba...
Anak Lasak Wanita Ini Kongsi Elak Jadi Ibu Baran

Anak Lasak Wanita Ini Kongsi Elak Jadi Ibu Baran

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 63 hits
Menjadi ibu bukan tugas yang mudah Setiap hari ada cabaran dari mengurus anak anak hingga memastikan rumah dalam keadaan baik Kadang kadang keletihan dan tekanan buat kita mudah naik marah Tapi adakah kita perlu jadi ibu yang sempurna Atau ...
Almy Nadia Bawa 5 Anak Dara Ke Salon Momen Penuh Ceria Semua Cantik Iras Ibu

Almy Nadia Bawa 5 Anak Dara Ke Salon Momen Penuh Ceria Semua Cantik Iras Ibu

papar berkaitan - pada 29/1/2025 - jumlah : 90 hits
Suasana meriah dan penuh gelak tawa jelas terpancar dalam video terbaru yang dikongsi oleh pelakon Datin Almy Nadia di media sosial yang juga merupkan isteri kepada pelakon Dato Mohd Fairuz Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Fizz Fai...
Khasiat Kembang Semangkuk Turunkan Suhu Badan Anak Demam Legakan Batuk

Khasiat Kembang Semangkuk Turunkan Suhu Badan Anak Demam Legakan Batuk

papar berkaitan - pada 4/2/2025 - jumlah : 67 hits
Khasiat kembang semangkuk turunkan suhu badan anak demam legakan batuk Kembang semangkuk mungkin bukan nama yang asing dalam dunia perubatan tradisional Khasiat Kembang Semangkuk Turunkan Suhu Badan Anak Demam Legakan Batuk Kembang semangku...
Ibu Kandung Pukul Anak Sampai Mati Dipenjara 3 Tahun

Ibu Kandung Pukul Anak Sampai Mati Dipenjara 3 Tahun

papar berkaitan - pada 23/1/2025 - jumlah : 110 hits
BernamaKUALA LUMPUR Ibu kandung dipenjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen Ampang selepas mengaku bersalah memukul anak lelakinya berusia enam tahun sehingga meninggal dunia dua minggu lalu Hakim Norshila Kamarudin memerintahkan tertuduh ber...
Anak Autisme Jangan Panik Ayah Ini Kongsi Langkah Yang Ibu Bapa Boleh Ambil

Anak Autisme Jangan Panik Ayah Ini Kongsi Langkah Yang Ibu Bapa Boleh Ambil

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 101 hits
Autisme bukan sekadar kelewatan perkembangan tetapi satu spektrum yang mempengaruhi cara seseorang berfikir berkomunikasi dan berinteraksi dengan dunia sekeliling Setiap anak ASD adalah unik dengan tahap kemampuan dan cabaran yang berbeza y...
Risiko Penyakit Kronik Kanser Akibat Penggunaan Minyak Masak Berulang

Risiko Penyakit Kronik Kanser Akibat Penggunaan Minyak Masak Berulang

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 87 hits
Pernah terfikir apa yang berlaku bila kita guna minyak masak berulang kali Walaupun nampak seperti langkah berjimat tindakan ini sebenarnya mengundang bahaya besar kepada kesihatan kita Kenyataan mengenai bahaya minyak masak terpakai yang d...
Hari Terbuka Putrajaya 2025 Jadual Acara Peta Lokasi

Zakir Had Perlis Mufti S Permission To Give Ceramah

Time For A Harmony Committee To Deal With Racial Religious Issues

Applications Of Waterproof Toggle Switches From Marine To Outdoor Use

Lirik Lagu Tema Visit Malaysia 2026 Surreal Experiences

Zakir Berucap Di Perlis Lepas Dapat Izin Mufti

Strategic Partnerships For Startups

Authorities Close Box Printing Firm After Pollution Found


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya


On The U S A I D Chopping Block Elephants Tigers And Coral Reefs

Ronda Ronda Aeon Tebrau City Petang Jumaat

Pm Anwar Lawat Ampang Batu Caves Hari Ini

Siapa Punya Csa Academy Nih

Titah Ucapan Kdymm Spb Ydpa Sultan Ibrahim

Background Check Services Malaysia How They Protect Your Business