Ibu Anak 6 Oku Mental Dedah Emosi Sebenar Mujur Suami Terus Setia Terima Seadanya


Viral perkongsian seorang ibu yang juga OKU mental, namun tetap tabah menjalani kehidupan. Perkongsian ini  dari Facebook Noor Azlin Mohamad, di sebalik ujian berat yang dihadapinya, beliau berjaya mengimbangi peranannya sebagai ibu kepada 6 anak dan juga seorang isteri yang setia.
Noor Azlin Mohamad merupakan seorang wanita yang memiliki pendidikan tinggi, termasuk ijazah dan pernah menyambung pengajian di peringkat sarjana. Walaupun mempunyai potensi besar, beliau memilih untuk bekerja dari rumah sebagai admin kumpulan Telegram, menjalankan affiliate, dan Adsense, sesuai dengan tahap kesihatannya.
Hidupnya tidak selalu indah. Sebagai pesakit OKU mental, beliau kerap melalui episod sukar, termasuk gangguan emosi dan tingkah laku. Namun, di sisi beliau sentiasa ada suami yang penyayang dan memahami, yang sentiasa memberikan sokongan dan bantuan. Perkongsian yang sungguh inspirasi untuk memberitahu bahawa kehidupan ini penuh cabaran namun semangat untuk berjuang untuk keluarga dan kasih sayang  itu menjadikan diri kuat untuk terus melangkah.

Saya OKU mental. Saya juga ibu kepada 6 orang anak. Ada degree, pernah ambil master. Sekarang saya bekerja online sahaja dari rumah.
Pendapatan saya dari jadi admin group telegram, affiliates dan adsense. Jumlahnya tidak besar mana kerana saya bekerja waktu saya sihat sahaja.
Saya tahu keadaan saya tidak boleh dijangka. Suami saya kenal saya sejak saya umur 20 tahun. Perkahwinan kami sudgah masuk 19 tahun.
Suami saya tidak pernah kurun saya. Tidak pernah larang saya nak cuba apa-apa. Saya yang lebih selesa berada dan bekerja dari rumah sahaja.
Walaupun dalam rumah, saya kerja online, jadi memang akan terdedah bacaan atau video yang menganggu emosi. Ada juga trigger kerana anak-anak buat perangai, biasalah tu.
Mengamuk dan terbalikkan barang? Ada.
Jerit-jerit dan menyumpah pun ada. Saya rasa jiran-jiran saya dah biasa dengar. Itu waktu sakit saya datang, waktu sihat macam orang normallah.
Pernah sahaja saya buka pintu kereta dan nak terj*n, tarik stereng kereta, jalan kaki jauh-jauh sampai letih. Tapi masa tu memang tak boleh control. Marah, bengang, sedih, semua emosi negatif tu berpusing-pusing.

Saya selalu kaji bila lihat orang OKU fizikal. Mudah orang ramai nak faham. Tapi tak mudah bagi mereka dan penjaga mereka juga. Tapi orang faham, simple. Awak OKU.
Tapi bila OKU mental ni susah. Ujian besar buat pesakit dan juga penjaga. Ada waktu dia sihat, ada waktu dia tak sihat. Nak kurung? Lagi tak sihat jadinya terus duduk dalam dunia sendiri.
Nak ikut selalu? Bukan mudah. Siapa yang nak teman selalu tu? Saya ada suami, dia pun kerja dari rumah juga buat printing. Saya sakit dia kena tutup kedai. Saya nak ke mana-mana dia bawa.
Tapi, saya pun ada cita-cita, saya nak sambung belajar (lagi) nak juga berdikari. Sebenarnya bila ada rasa macam tu jadi lagi sihat. Tapi masalahnya orang tengok kita sihat ingat dah sembuh terus.
Manusia bukan barang, bukan haiwan. Kalau barang sekejap rosak sekejap okay kita simpan dalam stor. Kalau haiwan kita kurung. Ini manusia.
Ada ke sesiapa minta diuji sakit mental ni? Bukan semua orang sakit mental sebab tekanan. Ada sebab kemalangan, sebab buatan orang pun ada.
Suami saya banyak bantu saya uruskan rumahtangga, uruskan anak-anak. Dia mampu buat, dia teruskan. Dia tak mampu, dia rehatlah. Allah melihat usaha kita.
Saya gembira, bahagia Alhamdulillah.
Ada waktu saya menangis tiba-tiba dan rasa serabut sangat. Alhamdulillah semuanya ujian Allah bagi. Allah bagi saya rasa lebih dan kurang.
Doakan mereka yang diuji sakit mental ni bertambah sihat. Berikan sokongan dan dorongan. Bantu apa yang boleh. Jaga tutur kata kita, benda ni bukan kelakar pun.

Malu? Buanglah jauh-jauh perasaan malu tu. Jangan malu ada pasangan OKU mental. Ada anak atau keluarga yang macamni adalah peluang nak buat pahala.
Malu apa Allah yang jadikan, ada hikmah dan ganjaran untuk mereka yang diuji.
Saya selalu mengaku saya sakit mental. Sampai dipesan jangan cakap nanti orang pandang serong. Biarlah, dia pandang serong nanti dia yang jatuh. Kita pandang tegaklah.
Pandanglah semua mereka yang diuji dengan belas ihsan. Jadi OKU mental bukan dapat tiket emas. Waktu galau, dunia ni tiada makna apa-apa.
Bila ia hilang dan kau mula berpijak bumi nyata, kau rasa bahagia tu datang bagai angin bayu yang menghembus lembut ubun-ubun.
Kami diuji, kamu juga diuji. Cuma yang terbuka hatinya akan dapat belajar sesuatu.
Sumber: FB Noor Azlin Mohamad
The post Ibu Anak 6, OKU Mental, Dedah Emosi Sebenar, Mujur Suami Terus Setia Terima Seadanya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/ibu-anak-6-oku-mental-dedah-emosi-sebenar-mujur-suami-terus-setia-terima-seadanya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Dua Anak Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata Pasangan Suami Isteri Maut Apabila Kereta Bertembung Treler

Hiburan Dua Anak Jadi Yatim Piatu Sekelip Mata Pasangan Suami Isteri Maut Apabila Kereta Bertembung Treler

papar berkaitan - pada 2/2/2025 - jumlah : 144 hits
Sepasangan suami isteri maut dalam kemalangan jalan raya yang tragis apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler Menurut laporan kejadian tersebut berlaku di lokasi KM 3 Jalan Gua Musang Kuala Krai dalam laporan awal Ad...
Suami Isteri Warga Emas Maut Kereta Terbabas Masuk Anak Sungai

Suami Isteri Warga Emas Maut Kereta Terbabas Masuk Anak Sungai

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 112 hits
Omar Ahmadam hmetro com myDua warga emas maut maut dalam kemalangan di Jalan Mersing Endau Kampung Bukit Buruk tengahari tadi FOTO IHSAN BOMBAMersing Pasangan dipercayai suami isteri maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan ...
Baby Faleeq Bayi Kepada Ibu Meninggal Dunia Dalam Tidur Terima Ibu Susuan Percaturan Allah Hebat

Baby Faleeq Bayi Kepada Ibu Meninggal Dunia Dalam Tidur Terima Ibu Susuan Percaturan Allah Hebat

papar berkaitan - pada 15/1/2025 - jumlah : 122 hits
Seorang bayi kepada ibu yang tular kerana meninggal dunia dalam dalam dakapan suaminya sebaik selesai menyusukan anaknya kini menemui ibu susuan yang baru Difahamkan wakil keluarga wanita berkenaan meminta bantuan mana mana wanita untuk men...
Ibu Bergadai Nyawa Selamatkan Anak Kena Belit Ular Sawa

Ibu Bergadai Nyawa Selamatkan Anak Kena Belit Ular Sawa

papar berkaitan - pada 16/1/2025 - jumlah : 127 hits
KOSMOPenduduk tempatan membawa bangkai ular sawa sepanjang enam meter TribunnewsJAKARTA Seorang remaja perempuan di Indonesia nyaris terbunuh selepas dibelit seekor ular sawa gergasi di sebuah kawasan kebun lapor portal berita Tribunnews se...
Ibu Tiga Kali Buat Laporan Polis Dakwa Anak Dipukul Guru

Ibu Tiga Kali Buat Laporan Polis Dakwa Anak Dipukul Guru

papar berkaitan - pada 21/1/2025 - jumlah : 106 hits
BernamaAiza Salzul Hanira mendakwa kejadian disedari pada 9 Sept tahun lepas selepas mengambil anaknya yang berusia enam tahun daripada sebuah sekolah dekat Jelapang Gambar BernamaIPOH Seorang ibu membuat tiga laporan polis mendakwa anaknya...
Ibu Kesal Anak Di Dera Guru Pra Sekolah Hingga Trauma Datang Sekolah

Ibu Kesal Anak Di Dera Guru Pra Sekolah Hingga Trauma Datang Sekolah

papar berkaitan - pada 20/1/2025 - jumlah : 166 hits
Ibu kesal anak di dera guru pra sekolah hingga trauma datang sekolah Seorang wanita mendakwa anak lelakinya berusia enam tahun mengalami trauma akibat didera seorang guru wanita di sebuah pra sekolah di Jelapang Ipoh sejak September lalu Ib...
Parenting Summit 2025 Meriah Bekalan Ibu Ayah Membesarkan Anak Hebat

Parenting Summit 2025 Meriah Bekalan Ibu Ayah Membesarkan Anak Hebat

papar berkaitan - pada 17/1/2025 - jumlah : 168 hits
Julung julung kali diadakan Parenting Summit Himpunan Ibu Bapa dan Pendidik Hebat 2025 pada Sabtu lalu di De Palma Hotel Shah Alam telah berlangsung dengan jayanya Seminar yang menghimpunkan lebih seribu penyertaan ini dianjurkan oleh Pa Ma...
Suami Reda Pemergian Isteri Sempat Pesan Jaga Anak Autisme

Suami Reda Pemergian Isteri Sempat Pesan Jaga Anak Autisme

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 101 hits
Siapa sangka panggilan video menjadi tatapan akhir buat seorang suami setelah isterinya disahkan meninggal dunia setelah ditemui lemas Kejadian meruntun jiwa itu menjadi khabar duka buat lelaki ini setelah setelah beberapa seketika panggila...
Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Startups Vs Established Industries

How To Recover Lost Data From Your Smartphone

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Nasi Lemak Lobster Jb

Dua Pendaki Wanita Maut Di Puncak Jaya


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


We Re At Mwc Showcasing The Latest Ai Features On Android

Nak Beli Kereta Baru Vs Kereta Lama

Mwc 2025 Malaysia Pacu Inovasi Digital Perkukuh Posisi Serantau

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien