Ibu Tak Payahlah Lawan Lagi Pergilah Dengan Tenang Kami Semua Redha Wanita Ini Kongsikan Hari Hari Terakhir Ibunya


The Reporter


Setiap yang hidup pasti akan mati. Kematian itu satu perpisahan yang menyedihkan bagi kita yang masih lagi bernyawa lebih-lebih lagi apabila melibatkan orang yang tersayang. Ada sesetengah orang bertuah dapat melihat insan tersayang menghembuskan nafas terakhir di sisinya

Seperti kisah wanita ini,ibunya menghidap penyakit kanser dan bergantung kepada ubat-ubatan. Akhirnya, dia dan keluarganya reda dengan pemergian ibunya. Dia melihat proses kematian ibunya sendiri. Tanda-tanda awal kematian dan hembusan terakhir ibunya dapat dirasakan

PROSES Kematian. Semalam ialah hari lahir ibu, 4 Julai 2019. Genap tiga bulan dah ibu pergi. Rasa macam nak share sikit dengan semua yang sudi membaca. Cut short to minggu terakhir ibu. 
30 Mac 2019, ibu nampak mak dia. Aku bersembang dengan ibu macam biasa dan tiba-tiba ibu tengok sebelah aku dan cakap, mak (macam dia tegur mak dia baru sampai). Padahal sebelah aku tak ada orang pun. Bila dah banyak kali jadi camtu, aku pun tanya, ibu nampak mak ke? Dia jawab, "Ha'ah, nampak". 
31 Mac 2019, hari ini aku perasan yang ibu tak boleh nak telan dan sedut air. Biasanya ibu minum air guna botol air anak aku, yang ada straw. Senang dia nak minum. Dua tiga hari sebelum, aku tengok ibu dah tak makan. Sebelum itu pun dia makan sikit sangat, masa tu makan pun aku blend bubur dan letak kuah banyak. Dia nak sedut pakai straw besar. Dia cakap senang, tak payah kunyah. Aku rasa dia susah nak kunyah mungkin sebab cancer dia dah spread ke otak. 
Cuma hari itu, aku nak bagi dia ubat dan bila dia nak minum air, dia tak boleh sedut. Dia cuba untuk sedut, tapi air tak naik. Aku nampak dia usaha sedut air. I am very observant. So aku rasa pelik. Ibu pun tak dapat makan ubat. Malam itu aku suap ibu air pakai sudu. 
Sepanjang malam itu ibu tak tidur. Kesian ibu. Ibu panggil-panggil orang. Aku rasa ibu dah ada kat dunia dia. Dia cuma panggil empat orang iaitu mak, ayah aku, aku dan makcik Umul (kawan baik dia). Aku pun tak boleh tidur sebab ibu panggil kuat dan bila aku datang sebelah dia, dia macam tak nampak aku. Dia keep on panggil lagi. Aku cuma boleh tenangkan dia, bacakan dia saidul istighfar (sebab dia selalu baca). 
1 April 2019, hari Ahad, aku kerja. Kedah kan. So malam itu ibu tak tidur dan aku pun siap-siap pergi kerja. Alhamdulillah Kaklong dan suami sampai malam itu sebab plan nak pergi hospital jumpa doktor paliatif untuk continue ubat ibu. Pagi tu aku kerja, tengah hari ambil half day dan shoot ke Alor Setar. Alhamdulillah juga dapat jumpa pakar paliatif di HSB, tak payah ke Hospital Penang. Kaklong tinggal kat rumah. Kaklong mesej, ibu masih tak tidur. Ubat pun tak boleh makan

Pukul tiga petang, aku jumpa pakar paliatif. Rezeki aku, jumpa doktor yang berpengalaman dan sangat bagus rohaninya. Doktor tu cakap, dia tak pernah tengok ibu, jadi dia tak tahu macam mana nak describe. Kebetulan, aku ada rakam video ibu. Aku rakam hari-hari supaya aku boleh tengok ibu lagi. Supaya aku tak lupa apa yang kami lalui bersama. Aku tunjuk video ibu yang latest. Doktor itu tengok sampai habis. Doktor cakap,
"Nurul, Nurul dah boleh apply cuti. Nurul panggil kakak dan abang yang duduk di KL balik. Ibu dah nazak sebenarnya ni."
Aku terkejut, tak sangka. Tapi doktor itu pun dah berpengalaman. Aku cuma tunduk dan diam. Doktor cerita simptom-simptom orang nazak dan ibu dah ada semuanya. Kaki ibu kemerah-merahan, macam berecak-recak. Aku perasan masa salin pempers ibu. Doktor cakap sebab darah punya flow dah tak sampai ke kaki. Ibu tak kencing. Yes, dah 2 hari ibu tak kencing. Masa aku salin pempers, memang kering. Cuma ada stool show je. Aku pelik juga, cuma aku tak beritahu sesiapa.Ibu nampak orang yang dah tak ada. Ibu dah tak nak makan
Doktor cakap, badan kita ni Allah atur dah cantik. Bila kita sakit and hampir meninggal, sistem badan kita akan shutdown one by one. Bagus ibu tak makan, sebab badan dia boleh fokus bekerja untuk jantung, otak dan paru-paru je. Doktor off kan semua ubat ibu. Dia cakap ubat-ubat tu hanya akan menyusahkan ibu je. So dia provide fentanyl patch. Lekat je kat badan

Doktor pesan supaya jangan lalaikan ibu dengan benda lain. Make sure ibu dengar bacaan Quran je dan dia cakap, waktu terakhir itu sebenarnya rezeki masing-masing. Kadang-kadang memang kita jaga ibu all the time, tapi ada juga bila kita pergi toilet kejap je, orang itu dah meninggal. Jadi doktor pesan, itu semua rezeki masing-masing. Jangan frust kalau tak dapat tengok ibu pergi. 
Doktor pun pesan, kalau ibu dah tak bercakap, teruskan je bisik kalimah Lailahaillallah. Sebab masa tu kita masih ada deria pendengaran. Cuma tak boleh nak balas je. 
Banyak lagi nasihat dia kat aku dan suami. Aku ajak suami temankan masuk sekali. Kitorang dah menangis-nangis dah dalam bilik doktor itu. Indescribable. Kita tengah prepare untuk kematian ibu sendiri. How I wish aku tak pernah lalui benda ni semua. Tapi Allah knows best kan. 
Lepas selesai, aku pun balik SP. Masa tu ibu masih panggil-panggil lagi 4 orang termasuk aku. Tapi ibu memang dah tak boleh berinteraksi dengan orang lain. Dia tengok kat satu tempat je. Kadang-kadang dia nak bangun, macam nak pergi sangat kat tempat yang dia nampak tu. Kadang-kadang dia tarik tangan aku, genggam kuat. Aku dan Kaklong sentiasa kat sisi ibu. Mengaji untuk ibu. Masa tu aku uzur. Jadi aku hanya boleh zikirkan untuk ibu. Dan selang seli kami sebut kalimah syahadah. Alhamdulillah adik ibu dua orang dari Kajang dan Shah Alam pun sampai. Abang ibu dari Gombak pun ada. Malam tu kami buat solat hajat dan bacaan Yaasin untuk ibu

Pada 2 April 2019 dalam pukul 2 pagi, Bancik dan Kakteh sampai. Diorang balik berdua je. Alhamdulillah anak-anak ibu semua dah ada. Kami semua keliling ibu malam tu. Bacakan Yaasin. Bacakan Quran. 
Masa kami semua diam, aku bersuara. Aku cakap kat ibu,
"Ibu, tak payahlah lawan lagi. Ibu pergi je dengan tenang, kami anak-anak semua redha". 
Aku tanya kakak dan abang aku. Diorang semua cakap diorang redha. Aku cakap lagi,
"Kami semua dah besar, tak ada apa lagi yang perlu ibu risaukan. Pergilah ibu."
Ibu diam. Aku nampak air mata ibu mengalir. 
Siang hari, ibu nampak makin lemah. Tapi masih bergerak lagi tangan dan kaki. Kami bukakan gigi palsu ibu dan cuci mulut ibu. Masa jumpa doktor paliatif, dia ada pesan. Kalau nak bersihkan mulut, pakai air campur soda bikarbonat je. Lepas tu celup kapas dan gosok sikit-sikit kat dalam mulut, sebab aku cakap aku nak bersihkan mulut ibu. Aku siap beli ubat kat farmasi. Doktor cakap buat macam dia ajar je. Aku baca, Nabi sebelum meninggal pun sempat bersugi. Jadi aku ikhtiarkan untuk cuci mulut ibu

Malam tu kami buat solat hajat lagi. Mohon dipermudahkan urusan. Lepas semua orang dah balik, kami semua masuk dalam bilik. Kami perasan yang kaki dan tangan ibu dah tak bergerak-gerak lagi. Ibu cuma bernafas je. Tak tercungap-cungap. Cuma deep breath. Sebenarnya dari petang nak ke maghrib tu lagi kaki dan tangan ibu dah mula berhenti bergerak. Baru aku faham istilah kaki jatuh, telinga jatuh. Memang obvious. 
Kami call semua orang-orang terdekat dan jauh, besan-besan ibu, minta maaf on behalf of ibu. Kalau-kalau ada salah dan silap ibu, mohon dimaafkan. 
3 April 2019, lebih kurang pukul 1.30 pagi, kami adik beradik termasuk menantu-menantu ibu nekad nak salinkan baju ibu, salin pempers dan salin cadar tilam. Kami buat sama-sama without angkat ibu. Cuma kena pusingkan sikit badan dia. Masa pusing tu, ibu berbunyi macam mengerang. Aku tahu ibu sakit. Sakit seluruh badan. Selalu kalau aku salin pempers ibu pun ibu cepat-cepat nak selesai. Sebab badan dia sakit. 
Masa kami bersihkan ibu, air mata ibu mengalir. Aku minta maaf kat ibu banyak-banyak masa tu. Sebab kalau ibu boleh bercakap macam selalu, mesti ibu tak bagi kami buat. Sebab sakit. Minta maaf ibu.. itu kali terakhir aku pegang pampers ibu. 
Masa salinkan baju dan pempers ibu, aku rasa abdomen ibu dah keras. Aku pegang dada ibu, bekas operation ibu yang dulu keras, macam naik ketul-ketul. Perut ibu pun keras. Aku bagitahu Kaklong dan Kakteh. Semua orang cakap benda yang sama. Mungkin dah tak lama lagi

Dalam pukul 2 pagi, semua selesai. Tinggal aku, Kakteh dan Kaklong. Kami suruh geng lelaki tidur dulu. Kakteh tengah mengaji sebelah ibu, Kaklong solat sunat. Aku tak boleh mengaji, jadi Kakteh suruh aku baring dulu kat tilam sebelah ibu. Baru 15 minit aku letak kepala, Kaklong kejut aku

Dia kata ibu sendawa. Ibu dah berhenti deep breath. Cuma masih bernafas. Kaklong suruh aku kejut semua orang. Ayah, abang aku, abang ipar dan suami aku. Sebelum aku kejut diorang, aku sempat bisik kalimah Lailahaillallah kat telinga ibu. Semua orang bangun dan masuk bilik ibu. Semua menunggu. Kami dengar ibu sendawa lagi sekali. Kaklong bisik lagi sekali kalimah Lailahaillallah. 
Kami nampak mulut ibu bergerak-gerak. Kami semua diam. Tunggu. Masing-masing doa supaya dipermudahkan. Tiba-tiba dengar bunyi 'kerrkkk' macam kita nak keluarkan air liur dari tekak. (Mungkin itu yang dimaksudkan dengan nyawa sudah sampai di ghargharah) Ayah suruh cepat-cepat ambil tisu, takut ada air keluar dari mulut ibu. Tapi tak ada pun dan tak lama lepas tu ibu macam ada sendawa sikit dan ibu pun berhenti bernafas. 
Kaklong duduk di kepala ibu, dia rasa macam ada gas keluar. Roh ibu dah pun terpisah dari jasad nya. Alhamdulillah mudah dan tenang. Aku tengok jam, pukul 2.30 pagi. 
Kakteh letakkan telinga kat dada ibu. Betul, jantung ibu dah berhenti. Kami pun call ambulans dan ambulans datang untuk sahkan kematian. 
Allahuakbar. Masih segar lagi semuanya. Sampai ke hari ini, aku tak boleh bau minyak Al Haramain suami aku sebab kami letakkan minyak tu kat dahi ibu untuk bau wangi. 
Sedih memang sedih tapi kata ulamak, mereka yang meninggalkan kita lagi sedih dan kesian pada kita yang masih hidup tapi tak nak kumpul amal. 
Terkejut memang terkejut, tapi kata ulamak, mayat itu sendiri paling terkejut sebab kematian itu pemutus segala kelazatan dunia. Beramallah sementara nyawa belum sampai ke ghargharah

Sumber: Shidah Sidi Ali

July 15, 2019 at 01:56AM

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://atmknews.blogspot.com/2019/07/ibu-tak-payahlah-lawan-lagi-pergilah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Detik Paling Dinanti Seluruh Rakyat Malaysia Ibu Ainul Umum Hari Ini Hari Terakhir Di London

Detik Paling Dinanti Seluruh Rakyat Malaysia Ibu Ainul Umum Hari Ini Hari Terakhir Di London

papar berkaitan - pada 8/7/2019 - jumlah : 407 hits
Akhirnya setelah sebulan berada di bumi London Ainul Mardhiah bakal pulang ke tanah air Sebelum ini Ahmad Safiuddin ada berkongsi di laman Facebooknya tentang persiapan yang dibuatnya serta keluarga untuk pulang ke Malaysia Isterinya Nurul ...
Semua Aktiviti Anak Dalam Handphone Saya Boleh Monitor Wanita Ini Kongsikan Apps Google Family Link For Parents

Semua Aktiviti Anak Dalam Handphone Saya Boleh Monitor Wanita Ini Kongsikan Apps Google Family Link For Parents

papar berkaitan - pada 3/7/2019 - jumlah : 698 hits
The ReporterBerita mengenai kes seorang kanak kanak lelaki yang berusia 12 tahun merogol seorang anak asuhan yang berusia empat tahun mengejutkan semua pihak Apabila diselidiki kanak kanak tersebut dikatakan terpengaruh melalui gajet Meliha...
Dilatih Dengan Pelbagai Ilmu Perang Ini Kisah Pasukan Polis Hutan Wanita Pdrm Buat Kita Semua Kagum

Dilatih Dengan Pelbagai Ilmu Perang Ini Kisah Pasukan Polis Hutan Wanita Pdrm Buat Kita Semua Kagum

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 459 hits
Pasukan Polis Hutan atau PPH adalah merupakan salah satu daripada cawangan unit di bawah Polis Diraja Malaysia Unit ini ditubuhkan hampir 70 tahun yang lalu dan kini ia dikenali sebagai Pasukan Gerakan Am Seperti kebanyakan pasukan berunifo...
Naim Daniel Telefon Mohon Maaf Ibu Dayana Anggap Semua Sudah Selesai

Naim Daniel Telefon Mohon Maaf Ibu Dayana Anggap Semua Sudah Selesai

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 1994 hits
Kontroversi lagu Sumpah dendangan Naim Daniel dilihat telah mendapat liputan meluas di media sosial selepas dia mendedahkan cerita di sebalik lagu tersebut Video temu bualnya bersama DJ Naz telah tular sehingga individu yang dimaksudkan men...
Petua Paling Mudah Dan Berkesan Banyakkan Susu Ibu Semua Mama Mampu Buat

Petua Paling Mudah Dan Berkesan Banyakkan Susu Ibu Semua Mama Mampu Buat

papar berkaitan - pada 14/7/2019 - jumlah : 361 hits
Apabila ibu dah selamat lahirkan bayi perkara utama selepas itu adalah memikirkan bagaimana untuk nak banyakkan susu ibu Masa ini segala jenis petua akan dicuba bagi memastikan bekalan zat untuk anak terus mencukupi Disebabkan kekurangan su...
Peganglah Tangan Ummi Abah Ke Syurga 30 Minggu Dikandung Hari Kelahiran Perpisahan Terakhir

Peganglah Tangan Ummi Abah Ke Syurga 30 Minggu Dikandung Hari Kelahiran Perpisahan Terakhir

papar berkaitan - pada 9/7/2019 - jumlah : 429 hits
Dulu ummi dapat merasai aktifnya adik dalam kandungan Kini tiada lagi tendanganmu kesayangan ummi sudah kembali kepada Maha Pencipta Kehamilan langsung tiada masalah Muntah dan pening jauh sekali Kehamilan berjalan dengan lancar sehinggalah...
Bertemu Kawan Kawan Di Hari Hari Terakhir Syawal

Bertemu Kawan Kawan Di Hari Hari Terakhir Syawal

papar berkaitan - pada 2/7/2019 - jumlah : 464 hits
gembira walaupun berjumpa seketika dan kemesraan tetap terasa 29 6 2019 makcik buat makan makan sikit di rumah Tak jemput ramai pun sebab makcik masak seorang diri dan tak pandai masak banyak banyak Makcik cuma buat mee kari dan nasi impit ...
Lppkn Tawar Ujian Saringan Mammogram Dan Hpv Dna Percuma Kepada Semua Wanita Malaysia

Lppkn Tawar Ujian Saringan Mammogram Dan Hpv Dna Percuma Kepada Semua Wanita Malaysia

papar berkaitan - pada 10/7/2019 - jumlah : 413 hits
Khas untuk semua wanita warga Malaysia yang berumur 25 hingga 70 tahun dimaklumkan bahawa terdapat ujian saringan kanser yang akan diadakan secara percuma oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara Kementerian Pembangunan Wani
Bayi Lima Hari Maut Kemalangan Ibu Cedera Parah

Bayi Lima Hari Maut Kemalangan Ibu Cedera Parah

papar berkaitan - pada 5/7/2019 - jumlah : 623 hits
BATANG KALI Bayi berusia lima hari yang terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan pagi tadi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu Ibu bayi berkenaan berusia 35 tahun mengalami kecederaan parah denga...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025